Sunday, November 4, 2012

Nak jadi baik sangat mudah, nak jadi jahat pun tak susah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-11-2012


Sejak semalam, hujan on-off. Berenti sekejap, then ujan lagi...

Hari ini pun sama. Kami pegi kenduri tadi pun makan bawah khemah sambil layan ujan turun. Memang kesian bila ada kenduri di musim ujan. Kesian tuan rumah. takpa la, niat yang baik biasanya akan berakhir dengan baik.

Saya sempat tengok ulangan siri baru di 104, Primadona. Pernah dengar promosi di Sinar.FM hari tu, di mana Puan Hajjah Ziela Jalil diundang bercakap tentang program ini.


Rupanya siri bual bicara, 4 wanita yang terkenal, bukan saja cantik bergaya tapi juga popular (cuma part tang Che Ita tu Saya dok fikir, dia ni kalu bercakap serupa sembang kat rumah jer.... jadi host??). Tengok tadi pun lompat-lompat. Interbiu dengan Dato’ Jalal dan Lisdawati pun tak tengok semua. Yang jelas, topik adalah curang.
*pengacara dah ramai, macam berebut nak cakap. Nampak macam Raja Azura jer macam nak kontrol dialog? Over-shadowed?

Isu curang. Panjang kalu nak ulas pun. Sebab isu curang ni boleh jadi pada sesiapa saja, tak kira lelaki pompuan, dah kahwin atau belum.

Cuma rata-rata kita tak boleh terima bila yang curang itu ada suami/isteri. Kemudian mula cari sebab dan alasan untuk menyalahkan pasangan bagi menutup kecurangan.

Ada satu kes: Seorang wanita yang Saya pernah kenal, sudah kahwin ada anak ramai juga. Kemudian diuji dengan jatuh chenta dengan seorang lelaki yang muda dari umurnya. Lalu keraplah Saya dok dengar dia mengutuk dan mengumpat suami dia. Kesimpulan yang Saya lihat sebagai menjadi sebab untuk menutup kecurangan dia di luar rumah.

Saya selalu kata, beruntung lah dia kerana umur dah 4 siri pun masih ada lelaki muda yang mahu, masih boleh berchenta-chenta sedangkan anak-anak sudah remaja, masih kuat hati untuk melalui ranjau ini... tapi sebaliknya pengakhiran kisah sebegini jarang berakhir dengan baik pun.

Jangan menyesal sudah. Jangan menyesal sudah.

Takut nanti, yang dikejar berciciran yang ditinggal dah tak boleh nak kejar lagi. Jangan sampai bekas suami gelak sambil tepuk tangan.





~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap dan pujian sudah tidak boleh diserap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~




 




12 comments:

  1. Orang kata 'berani buat, berani tanggung'!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang malang tu, anak-anak pun sama menangggung!

      Delete
  2. salam sejahtera,
    hehe macam dalam novel!
    AA pengrg novelkah?mama tak ikut sgt perkembangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada sebarang perkembangan Mama Ju. hehehe
      skrip novel saya tak pernah berkembang, tersepuk begitu saja.
      Itu tulisan utk blog, bukan novel.

      Delete
  3. sedapnya sekejap.. sengsaranya sepanjang hayat.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ramai dah saya jumpa yang menyesal dan tidak berakhir dengan baik.

      Delete
  4. Sempat juga tgk primadona sekejap tp rasa x 'lalu' nk tonton smpi habis. terlalu ramai host nya, 1 jemputan di 'attack' oleh 4 org. bila dh berebut ada host yg terlebih ckp ada yg terkurang ckp. hmmm apa2 jelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam siri pertama ni, saya tengok Raja Azura la yang macam nak monopoli dialog!

      Delete
  5. Huiyoo hebat tu kalau dh masuk 4 siri pun masih ada peminat nya.

    Tp baik jauhkan je la ye tak. Malu ngan ank2 je nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang pandai jaga badan, pandai susun kata... so ada la yang cair. Tepuk sebelah tangan mana bunyi. Kena tepuk dua belah tangan, siap tepuk paha sekali!

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Ada kes yang saya tahu jugak...tengah tunggu pengakhirannya mcm mana. Namun, kalau dia masih juga terusan curang sebegitu, dia memang tak bersyukur dengan apa yg dia ada sekarang padahal dia tak ada apa2pun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu spesis tak tahu bersyukur dengan apa yang ada. Tamak dan kemaruk.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails