Saturday, March 8, 2014

air ~ anwar ~ aircraft = 3A dari AA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
08-03-2014


Terkini, seawal jam 9.30 am lagi saya dah terpandang, terdengar tentang MH370 yang dikatakan hilang dari hubungan radar. Sepatutnya tiba di airport Beijing, China jam 6:30am.

Lalu bertalu-talu siri kisah kehilangan aircraft MAS yang dikatakan sebagai kapal paling selamat yang MAS pernah miliki... ditulis di sana sini bersama-sama pelbagai andaian dan jangkaan.

Apapun, kita bersimpati. Sangat bersimpati. Takziah buat seluruh ahli keluarga. Harap mereka bersabar. Yang pasti buat masa ini, masih hilang. HILANG. Jadi bila dah hilang, kena la cari. So sekarang tindakan adalah MENCARI.

Diharapkan tiada lagi pihak yang mempersendakan isu ini. Not funny, okeh? Ini soal nyawa. Bak kata orang, selagi belum jumpa jangan sebut mati dulu.

Sebelum ini isu air menjadi bebelan paling banyak di FB. Setakat ini sudah 2 kali siri catuan yang kami terlibat. Berita menyebut SYABAS nak teruskan siri catuan (berselang 2 hari) ini sehingga 31 Mac. Ok noted!

Kemudian isu Anwar. Bab ini saya tak minat nak sebut, sebab tak pernah 'pandai' bab politik nih. Isu ni sebenarnya paling banyak ulasan yang lawak. Saya jer yang tak pot.

Tayang-tayang:


Telur Pindang. Sebiji RM1.50. Saya beli di restoren area tempat keja (tokey kedai ni orang Muar). Telur berempah ni popular di negeri Johor, terutama bila ada majlis kahwin.

Agak mengejutkan bila ada beberapa orang rakan sekerja (pompuan lak tu) yang tak pernah tengok telor ni, dan tak pernah dengar wujudnya telur pindang. Ohhh biar betul...?


Sarapan saya, hari tu. Telur Pindang tu patut ratah gitu jer untuk menikmati rasa rempahnya. Saya makan dengan Lontong bersama Sayur Goreng. Jawa habis...!

*penghargaan: idea tajuk entri ini, dari rakan FB, Puan Hajjah Sharifah Hamidah. Terimakasih.





 ~...ketika angin bertiup lebih kencang dari biasa, dan cahaya bulan juga nampak terang dari biasa sehingga laman Teratak Nyatuh nampak berseri, kelihatan Mak Utih pulang dengan ceria menjinjing penganan dari rumah Pak Imam kerana majlis merisik anak dara itu berlangsung juga akhirnya, dan SERI BULAN yang menanti di ambin tiba-tiba rasa bengang kerana akhirnya HISYAM turut berada di sana atas tiket tukang angkat dulang...~




13 comments:

  1. Tengok telur 2 biji tu teringat gambar telur di blog DaddyZiyyad.

    ReplyDelete
  2. Doa buat penumpang MH370, tp yang sangat mengujakan ialah lontong tu... glup glup telan air liur kosong!

    ReplyDelete
  3. sedih tggu berita MAS nih
    hai kak..saya yg dari fb

    ReplyDelete
  4. lontong...telur pindang...awesome...

    ReplyDelete
  5. kita doakan yang terbaik buat MH370, jika berlaku sebaliknya moga kita tetap bersangka baik dengan setiap kejadianNya.

    ReplyDelete
  6. simpati kepada yang terlibat
    simpati pada ahli keluarga penumpang MH370 yang menanti penuh harapan
    simpati kepada semua penduduk selangor yang kena menghadapi krisis air
    tapi anuar, emmm sori berlori, tiada sikit pun rasa simpati

    ReplyDelete
  7. kalau kat johor ada kedai2 kecil dalam pasraya yng jual telur pindang ni..saya tak suka rasanya..jadi tak pernah beli..heheh

    ReplyDelete
  8. Assalam azie.lama tak makan telur pindan..jumpa dipasar tani..terus teringin nak beli..tanya sebiji berapa..harga sebiji RM3.50..terus kensel...memang biasa beli RM1.50 je.

    ReplyDelete
  9. Telur pindang ni tahan berhari2 kan Kak Azie sebab dimasak lama.

    ReplyDelete
  10. dah lama tak rasa telur pindang ni.. walaupun bukan pilihan tapi tetap nak rasa sebab jarang dapat..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails