Thursday, March 3, 2011

Memburu “Darah” Terbaik...

Salam.
03-03-2011
Lunch time.


*Lagi entri tertunda.

Pada suatu hari cuti umum, melepaskan beberapa tugasan, melupakan sejenak “tarikh mati” yang dijanji.

Pergi ke Pusat Darah Negara, dengan niat yang murni lagi tulus ikhlas... cewahhhh!




Ramai juga orang, dan kami (Me & My TOKLAKI), menunggu beberapa ketika untuk mengisi borang dan menguji darah (termasuk timbang berat — (memang berat sesuai dahhh...)

Tapi malang pula, melihat bacaan orang lain, 15.** point, tapi bila kena pada giliran aku cuma 12.8.

“Maaf Puan. Tak boleh lah. Puan datang lain kali yer. Nanti boleh cuba lagi.”

What? Aku yang sihat lagi bugar serta Boleh Tahan GEBU nih, dikatanya darah tak cukup baik? Apakehei nyerrrrr?

Ohhhh...

Rupanya darah aku tak cukup Zat Besi. Dan dinasihatkan makan banyak buah dan sayur-sayuran.

Frust! Memang frust!


Dah ler darah jenis “O” ni sangat spesel, tapi hasrat terbantut pula.

Nampaknya lepas ni kena makan seikat-ikat sayur kangkung, atau segugus anggur, atau mungkin berkilo buahan tempatan. Atau adakah mungkin kena buka kebun sayur? atau paling lekeh pun buka dusun buah? Amboiiii...!

Para blogger doktor, sila beri nasihat/consulting percuma yaaaa....:
• Dr PUAN SINGA
Dr NAJWA
• Dr ZILA
• Dr DADDY ZIYYAD



Sesi tayangan untuk hari ini (tadi):


Durian yang dibelanja oleh seorang kawan sekerja. Layannnnn!

Apakah yang boleh menyumbang ke arah “darah” yang lebih baik? — sedangkan masa zaman Anak DARA dulu, aku memang baik dahhh...! Ahaks!



*Masih sedang berusaha menziarah rumah-rumah teman blogger, sekurang-kurang 3–4 entri setiap rumah harus cuba dilawati.


~...pengalaman mengikut HISYAM dan JALAL menjadi penunggu dusun durian, mendengar sendiri “debur” durian yang gugur di rumput yang wangi, memberikan seribu makna dan pengalaman mahal, begitu juga dengan JALAL yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menceroboh SERI BULAN...!~






37 comments:

  1. Tak nak darah, tapi nak durian! :)

    ReplyDelete
  2. frust ye kak? kita rasa kalau kita, rasa lega, hehe...

    ReplyDelete
  3. Kalau saya, bacaan HB 12.8 tu boleh aja donate..dah la darah jenis O..susah nak dapat.

    Sila makan:

    -kerang
    -organ dalam(hati/paru)
    -makan vitamin Obimin

    Tapi jgn over makan..organ dalam tu makanlah seminggu 2 kali max. Vitamin tu bisa menaikkan selera, kalau ada. So kawal lah nafsu makan.

    Bagus..niat suci dah ada.
    Allah dah bagi pahala disitu, Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. KAKCIK:
    Durian tu, saya sendiri tak cukup! hahahahaha



    NM02:
    Yesss...! Geng Darah O. Malam ni kita memburu, nak? :)

    ReplyDelete
  5. akak.

    kumenuggujawapanmu.

    kalau nasib baik si boneka dalam chermin pun akan ikut kita. :D

    ReplyDelete
  6. KUNCING OREN:
    Nanti Kak Azie colek darah kamu baru tauuu... Penakut yerrr..?



    DADDY ZIYYAD:
    Terimakasihhh! Info dan nasihat yang sangat bermakna sekali.

    ReplyDelete
  7. GADISBUNGA:
    Peluang utk approve, sudah 80%, tapi Kak Azie nak mintak permission suami dulu. Harap2 dia dapat balik awal pada hari tersebut, biasanya dia kul 8 mlm baru ada kat umah. Susah nak tinggal anak2 lain sebab anak dara yang besar dah pegi belajar.

    Tu jer masalah nyerrr...:) Tiket leh booking lagi kan?

    ReplyDelete
  8. Kak makan serbuk besi okay kot ... hahaha. Gurau jer, dibuatnyer sungguh sungguh akak aku ni makan serbuk besi dah esok masuk Harian Metro lak dengan tajuk 'Sanggup Makan Serbuk Besi Sebab Nak Derma Darah" ... muahahahaha

    ReplyDelete
  9. ACIK MLMW:
    Idea baguih tuh.
    Leh gak try.

    Jap jap.. nak call wartawan Harian Metro dulu. hahahaha

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kak..

    same lah kita..sebab tue sy tak pernah derma darah tp saya berbekam untuk keluarkan darah yg tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  11. kak azie...
    wah...bagusnya derma darah...darah tak pe...jgn derma bende len dah lerrr...heheheh!!!rasa mcm nak rebus kerang dgn sambal kicap je bg kat akak...sedapppp...hehehehe

    ReplyDelete
  12. saya teringin derma darah~~tapi~~tapi~~~haih~~

    ReplyDelete
  13. ari tu saya ada buat check up, doc ckp saya pun kurang zat besi mcm sis...huhu...doc suh saya mkn organ dalaman, tapi hubby plak cakap, bukan ke Rasulullah melarang kita makan organ dalaman?
    konpius saya...

    ReplyDelete
  14. SAHROM:
    Kak Azie tak pernah lagi dengar orang perempuan berbekam. Biasanya lelaki, kan?
    Ada ker wanita yang berbekam ek?


    AZIAN:
    Wahhh kerang rebus! Sedap tu. Ratah panas-panas. baru ler 5,6 kilo pun tak cukup!

    ReplyDelete
  15. BUJAL:
    Kamu tu memang selalu banyak alasan... heeeee



    WAHIDA:
    Mengikut Dr DADDY ZIYYAD tu, maximum 2x seminggu jer. Sebenarnya apa benda pun kalu ambil berlebihan tetap jadi kesan tak baik juga. Berpada-pada kata orang.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...
    Sian yer. Tak pe le makan apa yang patut dimakan tu byk2. pastu pergi spital balik ye.

    ReplyDelete
  17. Salam KAK SAM:
    Doktor tu kata, saya boleh datang lagi 3 bulan. Check lagi, dan harap2 masa tu dah layak menderma.

    ReplyDelete
  18. wah....bagus betul kak azie & tok laki eh. jarang2 ada yang cam gini nie. tabik spring ar...

    ReplyDelete
  19. as salam kak aziezah...

    pertama kali singgah ni dan harapnya ukhuwah akan bertaut erat...emmm, saya tak pernah lg derma darah ni...bukan apa,....takuuuuttt...huhu

    ReplyDelete
  20. derma darah...menakutkan je dengar. ada baiknya jugak k.azie pergi sekurang-kurangnya dpat jugak tahu tahap kesihatan darah sendiri...

    ReplyDelete
  21. EELOBOR":
    Itu merupakan percubaan pertama buat Kak Azie, tapi My TOKLAKI dah selalu dah. Dulu masa dia dlm Air Force, derma darah tu perkara biasa.



    ADINDA AMY:
    Salam. Sila masuk. Terimakasihhhh.

    Kalu tak cuba, mana nak tahu takut ker idak. Jom try. :)

    ReplyDelete
  22. JUNAINA:
    Betul tu. Tak sangka rupanya darah kurang zat besi. Pasni bolehlah buat apa yang patut utk kesihatan lebih baik..

    ReplyDelete
  23. rupanya akak k-poh dah lama follow blog ni...Akak pun teringin nak derma darah...tapi tak boleh..sbb zat besi dah berkarat...heee..Salam perkenalan yaaa...

    ReplyDelete
  24. ada jugak diorang test darah tu ada kualiti ke tak ea...?hmmm...pernah cuba nak derma, tapi nurse tu kata berat badan tak cukup..so, terbantut la jugak...

    huhu...masih belum dapat merasa durian...

    ReplyDelete
  25. KPAH K-POH:
    Saam kenal. Sila masuk, sila. Terimakasihhh...

    Hehehehe zat besi berkarat? Akak ni buat lawak plakkk..



    SITI MURNI:
    Betul. Berat badan antara yg diambilkira untuk menjadi penderma darah.

    ReplyDelete
  26. nak durian..
    saya darah o jugak tapi tak pernah derma..takott..hehe

    ReplyDelete
  27. Salam k.azie.

    Teringin hendak derma darah sebab darah saya pun jenis O.

    ReplyDelete
  28. ERI-CHAN:
    Amboiii... apa ler yg nak ditakutkan. Jarum ekkk..?




    PEMERHATI DUNIA:
    Wahhh ramai gak yang berdarah O yer..
    Jom kita ramai-rama derma darah.

    ReplyDelete
  29. ERI-CHAN:
    Amboiii... apa ler yg nak ditakutkan. Jarum ekkk..?




    PEMERHATI DUNIA:
    Wahhh ramai gak yang berdarah O yer..
    Jom kita ramai-rama derma darah.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Takpalah, niat tu baik tapi keadaan tak mengizinkan.

    Hisy, hitam sungguh niat si Jalal tu..nak kena ganyang nih! :)

    ReplyDelete
  32. Salamm.. bila dtg PDN kak? ofis sy tu. Sy kt blood screening lab. lps derma, kt ctu la darah di hantat utk test fot hiv, hep.b, hep c & syphilis

    ReplyDelete
  33. ARTY:
    Salam. Selamat datang, sila masuk. Terimakasih.

    Kak Azie pegi masa cuti Maulidur Rasul ritu..
    Wahh pasni kalu Kak Azie nak derma darah, leh ler jumpa ARTY ekk...

    ReplyDelete
  34. tertinggal drhanie ke?? :)

    kite dh lame x mkn durian.. baba dh hramkn sbb adik selalu drah hidung bile mkn durian..

    :)

    ReplyDelete
  35. MIMIJAZMAN:
    Kak Azie tau ramai lagi para doktor yang juga blogger.

    Kak Azie listkan yang Kak Azie kenal maya dan yg saling masuk blog jer. Setakat ni cuma 4 doktor tu jer.

    Jika DrHANIE tu nak beri pendapat, sangatlah dialukan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails