Friday, February 14, 2014

Dia Yang Kukenali: blogger Anyss dah seminggu kat wad...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
14-02-2014


Selepas majlis perasmian klinik Dr Hanie pula, kami singgah sekejap menziarah teman blogger yang kurang sihat iaitu Dato ’ Abdullah al-Hadi di kediaman beliau Musollah Ehsan (ME). ME sering menjadi tempat gathering paling popular, paling digemari untuk berhimpun dan acara makan-makan blogger.

Kemudian terus singgah pula ke Hospital KPJ Kajang menziarah teman blogger Anyss yang sehingga hari ini sudah menjadi hari ke-10 berada di wad kerana masalah saraf.

Rawatan perubatan disusuli dengan fisioterapi menjadi rutin sepanjang beliau di sana.


Mungkin tidak ramai mengenali blogger ini apalagi untuk berjumpa kerana kesibukan kerjayanya selalu membawanya ke merata tempat.

Saya mengenali beliau sejak 2008 melalui secret group peminat novel. Yeaaa mungkin ramai juga tidak tahu, blogger Anyss adalah seorang novelis yang pernah menghasilkan beberapa novel sebelum ini.

Sejak dari itu kami terus menjadi sahabat, adik-beradik dan kemudian rakan blogger.

Malah saya pernah bercuti ke Kelantan dan menginap di rumah keluarga beliau di Ketereh beberapa hari.

Semoga cepat sembuh, nanti boleh pegi jalan-jalan lagi...!

Cilok dari blog beliau:


Berbaju kurung (juga bawa mafla Red Warrior kaler merah terang!) di Pulau Naminara semasa beliau dan Cik Bintang ke Korea, Oktober lalu.

Nak pegi jalan lagi tak?

Cepat sihat tau!

Aaaaaminnnn....




 ~...bila Mak Utih menyergah si kucing yang ntah dari mana datang, HISYAM yang terperanjat bukan kepalang kerana niat hendak menyakat SERI BULAN di dapur yang sedang Cuti Diberi Tuhan, lalu dia tersipu ketika Pak Utih membentang sejadah ditanya penuh sinis, “Kamu pun ABC jugak kah?”...~




15 comments:

  1. semoga kak anyss cepat baik dan sihat seperti biasa....

    ReplyDelete
  2. Aina masih tak sempat nak ziarah Anyss ingat hari ini lepas balik kerja nak pergi sekejap. Hari ni half day kan...

    ReplyDelete
  3. Selalu pergi blog Kak Anyss, tapi tak pernah tahu siapa orang nya. Low profile. Baca Al-Fatihah yang banyak ya Kak Anyss. :)

    ReplyDelete
  4. Moga blogger anyss cepat sembuh hendakNYA, nanti boleh pergi jalan-jalan lagi.. ;)

    ReplyDelete
  5. Assalam AA,

    Auntie harap Anyss cepat sembuh,
    Bimbang auntie bila mengetahui Anyss sekarang ada masaalah saraf.

    ReplyDelete
  6. As-salam kak azie..

    semoga sahabat kita Anyss cepat sembuh hendaknya.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Azie

    saya pun doakan agar dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Terima kasih dengan doa dari rakan-rakan semua. Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang pada hari sabtu dan terus berehat di fumah hingga jumaat ini. Rawatan akan diteruskan selepas ini hingga sihat, insha allah.

    Opssss! Tetiba daku dah tak jadi misteri sangat dah kan...macam banyak pulak info kat entri ni hu hu hu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails