السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
02-02-2013
Ramai orang sudah tahu isu yang berlaku. Ramai juga sudah baca. Lihat di blog hiburan terutama Oh Bulan, RotiKaya... dan seumpamanya.
Kisah ketidakpuasan hati seorang ayah seorang artis muda, seorang anak gadis. Kekasih anak kelihatan begitu berani ‘daring’ membuat pelbagai kenyataan yang mengguris hatinya sebagai seorang tua.
Belum ada hubungan, belum ada sebarang ikatan, Sharnaaz mengesahkan dia bakal suami Shila Amzah. Saya melihat kata-kata mulut mengaku ini sebagai kata-kata orang yang sedang asyik masyuk dilambung chenta, sekaligus selaku orang selebriti yang sentiasa perlukan perhatian (dan publisiti).
Tetapi jika banyak kata-kata yang yakin tidak bertempat, mengenepikan perasaan orang lain yang terlibat amatlah dikesali.
Berbalas-balas statement pun sudah saya lihat sebagai “BIADAP!”
Selaku orang muda, apa salahnya mengalah. Ambillah pendekatan mendiamkan diri. Pergi berjumpa berdepan secara baik — kalau betul dia kata dia lelaki seperti yang dicabarnya kepada ND LALA. Dakwanya ND Lala mengelak, tetapi selaku lelaki yang bersungguh, tunjuklah komitmen dan kegigihan ‘mengalah’. Pergi rumah terus dan minta maaf secara berhemah. Rugi tak?
Bukan cari media bercakap itu ini macam dia betul semua (suratkhabar memang akan laku jual berita camni). Kalu pun orang tua ada tersilap, media bukanlah tempat sesuai untuk mendedahkan kesilapan bakal mertua. Kenapa tidak melihat ini masalah keluarga yang perlu dijaga privacy nya? Kenapa tidak menerima apa jua kesilapan itu sebagai kelemahan seorang manusia biasa dan juga kerana keprihatinan seorang ayah terhadap masa depan dan kebahagiaan anak gadisnya?
Saya anggap Sharnaaz silap besar. Awak nak kahwin dengan seorang gadis yang ada keluarga, ada ibubapa yang SELAMA ini menjaga gadis itu penuh displin, sopan santun dan dihormati.
Kalu setakat baru jadi kekasih sudah berani cabar-mencabar, dah jadi suami orang tu nanti? Harap-harap kita sama-sama belajar dari kes mereka ini.
Selaku orang Melayu yang ada adab, amatlah kesal melihat, membaca seorang anak muda memperlakukan seorang tua yang dihormati sebegitu.
Kalu ada jodoh tidak ke mana, tetapi usaha dengan cara sebegini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan pun.
Bukan selamanya kita kuat, boleh berlaku macam handal dan betul sentiasa. Suatu masa, kita akan perlukan juga pendapat dan nasihat orang tua, waima bapa mertua.
Dalam hal ini, yang jadi mangsa dan terdera perasaan ialah Shila Amzah.
Nak hasut boleh??
“Shila, awak cari la orang lain yang jauh lebih baik, lebih hormat awak dan keluarga awak, lebih beradap dan boleh menerima keluarga awak sebagai restu...!”
*Entri peringatan, terutama buat mereka yang belum berkahwin.

~...anak dara Pak Imam ternyata lebih dulu melihat HISYAM memang teruna idaman yang tidak boleh dilepaskan kerana segala ciri terpuji sering menjadi bualan si ayahnya sendiri, tetapi SERI BULAN menjadi orang pertama yang melihat dengan mata hati sehingga nampak secebis keburukan pun dia cepat dapat menutupnya....~
Setuju 100% ++ apa ya Azie katakan. Kalau kakak ada anak dara pun kakak terus tolak mentah-mentah. Tak payahlah. Rasanya maaf pun belum mencukupi utk menutup aib yg tercalar. Kecoh satu negara. Cuma yg kakak kesalkan anak dara tu kenalah faham perasaan ayah/ibu. Tak kan kerana cinta yg buta buat kasih ibu/bapa yg berpuluh tahun nak dimusnahkan...
ReplyDeleteDua orang yg jangan kita cabar:
ReplyDelete1) bos sendiri
2) bakal bapak mertua
Sekian
yup setuju sgt
DeletePatutnya dia perlu bijak ambil hati org tua (bakal mertua)....
ReplyDeleteHmm....
Betulle kata k.azie, anak pompuan yg tersepit ditengah.
tanpa restu, cinta tak kemana...bye2 la ...
ReplyDeletesetuju sangat...mengalah tak rugi satu sen pun
Deletesilap besar dah shanaz tu..hmm
ReplyDeleteada hikmah di sebaliknya buat shila
setuju tu kak tapi yang peliknya Shila tu suka sangat baking boyfriend dia tu..Shila pun sepatutnya nasihat shaanaz..
ReplyDeleteSetuju sngt....:-)
ReplyDeleteUtk hasutan akak tu....100% setuju....!! Cri je orng lain....x kwin lgi da nmpk controlnya....da kwin sok...ntah cmne la....
Wah mak mertua sudah marahlah....
ReplyDeleteTapi semua tu betul!
Semoga si anak dapat menunjukkan sifat akur dan rasa hormat kepada ayahnya sendiri. Dengan itu orang lain mungkin tidak dengan sewenang-wenangnya akan mempersenda-sendakan ayahnya.
ReplyDeleteAssalkam AA..acik pun teekejut baca semalam..ada ke patut dia kata yang nak kawen dia ngan shila..
ReplyDeletememang tak boleh diteruskan kalau macam tu..keluarga tak penting pada dia.
sedarlah shila..ada suami pun pun keluarga tetap penting..
saya tak tau pa kes depa ni kak...tp baca entry kak, saya rasa tak patut sharnazz macam tu..kalo saya jumpa lelaki macam ni pon mungkin menolak..blom apa2 sudah "berani"...moga jd teladan...
ReplyDelete~ melihat dengan mata hati ~ semuga shila dapat membezakannya..=)
ReplyDeleteSalam...betul tu kak..nmpak biadap sgt. Pernah dengar gosip mengatakan sharnaz ni panas baran..wallahualam.
ReplyDeleteyelah kak, saya skrg tiba2 jadi menyampah kat si S tu....terserlah sikap panas barannya tu.....mungkin masa tgh masyuk bercinta shila xnmp semua tu sebagai sesuatu yg menakutkan....huhuhu...
ReplyDeleteSetuju sgt. Kalau skrg dah tunjuk lagak bgmana bila dah kawin nanti.
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan jodoh terbaik buat shila Amzah
ReplyDeletekak azie sy pun nak hasut shila jugak hehehe
ReplyDeleteyela belum kawin dah berani buat macam ni kalau dah kawen agaknya macamana pula ya?
hehehe...kan kak! tak sangka entry kita sama maksudnya.
ReplyDeleteharap anak-anak dara yg membaca ni mengambil ikhtibar...walau macamana cinta pun, jgn tak dengar cakap keluarga.
hasutan kak azie di bolehkan kak..hak3!!.tak suka sharnaz dari dulu, pelik tanpa sebab :P
ReplyDeletehuhu.. kalau sy di tempat shila, mungkin sy 'goyang' ngan bf y camni.. blm kawin dah mcm2, kalau dah kawin esok, bila ayah skt, x dibenarkan balik tgk ayah.. mau meraung satu dunia....
ReplyDeletewalaupun syg, mak ayah tu perlu diutamakan.. biar kita merana cinta x kesampaian dr hilang restu mak ayah. er... bf dia tu x ada mak ayah ker?????? cuba kalau shila buat camtu kat mak dia, apa dia rasa?
sometimes, kena empati, letak diri dlm posisi org lain... well, k=just my 2 cents
Setuju 1000% dengan Kak Azie... Saya dah mengalami perkara yang sebijik terjadi pada Shila.. Saya memang tahu suami panas baran waktu bercinta.. tapi dia pandai betul ambil hati saya waktu tuh...Saya sentiasa cair dgn pujuk rayu dia... mak bapak saya dia lawan... Katanya bukan dia nak kawin dgn mak bapak saya...Memang waktu bercinta manis belaka... Sekarang saya dah terima akibat kerana tak mendengar nasihat ibubapa saya... Setiap hari makan hati berulam jantung... Ingatkan lepas kahwin dan dapat anak, panas barannya berubah...tapi semakin menjadi2.. anak2 pulak yang jadi sasaran maki hamun dia.... Betul kata pepatah melayu...Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya... :-(::::::::::
ReplyDeleteShiela, terimakasih berkongsi pengalaman. Saya bersimpati.
Deleteapapun saya harap Shiela banyakkan bersabar dan terus berdoa semoga suatu hari suami akan berubah perlahan-lahan dan menghargai hati dan perasaan Shiela. Tabah ya...