Saturday, September 15, 2012

Walimatulurus: Kita tolong orang tapi ingat, belum tentu orang tu akan tolong kita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
14-09-2012


Hujung tahun, banyak kenduri kahwin, kan? Tapi sebenarnya, zaman sekarang walimatulurus sudah tidak bermusim sangat. Kadang-kadang, bukan cuti sekolah pun orang buat kerja kahwin juga. Ramai pasangan lebih melihat tarikh cantik untuk naik pelamin.

Dalam keluarga aku, yang bujang hanya tinggal seorang, MyAdikBongsu yang dulu merantau berbelas tahun. Sudahpun balik dan tinggal di KL bersama MyBonda dan masih single. Yang lain semua sudah kahwin.

Jika ada kenduri kahwin pun, anak-anak buah la. Secara umumnya, kami pun tidak lagi buat kenduri bergotong-royong lagi. Kali akhir dulu, memang buat kat dewan & katering. Mudah dan cepat. Maklum, sekarang mana nak cari masa untuk turun merewang dsb. Even kat kampung-kampung pun banyak dah guna katering jer, sebab dalam kenduri ni, bab menyediakan makan adalah perkara nombor satu.

Lazimnya juga, kenduri di sebelah keluarga aku — selesai kenduri, sehari or dua hari selepas — kami akan pergi berehat or berjalan makan angin or jalan-jalan cari makan beramai-ramai. MyKakYang dah dua kali terima menantu. Selepas kenduri adik-beradik seluruh keluarga akan dibawa keluar makan di luar or bercuti sebagai imbuhan, penghargaan dan berehat. Dah jadi macam tradisi. Sebab hubungan kami adik beradik kandung sangat rapat dan bila tiba kenduri besar, semua akan turun membantu menyinsing lengan.

Pernah tak korang tengok, or dengar ada orang buat kenduri terpaksa minta tolong orang luar sebab adik beradik kandung sendiri tak mahu membantu?

Aku urut dada bila melihat keadaan ini berlaku. Samada depa memang malas, sengaja tak mahu menolong, atau tuan kenduri ada masalah dalaman dengan adik beradik sendiri, aku tak pasti. Yang jelas, bila dia buat kenduri sambut menantu, 5,6 orang adik beradik sendiri langsung tak menolong. Datang pada hari kenduri, siap pasang badan duduk makan sedap-sedap macam tetamu lepas tu duduk memandang. Dan orang luar yang takda kena mengena pula yang ke hulur ke hilir menolong membantu kelancaran majlis. Adik beradik sendiri duduk sila panggung macam VIP.

So berbalik la pada isu “bayar derau” yang pernah aku tulis minggu lepas. Hari ini engkau tolong aku, esok lusa masa aku engkau pula tolong. TAPI, sebenarnya, zaman sekarang jangan harap sangat orang yang kita tolong tu nak tolong kita balik. Jika ada nasib baik kita, orang lain pula yang tolong kita macam keluarga sendiri.

Apapun, jangan serik untuk membantu jika korang boleh membantu. Bukan suruh kotorkan baju, lenguhkan lutut tetapi setidak-tidaknya, membantu untuk tidak lebih menyakitkan hati orang yang tidak berkira memberi bantuan. Sudahlah kita membantu, kita pula dikerah diarah macam diupah, sedangkan ahli keluarga sendiri tergamak membiarkan majlis tanpa sebarang penglibatan.


Simbolik perkahwinan. Snap tepak sirih cantik ini di rumah MyAnakMenakan.


Orang Melayu memang penuh adat sejak berkurun lama. Jika pun kita tidak mampu mendukung adat, aku yakin kita tidak begitu kejam untuk membiarkan ahli keluarga sendiri buat majlis walimatulurus dengan penat lelah tetapi terpaksa minta tolong dari orang luar sedangkan adikberadik masih ramai. Masih mampu datang. Tapi hanya mampu datang makan dan tapau lauk!

So, ingat. Nak buat kenduri kalu sedia RM banyak-banyak. Beratus ribu pun takpa. Gerenti ramai mengaku sedara nanti. Ahaks!



~...majlis berzanji di malam berinai memberikan suatu rasa indah di hati SERI BULAN juga rasa nyaman di hati HISYAM lalu semasa alunan rebana dan kompang mengiring pengantin perempuan memijak tangga menghala persada, mata SERI BULAN bertaut lama dengan mata HISYAM sambil masing-masing memahami SB itu sudah terlekat di jantung, terbenam di perut dan terendam di mulut...~



 








27 comments:

  1. hurm...ada la sekor dua yg mcm tu..tp kt kmpung sy tu felda, jd mmg jiran2 yg byk tolong..sedara mara jauh...yg dkt tu yg 'buat kepala'

    ReplyDelete
  2. MUNNAFENDY:
    Saya sentiasa kagum dgn masyarakat Felda yang sangat kuat jalinan tolong-menolong tak kira kenduri kecil or majlis besar.
    Yg sumbang mata, bila melihat adik beradik sendiri sangat berkira bila tiba time kenduri besar. Sedih!

    ReplyDelete
  3. ...kat tempat saya tinggal ni (perumahan awam) banyak berlaku...tuan rumah lebih mengharapkan jiran tetangga ada tu lebih sibuk melayan saudara mara yang datang dan membiarkan jiran membanting tulang mengikut arahan.

    ReplyDelete
  4. FARID:
    Biasanya
    tuan rumah memang tak akan buat keja pada hari keajadian, sbb dia
    awal-awal lagi dah agih tugasan. Kita tak leh pertikai lagi. Cuma yg
    geram, adik beradik tuan rumah yg boleh buat tak tahu, langsung tak mahu
    membantu.

    ReplyDelete
  5. Suka baca entry ini

    Tapi, tersangat syukur sbb berada dlm komuniti kampung dan FELDa, sentiasa bersama2..

    soal saudara mara, kami dilayan sebaiknya.. jadi kami enjoy sbb tak perlu susah2 bt kerja dapur. hehehe

    ReplyDelete
  6. AYU:
    Mungkin persekitaran dan budaya setempat banyak mempengaruhi seseorang untuk menjadi ahli masyarakat yg baik atau sebaliknya. Masyarakat FELDA sejak dulu terkenal saling membantu. Apa yg dikesali, yg dekat dgn mata kita ada yg bersikap seperti enau dalam belukar, masing-masing nak tunjuk pucuk...!

    ReplyDelete
  7. Azie..
    bunyi2nya macam nak menerima menantu jer ni...
    Tahniah buat Amoy....
    ekekekekke...
    Jika tiak pun apasalahnya congratulate in advanced....

    ReplyDelete
  8. AKAK:
    Hehehehe
    ke situ pula. Belum lagi la Kak. Yang saya tulis ni kisah benar yg saya
    lihat sendiri, dan pandang dgn hati yg sedih dan kasihan...

    ReplyDelete
  9. saya dah penah melalui fasa di mana kita membantu kawan dan sedara mara dalam bab kawin, sampai bersinsing lengan, tapi nampak gaya bila sampai turn kita nanti tak tau la adakah orang yang ditolong itu akan ingat untuk membantu begitu juga.

    sedih jugak bila difikirkan...tapi takpe lah..akhirnya mak ayah juga yang paling sanggup berkorban...

    ReplyDelete
  10. GADIS
    BUNGA:
    Tak mengapa lah. Sebenarnya yg kita bantu itu sudah tidak baik utk
    diungkit atau mengharapkan balasan. InsyaAllah akan ada orang lain yg
    akan membantu, kita jer yg tak tahu.
    Tiba masa GB nanti, bgtau jer, insyaAllah Kak Azie boleh datang seawal
    pagi menolong.

    ReplyDelete
  11. btol kak azie, setuju, alhamdulillah, famly belah mak saya pon semua rapat2, susah senang semua ada, syukur sgt,biarlah tidak semewah mana, janji mewah dengan kasih sayang

    ReplyDelete
  12. ZULFADLY:
    Kerana kasih sayang lah kita selalu berganding bahu membantu dlm hal kenduri kendara, tak berkira wpun kita pun bukan orang kaya..

    ReplyDelete
  13. Takpa aih. Kita bantu ja seikhlas hati kan. Mesok2, walaupun orang yg kita bantu tu tak dapat bantu kita balik, Allah SWT pasti permudahkan urusan kita dengan membuka hati orang lain pulak membantu kita, insyaallah :)

    ReplyDelete
  14. Sebenarrrnya ....masakan kenduri rewang ru lagi sedap dan puas.

    Sekarang ni katering ....aduhai ...lauk siap dicatu ........

    ReplyDelete
  15. Jiran memang banyak membantu semasa kenduri tapi yang tak tahan tu ramai sangat yang nak jadi ketua. Bila kita dah atur dan serahkan segalanya ada pula yang pandai2 buat macam dia yang punya kenduri.

    ReplyDelete
  16. aduhh kak
    perkara macam nie memang adakalanya berlaku .. sebab kuu skrg org lebih suke catering .. senang siap semua di sediakan .. dari segi layanan dan urusan lauk pauk ..

    bila ada adik beradik , katanya time2 macam nie nak beramah mesra dgn sedara mara , malas nak sinsing lengan membantu di dapur .. huhuhu
    zaman dah berubah ..
    ikutlahh , janji semua urusan kita dipermudahkan dan dimurahkan rejeki ..

    akan dtg x tahu macam mana pula cara org buat kenduri kendara kan kak huhuh

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbth...

    Yang penting ikhlas la sis....tak payah kita nak harap balasan...nanti Allah bagi yg lain.....serius nie sis......ada yang di bagi nanti ...percayalah....kalau bukan di masa kita buat kenduru kendara........ pada yang lain dalam kehidupan seharian kita

    ReplyDelete
  18. Keluarga Aina buat masa sekarang masih mengekalkan acara berderau ni. Walaupun mak saudara buat kenduri di Selangor atau Pahang semua keluarga dari Perlis akan pastikan kehadiran pada hari tersebut walaupun jauh...

    Tolong satu hal tetapi rasanya tidak ada apa yg paling menggembirakan bila saudara mara sanggup tinggalkan urusan masing2 untuk meraikan majlis. Yang tolong satu hal yg tolong tengok pun ramai...:)

    ReplyDelete
  19. DINAS ALDI:
    InsyaAllah. Semoga begitulah. Yang kita kesal, melihat sendiri orang yang begitu angkuh dengan kehebatan dan keberadaan masing-masing.


    CHIK ATT:
    Betullah. Biasanya masa rewang, lauk pauk kampung yg lebih puas makan.
    Lauk katering kena catu takut tak cukup utk tetamu dan juga utk tapau.

    ReplyDelete
  20. KAK ZAITUN:
    Begitulah. Waktu meeting orang lain yg diantik, hari kejadian lain orang yg lantik diri sendiri. Tuan rumah terpaksa lah sabar bebanyak.



    IEDA:
    Masing-masing ada pendapat tersendiri. Memang waktu kenduri semua nak berkumpul beramah mesra. Sebab tu jiran dan kengkawan yang bertungkus lumus tidak berkira tolong buat kerja...

    ReplyDelete
  21. TIRANa ADUKA:
    Betul. Ada orang sangat ikhlas membantu tapi sakit hati bila tuan rumah seluruhnya bagaikan langsung tak menghargai...



    JUNAINA:
    Seronoknya kenduri bila semua adik beradik sepupu sepapat tak berkira turun padang membantu. Di kampung memang ramai yang masih amalkan berderau macam tu.

    ReplyDelete
  22. ADA KESILAPAN TEKNIK PADa COMMENT, SO TERPAKSA COPY n PASTE:


    mama maman aka yana:
    jika boleh membantu.. sikit2 pun Bantu la kannn... insyaallah...

    MAMA MAMAN:
    InsyaAllah, setiap bantuan itu pasti ada balasan baik suatu hari nanti wpun bukan dari orang yang sama.

    ReplyDelete
  23. aizamia3:
    tak banyak sikit kita bantu.. tak kisahler dia tak tolong kita ke tak..

    AIZAMIA:
    Seikhlas mana pun kita, tentulah terasa hati bila dikerah diarah oleh ahli keluarga tuan rumah sedangkan depa boleh duduk saja memerhati tetapi mengarah-ngarah pula.

    ReplyDelete
  24. pernah jugak terkena...sakit hati..jauh hati...semua ada rasa..

    habis2 pun kite bersabar jer laa...

    ReplyDelete
  25. AIN NORAINI:
    Kak Azie faham, sangat faham!

    ReplyDelete
  26. Saya pun byk dpt jemputan kenduri kawen bulan ni. Makan2 saja.....dh gumuk dh ni.....huhuhuuu

    ReplyDelete
  27. Kat kpg sy skrg ni semuanya guna khidmat caterer..nk wt camana..alasan duk jauh x leh blk bila jiran buat knduri kendara , sudahnya bila time makayah buat kenduri xde pemuda yg boleh buat keja gtgroyong...family plk belagak vvip..haha mmg nasib la, syukur kami punya klrga ramai sedara yg blh harap..klu tak catering gak la jwbnya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails