Wednesday, February 19, 2014

Kenangan Mengusik Jiwa: cermai yang permai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wednesday
19-02-2014


Di tepi Rumah Bonda. Parit yang mengalir dari taliair tepi jalan, mengaruskan air terus ke belakang sehingga ke bendang.

Sebatang pokok cermai. Hanya satu-satunya. Tinggi menyayup tapi sungguh meredupkan sepulau pokok keladi dan pandan di bawahnya. Ada titi sekeping papan melintasi parit menuju ke pulau pandan dan keladi itu. Bersebelahan pula dengan serimbun pokok buluh yang sering diminta jiran untuk buat kail pancing.

Bila cermai berbuah lebat menghijau muda kemudian menguning terang menggamit pandangan mata... mula ada yang tunjuk terer memanjat memetik menghogah dahan dengan harapan dia paling banyak menjatuhkan buah.

Adik-adik yang kecik yang belum pandai panjat-memanjat, menunggu melangut ke atas membentang kain batik ‘menangguk’ buah yang gugur. Kadang-kadang ‘menembak’ kepala, lalu jerit jerit manja tidak marah. Sakit sekejap tapi kan ke nak makan sedap?

Kemudian kreativiti lain pulak. Cermai dikunyah sebiji-sebiji. Paling best bila bawa sekali lesung batu dan batu giling. Dan cermai diketuk separuh hancur. Garam belacan direka mengikut citarasa. Cili cili takda. Masa tu tak berapa pandai nak makan pedas. Garam plus kicap plus belacan. Enough. Untuk budak umur 10–12 tahun. Dara sunti benor masa tu. Berani buat masa mak-pak pi bendang. Padahal bukan depa marah pun. Depa lagi suka kita dok perabih cermai nan lebat tuh. Cuma part panjat tu la kot yang rasa takut dan bersalah.

Hari ini?

Pokok cermai tu dah takda. Pulauan pandan dan keladi pun, no more. Buluh? Dah lama licin tapaknya.



Pic cermai yang lebat ni ihsan teman FB yang snap pokok ni masa dia balik kampung CNY lalu. Saya minta untuk pinjam sebagai hiasan kenangan entri ini. Terimakasih.

Tidak mungkin masa lalu bisa diulang. Anak-anak saya, kompom tak pernah tengok pokok cermai. Cedihh...!





 ~....bila HISYAM dapat tahu SERI BULAN terasa hati isu anak dara Pak Imam mandi sungai dengan berkemban, dia sengaja mencabar SERI BULAN untuk juga turun mandi berkemban di sungai di senja hari..~




20 comments:

  1. Aduh kak...meleleh ayaq liuq habaq hang tabg pàrt siap mkn bercicah tu...teringat plak kenangan mkn mangga muda tepi bendang kat rumah tok dulu2....huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Pepagi baca N3 ini kecur kakak dibuatnya.
    Zaman kanak-kanak dulu lasak tapi susah nak kena demam...
    Makan apa pun tak sakit perut..

    ReplyDelete
  3. ehm... sekarangni memang susah nak nampak pokok cermaini.. dulu suka makan asam cermai.. nak makan gitu rasa cam masam sangatler.. alamak kecur air liur..

    ReplyDelete
  4. kecaq ayaq lioq...
    masa dulu dulu,pokok cermai jiran jadi habuan menyicah dan buat pincok..Sedapnya.

    ReplyDelete
  5. masa kecik aka zaman dara sunti.. sy jaguh panjat pokok rambutan, pokok jambu, pokok manggis dan pokok duku... kiki... skrg hanya mampu memandang dan berharap ada org sudi ambikkan utk kita... kiki

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah jumpa pokok cermai. Saya hanya teringin makan cermai masa mengandung jer dulu. Itupun, makan seulas jer walhal beli seplastik santak.

    ReplyDelete
  7. Sebut aje cermai dah terbayang kemasamannya dan gigi saya dah terasa ngilu. Huhu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Nyum nyummmmm sedapnya!
    Mana nak cari nih hu hu hu macam orang ngidam lak

    ReplyDelete
  9. Saya yang tua bangka ni pun tak pernah nampak buah cermai hik...hik...hik....

    ReplyDelete
  10. saya kecil-kecil pun suka panjat pokok cermai ni
    sekarang memang dah tak nampak
    anak-anak saya pun tak kenal pokok cermai

    ReplyDelete
  11. Azie
    Anak akak pernah nampak pokok
    Cermai. Akak suruh dia teka..
    Jawapannya
    Belimbing bulat....
    Lagi kesian....

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Terkenang cermai yag masam dan kecut!
    budak sekrg tak kenal agaknya.
    Saya masih menemuinya di Taman tpt naik basikal, tapi tak pasti saya boleh makan ke cermai milik awan tu.

    ReplyDelete
  13. Dulu selamba je boleh makan buah cermai tu.. tapi sekarang.. eemm.. takde cicah memang tak makanlah.. ;)

    ReplyDelete
  14. Aduhai dah lama mengidam nak menyicah buah cermai..kecur air liur..

    ReplyDelete
  15. Saya...
    tak pernah tgk pokok cermai jugak!

    ReplyDelete
  16. kecik-kecik dulu rajin makan buah cermai....masa nak kait buah cermai tadah dengan baju hehehe
    kenangan tuh

    ReplyDelete
  17. Berair mulut ni kak azie...kembang2 dah mengenangnya masam cermai tu.

    ReplyDelete
  18. pernah makan buah cermai tepi sawah...sekarang pokok tu dah tak der rasanya....aduhai....budak-budak sekarang sure tak tahu punya...google ler nak tengok gambarnya...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails