Friday, January 20, 2012

ASST lagi: Aku mengaku memang teringat-ingat akan HILMAN YONG itu...

Assalamualaikum
Salam JumAAt
20-01-2012


Sebenarnya dalam sebulan, 3,4 kali aku akan meronda masuk kedai MPH dlm kompleks yang sepelaung dari tempat kerja. Time lunch. Bila ada tajuk yang berkenan memang sambar. Samada memang sudah plan atau tidak langsung membeli.

Sini suka aku nak sebut, novel yang menjadi “entri yang paling banyak diklik” iaitu Awak Suka Saya Tak? (ASST) itu aku beli tanpa merujuk mana-mana atau siapa-siapa. Sebab memang belum terbaca di mana-mana web pun masa tu. Ianya terjadi secara spontan. Instinct kata orang. Aku melihat tajuk itu terus berkenan! Sungguh...!


*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Jarang aku buat begitu atau rasa begitu terhadap novel. Biasanya aku beli samada kerana orang rekmen, baca di web, nampak orang baca... etc. Jarang beli secara spontan. Tapi ASST ni, memang pelik. Spontan jer nampak terus suka tanpa fikir 2,3 kali.

Kenapa ya? Adakah ada sesuatu yang begitu penting untuk aku sebagai pembaca novel? Adakah ALLAH nak tunjukkan sesuatu kepada aku? Ntah... tak terjangkau akalku.

Dan sesungguhnya aku sangat bersyukur, sangat gembira dapat membaca suatu hasil karya yang best (pada pendapat aku). Untuk mengatakan hebat, tiada kayu pengukur atau perbandingan pula hendak dibuat, dan tentulah tidak adil begitu, kan?

Sebab itu sebaik sahaja habis baca, terus buat entri dan siap tanya siapa penulis bernama Melur Jelita tu? Kemudian ada beberapa orang pembaca, memberikan info tentang Melur Jelita seorang blogger, yang menghantar karya di web “mypenulisan.com”. Ohhh.. aku baru tahu.

Kini aku ingin menulis sesuatu lagi tentang ASST. Kenapa? Sebab aku mula membacanya untuk kali kedua. (Khatam Quran tak ndak pula 2,3 kali yek?)

Sebab sejak aku baca kali pertama, ada beberapa plot dan dialog yang sangat susah dilupa. Asyik teringat-ingat saja. Macam terbayang-bayang suatu situasi tentang Puteri Intan Zulaikha menempuh kehidupan dan mengawal dirinya akibat kehilangan seorang insan yang disayangi bernama Hilman. Bagaimana mereka berdua melalui kehidupan dengan penuh yakin bahawa cinta itu paling utama sekali adalah kepada Allah kemudian barulah merasai cinta sesama insan.

Banyak plot yang bila dibaca, sekali sekala akan terasa mata jadi panas, dada berombak dan nafas sesak. Urut dada, bangun jalan sekejap or lari bilik air sebelum air mata terhambur keluar! Malu wehh...

Bila tiba part yang mengharukan, rasa macam sendat dada tak leh lepaskan perasaan terbuku. Part Hilman mengaji dengan suara bergetar di I-Phone, atas permintaan Intan Zulaikha. Kerana semasa Intan sakit kuat tak sedar diri, suara mengaji itulah yang dia dengar. Bagaikan bermimpi. Sebak okeh?

Hilman seorang lelaki berdarah campur — Cina, Amerika, Korea diberi gambaran seorang lelaki yang sempurna dalam kelasnya yang tersendiri. Kaya, hebat, berkarisma. Idaman ramai tetapi jatuh cinta pandang pertama kepada Intan semasa Intan masih menanti result SPM.

Jodoh itu menjadi rahsia ALLAH. DIA menentukan begitu banyak cabaran yang mereka terpaksa tempuhi sehingga betapa berdebarnya bila membaca plot Hilman jatuh kuda dan hilang ingatan sehingga disangka sudah murtad.


page 293.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Cinta mereka berdua, adalah ikhlas kerana ALLAH. Ada banyak ayat dan kata tauladan yang sungguh menusuk di jiwa. Dan ada ketikanya aku merasa, betapa hidup kita ini harus menghargai, mensyukuri dan redha walaupun mungkin orang yang kita sayangi selama ini tidaklah sempurna mana... atau tidak hebat seperti orang lain di luar sana. But... itulah jodoh yang ditentukan kepada kita.

Hilman begitu tulus menjaga wanita yang diyakini itulah jodohnya. Melindungi, menyayangi, menjadi pendengar dan pendorong yang begitu setia. Intan sendiri, walaupun pernah melalui saat getir dan pedih kerana berpisah selama 2 tahun dengan Hilman (sebab “ditolak” Hilman ketika majlis akad nikah Hilman dan Balqis), tidak pernah meruntuhkan semangat sendiri. Dia terus menyambung pelajaran sehingga PhD. Melakukan sesuatu yang tidak pernah dia duga demi mencipta suatu kenangan yang sukar dibuang. Dia tahu ALLAH mendengar kata hatinya, doanya dan permintaannya.

“I will love her forever and ever. I wil love you, Puteri Intan Zulaikha. Love you more than your parents do, love you more than your brother does, and will love you more than you love yourself. And I swear this is true. Please... terima peminangan saya ini.”

Bagi sesiapa yang melihat cinta itu kejam, anda silap. Cinta itu pelbagai rasa dan pelbagai kesan. Mengawal diri dalam dunia cinta dengan bijak akan memberikan hasil yang tidak terduga.

Kita mungkin tidak akan menemui lelaki seperti Muhammad Hilman Yong bin Abdullah ini di mana-mana, tetapi membaca ketaatan dan kejujurannya menjadi Muslim membuatkan kita turut terharu.

Entri ini kelihatan seperti memuji, membodek atau menyokong. Tapi jujur, aku tidak pernah kenal siapa novelis Melur Jelita — malah belum pernah masuk lagi blog dia — tetapi dia pernah memberikan respons (penghargaan mungkin) di entri ASST sebelum ini. Jadi kritikan atau pujian adalah tidak kerana apa atau siapa. Tapi kerana aku merasa sesuatu harus ditulis atau diperkatakan tentang ASST ini...!

Walau apapun yang orang lain bakal kata, bagi seorang aku, ASST sudah menjadi fenomena yang tersendiri kepada aku...! Tak reti nak hurai cemana, biarlah aku saja yang faham!





~...setiap kali merasa rindu sendat di dada terhadap begitu ramai kenalan lain semasa mereka di tempat asal, SERI BULAN sering berkias bahawa mereka patut sekali-sekala kembali berdayung pulang menjengah kenangan lama, tetapi HISYAM sentiasa yakin dan kuat mendorong bahawa walaupun mereka tidak berkongsi bumbung, tetapi perasaan itu sangat difahami kerana hanya mereka mengerti apa itu SB dan pengertiannya...~








22 comments:

  1. Alamak, macam kena beli ni..sebab kita dapat rasa pengakuan awak sangat jujur...:)

    ReplyDelete
  2. salam kak,

    pagi2 baca entri ni mengundang panas di mata. sebak semula bila terkenangkan kisah Hilman & Intan tu.
    this is a definetly a very well said entry kak!

    what u said here summarised my feelings when reading the book. bukan terbuai2 dengan cinta hilman & intan tetapi lebih kepada mengagumi kekuatan seorang intan, jatuh bangunnya akibat ego sendiri dan kegigihan seorg hilman yang tidak pernah berputus harap.
    Watak2 nya sgt 'manusia' - ada sisi kuat dan sisi lemah, kerana itu kedua2 watak ni sukar nak dikikis dr ingatan. huhu emo pulak hihi

    ReplyDelete
  3. oh btw, sy juga berkali2 khatam asst ni...
    bak kata hilman kpd intan slps dia pulih dr hilang ingatan akibat jatuh kuda, bukan sekali dia jatuh cinta kpd intan tapi berkali2! ;-)

    ReplyDelete
  4. suka sangat ngan caption.... "pic snap sendiri, tak cilok orang punya" huhuhuhu.... sangat2 mendalam maksudnya kannnnn?

    ReplyDelete
  5. tak beli lagi novel buat masa ni..yang beli pun tak khatam lagi

    tak gi aaa rumah cikgu ayu tu..dah ada plan..al maklumlah cuti panjang kan

    ReplyDelete
  6. harus pi cari nak baca nih...cinta satu anugerah yang tak ternilai harganya dari Allah swt untuk manusia, ianya x bole dipaksa, di buat buat kerana rasa cinta itu terlalu istimewa..namun adakah perasaan cinta sebegitu pada pemilik kita Allah yang Maha ESA... ampuni kami ya Allah sekiranya kami terlebih mencintai yang lain selain MU yang lebih berhak keatas kami..jom cintai Allah swt lebih dari segalaNYA..insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Bila dok baca N3 Kak Azie teringin pulak nak baca novel ni.

    ReplyDelete
  8. mmm nmpk nyer bkn akk sorang jer...ramai lg..tp ddepa tkt nk ngaku..hehehehe

    ReplyDelete
  9. hahaha...dulu semua buku aku jumpa pasti aku baca....tapi sekrg nak baca paper harian pun dah tak ada masa...uhuk uhuk uhuk iri hati tengok kawan2 dpt baca novel lagi....

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak azie..

    boleh baca ulasan novel yg best dah kira ok ni..sbbnya pcl minatnya tak kesitu lagi..

    (terima kasih sokongan dan ucapan utk ulang tahun ke2 blog pcl)

    ReplyDelete
  11. agaknya sya ni kena ubah hobi
    tanamkan suka membaca novel
    tp belum ada auranyalah kak
    camne ye?

    ReplyDelete
  12. sesekali kena baca novel kan, kan...ia kisah benar dan bole jadi teladan buat kita semua...

    ReplyDelete
  13. Kalau dah 2 kali khatam...nak kena beli gak novel nie...mesti best nye nie

    ReplyDelete
  14. Agak2 Hilman Yong tu ada tak iras2 Kang Sang Woo...hero kesukaanku?..

    ReplyDelete
  15. Nak beli jugaklah Novel ni, sebab ada nama HILMAN ... hahahaha

    ReplyDelete
  16. Bagaikan orang yang sedang dilamun cinta... hehehe...

    ReplyDelete
  17. wah bercakap dari hati, tusukannya ke hati juga... :)

    *tentang cikgu suliyati anwar tu, tak adalah pulak. kalau di sek rendah setiawangsa tak tau lah pulak ya.

    ReplyDelete
  18. lama tak baca novel-novel ni..kalau dpt baca memang leka sungguh:)

    ReplyDelete
  19. Kak, klau sy dah start baca novel... susah dah nak letak...mmm...tu yg malas tu... tp mcm nak start balik la ;)

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Sis, just read ur entry..buat rsa sgt2 xsabar gitu nk balek rumah & bacanya!so nice...~hugs~

    psstt, salam ziarah..nice blog too...;)

    ReplyDelete
  21. Aslm Kak AA..
    saya ni kiranya baru tau kewujudan ASST bulan lepas.. orang dah sibok pasal ILUS, saya baru kenal ASST.. hehe..dah khatam sekali.. mmg jatuh cintan kt hilman la...dan bila bc entri akak ni terasa perasaan dibuai2.. dan kesannya masih ada sampai la ni.. dan terasa nk khatam sekali lagi..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails