Monday, March 7, 2011

Berdating Dalam Hujan: Syiokkkkk....!

Salam.
07-03-2011, petang.

Isnin yang bercahaya. Harap-harap panas sampai petang dan tidak ujan di malam nanti, sebab malam ni ada urusan kerja kat luar.

Sabtu membawa Ahad, memang ada hujan. Sabtu lalu hujan lebat betul, nyaris aku tak dapat keluar. Lepas kerja, tetiba buat plan mengejut nak jumpa blogger yang datang dari jauh. Datang dari kampung aku turun sekejap ke KL menziarah ibu saudara yang kemalangan jalanraya.

Lagipun dia memang sudah lama tempah/order Tart Nenas, so peluang kali ini memang tidak harus dilepaskan. Berjumpalah kami di tempat yang paling mudah, dan demi untuk menjimatkan masa. Stesen LRT Putra yang terhampir dengan tempat persinggahannya, Taman Melati.

Akhirnya terlaksana juga hasrat bertemu, wpun dapat berborak sekejap sahaja dan mujur juga waktu tiba di situ, ujan sudah renyai tak selebat masa aku mula keluar. Kilat petir guruh semua lengkap. Macam nak beku dalam Putra LRT sepanjang jalan.

Sebenarnya, EJA ni menetap di kampung aku, mengajar dekat dengan kampung aku, rumah dia pun sepelaung jer dari rumah kakak aku. Harap-harap pasni dapat jumpa lak kat kampung, lepak lelama!

Terimakasih EJA ESCOBART, kerana kesempatan ini.

Dalam dok borak-borak tu ada lak sms dari PCP sebut plan nak jumpa sambil lepak-lepak dengan Dr ZILA ditangguh. Aduhh.. rupanya aku terlupa yang Dr ZILA sudah tiba dari Melaka. Dia ada sebut, tapi dah tua-tua ni, banyak sangat yang terlepas keluar dari minda ingatan.

Ok, plan lak dengan Dr ZILA nak jumpa kat mana, alang-alang dah keluar rumah.

Dan kami bertemu di BTS, lepak kat sebuah restoren yang lengkap dgn pentas yang ada live band dan peluang untuk berkaraoke. Kerana kami sampai agak awal, pentas nyanyian belum ada yang mula. Bagi kami, duduk borak bergebang lebih seronok dari buang suara yang tak sedap ni.

Bergebang lah kami dari satu cerita ke satu cerita, sebab lama sungguh tidak berjumpa. (Kali akhir, rasanya masa 2009: Misi Perubatan Manjoi (Rumah Anak Yatim Nurul Iman).)


Dr ZILA (kami panggil AZIE_UM) memang menjadi salah seorang sukarelawan sejak di kampus UM lagi, sehingga sekarang (bertugas di Hospital Melaka), terus menjadi kawan dan kami semakin rapat pula bila sama-sama aktif sebagai blogger.



Sama-sama order Kuey Teow Tomyam, sebab hasrat nak makan Chicken Chop tak kesampaian sebab kedai tu belum ready – ada banyak kedai makan di Gossip Corner BTS — tapi tiada perkara pun yang hendak kami gossipkan, kerana inti cerita lebih banyak tentang kehidupan masing-masing sahaja.



Penutup hari yang menyeronokkan, menerima hadiah, kerana menjadi peserta contest Mari Membaca yang dianjurkan oleh Dr ZILA. Terimakasih!

Untuk bulan Mac, contest terbaru beliau adalah:




~...dulu pernah ketika ujan yang lebat, guruh berdentum sehingga tenggelam suara orang berzanji di atas rumah, HISYAM tergelincir jatuh di pinggir sungai dalam gelap pekat malam, sehingga bila dia berjalan balik ke rumah rupa yang sedap mata memandang menjadi wajah yang lucu untuk digelak...!~





19 comments:

  1. Follower no. 335, salam perkenalan. Terjah blog En. Mazidul..

    ReplyDelete
  2. kak azie...
    selalu g McD taman melati lepas isik minyak kat petronas...heheheh

    ReplyDelete
  3. seronoknyaa dpt jumpa kawan baru...mcm g ni..pemalu le..bukan takde blogger ajak jumpa..tp..maluu tak tentu pasal nk jumpa..adessss

    ReplyDelete
  4. Petang ini langit bakal menangis lagi - sedu sedannya telah kedengaran.

    Seronoknya bertemu kenalan, semoga ukhwah berterusan. :)

    ReplyDelete
  5. mmg seronok jumpa geng..kala berbual mmg xsedar dah malam atau petang..nk cerita tu mcm xpenat mulut...hehe

    ReplyDelete
  6. wah!!!!
    daku jeles kamu udah ketemui eja da dok zila..

    inilah hikmahnya berblog..merapatkan ukhwah sesama insan2.
    agak2 kalau 12 hab free jom. ke johor pulak....vlog bersama Cik Mat GEbu

    mau kah??

    ReplyDelete
  7. saya juga ada baca buku 'belajar romantis'
    tapi bila romantis, hubby pulak tak faham...
    hehehhe
    salam perkenalan
    :)

    ReplyDelete
  8. seronok nya dpt jumpa kawan2 blogger...

    ReplyDelete
  9. hai kak azie...apa khabar?
    sini dah hujan lah...
    best tidoo...haha

    ReplyDelete
  10. tahniah kak Azie dpt buku..best best best

    ReplyDelete
  11. seronok jumpak kengkawan maya.. kali terakhir jumpak tak silap tahun 1999 dulu..

    sampai sekarang jadi member kamceng.. kisah suka duka dikongsi bersama.. sampaikan masing2 bersalin di tahun yang sama.. cuma beza 2 bulan je.. :)


    kak, nanti buat laa entry review buku yang akak dapat tu ek.. kalau best bleh aa pi carik.. :)

    ReplyDelete
  12. skarang setiap petang dah hujan semula...

    kalau jumpa member lama, memang macam2 yag dicerita... seronok

    ReplyDelete
  13. tiap2 ujan kat ampang...balik bila ujan berhenti je. jammed sudah pasti. nak berjimba dengan kawan2 pun kureng...

    ReplyDelete
  14. biasanya koay teow dibuat goreng basah kan.... leh ler kita terai len kali :)

    ReplyDelete
  15. seronoknya dapat jumpa kwn-kwn sambil mkn2 kan...:)

    ReplyDelete
  16. sedapnya kuet teaw tomyam.. dah lama tak makan kt luar.. hohohhoho

    ReplyDelete
  17. Kak Azie kenal dr Zila rupanya...


    Memang teringat nak join contest dia sebab tersangatlah banyak pengalaman di sepital... hehehe..



    Jangan lupa tart saya kak ! huhu (macamlah banyak ordernya..)Kalau kita jumpa pon ok kott.. Saya turun KL lah nanti tp kena weekend lah..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails