السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
06-12-2012
Yesterday, ada meeting sekejap dengan Big Boss. Hanya kami bertiga — Dia, Lady Bos yang bukan bini dia & saya.
Saya masuk tenang sebab sudah tahu isunya.
Saya tolak pintu sambil buat soklan tak bijak: “Want to see me?”
Bos lelaki: “Yeahh... beautiful lady. Semua orang mau jumpa sama orang cantik macam you!”
Ohh come on! Selepas 3 tahun baru nak cakap begitu? Selama ni?
Huh bodek!
Takpa. Saya bagi muka. Sengih. Bukan saya mampu nak belanja dia makan pun. Dia ler patut belanja saya makan. Sebab kami akan bersama sampai hujung tahun saja. Pastu... can cin cau!
Perbincangan hanya 15 minit, tiada keputusan tentang tawaran dia. Saya belum nak fikir apa-apa buat masa ini. Saya perlukan ruang bertenang. Lagipun ini bukan kali pertama terjadi. Saya sudah boleh menyerap segala suasana sebegini. Macam Spongebob serap air dari Bikini Bottom!
Cantik sangat subjektif. Ada orang tengok tulisan seseorang dia dah boleh tahu orang tu cantik atau kurang cantik. Tapi kerana kita semua selalunya menaip saja tulisan kita, cemana orang nak nilai rupa kita kan?
~...SERI BULAN tahu malah lebih dari sedar diri dia tidak secantik idaman ramai lelaki di tempat asalnya tetapi sebab utama yang menyebabkan dia rela mengikut HISYAM ke Kampung Separuh Desa ialah bila temannya itu sering menyebut biar tidak menawan di mata orang tetapi sentiasa menjadi idaman di mata dia...~
Cantik memang sujektif, tapi kalau ada orang kata Aishwariya Rai (minat gila kat dia) tak cantik..tak tau le...
ReplyDeleteKeputusan di tangan AA..fikirkanlah apa yg terbaik..saya doakan semuanya di permudahkan Allah.
Aishwarya tu Miss World Kak Zan. Memang cantik sangatlah.
DeleteCumanya, bila age macam kita ni, kita lebih mencari cantik dari segi dalaman seseorang itu.
Terimakasih doa dan kata semangat itu.
pakngah pun tak boleh menilai tulisan tangan orang .. contohnya - tulisan Pakngah sangatlah buruk tapi orangnya boleh tahan juga lawanya .. hehe
ReplyDeleteTulisan buruk bukan bermakna orang itu perangai buruk atau rupa ikut buruk. hehehe
Deleteasik nampak mata je si cantik manis anyss je..
ReplyDeleteTengok mata jer dah tahu cantik manis, kan?
Deletekannn.. eh.. sy cantik tak..?? hahaha
ReplyDeleteBila sengih camtuh, bukan saja cantik, tapi comel!
Deleteermm bodek la tu kan...
ReplyDeletekak azie nk bhenti keje ke? sy doakan yg terbaik buat akak eh...akak cool je mcm selalu :)
Bukan berhenti kerja, tapi bahagian production akan ditutup atas sebab masalah ekonomi dan kesihatan Bos.
DeleteTerimakasih doa dan kata semangat jer.
kalau taip pulak, seseorang tu boleh dinilai kecantikannya dari cara dia menulis atau memberi komen/pendapat.
ReplyDeletemy 80 sen. heheh~
mahal jugak pendapat awak ni GB. Sampai 80 sen .... hehehe
DeleteAmboi Bang YB. Tu mengayat ker mengorat? Ahaks!
DeleteSiang tadi mengayat. Dah malam Jumaat ni mengoratlah pulak. Mana pulak GB ni .... huhuhu
DeleteBerhijrah ialah sesuatu yang baik (tapi saya takut nak berhijrah kerja lagi). Mungkin boleh buat mereka buka mata tentang faedahnya bila kita wujud. Tapi yg nyata, bodek cantik untuk minta stay sangatt tidak relevan.
ReplyDeleteAda ketika berhijrah kerja sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Pasti ada rezeki di tempat lain. Tiada apa yang nak dirisaukan pun.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteJadi...keputusannya gong kat belang tu memang cantikkan? Sila abaikan dua model pshmina kat depan hu hu hu
Gong tu dah tentu-tentu la cantik, termasuklah selendang pashmina tu sekali. :)
DeleteRealiti ikut mata kakak Azie memang cantik (maaf - bukan bodek). Bila sponge dah banyak sangat menyerap air, tak mustahil akhirnya air akan melimpah keluar - dah tak boleh serap lagi sebab dah tepu.
ReplyDeleteTerimakasih kerana memuji. Hehehe
DeleteAir yang banyak memerlukan sponge yang besar juga. hehehe
bawa bertenang dulu ye kak AA.
ReplyDeletecantik subjektif tapi tak perlu bodek gitu kan
Orang tua macam Kak Azie ni dah lali kene bodek.
Deletecantik itu sekadar kata-kata pembeli jiwa..
ReplyDeletezaman sekarang 'kata-kata' penyedap jiwa dah x boleh nak tanggung nilai sebuah kehidupan :)
Bak kata orang, tak boleh hidup setakat dengan cinta saja.
Deletekalau tiba2 puji maknanya nak sesuatu la tu..apa2 pun bergantung pd niat seseorang..
ReplyDeletecantik memang subjektif.kadang2 muka penuh jerawat pun akan nampak berseri berbanding muka licin macam telur.setuju?
Bos saya tu tengah nak ambik hati saya sebab rasa bersalah suruh saya berenti keja.
DeleteKebanyakan doktor tulisan memang tak cantik tapi ada juga doktor yg cun dan ensem .... hehehe
ReplyDeleteDoktor cun, hensem? Contoh..?
Deletetak nak bagi contoh kat sini takut yg tak tersenarai terasa hati .... huhu
Deletekak AA tak makan bodek punya orang kan... semoga dpt beri keputusan yg terbaik atas tawaran tu
ReplyDeleteSaya cuma mampu sengih saja laa. heh heh heh heh
Deletetak faham sangat ni
ReplyDeleteTak mengapa Anis. Sebab memang ramai pun yang belum faham sebab belum dijelaskan semuanya lagi.
DeleteKak, ada yang muka cantik, tapi apa yg ditulis/ditaip asyik nak maki orang je.....macam mana tu?
ReplyDeleteEkekek.
Psst......wajah disebalik kain batik tu boleh tahan juga. Ekeke.
Boleh tahan jer? Alaaaaaa......!
Deleteorang kata nak nilai cantik jangan pandang kat luar je kena telus sampai ke dalam...
ReplyDeletebanyak lagi untuk nilaian cantik ni...
tapi akak jujur...kalau mukanya cantik...akak kata cantik...
sekali jumpa mana kita nak nilai yg dalamnya kan...
azie...kat mata akak azie memang cantik pun..
Yeahh nialian cantik itu jika dilihat menyeluruh sangatlah berbeza persepsi di mata setiap orang.
DeleteAda ketika penulisan kita juga mampu memberi gambaran isi dalam seseorang itu cantik atau kurang cantik.
mmg tengah bodek tuh...apa-apapun kena fikir sedalamnya ok...
ReplyDeletesuka org puji cantikkkk he..he..
Suka la juga. Tapi umur macam Kak Azie ni dah tak lalu nak dengar puji pujian ni.
Deletehaha..maybe ada niat y tersembunyi kot..:p
ReplyDeleteMemang ada pun! nanti saya tulis lagi ya.
DeleteAian terus terang sangat2 gementar melalui situasi sebegitu. Banyak komitment yg perlu difikirkan. Moga Allah permudahkan segalanya buat Kak Azie.
ReplyDeleteAina dua kali merasa. Berhenti kerana tak bayar gaji dan diberhentikan kononya tak perfom padahal setiap kali ambik staff depa akan ambik 2 org pas tu yg bagus depa confirmkan dan yg kurang bagus dia berhentikan denga alasan tak perform.
Sangat tension kan bila ada perbandingan sebegitu? Dan dalam banyak ketikanya, perbandingan itu seperti berat sebelah, apalagi kalu ada yang pandai bodek dan pilih kasih. Tak mengapa, rezeki masih luas di luar sana.
Delete