Friday, November 23, 2012

Jangan la tewas lagi Azie. Be strong...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
23-11-2012



Bukan semua benda dalam hidup atau persekitaran kita dapat kita kawal dengan baik. Kadang tu langsung kita tak upaya nak kawal. Mana mungkin kita nak paksa orang ikut kehendak kita atau kesian pada kita, atau bersimpati pada kita. Lagipun, kadang-kadang kita berasa diri kita tidak layak untuk dikasihani pun.

Dulu Saya selalu kata pada diri, “Setakat masalah yang ini, ada lagi masalah yang lebih besar dah pernah aku lalui dan hadapi, so apalah sangat...!” > Chill larrr...!

Sekadar penguat semangat diri sendiri saja. Bukan selamanya pula kita nak harap orang duk urut belakang kita, atau usap bahu kita memberikan semangat moral. Hampir dalam semua keadaan, Saya sangat yakin, kekuatan itu datang dari dalam diri sendiri terlebih dahulu.

Kelemahan kita yang sering kita tidak sedar, ialah kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain. Pastu inferior. Tewas. Alahaiii... itulah yang Saya selalu dok rasa. Tewas lagi!

Merenung langit.
*Pokok di mana kami ‘mencendol’ di bawahnya, depan Hitachi, tepi jalan Bandar Baru Bangi tempohari.

Apa kes?

hahahahaha!

Baju yang ditempah konon nak dipakai pada majlis spesel Senin depan, tak berapa menjadi. Leher baju sedikit kecik (atau leher Saya yang semakin mengembang?)

Bercampur pula dengan lain-lain kekurangan dan kesengkekan, sangatlah menghampakan!

Again, apalah sangat!




~...bila anak dara Pak Imam bercerita dia menerima kiriman salam dari HISYAM, tiba-tiba SERI BULAN semakin hari semakin dapat merasa HISYAM semakin jauh untuk digapai, semakin tinggi untuk ditinjau dan semakin sayup untuk ditenung-redup...~


 




6 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Duhai hati...tabahlah.

    apa kata pi beli yang dah siap?

    ReplyDelete
  2. Cantik gambaq pokok tu. Semoga tabah menghadapi dugaan tu.

    Anak dara Pak Imam tu saja tau. Isk.

    ReplyDelete
  3. Dugaan boleh membuat seseorang itu menjadi lebih tabah dan cekal...

    ReplyDelete
  4. betul kak. kadang tu yg buat kite hangin tu apalah sangat. sedangkan sebelum tu kite pernah duduk di tempat yang lebih teruk dari tu.

    jadi, 'apalah sangat' boleh jadi satu bentuk terapi. :D

    ReplyDelete
  5. Huhu. Saya pun begitu juga. Seringkali membandingkan diri sendiri dengan orang, dan terus saya kecewa. Uhuh. Jadi, bila dah selalu sangat, akhirnya saya sendiri-sendiri faham, bahawa saya perlu ubah cara pandangan saya kepada diri saya :D

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails