السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
16-02-2014
MyToklaki awal-awal dah bagitau, Ahad ada 2 majlis walimatulurus yang kami kena hadir. Kedua-duanya orang setaman tapi majlis diadakan di dewan berasingan di luar taman kami.
Walaupun saya tak berapa rapat kedua-dua tuan rumah dan isteri, tapi memang saling mengenali. Jumpa di kedai, jumpa di pasar malam or surau or majlis, muka kenal tapi nama memang tak tahu. Apapun takda masalah pada saya untuk pegi selagi mendapat jemputan.
Majlis pertama. Dewan di Jalan Peel. Jemputan ramai, dewan agak sempit. Jenuh tunggu meja. Kami sampai terus makan tapi air terputus. Ohhh memang spoil lar kalu di kemuncak waktu makan tetiba nasi terputus or air terhenti. Apapun menu lauk pauk memang sedap. Segan nak snap orang ramai sangat.
Majlis kedua. Dewan Masjid di Taman Maluri. Dewan luas dan ada air-cond. Selesa. Lauk sedap juga. Rasa juga sikit.
MyToklaki makan kuih muih jer.
Pihak lelaki lalu tiada pelamin, sekadar meja untuk makan pengantin.
Kumpulan hadrah (tak dengar jelas nama kumpulan), baru masuk dan bermula. Berdendang lagu nasyid dan selawat. Saya suka.
Perasan tak, di KL ni kita sering sebut, ‘pergi orang kahwin’. Tapi jika di kampung, kami tak pernah sebut camtu. Mesti sebut, ‘pi kenduri’. Kenduri terus membawa maksud majlis walimatulurus.
Dan dulu di kampung, persembahan hadrah biasanya pada malam rewang/hari mantai/berinai. Juga ada pentas untuk persembahan “Ghazal Parti”. Orang sebelah utara mesti tahu apa itu Ghazal Parti. Ada kumpulan muzik dan tarian oleh para penari gelek lelaki yang pakai pompuan @ pondan. Betul...! Masa saya kecik, itulah antara hiburan paling happening...!
Masih ingat?
~...walaupun majlis berinai dan berzanji sedikit dingin dek hujan sejak petang, tetapi irama yang beralun terus kedengaran sayu dan pilu dibawa angin sehingga ke cucur atap dan celahan dinding papan lalu HISYAM bagai tahu SERI BULAN pasti terbawa oleh rasa yang pernah disebutnya sebagai rindu ketika mereka sama-sama mengadap dinding kaca yang basah di kota metropolitan dulu...~
gelek pondan? apakah?
ReplyDeleteBetul. Sekumpulan grup yg saya tak tau dari mana or nak panggil apa (masa tu masih kecik, ingat ingat lupa) memang dijemput atas nama Persembahan Ghazal Parti dan depa ni menari dgn mekap tebal dan kostum terang-terang menari atas pentas dgn sorakan gumbira orang kampung.
Deletesepanjang hidup sy xperna jumpa..masih ada tak sekarang kak?
DeleteDah takda la. Dulu mungkin kesedaran agama masih kurangndan hiburan pun tak banyak. Malah budaya ini sangat banyak diamalkan. Dah lama dah takda benda2 ni...
DeleteAcer try demo..huhuh
DeleteWoiiii agak agak aaarrr...! hahahaha
Deleteapapun cer bayangkan macam Pak Maun joget! hahahaha!
Hahahhhahaa.... Gurau kak..
Deleteoooo.... pondan kat kg kami di panggil daghai
ReplyDeleteKami lak kalu sebut "daghai" @ darai tu maknanya pompuan yg selekeh dan serabut mcm orang gila.
Deletedaghaai sy tau.. tapi Ghazal Parti x penah lak pula sy tau....
ReplyDeletemungkin keluarga sy kurang amalkan adat2 ni....
Ohhh mungkin setengah tempat panggil ‘daghai’ tapi kami panggil pertunjukan tu sebagai Ghazal Parti. Sebab ada juga orang main main muzik ghazal tu. Tapi yang saya pernah dok tengok tu, siap ada tarian gelek gelek di atas pentas kayu lantai papan. hehehe
DeleteGhazal parti dengan penari pondan makchaq pun besa tengok masa kecik, siap ada penonton lelaki naik pi menari dengan pondan2 tu...
ReplyDeleteYeaaaaa... Makchaq orang lama, orang utagha mesti tau benda benda ni pernah ada masa zaman dulu kala kan?
Deletedoor gift tu nampak menarik macam handbag....
ReplyDeleteDalamnya diisi kuih dan gula-gula. Dah susah nak cari orang bagi telur rebus.
Deletesaya pernah tengok time kecik2 dulu...sebelah mlm mmg ada ghazal parti ni.
ReplyDeleteYeaa... memang ada dulu kan? Siap ada orang yang naik joget sama sampai ke tengah malam, sampai ke pagi.
Deletesaya tak pernah dengar pula...emm
ReplyDeletesaya pun biasa sebut pi kenduri aje =)
Setengah tempat kalu sebut ‘kenduri’ tu macam macam jenis kenduri ada. Tapi jika sebut pi orang kahwin, memang tau itu majlis besar ada pelamin dsb.
DeleteTak ingat.... utagha belah mana tu.... kat perlih mcm x dak
ReplyDeleteKami sebelah Parit Buntaq sana...
DeleteMasa saya kecik ada joget lambak pada sebelah malam Isnin (kenduri kahwin dulu mesti pada hari Ahad). Kononnya utk hilangkan penat org yg rewang ….. huhu
ReplyDeleteJoget lambak orang Jawa kah? Mesti meriah kan... saya suka tu.
Deletesalam.....ghazal party macam pary taperwere je.....ribuk tau
ReplyDeleteHahahaha party tupperware takda muzik bang.
DeleteKat kampung saya, tetap panggil orang kawin. Hehehehehe
ReplyDeleteMasa Kak Azie kat kampung kami dok sebut pi kenduri jer. So semua orang faham tu mesti tengok pengantin.
DeleteOrang tempat Aina panggil 'hadrah' kalau ada lelaki menyerupai perempuan dok menari tu. La depa ganti denga karaoke pulak Kak Azie...
ReplyDeleteHadrah tu pun ada jugak dulu. Kita belah belah utara memang tau la hadrah nih. Ada lagu, ada nasyid ada kompang. Pendekata hiburan semata.
Deletelagi dua minggu turn kenduri di rumah MIL untuk adik ipar perempuan dan lelaki kahwin.. ;)
ReplyDeleteOhhh sepasang pengantin la nanti tu ya? Bestnyaaaa. Ada karoke dak? hehehe
DeleteKat sini pulak sebut rewang, kondangan atau becek. Pi kenduri kalau ada kenduri doa selamat. Istilah kenduri kahwin memang jarang sangat dengar.
ReplyDeleteRasanya jika majlis orang Jawa ni lagi la meriah. Sebab orang Jawa sangat rapat ikatan kejiranan dan ada banyak budaya yang diamalkan. I wish suatu hari nanti nak tengok majlis orang Jawa dari dekat. Dah la Nasi Ambeng pun susah nak dapat. Seumur hidup baru dapat rasa sekali jerrrr... huhuhu
DeleteGhazal Party...tau......'penari' tu lawa :))
ReplyDeletetapi masa kenduri abang2 makcik, tak panggil pun ghazal party ni....dia org jemput kugiran mai :))
Amboiii... Panggil kugiran lagi la dasyat. Rasanya kalu panggil kugiran tu kira tuan rumah hat jenih berduit sikit la. Maklum kugiran ni mahai skit dari grup ghazal parti nih... betoi dak Makcik?
DeleteAmboiiii.. tapi betullah. Zaman dulu kalu ada orang kahwin serentak dengan acara muzik bunyi bunyi tu adalah hiburan paling best dan sangat ekslusif, kan?
ReplyDelete