Wednesday, April 6, 2011

Menggamit Syurga Firdaus: “Ada ker orang seromantis Michael Tan tu?”

Salam.
06-04-2011.


I do not know, cemana nak describe perasaan sendiri bila baca tentang seorang lelaki bernama Michael Tan, pegawai bank yang sungguh terpegun melihat seorang gadis keluar dari masjid selepas solat terawih, di kampung. Jatuh chenta pandang pertama...

Michael berada di kampung itu kerana belajar agama dengan keluarga angkat secara diam. Memeluk Islam dengan kerelaan hatinya dan dia menjadi seorang mualaf yang lebih “Islam” dari segelintir orang Melayu.

Samada cerita ini khayalan penulis atau kisah benar, sukar sungguh menerima ada insan bernama lelaki yang berbudi pekerti begitu mulia, begitu romantis dan serba “sempurna”, di zaman sekarang.

Saat dia melihat gadis bernama NATASHA itu, dia tidak lagi ingin membuka hati kepada gadis lain. Tetapi selepas 2 tahun dia tidak pernah tahu siapa gadis itu. Sehingga Tuhan menemukan mereka di bawah satu bumbung pejabat.

Natasha baru pulih dari trauma kerana kematian bakal tunang (bakal tunang jer pun). Menyalahkan diri sendiri dan sukar menerima hakikat, sehingga berada di wad dan tertangguh pengajian 1 semester. (Bila sekali fikir, macam bodoh pun ada...) Tapi perasaan sedih tu subjektif. Ada orang leh handle mudah, ada orang terbawa-bawa.

Michael meminang Natasha melalui orang tua gadis itu dan keluarga angkat. Natasha tiada pilihan kerana kehendak orang tua baginya terbaik kerana dia menutup hati mencintai lelaki lain kerana trauma.

Michael menjadi tunang Natasha secara senyap selama 4 bulan. Dia melihat Natasha setiap hari, berurusan bersama tanpa mendedahkan dirinya. Sepejabat.

Cerita berkembang dengan baik. Penceritaan sungguh mempesonakan — walaupun begitu banyak kesalahan ejaan berlaku, sehingga memaksa aku menanda setiap error dengan pen merah.

Terfikir juga, adakah lagi lelaki sehebat Michael @ Firdaus itu di zaman sekarang? Sehingga ditulis siapa yang menjadi isterinya adalah sangat bertuah. Dia kaya raya, kacak bergaya, romantis dan sangat menyayangi isterinya sepenuh hati. Walaupun malam pertama baginya hanya dilalui selepas 5 bulan bernikah.

Syarat Natasha begitu ketat. Mereka tinggal berasingan sehingga hari persandingan (berselang 6 bulan lepas nikah).

Kesabaran seorang lelaki seperti Firdaus sungguh mempesonakan. Didorong oleh serba sempurna, kewangan yang hebat, kerjaya yang cemerlang; apa lagi yang dinanti oleh seorang Natasha untuk memulihkan rasa cinta yang pernah padam di hatinya?


I baca novel ini 3 kali. Diulang, 3 kali okey! Bukan sahaja kerana bahasanya, tetapi lebih kerana terpesona watak lelaki bernama Firdaus itu. (Digambarkan seperti wajah aktor Korea Park Yong Ha, tetapi tidak sepet). Aduhhhh.

Aku yang tak layan Korea ni pun bleh pegi Google nak tengok cemana rupanya. Waduhhhh! Makcik cair youuuuu....!

Novel itu ditulis lebih awal dari tahun kematian aktor ini (pelakun siri Winter Sonata).
(Park Yong-ha. Died: June 30, 2010, aged 32)


I tak paksa orang beli novel ni, I just nak tulis sesuatu about my feelings.

Sukar bila difikirkan, adakah lagi seorang lelaki yang begitu sempurna? > macam ulang-ulang jer ayat aku nih...

Firdaus digambarkan baik rupa paras dan fizikal, pandai berazan dan berqamat, malah mampu menjadi imam. Suatu ciri menjadi Lelaki Terpilih!

Bayangkan bagaimana dia berusaha menambat hati isteri dengan pelbagai kejutan. Hantar bunga ke pejabat (tempat kerja sendiri juga), berselang sehari. Hantar coklat. Belikan kereta mahal dgn nombor plate sama macam Mercs dia, no 88. Pastu beli kondo yang dihiasi gambar-gambar isteri. Memanjakan isteri dengan cara tersendiri.

Renungan, sentuhan, percakapan, caring, sharing, kesabaran, kesetiaan, kesanggupan, pengorbanan... Sukar mencari di mana cacatnya seorang Firdaus.

Berkat kesabaran dia, akhirnya berjaya mencairkan hati isterinya yang beku dingin untuk menerima dia, mencintai dia, melahirkan anak dia dan berjanji untuk terus menjadi kekasih hatinya sampai bila-bila....

*Penulis novel ini memang aku tak pernah dengar, tapi cerita dia best. Hanya kesalahan ejaan sedikit merencatkan penghayatan.


~...HISYAM dilihat begitu sempurna di mata ramai orang pun tetap menjadi bahan cemburu JALAL kerana dia tidak mudah melihat gadis Kampung Separuh Desa yang lain, melainkan hanya berani bila bertaut pandang dengan SERI BULAN...~








34 comments:

  1. dolu2 selalu gak layan novel samapai menitiskan airmata :P tapi sekarang dah jarang.. :(

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cari hadiah best untuk yang tersayang?

    ReplyDelete
  2. saya pun firdaus juga.

    iras won bin.

    ok?

    haha~~

    ReplyDelete
  3. ah, bujal tu suker berangan... hahahaha

    ReplyDelete
  4. cukup sempurna...cukup menarik dan cukup utk membuatkan pembaca dilambung ombak...

    kalau dah boleh ulang tiga kali tu memang bestlah!

    ReplyDelete
  5. dah lama x baca novel sambil feeling2... cm best plak.. cari novel la pasni :)

    ReplyDelete
  6. best ye kak azie..
    sye ni pun gilerr bace novel jugak..harus kucari ni..

    ReplyDelete
  7. RASA MACAM NAK MEMBACA JUGAK, SANGAT DI AWANG AWANGAN KAN BILA BACA NOVEL GITU

    ReplyDelete
  8. saya baca novel.... chapter 1 ,2 pas tu tak tahan .... tgk chapter last ... hahahahahah

    ReplyDelete
  9. kak..harap masih ada orang macam michael tu lagi..

    ReplyDelete
  10. aSSALAMAUALAIKUM...
    hehehe akan ku cari ini novel. Tungguuuuu...

    ReplyDelete
  11. lama dah tak layan novel ni kak... tapi sekeliling kita memang ramai hantu novel... :)

    ReplyDelete
  12. Pendapat ikhlas saya, kadangkala dalam novel bahasa Melayu ni, watak yang digambarkan terlalu hebat. Dah la kaya, hensem, baik, terpelajar...dan kalau yg jahat tu, sangat jahat. Saya ada kenalan seorang penulis novel, saya tegur dia sebab dalam setiap novel yg dia tulis, mesti cerita pasal keluarag kaya, korporat, cinta terhalang...

    ReplyDelete
  13. Bila membaca mesti bagai di awang-awangan. Mesti best kalau tak mana mungkin sampai 3x baca.

    ReplyDelete
  14. dulu bila baca novel2 atau tgk filem terutama yg dari korea ..mmg tangkap cintan dgn hero... selalu juga tertanya ada ke hero yg perfect macam tu... mungkin ada cuma bukan rezeki kita nak jumpa org yg macam tu...

    ReplyDelete
  15. aduhhhh azie..ni buat ida tk sabar nk cari novel ni..kalau azie dekat2 rumah ida mst boleh pinjam meminjam kan...

    tp kdg2 bila digambarkan watak lelaki yg terlalu perfect tu mcm susah je nk percaya...tp tk kisahlah janji boleh layankan perasaan ni..heheh

    ReplyDelete
  16. saya kalau baca novel mau kena standby tisu sekotak..tsk!

    ReplyDelete
  17. akak suker bc novel ek?
    best ker yg nih..
    ~~boleh belikan utk kakak sy,die pun pembaca novel tegar..hehee~~~

    btw salam kenalkenal..
    http://lilyecah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. akak, dah lama saya tak baca novel.

    Dari penceritaan akak, novel ini nampaknya sungguh menarik.

    Betul juga tu, ada lagi ke lelaki yang begitu baik seperti itu di zaman ini kan..

    Apa pun kita tak tahu, di luar sana macam-macam ragam dan perangai orang yang mungkin kita belum jumpa.

    ReplyDelete
  19. menarik nye jalan cite...nak cari gak lah novel nie...nanti boley berangan sorang2...hehehehee

    ReplyDelete
  20. JIJI FIFY:
    Bukan semua orang ada masa utk layan novel, tapi bila terjumpa novel yang best, harus layan.



    BUJAL:
    Memang Makcik pun teringat kamu. Dalam angan-angan. ahahaha


    NM02:
    Memangggggggg!

    ReplyDelete
  21. JUNAINA:
    Pada Kak Azie memang best, sebab watak Firdaus tu. Plot lain kira biasa jer.


    CIK FIZA:
    Sila mencuba, pastu senyum sensorang. hahahaha


    AINNORAINI:
    Cari ler. Terbitan: TintaRona Publications

    ReplyDelete
  22. SYA:
    Untuk setakat berangan tapi tidak melalaikan kehidupan, boleh saja.


    CHIK ATT:
    Wahhh manyak jahat ini olang. hehehe


    SI PARA PARA:
    Semua orang pun boleh jadi macam dia.

    ReplyDelete
  23. KAK CIK:
    Adaaa.. harus ada.


    KAK SAM:
    Salam.
    Selamat mencari.


    KELLA:
    Kita pun jadi hantu jugak lah ya? hehehe

    ReplyDelete
  24. DADDY ZIYYAD:
    Terimakasih komen. Betul, Kak Azie pun tulis ikhlas juga.
    Memang majoriti pembaca mahukan yang serba sempurna dan “bombastic” dan itulah juga yang dihidangkan oleh penulis.


    KAK ZAKIE:
    Sebab berangankan lelaki bernama Michael Tan itu. hehehehe


    MUNNA:
    Betul. Susah nak dapat yang perfect macam tu.

    ReplyDelete
  25. NANYISUNYI:
    IDA, I rasa ada jer jual kat kedai tu.
    Baca sambil berangan, sekali sekala syiokkkk!


    MDT:
    Cukup ker sekotak? hehehehe


    MUNGELILY:
    Salam kenal, sila masuk terimakasih.
    Bagus gak beli novel untuk hadiahkan orang.

    ReplyDelete
  26. YUS:
    Susah kita nak cari se“perfect” itu. Tapi wajar kita belajar menerima orang lain seadanya.


    ACU:
    Untuk berangan angan memang best baca novel ni. Betul.. Pastu senyum sensorang. hahahahaha

    ReplyDelete
  27. kak azie...
    akak...bersungguh sy baca entry akak...panjang bebeno...hehehhe...sy rasa lelaki tu tu khayalan je kak...takde nya laki yg tahan sampei 6 bulan...hikhikhikhikhik....addehhhh

    ReplyDelete
  28. ade ke laki sempurna kak.. huhu.. bagi kat saya la

    ReplyDelete
  29. aduh... berangan lah plak.. patut sepi je blog, khatamkan novel

    kalaulah ada macam si Firdaus tu, alangkah indahnya donia

    ReplyDelete
  30. AZIAN:
    Baca ler bersungguh sungguh. heheheeh bukan masuk exam pun.
    Yup, betul. Ada ker yang bleh tahan sampai 6 bulan?
    Silap-silap pi menikah lain, pastu bini pertama lak marah, sampai simbah asid.
    Padahal salah sendiri. hehehehe merapu dah ni.


    CIKSU:
    Sempurna dalam keadaan itu sahaja. Mana ada yang perfect macam tu. Seeloknya kita menerima seadanya termasuk segala kelemahannya.


    IBU INTAN:
    Buat berangan-angan boleh la Kakkkk...

    ReplyDelete
  31. Sebenarnya saya khatamkan novel tu 2 hari jer...

    ReplyDelete
  32. aduiii..kalau beli dan baca ni. mau tak buat apa2. tunggu sampai habis dibaca...

    macam tertarik lah..

    ReplyDelete
  33. YAN:
    Kena baca di hari yang sangat free... Makan pun tak payah. Mandi pun jangan. hehehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails