Monday, February 24, 2014

Pasar Muhibbah: sering dikaitkan dengan pelbagai bangsa but saya bangga sebab 90% adalah orang kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-02-2014


Sunday semalam, saya berkesempatan join mySepupu dan isteri untuk bersarapan di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana. Sebenarnya, depa selalu ke situ pada hari minggu dan kami dah berjanji bila ada peluang nak ke sana lepak minum pagi sama-sama.

Ini merupakan kali pertama buat saya wpun dok lalu lalang area situ sangat kerap. Malah untuk pergi makan ke Ampang Putra (Bistro yang sedap tuh) pun mesti lalu area sini juga, cuma belum pernah singgah.


Pemandangan dari jauh. Penuh kerusi meja dengan orang ramai yang datang bersarapan. Saya boleh katakan semuanya adalah orang tempatan wpun yang berniaga ada juga sorang dua dari seberang.

Di sebelah luar bahagian tidak berbumbung adalah gerai-gerai jualan (macam bazar) yang menjual pelbagai barang. Paling banyak kain baju dan tudung. Lebihkurang macam uptown or pasar malam jugak.



Di sudut sebelah hujung bebudak berlatih silat. Lalu ramailah parents yang juga duduk di situ menanti anak masing-masing berlatih silat.



Terlalu banyak pilihan, sehingga tak tahu nak pilih mana satu. Hmmmm... CHAK berminat nak makan Chicken Chop. Wahhh gerai ni pernah menjadi pilihan Jalan-Jalan Cari Makan.


CHAK dan ibu. MySepupu dan isteri pernah menjadi ibu pengasuh CHAK sejak CHAK lepas pantang sehingga umur dia 3 tahun. Kerana kami memang tinggal setaman, jadi hubungan tidak pernah terputus.

Hanya RM10.00. Rasa sedap juga. Tapi bagi saya, yang di Bistro Ampang Putra tu lagi sedap.


My choice. Lontong + Sambal Sotong. Saya tak ingat berapa RM, sebab lepas amik duit baki terus campak dalam poket bercampur-campur dengan duit lain.


Di sudut lain. Agak lapang sebelah sini, berdepan dengan pentas yang saya dengar kadang-kadang ada konsert mini Pop-Yeh-Yeh. Alahaiii bila la saya berpeluang tengok konsert camtuh!


Snap backdrop pentas. Hmmmm Sabtu akan datang.

Tulisan lain:
Saya berterimakasih kepada sekian ramai pembaca senyap, juga pengomen baru yang sering beramah mesra di ruang komen. Terimakasih. Sori Berlori bila saya tidak sempat membalas komen atau membalas ziarah.






 ~...apabila panas mula mencecah kemuncak suhu, SERI BULAN tahu air Sungai Menghijau Lumut bagai melambai untuk berendam tetapi mengenangkan amaran Mak Utih juga sengihan nakal HISYAM, dia tidak akan mungkin mencemar duli mencecah kaki tetapi HISYAM yang terkenal pandai memujuk juga pandai membuat janji rahsia tidak akan pecah, Mak Utih pasti tidak akan marah...~




33 comments:

  1. Seronok bila ada banyak pilihan!

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat selesa tempat makannya kan siap berbumbung tinggi lagi, kalau hujan pun takde masalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kalu tak kenangkan ramai orang menuggu meja kerusi kosong, saya nak duduk situ lepak lama-lama dan borak sakan-sakan..!

      Delete
    2. Yup. Kalu tak kenangkan ramai orang menuggu meja kerusi kosong, saya nak duduk situ lepak lama-lama dan borak sakan-sakan..!

      Delete
  3. Kak, kalau tak berniaga tempat tu jadi tempat bersukan ke kak? Tu nampak macam badminton court aje.

    Tapi pusat berlatih silat berhampiran tempat makan memang idea genius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dewan terbuka tu juga.menjadi pusat riadah or indoor sport utk penduduk setempat. Macam best jer kalu dapat main badminton kat situ...

      Delete
  4. lama tak singgah sini. nampak sedap makanan kt sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nampak lagi, memang sedap-sedap pun. Terimakasih Effa.

      Delete
  5. Semalam. Kakcik lalu di situ tapi tak singgah pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalu lalu cer singgah. Tapi time sarapan pagi la yg best dan meriahnya...

      Delete
  6. jom kak azie!!!!! kita celen main dam aji...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar yerr...? Jom..! Apa ada hallllll..!

      Delete
    2. Abang YB nak join part mana? Main dam aji atau join makan lontong?

      Delete
  7. azie...sambal sotong atas lontong tu...panjangnya sesunggut dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah betul kak. Jenoh saya nak kunyah. Hahahaaha

      Delete
  8. aSSAlamualaikum,
    Comeyyyyy Chak bertudung ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comey mcm mak dia eh? Heh heh heh

      Delete
    2. Bang YB, Chak tu dah macam anak Anyss jugak. Dah kenal lama. Bertahun-tahun..

      Delete
  9. kak azie macam saya. makan lontong taruk sambal sotong! saya juga part janggut! hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie suka makan lontong campur dgn bahan lain. Kadang2 rendang kadang boh ayam goreng. Yang boh Sambal Sotong adalah yg paling best..!

      Delete
  10. Kami tak pernah lagi makan kat situ w/pun dah sampai sebelah luar pasar ni semasa menempah katering di Angsana semasa nak buat majlis kahwin tahun lepas. Tak sangka meriah mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angsana Katering? Alahaii saya alergik dengar nama katering ni. Hehehe

      Delete
  11. mak ai panjangnya tangan soton.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang tangan sotong tak pandai curi, takpa. Hehehehe

      Delete
  12. memang useful tempat makan tu....siap ada tempat latihan silat....alangkah baiknya kalau banyak tempat ada tempat sebegini.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi malangnya setiap tempat lapang yg ada di celahan perumahan kita sering direbut utk dijadikan bangunan komersial yang boleh buat duit.

      Delete
  13. lontong tu nampak sedap
    ramai orang ye, menu pun banyak
    jenuh dok pilih...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak makan puas kena datang tiap minggu la tukar tukar menu...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails