السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-02-2014
Selepas program masak-masak, kami sempat hadir di majlis kesyukuran sempena pembukaan rasmi klinik Mediviron milik Dr. Hanie, seorang teman blogger di Bandar Seri Putra. Sepelaung jer dari kitchen studio.
Kami sampai selepas kul 5.00pm, jadi tetamu sudah berkurangan tetapi makanan tetap ada. Mee Kari dan Meehoon Sup yang datang khas dari katerer PD sangat enak. Kebetulan memang saya tidak makan banyak di studio lalu kesempatan ini, belasah 2 mangkuk!
Mediviron adalah group klinik panel saya juga tetapi saya tak masuk sebab klinik ditutup pada petang itu kerana doktornya nak layan tetamu.
Tahniah kepada Dr.Hanie atas kemajuan ini, semoga terus suksess.
Dan, balik dari segala program di hari Sabtu saya batuk berterusan dan semalam demam. Lalu MC sehari semalam.
Saya singgah di cawangan Maju Jaya pada Selasa malam selepas balik kerja sebab badan dedar. Sebelum ini sudah 2 kali saya pergi di cawangan Ampang Point tapi saya tak berapa suka dengan doktornya yang sedikit garang, dan tak senyum langsung!
Tapi di sini, wahhh doktornya (lelaki Serani), friendly sangat. I like! (bukan pasal dia bagi MC)
Kerana saya tinggal di area ‘hotspot’, hari Jumaat mungkin kena follow-up semula untuk blood-test, dibimbangi denggi. Saya harap tidak, sebab saya dah serik kena warded 5 hari sebab denggi dulu. Seksa!
Info: doktor kata seseorang boleh diserang denggi sebanyak 4 kali dalam hidupnya (but ada 1 kes di Sarawak, sudah ada orang kena sebanyak 5 kali dalam hidupnya).
So hati-hati ya kengkawan!
Alhamdulillah, semalam dapat hujan selama 20 minit di kawasan saya.
~...sekali air bah sekali air berubah kata Mak Utih tetapi dia cuba meyakinkan pula bahawa HISYAM bukan mudah hendak berubah selagi di bawah pengawasan Pak Utih dan semenjak anak dara Pak Imam disebut-sebut akan bertunangan dengan orang dari kampung sebelah baruh, SERI BULAN sentiasa tersenyum mengalahkan bulan dipagar bintang kejora...~
Tak jumpa dr adam abdullah ke kat ampang point tu. Ok je dia.
ReplyDeleteDah 2 kali dengan Dr Adam tu la. Tak suka la. Tak senyum dan sedikit garang. Sebab tu cari cawangan lain.
DeleteTak tau pulak Dr Adam tu mualaf.
batuk smapai termuntah2.. tp tak deman.
ReplyDeleteBetul. Ni pun batuk2 sampai rasa nak muntah pun ada..m
Deletemusim denggi ke sekarang...anak buah saya pun ada yangkena suspect:-) Semoga cepat baik kak azie.
ReplyDeleteMemang musim denggi sbb cuaca kering nyamuk pun banyak. Memang tak tahan bila nyamuk banyak ni.
Deletetau xpe..musim skunk ni..anak membe sampai 2 org kne tahan wad sbb denggi....
ReplyDeleteSebab tu kalu demam jer kena cepat2 check takut terkena denggi tu laa...
Deletesungguh banyak event yang saya terlepas.. :)
ReplyDeleteKami juga singgah Musollah Ehsan menziarahi ayahanda Dato' Abdulllah then kemudian menjengah Kak Anyss di KPJ.
Deleteharap2 bukan denggi ye kak azie..
ReplyDeletesy pernah sembang ngan bekas pesakit denggi, kali kedua or ketiga, dia sampai koma...
nauzubillah....
Jangan la sampai terkena lagi. Serik betul rasanya..
DeleteAlhamdulillah, che mid tak pernah kena denggi..tapi nyamuk kat umah ni skrg segar bugar dan saiz xxl belaka..we cannot live without ridsect wooo...
ReplyDeleteKadang2 ridsect pun tak jalan. Kami guna ubat nyamuk mat tu seawal senja dah mula pasang.
DeleteKak...hari ni demam lagi tak? Risaunya saya...
ReplyDeleteTak. Alhamdulillah harimi dah ok dah boleh masuk kerja. Terimakasih atas rasa prihatin itu..
DeleteAs-salam kak Azie..
ReplyDeleteSemoga Dr. Hanie terus berjaya dan berjaya.. Take care ya kak azie.. semoga cepat sembuh, insyaAllah..
Aaminn segala doa.
DeleteHarini dah sihat cuma batuk memang takda tanda nak baik.
moga cepat sembuh ... kalau nak mc panjang gi klinik kat bukit mahkota tu .....hehehehhe
ReplyDeleteKalu boleh dapattttt....
Deletemusim sakit2 sekarang ni kak... TAke Care eyhh.... ;)
ReplyDeleteTu laa. Tekak sakit. Kepala pun sakit.
Deletemusim aedes merebak....kes denggi pun naik mendadak.....take care azie...
ReplyDeleteBetul tu. Cuaca yg kering ni memang nyamuk bermaharajalela sungguh. Geram dibuatnya!
DeleteAwek tudung oren baju ungu tu, sempat lagi posing ambil gambar eh?
ReplyDeleteDah blogger ketegaq. Sempatkan jugak..!
Deletesekarang memang panas semacam kan
ReplyDeletedekat sini belum hujan lagi
entah bila
Betul. Cuaca kemarau. Tapi mujur dah 2 petang ni ada juga hujan sejam dua. Jadi laaa...
Deletelama tak jumpe Dr Hanie, sebelum ni selalu pi klinik dia kat Bangi
ReplyDeleteLepas ni boleh pi klinik dia di Bandar Seri Putra ni pulak...
Deleteserani tu, singh ke?
ReplyDeleteNtah. Serani tak semestinya singh, kan? Tapi doktor tu nampak macam Indian.
Deletesalam perkenalan kak...takut jugak bila pk psl denggi ni kan..tp bgs gak ade info2 mcm ni...lps ni ade mslh, blh refer kwn2 blog jugak...
ReplyDeleteJika betul guna cara berblogging memang banyak ilmu pengetahuan yg boleh didapat dan perkongsian info berguna... Salam kenal.
DeleteNyamuk berpesta-pestaan di Kajang Utama!
ReplyDeleteTak de mood nak update dan baru perasan tak ada gambar di majlis Dr Hanie sebab dah teruja dengan makanan.
Yeaaa Mee Kari sedap Mihun Sup pun sedap..!
DeleteTerimakasih nak....
ReplyDeleteBoleh buat report pada majlis kerajaan tempatan, minta depa datang sembur...
ReplyDeletetakut juga kalau kena denggi. badan2 habis kena gigit nyamuk ni
ReplyDeleteorang sakit Allah sayang, tapi bukan sengaja cari penyakit yea...
ReplyDeletememang musim denggi kot..kat deret rumah saya baru ni dua buah rumah kena, dah asyik kena sembur dengan asap busuk tuh..