Monday, September 17, 2012

Sesiapa pun boleh tersilap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-09-2012


Sesiapa pun boleh melakukan kesilapan. Sedar, tak sedar. Sengaja (?) or tak sengaja.

Aku tersilap tarikh pada entri sebelum. Rupanya today sudah Senin. Masih dok sangka Sunday.

Semalam aku tersilap jangka juga.

Ada plan nak dating dengan blogger GADISBUNGA untuk kirim Tart Nenas yang dikirim oleh blogger Kak ZAKIE.

Padahal, AMOI keluar pagi yang sama ke majlis kahwin kawan dia di Shah Alam. Lupa terus. Dan bila AMOI dah keluar baru aku teringat set lokasi dating dgn GB. Shah Alam juga. Takpa, yang penting barang sampai dan dapat jumpa GB dan emak dia. Thanks!

Kadang-kadang kesilapan memberikan kebaikan. Sedar untuk tidak tersilap lagi pun suatu kebaikan juga.

Tersilap beli barang, tersilap beli tudung warna tak “in” dengan baju, or tersilap pilih kawan... lalu kena makan.

Positifnya, kesilapan bukanlah suatu kelemahan. Itu pendapat aku. Kesilapan adalah pelajaran. Kita bukan perfect, tak akan perfect.

Bila orang tersilap dengan kita, maafkan saja. Hidup jangan dirumitkan.

Pengalaman: aku pernah rasa tersilap pilih kawan bila kawan itu mengaku aku ni layak di bawah tapak kaki dia saja. Tapi, bila tiba raya, aku yang lebih dulu sms minta maaf segalanya, sebab aku nak “let go” benda tu dari kepala aku yang kadang-kadang ada batu besar jugak duduk.

 Kalaulah, ikatan kasih boleh padat ketat seperti Simpul Kasih ini, pasti sebesar kesilapan pun diterima seperti mencampak Soluble ke air suam, mencair, melarut dan diminum senafas...!




~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~



 








21 comments:

  1. Bersama-sama le kita terus belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  2. Azie... Setiap kesilapan mengajar kita tentang erti kehidupan...

    ReplyDelete
  3. Let bygone b bygone..we r human..tak perfect..

    ReplyDelete
  4. Betoi tu, kita memang tak sempurna. Sedihnya baca pasai kawan bawah tapak kaki tu, adoi..

    Simpoi kasih tu saya panggil "tali pusat", hehe..

    ReplyDelete
  5. betul kak..
    kadang2 bila kita buat silap, kita dapat perbaiki diri lebih baik.. siapa yang tak pernah buat silap..

    ReplyDelete
  6. KAK SAM:
    Kita akan sentiasa terus belajar, selagi kita bernama manusia.



    DERU OMBAK:
    Semoga begitulah harapan kita semua.

    ReplyDelete
  7. AZIAN ELIAS:
    We are human, sebab tu kadang2 ada benda yang lambat kita nak boleh lupa.



    DINAS ALDI:
    Tali pusat? Ye lah, betoi macam tali pusat noo!

    ReplyDelete
  8. AIZAMIA:
    Sebab kita tetap manusia biasa. Lebih kesal lagi, ada ketika kita tak belajar pun dari kesilapan tuh!

    ReplyDelete
  9. As salam Kak Zie,

    Uish sedapnye simpul kasih ni... terasa2 kat tekak ni... nak google resepilah... Ni saki baki kuih raya ye kak...hehehe...

    Kata orang putih, "We're just human & human make mistake" :))

    ReplyDelete
  10. Sehinga sekarang kakcik masih terfikir apalah silap yang telah kakcik lakukan............

    ReplyDelete
  11. AKAK:
    Terimakasih kerana bersetuju. Hehehehe


    MARYA:
    Kak Azie lagi la tak reti nak buat kuih nih. Susah la pada Kak Azie., tapi makan suka. Snap masa Raya dulu la Marya, mana ada baki lagi dah. hehehe

    ReplyDelete
  12. KAKCIK SEROJA:
    Kita ada ketika mesti terlupa yang kita dah pun buat silap.

    ReplyDelete
  13. hr ni Selasa ek...aduyai dh silap buat jadual mengajar.....huhuhu...

    itulh kita yg brnama insan yg serba kekurangan....

    ReplyDelete
  14. kalau kita yg silap kita minta maaf kalau dia yg silap maaf kan je lah... manusia ni selalu buat kesilapan..

    ReplyDelete
  15. Ada kesilapan yang kita rasa kesal sangat yang patut kita jadikan teladan, makchaq banyak jugak buat silap yg bikin malu je.. silap macam ni yg makchaq selalu terbuat entah kenapa..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak
    Manusia mmg sentiasa alpa.Belajar melalui kesilapan yg lalu

    ReplyDelete
  17. Kalau simpan umpama kanser elok kat luar parah di dalam. Memaafkan menghilangkan beban di hati walaupun kekadang terlintas jugak tetapi sakitnya sedikit kurang.

    ReplyDelete
  18. NZA:
    Alahaii.. kalu dah salah jadual, kena ejas balik la. Murid pun pening nanti. Hehehe kesilapan normal tu.


    ZINO:
    Tak rugi pun kalu kita minta maaf dari orang. Kita akan rasa lega sangat.

    ReplyDelete
  19. MAKCHAQ:
    Memang
    la kan? Ada ketika, kita rasa malu sangat sbb boleh tersilap. Kadang tu
    perkara mudah pun silap. Contoh, silap jalan, silap beli.. hehehe
    manusia.


    JUNAINA:
    Hmmm selagi tak settle, selagi tu la rasa mcm geram bengang dalam hati.
    Boleh tension.

    ReplyDelete
  20. Alahhh..silap skit xpa..maapkan je, apa de hal..tak rugi apa2 pon...suatu kebaikan yg dituntut agama kita.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails