Saturday, February 22, 2014

Makan luar: antara sedap makan dan sedap dilayan, yang free juga yang paling best...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-02-2014


Sibuk sepanjang 2 minggu selepas 2 bulan agak lapang. Dan masa untuk masak sakan-sakan adalah sangat terhad. Ahhh rindu sebenarnya nak masak sebab masa untuk tunjuk skill dan perasan terror hanyalah pada hari Ahad.

Dan setiap kali balik kija sekitar jam 8:00pm dan reached home sekitar 9:30pm, adalah sangat letih dan nak pandang kuali pun dah rasa nak pitam.

Makan di kedai adalah pilihan yang ada.

Satu malam tu:


Makan di restoren Sawadee tepi MRR2, berhadapan Tesco Ampang (tepi Perabot Cempaka).


Agak mengecewakan. Jus Mangga yang tawar dan kasar. Lauk Paprik kurang rasa. Ahhh... nasib baik Kuey Teow Kungfu boleh tahan, 2 bintang.

Malam yang lain, berselang 2 hari kemudian. Makan di medan selera depan rumah jer:


Nasi Goreng USA. Terbaik!


Ramai tak tahu, Nasi Goreng USA = Udang + Sotong = Ayam. Tapi macam tak nampak udang jer pun. Takpa. Yang penting sedap dan kenyang. Syukur.

Hari ni agak-agak KL jem tak? Mana la tahuuuu.... ada orang nak perabihkan duit BR1M tuh. Saya tak dapat pun. Tapi saya nak pegi KL town juga nak tengok bandar. Itupun kalu lepas kerja nanti tak rasa ngantuk. Cewahhh!




 ~...SERI BULAN, mana bulan di wajahmu...~




18 comments:

  1. lama tak masak ye kak, habislah skill akak dah terhapus.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyyy mana leh biar ia terhapus macam tu jerr...

      Delete
  2. petang macam biasa kak, jammeddddddddddddddd :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah agak. Memang tak pergi pun. Singgah Jinjang jer lepak di rumah MyBonda.

      Delete
  3. Saya memang jenis yang jaaaaaaaa rang sangat nak makan kat luar. Last Saturday malam jam 11.30 lepas balik dari rumah orang tu, kami sekeluarga makan kat luar. Saya order nasi paprik dengan sup sayur. Alhamdulillah sedap. Kakak saya order kuey tiaw goreng, hampeh, tawar langsung. Pulang balik minta betulkan, bila dapat, sama je rasanya. Tak kurang tak lebih.

    Abg ipar saya bising betul bab-bab macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun kalu boleh hari2 nak masak sendiri dan makan di rumah. Cuma kadang tu bila dah lewat benor sampai rumah dah tak upaya. Lagipun Mytoklaki memang akan masak utk bebudak di rumah.

      Delete
  4. Tengok rupa paprik tu pun, dah boleh agak, rasanya "kureng" :P
    Tengok rupa nasi goreng USA,pun dah dah boleh agak,ianya sedap!

    Setahu saya, dan yg mmg selama ini saya makan, nasi goreng USA ialah nasi goreng + daging masak merah berbawang cili + telur mata kerbau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Kak azie pun dok ingat lagu tu jugak. Tapi ada orang bagitau yang resipi asal kena ada udang + sotong + ayam. Mungkin menu diubahsuai lalu berubah-ubah mengikut kreativiti tukang masak kot...

      Delete
  5. dia punya presentation bukan main lagi,
    tak sedap rupanya!
    yang bawah tu cam kita masak aje, campak gitu juga
    tapi rasa yang mahal kan =)

    tulah don't judge the book by its cover kan kak azie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Restoren bukan main nampak cantik dan gah. Siap lampu2 cantik dan romantis gitu. Pemandangan sekeliling juga menawan tapi rupanya persekitaran saja yang enak...

      Delete
  6. baru sy tau makna USA, ingatkan nasi goreng amerika, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan saya jer yang tak tau....heheehe takpa belajar la kita...

      Delete
  7. salam hujung minggu azie.. mencari hisyam diwajah Sri Bulan =)

    ReplyDelete
  8. Aina tak layak dapat BR1M sebab lebih Rm1 dr kelayakan ahahaaaa...

    ReplyDelete
  9. favourite anak makan nasi goreng USA...2 minggu berturut-turut minta nasi goreng USA....siap cakap...mama nanti buat telur goreng macam nasi goreng USA...nasib baik tak minta buat nasi goreng USA....telurnya digoreng tak garing gitu.....sedap weeeyyyyy.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails