Monday, March 14, 2011

Jangan Forward SMS Ini...

Salam.
14-03-2011.
Pagi bebenor lagi... sementara menanti air mendidih.


Air utk Kerani Karat siap dulu.. Hehehehe


2,3 hari lepas, semasa sedang dalam perjalanan ke tempat mesorat di luar, seorang sahabat call, minta jasa baik aku untuk menguruskan satu pertemuan a.k.a. jamuan untuk geng kami. Geng kami itu merujuk kepada sebuah komuniti yang kami sertai sejak 2005 dulu. Kami telah menjadi sahabat dan kawan yang mesra walaupun tidak akrab sejak bertahun lamanya.

Memang tiada agenda rasmi, tapi sekali sekala kami memang selalu adakan gathering kecil, lepak makan-makan, atau majlis-majlis kecil sesama kami dan ahli keluarga.

So gathering akan berlangsung lagi. Dan gathering yang satu ini, biasanya memang aku yang menjadi penerajunya atau sering mereka gelarkan Secretary atau Tukang Keloi @ Tukang Canang, di mana aku yang akan membuat jemputan/panggilan kepada kengkawan lain, juga menempah port dan meja, serta menu makan jika ada yang meminta menu special.

Kengkawan yang sering bermurah hati (depa memang jenih hat manyak duittt....), tidak berkira soal makan, selalu jer nak bersedekah belanja kengkawan makan di port-port tertentu yang mereka pilih.

So, untuk minggu mendatang ada lagi satu Sesi Melepak di port pilihan. Dan aku sudah mula membuat jemputan kepada sekian ramai ahli geng.

Jemputan bermula dengan sms dulu. Biasanya ini sudah cukup jelas. Adakalanya melalui FB atau panggilan terus.

Terimakasih kepada sekian ramai ahli geng/sahabat aku yang sentiasa menyokong tiap kali ada gathering. Walaupun tidak pernah menjadi agenda rasmi, tapi setiap kali jemputan dibuat, pasti ramai yang sudi memeriahkan.

Tapi kengkawan aku ni memang ramai jenis mengada. Bila kita hantar jer sms jemputan, mesti ada yang reply dengan jawapan yang selalu buat aku tergolak sensorang.

Dalam sms jemputan, biasanya nama PENAJA memang dirahsiakan dulu, sehingga hari kejadian.

Seorang kawan membalas begini:

SMS Pertama:
Kawan A: “InsyaAllah, hadir. Tang rahsia tu yang nak korek sangat tu.”
AA: “Kena datang. Nanti cari sendiri. Hahahaha...”
Kawan A: “Nanti cheq cari belakang pokok besaq tu. Mesti dia nyorok belakang tu je.”
AA: “Jangan lupa tengok atas pokok sama. Hahahaha.”

Dan kami sama-sama gelak. (agaknya lahh...)

SMS Kedua:
Kawan B: “InsyaAllah kalu takda aral melintang dan pokok tumbang, datanglah. TQ.”
AA: “Kalu ada pokok tumbang, habaq mai. Azie pi angkat buang.”
Kawan B: “Amboi macamlah hang tu badang kuat sangat. Lain la badang lagi perkasa tau?”
AA: “Badang dah lama bagi ilmu dia kat saya. Dia dah tak kuat angkat tapi dah jadi kuat makan. Hahaha...”

SMS Ketiga:
Kawan C: “Terimakasih atas jemputan. Ye kak. Memang lama sesangat tak jumpa. InsyaAllah saya usahakan. But no promises coz biasalah ofis khidmat awam nih always open.”
AA: ****Tak reply, sebab tak tau jawab apa., tapi kalu dia datang, memang nak luku jer kepala dia.

SMS Keempat:
Kawan D: “Huhuhuh tak dapat nak nolongnya abiskan ikan bako.”
AA: “Mujor... hahahaha”
Kawan D: “Kirim cucoq jagung je lah nanti. Telioq gila dah ni.”
***Bab ni Dato’ F kena jawab. Hahahahaha!

SMS Kelima:
Kawan E: “InsyaAllah, sebelum subuh akak sampai.”
AA: “Kenapa lekas sangat? Sebelum subuh, kandang rimau belum bukak lagi.” (ingat tak dialog sapa?)
Kawan E: “hahahahahahahaha” (memang panjang dia taip ‘haha” tu dalam sms.)

SMS Keenam:
Kawan F: “Timo kasih. Salam jolah ngan kengkawan yo. Aden dah tak duduk KL lagi. Dah pindah kg. Ghumah kg dah siap.”
AA: “Bawaklah sekali ghomah tu turun KL.”
Kawan F: “Takleh doh... Nanti oghang cughik.”

Hikhikhikhik!

Korang memang selalu buat aku rindu pada korang!



**Komen-komen di entri-entri terdahulu, terimakasih. Akan cuba dibalas bila ada masa nanti.



~...HISYAM selalu ada di mana sahaja SERI BULAN berada, samada dapat dilihat atau sengaja tidak mahu diri diperlihatkan...~





59 comments:

  1. eh apsal saya tak dapat sms tu?

    ReplyDelete
  2. Banyak ke komuniti maya yang akak join? Best juga kan...

    Soalan saya yg kedua pun sama macam Bujal, kenapa saya tak terima SMS ?

    ~hehehe

    ReplyDelete
  3. wah penat membaca..
    so sy folo utk dtg baca lagi di sini..

    ReplyDelete
  4. sms tu cgg tak terima gak..

    ReplyDelete
  5. Kakcik pun tak terima sebab tahun 2005 kakcik belum kenal Azie lagi... hehehe... :)

    ReplyDelete
  6. seronokan kak azie ramai kawan ni...baru la ceria hiduppp....

    ReplyDelete
  7. seronoknye kumpul ramai2..
    kalo bjumpa tu mesti kecoh riuh ngan gelak ketawa..

    ReplyDelete
  8. reunion lagi...bestnyer!!!!

    ReplyDelete
  9. Akak dah dapat sms tu. Teringin sangat nak pergi ... nak gelak gelak hingga hilang anak tekak. Tapi on that day ada Tender lah pulak. Huwa!!!! ... dah la nak ngular sekarang ni susah. Sebab dah tak buat kerja luar. Huwa!!! lagi....

    ReplyDelete
  10. ingatkan sms merapu yg bgtau ada ank orang ilang...hehehe....

    ReplyDelete
  11. Seronok membaca SMS yg diterima dan dibals balik.

    Kakak tunggu program masuk N3 je.:)

    ReplyDelete
  12. kekadang sms merapu ngan kengkawan dapat menghilangkan stress jugak....

    ReplyDelete
  13. sahabat bila lama tak jumpa..memang best kan..
    skrng teman2 semua diam membisu..hilang khabar..

    ReplyDelete
  14. last tu paling sengal.. ado la yang nak curik bilo bawo kl?

    ReplyDelete
  15. sengih sorang bila baca sms kak AA dengan geng2...

    ReplyDelete
  16. Seronok kalau dapat reunion,gebang sakan hehehe......

    ReplyDelete
  17. Suami saya pernah juga mengatur reunion...dan biasalaa kena sms kawan-kawan...tapi ada yang marah-marah...konon ganggu mereka tengah malam..padahal niat kita baik nak temukan mereka dengan kawan-kawan lama...

    ReplyDelete
  18. bestnya jumpa2 dan makan2 ada penaja. oklah tu akak jadi seksajari sementara nak buat call dan tempahan kan..hehe

    ReplyDelete
  19. bila nak bagi ayu no telefon mu??

    hehehe

    ReplyDelete
  20. Ceria sungguh kawan2 akak tu seceria akak jugak yea. hehehehe

    ReplyDelete
  21. dah lama saya follow kat sini dan membaca2 walaupun jarang2 komen. tetapi apa yang saya perasan, kak azie memang suka aktiviti sebegini kan?

    ReplyDelete
  22. kak azie...
    sy sama mcm 2 org yg di atas sekalik...tak dapat msg pun???
    heheheh...kl akak msg sy..sy mmg tak balas msg akak tu...sy terussss telefon...sgt xcited dapat msg dr akak...smapai tangan ni tak leh nak taip msg,jadik..tel je laaa...heheheh...

    ReplyDelete
  23. hahah lwk2 kwn2 kak azie nih
    tp best layan kpala gini mesra

    ReplyDelete
  24. hahaha. macam2, nampak keakraban disitu.

    biasalah, bila gathering mesti masing2 nak jumpa, mmg macam2 ragam dapat lihat

    ReplyDelete
  25. x dpt sms pun..wakakaka..

    sy tau kat mana tu..sbb ada cucuq jagung!!!
    mantap kak..

    ReplyDelete
  26. salam singgah jalan jalan semasa ketiadaan bos.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  27. la....ingat tak payah balas sms tu...rupanya kena balas ye..hehehe..sorrylah..time balas pun masa kat kuala gula...
    Tapi yg boringnya tukang keloi kdg kdg tak muncul...so sapa nak gelak bawah meja nanti?
    kalau sempat nanti saya insyaallah muncul dgn "baju ujan" simpan dlm baju. tapi jenguk sekejap ajelah....lama tak solat jumaat kat sana dah..kak asam tu pun dah rindu dgn saya...

    ReplyDelete
  28. amy tak terima pun kak , lagi pun time tue amy x berblogging lagi dah tentu kita x kenal kan hehe..

    ReplyDelete
  29. Baca sms-sms yang ada tu buat Nida senyum sendiri ler kak... macam-macam gelagat ye, tang pokok tumbang ler, tang pindah ler.... haha

    ReplyDelete
  30. salam akak...

    ape kabau?

    rindu le..heheh

    ReplyDelete
  31. saya punya line ok je... tapi tak ada pun sms

    ReplyDelete
  32. mana hilang kakak aku nie>???

    kak azie sihat kaH?

    ReplyDelete
  33. kak,

    pm kan alamat ke FB acu atau ke emel acu ek sephiasayang@yahoo.com

    and sori sebab aritu tak sempat nak bank in duit tart...nanti acu dah bank in acu bgtau kak azie ya...ampun beribu2 ampun...

    ReplyDelete
  34. oghang jemapoh tak kono ajak ko. Kawan sekampung tu haha..

    ReplyDelete
  35. kak azie...akak hilang ke mana??????
    i miss u laaa....

    ReplyDelete
  36. seronok bila sesekali berjumpa dgn kawan2 ni..lagi2 kalau jenis yg sekepala..asik nak gelak memanjang sampai susuk pun leh tercabut..haha!

    ReplyDelete
  37. BUJAL:
    Bila sampai tang giliran nama BUJAL, masa tu jugaklah kredit habis! Soriii...:)


    DADDY ZIYYAD:
    Awak punya nama lagi ler jauh ke bawah, langsung tak cukup kredit nak sms. hahahahha

    ReplyDelete
  38. LEYZAJAMIL:
    Salam kenal, terimakasihhh..
    Sila.. Sila.



    CGG:
    Lain tahun itu sms akan diterima. :)


    KAKCIK:
    Nanti kene tunggu tahun 2015 plak. hahahaha

    ReplyDelete
  39. AINNORAINI:
    Seronokkk.. berkawan di maya as blogger pun seronok jugak.


    DINAS:
    Selamatttt... duit penaja yang selamat. hehehehe


    CIK FIZA:
    Bila lagi nak riuh, kalu bukan dengan kengkawan. kan?

    ReplyDelete
  40. ANA:
    Reunion dari orang yang sekolah tak sama pun.


    ACIK:
    Alaaaaa... kita rindu tau dgn awak.



    JIJI:
    Belum terkecuali pun.

    ReplyDelete
  41. ANIES and YOU:
    Meriah tapi tak berbunyi suara. :)


    ROSNANIE:
    Anak kalu ilang, pun bleh gak sms kengkawan.


    KAK ZAKIE:
    Gambar program saya belum copy lagi. Alahaiii..

    ReplyDelete
  42. ALIMAZ:
    Setuju...!


    SI PARA-PARA:
    Betul, ada tu sampai setahun lebih tak jumpa.


    CEMOMOI:
    Ehhhh mana la tahu, ye dak? hehehehe

    ReplyDelete
  43. MUNNA:
    Jom sengih sama...


    KAK ZAITUN:
    Memang sakan. Makan pun sakan.


    CIKGU ROSLAINI:
    Alahaiii.. siannya.

    ReplyDelete
  44. ADINDA AMY:
    Tumpang ler. Tak kena bayor pun. :)


    ERI-CHAN:
    Sekretari tak bertauliah pun. :)


    AYUUUUUUUUUU:
    Ehh pernah mintak ker? Ahaks!

    ReplyDelete
  45. CIKGU NURIN:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Selamat membaca, cikgu.


    KAK SAM:
    Kena ceria, kalu tidak nanti nasi tak abis. hehehehe


    EELOBOR:
    Suka bila ada geng sekepala.

    ReplyDelete
  46. AZIAN:
    Nak kena bagi no tel ke ni? hehehehe


    NOOR:
    Depa lawak sebab depa reply sms pelawak!


    AFFAN:
    Salam kenal, sila masuk terimakasih.
    Kami dah berkenal dan berkawan lebih dari 5 tahun, akrab sebab sudah serasi.

    ReplyDelete
  47. CIK CERIA:
    Terimakasih atas rasa rindu itu.


    GADISBUNGA:
    Ala.. komuniti utk stesen radio jer.


    DR ZILA:
    Ehhh ya ker tak dapat? Nak kena niiii...

    ReplyDelete
  48. KELLY:
    Bos ada, tapi kami selalu buat macam dia takda. Hahahahaha!


    BC:
    Amboiiiii... Eh lama betul dah tak timbul isu "baju ujan" tu kan? Rindu weyyy nak melawak bab tu.
    Terimakasih kerana akhirnya ko muncul juga!

    ReplyDelete
  49. AMY:
    Hehehee ni kita kenal ler kan kan?


    NIDA:
    Alahai.. kalu dah ramai tu macam2 perangai pun ada.


    CIK CERIA:
    Rindu lagi kerrrr...

    ReplyDelete
  50. BRUTAL SOLO:
    Line tu putus putus agaknya. :)


    CIKGU NORMAH:
    Memang betul tu.


    AYU:
    adaaaa... sihattttt...

    ReplyDelete
  51. ACU:
    Ok darling. No problem.


    KAKPAH:
    Nanti kita ajak yerrrr...


    AZIAN:
    Miss me ha? thank youuu!


    MAKDARA:
    Ayooo pakai susuk ka? Nak belajar bleh? Ahaks!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails