Salam.
06-04-2011.
I do not know, cemana nak describe perasaan sendiri bila baca tentang seorang lelaki bernama Michael Tan, pegawai bank yang sungguh terpegun melihat seorang gadis keluar dari masjid selepas solat terawih, di kampung. Jatuh chenta pandang pertama...
Michael berada di kampung itu kerana belajar agama dengan keluarga angkat secara diam. Memeluk Islam dengan kerelaan hatinya dan dia menjadi seorang mualaf yang lebih “Islam” dari segelintir orang Melayu.
Samada cerita ini khayalan penulis atau kisah benar, sukar sungguh menerima ada insan bernama lelaki yang berbudi pekerti begitu mulia, begitu romantis dan serba “sempurna”, di zaman sekarang.
Saat dia melihat gadis bernama NATASHA itu, dia tidak lagi ingin membuka hati kepada gadis lain. Tetapi selepas 2 tahun dia tidak pernah tahu siapa gadis itu. Sehingga Tuhan menemukan mereka di bawah satu bumbung pejabat.
Natasha baru pulih dari trauma kerana kematian bakal tunang (bakal tunang jer pun). Menyalahkan diri sendiri dan sukar menerima hakikat, sehingga berada di wad dan tertangguh pengajian 1 semester. (Bila sekali fikir, macam bodoh pun ada...) Tapi perasaan sedih tu subjektif. Ada orang leh handle mudah, ada orang terbawa-bawa.
Michael meminang Natasha melalui orang tua gadis itu dan keluarga angkat. Natasha tiada pilihan kerana kehendak orang tua baginya terbaik kerana dia menutup hati mencintai lelaki lain kerana trauma.
Michael menjadi tunang Natasha secara senyap selama 4 bulan. Dia melihat Natasha setiap hari, berurusan bersama tanpa mendedahkan dirinya. Sepejabat.
Cerita berkembang dengan baik. Penceritaan sungguh mempesonakan — walaupun begitu banyak kesalahan ejaan berlaku, sehingga memaksa aku menanda setiap error dengan pen merah.
Terfikir juga, adakah lagi lelaki sehebat Michael @ Firdaus itu di zaman sekarang? Sehingga ditulis siapa yang menjadi isterinya adalah sangat bertuah. Dia kaya raya, kacak bergaya, romantis dan sangat menyayangi isterinya sepenuh hati. Walaupun malam pertama baginya hanya dilalui selepas 5 bulan bernikah.
Syarat Natasha begitu ketat. Mereka tinggal berasingan sehingga hari persandingan (berselang 6 bulan lepas nikah).
Kesabaran seorang lelaki seperti Firdaus sungguh mempesonakan. Didorong oleh serba sempurna, kewangan yang hebat, kerjaya yang cemerlang; apa lagi yang dinanti oleh seorang Natasha untuk memulihkan rasa cinta yang pernah padam di hatinya?

I baca novel ini 3 kali. Diulang, 3 kali okey! Bukan sahaja kerana bahasanya, tetapi lebih kerana terpesona watak lelaki bernama Firdaus itu. (Digambarkan seperti wajah aktor Korea Park Yong Ha, tetapi tidak sepet). Aduhhhh.
Aku yang tak layan Korea ni pun bleh pegi Google nak tengok cemana rupanya. Waduhhhh! Makcik cair youuuuu....!
Novel itu ditulis lebih awal dari tahun kematian aktor ini (pelakun siri Winter Sonata).
(Park Yong-ha. Died: June 30, 2010, aged 32) I tak paksa orang beli novel ni, I just nak tulis sesuatu about my feelings.
Sukar bila difikirkan, adakah lagi seorang lelaki yang begitu sempurna? > macam ulang-ulang jer ayat aku nih...
Firdaus digambarkan baik rupa paras dan fizikal, pandai berazan dan berqamat, malah mampu menjadi imam. Suatu ciri menjadi Lelaki Terpilih!
Bayangkan bagaimana dia berusaha menambat hati isteri dengan pelbagai kejutan. Hantar bunga ke pejabat (tempat kerja sendiri juga), berselang sehari. Hantar coklat. Belikan kereta mahal dgn nombor plate sama macam Mercs dia, no 88. Pastu beli kondo yang dihiasi gambar-gambar isteri. Memanjakan isteri dengan cara tersendiri.
Renungan, sentuhan, percakapan, caring, sharing, kesabaran, kesetiaan, kesanggupan, pengorbanan... Sukar mencari di mana cacatnya seorang Firdaus.
Berkat kesabaran dia, akhirnya berjaya mencairkan hati isterinya yang beku dingin untuk menerima dia, mencintai dia, melahirkan anak dia dan berjanji untuk terus menjadi kekasih hatinya sampai bila-bila....
*Penulis novel ini memang aku tak pernah dengar, tapi cerita dia best. Hanya kesalahan ejaan sedikit merencatkan penghayatan.
~...HISYAM dilihat begitu sempurna di mata ramai orang pun tetap menjadi bahan cemburu JALAL kerana dia tidak mudah melihat gadis Kampung Separuh Desa yang lain, melainkan hanya berani bila bertaut pandang dengan SERI BULAN...~