Monday, March 7, 2011

Mereka yang Ku Kenali_07: Selamat...

Salam.
07-03-2011, tengahari dah pun.

Ucapan selamat buat teman blogger ACU SAYANG yang sudah pun berangkat ke Tanah Suci Mekah, menunaikan umrah bersama ibunda tersayang dan beberapa orang ahli keluarga. Bertolak pada tengahari semalam (Ahad 6 Mac) dan bakal kembali pada 20 Mac akan datang.

(Ramai juga mungkin tidak tahu, ACU sebenarnya sudah pun menunaikan Haji sebelum ini)

Juga buat ALONG anak sulung KAKCIK SEROJA yang juga akan bertolak menunaikan umrah.

Bila baca berita sebegini, rasa sejuk jiwa.

Moga segala ibadah berjalan lancar, segala doa dimakbulkan dan selamat pergi dan kembali.


Selingan hari ini:

Lontong beli bukan buat sendiri...






9 comments:

  1. Kuah lontong (atau kuah lodeh?) sentiasa membuatkan selera kakcik terbuka. Eh! sebenarnya makanan mana sahajalah yang tidak membuka selera kakcik ni??? Hehehe...

    Untuk Acu, semoga selamat walau di mana berada. Terima kasih juga atas doa Azie buat Along. Semoga segalanya dipermudahkan Illahi. Amin.

    ReplyDelete
  2. kak azie...
    betul laa...sejuk je hati ni bila dengar org nak g haji @ buat umrah...sy bila lagi laaa...huhuhu!!!

    ReplyDelete
  3. ni yg rs nk kuar lunch n cari lontong ni...ada jual ka tgh2 ari ni?

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah...rezeki mereka untuk mejejakkan kaki di tanah suci, insyaallah panjang umur kita jejaki langkah mereka.

    semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat dalam menjalani ibadah umrah.

    LONTONG antara peberet aina tapi mana ada orang perlis tau makan lontong. kenal lontong pun bila dah duduk KL terus jatuh chenta...

    ReplyDelete
  5. semoga dapat haji mabror. eh betul ke eja tu..mmm

    ReplyDelete
  6. SI PARA-PARA:
    Sekarang bukan musim haji. Dia pegi buat umrah.

    dan no 333 tu nampak di mana? Saya tak faham maksud comel tu...

    ReplyDelete
  7. seronoknya dpt peluang pi umrah.. harap2 satu hari dapat peluang.. nnt singgah ke blog sy yer.. ada tag utk kak azie..

    ReplyDelete
  8. SI PARA PARA:
    Maaf, kini saya dah nampak 333 tu di mana. Jumlah follower saya ek?
    Lihat komen APPLE di entri terkini baru lah perasan.


    CIK FIZA:
    Terimakasih.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails