Monday, March 17, 2014

Sepagi Sunday plak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-03-2014


Alhamdulillah, hujan mulai turun hampir setiap hari bermula minggu lepas. Di tempat tinggal saya, sejak petang Sabtu membawa ke malam, hujan memberikan kegembiraan kepada semua orang, sehingga hampir semua status di FB update tentang hujan. Ternyata kita sangat rindukan hujan, setelah kemarau dan kering dirasakan menyiksakan... sedangkan musim berganti itu pun anugerahNYA sepertimana DIA memberikan hujan pula...

Pagi Ahad semalam tu hujan turun agak awal lalu jadual rutin saya dan MyToklaki agak berubah. Untuk ke pasar seawal pagi pun terpaksa ditangguh sehingga hujan berhenti. Hmmm... sekitar jam 10:30am baru dapat bergerak keluar.

Hmmm sarapan dulu bersekali tapau untuk rakyat di rumah. Kali ini ke Kompleks Muhibbah. Lagi.


Nampak banner ni. Hmmm menarik. Patutpun nampak orang agak ramai dari biasa.


Dapat snap dari jauh jer. Suara pun tak dapat nak dengar sangat. Bersulam dengan keriuhan orang bersarapan, juga latihan silat bersanggah dengan bunyi hiakkk! hiakkk! orang berlatih tae-wan-do.



Tapi dah niat nak sarapan, haruslah cari benda makan dulu.


Menarik cekodok bawang ni, tapi saya tak beli pun. Benda ni boleh buat sendiri kat rumah.

Akhirnya:


Chicken Chop. Satu kongsi berdua. Dah macam brunch.

Hmm... ke pasar Pudu agak lewat dari biasa memberikan beberapa perbezaan. Ayam yang biasa dibeli dari brother ayam tu dah habis. Terpaksa beli dari orang. Harga sama jer sebenarnya.

Niat nak buat Cucur Jagung, tapi orang yang menjual jagung pun macam dah balik. Tinggal longgokan kulit dan bulu jagung jer. Alahai... padan muka aku!




 ~...sejak tahu di mana laman Teratak Nyatuh, Tok Anjang Dali sentiasa mencari sebab dan alasan untuk berlegar dari sudut ke sudut, penjuru ke penjuru mengintai menginjak kaki dengan harapan dapat melihat kelibat SERI BULAN tetapi apabila HISYAM yang sering dilihat keluar masuk, orang tua miang itu bagai cuak dan muak dalam cemas dan lemas...~




9 comments:

  1. mmg Tak best pegi pasar agak lewat..dah tggl sisa2.waktu yg best semasa peniaga baru longgok2 brg jualan mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak la pergi pasar agak lewat. Orang tak ramai dah. Boleh jalan dengan selesa. Tapi dari segi barang memang rugi la.

      Delete
    2. tata..org tak ramai=xleh cuci mata maa..rugi2..hehheehe

      Delete
    3. Sorang kata rugi. Sorang kata untung. Akak pegi malam hari lah camni.

      Delete
  2. dah lama saya tak datang makan dekat Kompleks Muhibah, rindu pulak dengan gerai soto dekat situ :)

    ReplyDelete
  3. menarik nampaknya di Kompleks Muhibah..kalau latihan tea kwan do tak ada mungkin acara Bicara Selebriti boleh diikuti@didengar oleh pengunjung sambil makan2..

    ciken chopnya nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. meriah suasana kat situ yea...penuh aktiviti....

    ReplyDelete
  5. nampak meriah di situ..
    chicken chop tu menarik perhatian..

    ReplyDelete
  6. Kak, bahana tidak bermasyarakat dengan fb, saya tak tau pun kawan saya dah dapat title Dr. Tengok banner kat atas tu, menitik air mata saya. Gembira dan pilu seiring.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails