Thursday, February 6, 2014

MLM 2013 Final: RM500,000 tu bukan sikit beb...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
06-02-2014


Ramai tahu. MLM = Maharaja Lawak Megaaaaaa....! > jerit ala ala Dato ’ AC Mizal.

Menjadi satu program hiburan keluarga. MyFamily. Kami tiada masalah untuk duduk beramai mengadap MLM ni setiap malam, hari Jumaat wpun agak lewat bersiaran langsung.

Begitu juga bila diulang-siar. Masih boleh layan 3,4 kali lagi benda yang sama. Takyah fikir. Takyah pening nak faham. Cuma gelak dan gelak.

Akhirnya MLM 2013 tiba ke kemuncak. Malam final akan berlangsung Jumaat ini. Satu sejarah akan tercatat lagi.

5 pasukan (termasuk si solo Nabil) bakal berentap. Tapi dok tengok depa ni sangat kuat sokongan sesama depa.


Walaupun melayan undian sms bukanlah cara kami, tapi sokongan terhadap program lawak sudah menjadi suatu keseronokan pula.

Berbanding lawak-lawak zaman saya sekolah dulu, begitu jauh perbezaan dan peningkatan lawak hari ini. Berlawak sudah menjadi suatu kerjaya hebat, pekerjaan yang memberikan pendapatan yang cukup lumayan dan mereka disamakan dengan para selebriti yang menyanyi dan berlakun dsb.

Tidak kurang yang melihat pelawak muda hari ini yang bukan saja ada rupa kacak tampan, juga kehebatan mereka membina kerjaya dalam bidang sampingan seperti berlakun. Tu belum kira yang jadi duta produk. Masyukkk...!


Kalupun tiba-tiba gagal menjadi juara (wpun rating tidak pernah jatuh), SEPAHTU pasti mendapat tempat kedua. Jangkaan saya. RM500,000 harus direbut...!



SHIRO, yang menjadi pesaing terdekat kepada kumpulan teratas, SEPAHTU. Kalu tetiba depa juara, sapa boleh pertikai?


Ada ketikanya, JAMBU bagai ‘lost’ di atas pentas.


Kumpulan BOCEY menjadi paberet bebudak dalam rumah saya. Sebab ABAM tu comel... sangat comel!

NABIL pasti kena bergelut sakan nanti.

Selain peserta, juri juga menarik perhatian wpun Nora Danish tu bagi saya, so-so jer. Kita lebih gemar nak dengar Luna Maya, memberikan respons. Dia rajin ‘layan’ karenah peserta. Hahahahaha Luna Maya pandai berlawak!


Golongan pelawak hari ini semakin bijak. Walaupun masih menyelitkan sendaan fizikan rakan sepasukan (kalu dulu kita sebut perbodohkan kawan) tetapi lawak sarcastic terus diterima. Dan pelawak hari ini pun bukannya muka ‘pecah’. Pelawak hari ini ramai yang hensem-hensem. Sebab tu ramai peminat. Percayalah, ramai gadis di luar sana minat lelaki yang bukan sahaja ada rupa, tetapi juga ada sense of humor...! Am I right?





 ~...setelah berminggu panas membahang sehingga merekah tanah laman Teratak Nyatuh, akhirnya hujan yang mencurah petang semalam memberikan irama syahdu bila zink ditimpa cucuran, SERI BULAN rasa betapa indahnya petang itu kerana HISYAM termangu terperangkap tidak dapat meredah jalan pulang dan Mak Utih turut terperangkap di dangai kebun getah dan siapa pun tidak menduga debar dada SERI BULAN ditinggal berdua dengan HISYAM di ambin terbuka...~




13 comments:

  1. shiro dan bocey boleh sapu sepah hehehe
    sepah kena overtime cari idea segar kan...Nabil dah tawar....

    ReplyDelete
  2. Jap. Saya tak tengok last week punya. Bukan sepahtu dah keluar? Masuk balik ke? Sesiapa terang kan kat saya.

    ReplyDelete
  3. hari tu tengok sepahtu keluar.....masuk balik ke?

    ReplyDelete
  4. SAYA JAWAB UTK TATA DAN MAKCIK KANTIN SEKALIGUS:
    Sepahtu kunun terkeluar tu hanya gimik semata. Kena tengok sampai habis part last week tu. AC sengaja sakat Sepahtu jerrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ala.. gitu kayak nya.

      Kalau macam tu esok bersemangat balik la nak tengok. Hehehe.

      Delete
  5. Aian tak boleh nak komen sebab kat rumah tak ada Astro. Kunokan? Ahahahaaaa...

    Betul tu Kak Azie pelawak sekarang dah boleh jadi jutawan bukan macam pelawak zaman dulu2.

    ReplyDelete
  6. Last week punya show tak berapa menjadik sangat bg sy kecuali Shiro & Bocey je. Kalau Nabil & Jambu memg hancur lah utk tema zaman kolej tu..ntahpapentah..lawak merapu. Masa AC umum sapa yg dapat masuk final, macam tak logik je bila kononnya Sepahtu tak dpt masuk..kira gimik tak jadiklah..takkan la dorang tak dapat masuk kot..top 3 kan..

    ReplyDelete
  7. saya hanya tengok dekat youtube aje
    kesian kat saya, tapi minat punya pasal layan kan juga

    memang teramat setuju, lelaki yang ada sense of humor ni seksi! =)

    ReplyDelete
  8. nabil mcm dah hilang taring . shiro ada chance ... kita tggu mlm esok ...

    ReplyDelete
  9. saya kurang gemar dengan lawak jambu..nampak macam merapu dan yang gelaktu macam saja2 nak gelak untuk nampak riuh je..:p

    ReplyDelete
  10. Kak azie,

    Luna maya tu dok join opera van java.. pasai tu dia pun sengal jugak perangai bia dok melayan contestant MLM... :)

    ReplyDelete
  11. alamak....terlepas episod final malam nie sebab ada majlis perpisahan bos & beberapa orang staff yang dapat bertukar....

    ReplyDelete
  12. wak pon dh lama x tengok MLM nih.,ihHKs

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails