Monday, February 3, 2014

Apa tajuk entri ini?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
03-02-2014


Dah Senin. Saya tak apply cuti tambahan, lalu hari ini masuk kerja semula. Walaupun 2 minggu sebelum CNY agak longgar suasana kerja, tetapi dalam masa terdekat keadaan tegang, sibuk dan kalut akan bermula semula. Kena la bersedia mental fizikal menghadapi keadaan sibuk yang melampau nanti. Bagi yang bakal terpilih untuk menjadi team tender, hmmm.... standby!

Cuti 3 hari CNY tidak begitu memberangsangkan. Beberapa plan asal tidak saya laksanakan. Sebenarnya cuaca yang panas tidak begitu mendorong saya untuk berada di luar rumah. Rutin ke pasar sebelah pagi saja yang tidak boleh diabaikan.


Suasana Pasar Pudu pada hari CNY. Tidak banyak yang dapat diborong, tapi mujur ayam tidak berubah harga. Sayur sangat murah. Ikan saja yang tak boleh dilayan. Mahal ya amat...!

Sebenarnya bila cuti jer, saya jadi kurang mood nak update apa-apa. Arghhhh...!!

Tayang-tayang:


My paberet. Tose Telur Taruh Atas. Sarapan yesterday morning.



Sebelum terlupa saya berbesar hati menjemput para bloggers dan para pembaca memeriahkan lagi program demo masakan oleh blogger di majlis Masak-Masak Blogger (Rendezvous Blogger #1, 2014) yang bakal diadakan pada Sabtu 8hb Februari nanti. Saya turut dilibatkan. Entri tentangnya: SINI.

Jommmm....!





 ~...petang semalam lagi SERI BULAN sudah nampak air muka HISYAM yang muram masam bagai orang ditinggal kekasih hati tetapi untuk bertanya dia tidak melihat masa yang sesuai, lalu bila Mak Utih merungut si buah hatinya itu tidak berkunjung datang menagih kopi di pagi hari, inilah detik yang patut dia sebut sebagai mengada-ngada tak kena tempat...~




10 comments:

  1. da ready apron purple kak?
    sy mmg xreti makan tosei..entahlah mengapa hati ini tertanya2 jugak.

    ReplyDelete
  2. tosei...dulu2 tak pernah makan..seklai makan..nak lagi dan lagi hehe...

    ReplyDelete
  3. Samalah tempat kakak ikan/udang/sotong semuanya mahal tak terkata.
    Tosei cecah kuah putih tu yg sedap:)

    ReplyDelete
  4. Tose Telur Taruh Atas Tose Sambal Taruh Kanan Dal Taruh Kiri Tengah Tak Tahu Nama Apa Warna Putih Teh Ais Satu Gelas Besar.


    Wah panjangnya nama!

    ReplyDelete
  5. eh buka ye pasar time cuti public
    dekat sini tak buka

    saya tak berapa doyan makan tose

    ReplyDelete
  6. saya pun suka tose ... tapi nak yang garingg..

    ReplyDelete
  7. biasa mcm tulah aktiviti kaum ibu menghabiskan cuti......

    ReplyDelete
  8. Udang paling ketara harganya Kak Azie, pas tu ikan...terbalik bila raya kita ayam dan daging pulak berlumba2 naik harga.

    ReplyDelete
  9. Team leader untuk tender mesti pecah kepala kan...hehehehehe. Saya pergi beraya....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails