السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
28-02-2014
Setiap pagi sepanjang jalan dari Ampang ke KayDee, kami dengar radio IKIM. Sempat la juga kadang-kadang dengar ustaz dok bagi tazkirah pendek, bersulam lagu nasyid sekali sekala layan teka-teki...
Pagi tadi sempat dengar Ustaz sebut “jangan bandingkan suami kita dengan orang lain”. Samada dengan jiran ker... dengan kawan sekerja ker... atau paling bahaya jangan dok suka bandingkan suami kita dengan ex-BoyaFren kita.
Saya rasa, nasihat itu boleh juga digunapakai oleh para suami, jangan dok suka bandingkan bini sendiri dengan orang or dengan bini orang lain.
Lately, ada banyak sangat kisah klise tentang percintaan selepas pernikahan. Banyak dalam drama. Dalam filem. Dalam novel.
Dalam kehidupan seharian? Sepatutnya begitu. Ikut macam orang zaman dulu. Tak pernah kenal muka sebelumnya, tapi aman damai saling ikhlas dan redha dengan pasangan sehingga akhir hayat.
Apapun saya suka pernyataan cinta secara tersipu yang ditunjukkan dalam sebuah drama terbitan Suhan Movies tu. Nanti saya nak tulis tentang percintaan indah itu.
Tayang-tayang:
Gelembong Buaya, makanan tradisi Kelantan. Kawan saya baru balik dari sana, dan ole-ole ini memang khas untuk saya. Terimakasih, Datin NM...!
*Gelembong Buaya ni macam candy kelapa. Manis dan rasa lemak kelapa parut.
~...ketika musim tengkujuh hampir tiba dan hujan tidak pernah berselang hari, SERI BULAN semakin bimbang atap seperti bergegar, dinding seperti dihogar dan HISYAM segera dipanggil menjadi peneman saban malam bersedia kala ribut kerana Pak Utih sering semput dan Mak Utih sering kelibut...~
Setuju 100%! Tak guna compare-compare. Hargai dan cintai apa yang kita ada :)
ReplyDeleteKakcik suka makan 'gelebung boya' ni. :)
ReplyDeletekalau novel, filem x de drama x sedap lah..
ReplyDeletex colorfull.
bosan..
dari zaman saya kecik,anak dara hingga jadi mak dara ni...rasa dan rupa gelembong boya tak pernah berubah...
ReplyDeletebaru harmoni rumahtangga.. ;)
ReplyDeletetak pernah rasa lagi gelembong buaya tu..
Malam tadi pulak dengar pasal kalau dah kahwin ni jangan berhubung lagi dengan mak we or pak we lama kita. Takut bila terkenang balik kemanisan masa bercinta dulu, akan meranapkan rumahtangga sekarang ni.
ReplyDeleteGelombong boya...pertama kali dengar.Tapi kalau buaya darat /laut dan boya utk kapal tahulah..mesti manis mcm mek kelantan.
ReplyDeleteSy ada se-orang boye disini. Pandai amek kesempatan..boye sejati berjiwa kental. Siapa nak?
ReplyDeleteSy xpernah tgk or dengar kuih nama rupa itu. Sedap tak kak?
Makchaq kalau makan gelembung boya ni selalu tertinggai hampas...macam makan tebu pulak... kena buang sepah bila habis manis....
ReplyDeleteDulu masa duduk Pantai Timur Gelembuang Buaya antara buah tangan wajib tiap kali balik kampung.
ReplyDeleteWalaupun dia berbeza banyak umoq dengan Aina tapi dia tetap menjadi pojaan hatiku...ahahhaa...dah jodoh jadi itulah yg terbaik buat kita, sikit2 pejammm mata jelah!
tak pernah dengar gelembung boya tu, apatah lagi rasa
ReplyDeletemanisan ni ye
betullah kak azie, biasa orang pompuan
tak pernah lari sifat gitu, muhasabah diri sendiri
sy dgr sikit saja pagi td....
ReplyDeletedrama terbitan Suhan yang mana ya kak? x sabar nk tau ni
Taknak komen pasal compare2 ni sbb baru ingat nak buat entry ala2 ni...on drama la..TAPI nak habaq...gelembung boya tu..aduh..sedap..lamaaaaaa tak santap
ReplyDeletesy kenal gelembong boya selepas kawin.. tokma cadangkan beli itu utk kasi buahtangan buat mak mentua... hahaha.. dasyat eks.. kiki
ReplyDeleteBetul. Kena ingat syaitan sentiasa hendak meruntuhkan hubungan halal suami isteri.
ReplyDeleteBetul. Kena ingat syaitan sentiasa hendak meruntuhkan hubungan halal suami isteri.
ReplyDeletetak pernah rasa gelembong buaya nih.. anak saya cakap tuh kahak buaya...EEeee
ReplyDeleteAda aku kisah?
Delete