Sunday, April 1, 2012

Antara riak membuak ~ Antara segan si penyegan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad, malam
01-04-2012



Ahad yang panas. Rasa macam nak tidor dalam petiais. Tapi tak muat tu...

Minum air banyak, rasa macam satu kolam pun tak cukup. Tapi nanti orang nak mandi, takda air plak.

Ni bukan blog resepi, so aku tak reti nak citer “aperkebender” yang aku masak siang tadi.


Inti: Mix vege + Chicken Ball Vege. Untuk lebih enak, boh ler udang kering.

Buat inti ‘merapu’ tu pagi tadi, tapi gulung kul 8 tadi. Bukan lagi minum petang, terus jadi dinner.



Hasil tak seberapa, bukan pro so saiz ada kecik ada besor. Apapun, cukuplah untuk diratah tadi, juga satu tepawer eksrim ready untuk digoreng esok pagi.

IKA dah balik semalam. Skulah dia cuti 2 bulan. Hujung Mei baru masuk skulah balik. Yessss..! Kain ada 2 bakul menanti.

AMOI tak balik minggu ni. Kena struggle lebih. Nanti markah jatuh.

Ops! cukup citer pasal anak-anak. Segan. Anak jiran saya lagi cemerlang.




~...HISYAM pulang lebih awal dari jangkaan semua orang, namun ramai sedia tahu dia pulang kerana seseorang namun seseorang yang ingin dipandang tidak terjengah pun di balik kain tutup tingkap, lalu menanti di ambin sambil berjuntai kaki mengharap angin membawa khabar kepada SERI BULAN, air tempayan hampir mengering...~








10 comments:

  1. salam hujung minggu.... bila anak2 tak balik.. rasa sunyi je kan hehe itu kami la..

    ReplyDelete
  2. Pos sini sikit popia goweng tu :)

    ReplyDelete
  3. ZINO:
    Kak Azie ada ramai anak. Jadi bila 2 orang dok luar, masih riuh lagi. hehehe



    DINAS:
    Cikgu, cheq tu ntah ka lagi pandai buat. Pos kalu, lemau tengah jalan. hahahaha

    ReplyDelete
  4. kak azi, kek kukus kat tepi tu menggoda...

    ReplyDelete
  5. ZONAKU:
    Kek Kukus tu, bleh dapat sepanjang tahun. Kak Azie jadi tukang jual jer. Nak order, anytime.

    ReplyDelete
  6. Salam AA, ceria sekali nada bunyinya dimalam Ahad nan lewat...

    Ratna tidak berapa ngerti faham maksud artinya tajuknya itu, terang kan penjelasannya umpama sejelas seperti api pelita berminyak gasoline sudah memadai walau pun samar samar rabun namun akan ngerti faham juga!


    Rezeki Anakanda semua akan dipermudahkan dengan sejahteranya jadinya yang lain yang dianggap lebih berjaya jadikan sebagai contoh sahaja, tidak kah begitu wahai AA...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  7. Berbanding kecemerlangan anak2 rakan2 blogger, anak2 kakcik memang jauh ketinggalan. Bagaimanapun kakcik dan Abg Bob tetap sedaya upaya membentuk agar mereka menjadi 'insan'. :)

    ReplyDelete
  8. AA..acik pun suka cerita anak2..macam mana pun..meeka tetp anak kita..kita banga dengan anak2 kita.

    ReplyDelete
  9. kak azie, kalao peti ais beso, muat kot nak masuk.. hihi..

    ReplyDelete
  10. meriahnya inti popia tu...*telan air liur*

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails