السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
16-01-2013
Zaman dah berubah. Diari sudah tidak lagi menjadi suatu buku peribadi, atau satu buku yang sangat intim kepada seseorang.
Orang lebih suka menulis di tab, laptop atau dengan kata lain, menulis di gadget. Orang yang ada diari buku ni, lebih menulis hal rasmi, jadual kerja, jadual temujanji. Apa yang bersifat peribadi lebih banyak disimpan di hati atau disimpan dalam wadah yang susah diceroboh sebab ada password. Dunia teknologi, begitulah.
Saya mula pandai menulis diari seawal Form 1 rasanya. Time skulah memang seronok tulis diari. Setiap tahun ada, sehinggalah saya bekerja. Ada ketika rajin jer tulis tiap hari, then jadi makin sibuk dan well... hanyut. Sampai sekarang, saya gunakan diari macam kebanyakan orang lain, tulis bahan rasmi, minit mesorat, jadual, etc...
Mana pegi la diari-diari lama saya? Ada yang saya sempat bawa ke mana saya pindah, tapi yang lain hilang begitu saja.
Orang lebih suka menulis di tab, laptop atau dengan kata lain, menulis di gadget. Orang yang ada diari buku ni, lebih menulis hal rasmi, jadual kerja, jadual temujanji. Apa yang bersifat peribadi lebih banyak disimpan di hati atau disimpan dalam wadah yang susah diceroboh sebab ada password. Dunia teknologi, begitulah.
Saya mula pandai menulis diari seawal Form 1 rasanya. Time skulah memang seronok tulis diari. Setiap tahun ada, sehinggalah saya bekerja. Ada ketika rajin jer tulis tiap hari, then jadi makin sibuk dan well... hanyut. Sampai sekarang, saya gunakan diari macam kebanyakan orang lain, tulis bahan rasmi, minit mesorat, jadual, etc...
Mana pegi la diari-diari lama saya? Ada yang saya sempat bawa ke mana saya pindah, tapi yang lain hilang begitu saja.
Sebuah Diari Hitam
*jangan zoom sangat ya, malu. Tu tahun 1985, Form 6.
Saya memang tulis diari guna pen merah!
Sebuah diari hitam
ingin dia buangkan jauh
mengenang segala yang tercoret
musim demi musim
menghimpun segala detik-detik
peristiwa
kerinduan dan kemisterian hidup insan
bersama debu-debu dosa yang berterbangan
Dulu dia pernah berkata
istimewanya dia
kini dia bertanya
hilangkah rasa curiga?
runtuhkah tembok pemisah?
robohkah prinsipnya?
Segalanya tidak pasti
misteri itu sendiri misteri
hampa
pasti berakhir
tapi entah bila
tapi entah bila
segala tidak pasti
siapakah yang mendengar
tangisan di dinihari
mengenang seseorang yang pergi
meratap yang tiada
mencari yang hilang.
*sajak, 1995.
*sajak, 1995.
~...setiap detik untuk setiap hari belum ada tarikh terlepas dari ingatan untuk dikira sebuah janji dimeterai antara HISYAM dan SERI BULAN kerana di dinding Teratak Nyatuh memang ada kalendar untuk ditanda-lorek lalu Mak Utih membisik kata semangat sabar akan detik waktu yang akan tiba...~
Perghhhhh..1985 tu...lama gila...
ReplyDeletesekarang tulis blog tak pakai dakwat merah :P
Kalu tulis blog kaler merah, berpinau mata orang tua nih...
DeleteAzie..
ReplyDeleteAkak pulak.. Selalu beli diari...
Tp tulis minggu pertama jer..
Pastu kosong sampai tahun depan....
Biasa la tu Kak. Sebab menaip di blog lebih seronok, ya tak?
Deleteabah saya banyak simpan diari lama. hehehehe sayang nak buang katanya :P
ReplyDeleteWahh sentimental orangnya tu. Mesti dia suka ulang-ulang baca, kan?
DeleteNostalgia tu Azie. Lama betul. Kalau Amoi baca mesti dia ketawa besar.
ReplyDeleteSaya tak akan bagi anak-anak baca. Zaman tak matang saya tak sesuai utk depa baca pun. Hehehe
DeleteWahh....respek..respek. Saya tak ada diary. Pernah cuba, tapi gagal. Bertahan selama beberapa hari jer...hehehehehe
ReplyDeleteMenulis diari kena ada minat dan disiplin tersendiri. Baru ada thrill.
DeleteHusband Aina simpan diari dari dulu2 bila pencen hangkut balik romah habis pecah rahsia dia ingat bininya ni baik sgt tup2 bini kerosek kotak hikmat dia...ahahaaa... Habis terbongkar.
ReplyDeleteDiari dari tahun 70an...
DeleteApa agaknya hasil pembongkaran tersebut? Hahahaha!
Deletehuh ... saya pernah jumpa diary ayah. Pada catatan tarikh kelahiran saya. Dia menulis rasa kesyukurannya .... atas kelahiran puterinya.
ReplyDeleteSaya sendu seketika ..... mata tak terasa ... mengalirkan titisan hangat ....
Memang orang menulis diari itu untuk meluahkan perasaannya yang paling jujur.
DeleteSaya tak bawa diary bersama... sesekali balik kampung kalau buka almari buku, ada terselit diari di situ memang baca semula! Banyak rupanya diari saya, tapi kalau ada yang sensitif takut terbaca oleh suami atau anak-anak, saya terus buang diari itu, takut timbul salah faham maklumlah zaman muda remaja banyak sangatlah kisahnya! Apa pun walau sudah dibuang tapi kenangan di dalamnya masih terpahat kukuh di hati huhuhuhuuuu... kitakan manusia biasa!
ReplyDeleteJika ada tulisan-tulisan zaman nakal dan zaman tak matang, memang elok la diabaikan saja. Maklum kang ada yang tak faham, dok fikir bukan-bukan pula, kan?
Deletedairi masa sy bercintan dulu je, lps kawen hilang entah kemana.., then masa keja privet dulu..tu pn pasal keja, then lg mari 2013...nak yg tulis tangan punya..huh !
ReplyDeleteTulis tangan tu yang best. Penuh perasaan kata orang. Cewahhh...!
Deleteti byanykkkkksejarah hitam sejarah putih kuningMes
ReplyDeleteMesti... mesti.
Deleteamat bernilai diari hitam tu kak..tersimpan segala kenangan dan memori indah dan pahit..
ReplyDeleteMakin lama kita makin tua dan pelupa. Bila baca balik, terus teringat kawan-kawan lama zaman sekolah. Ada yang dapat dikesan thru FB, ada yang hilng tak tahu di mana berada...
Deletelamanya simpan..diari ni lagi tua dr sy!
ReplyDeleteSebab Kak Azie jauh lebih tua dari kamu. Hehehe
DeleteSaya pun suka menulis dalam diari. Ada bermacam rupa daripada yang kecil hadiah harijadi masa sekolah rendah sampai remaja. Lepas grad terus tinggalkan diari begitu saja. Manisnya bila saya balik rumah mak, diari itu masih ada... elok tersimpan rapi di rak buku kecil saya. My mum yang simpankan kat situ. Sekarang bila belek semula boleh ketawa sorang2...
ReplyDeleteBanyak la kenangan manis pahit kelat agaknya tu ya? Elok juga disimpan dgn baik. Mana tahu ada yang hendak dirujuk semula beberapa info nanti.
Deletetulis diari masa sekolah dulu...dah kawen ni kurang pulak nak tulis...
ReplyDeleteSama ler kita. Bila dah kahwin, masa nak menulis makin kurang. Tulis kat laman web saja laaa
DeleteMakchaq tak pandai menulis/mengarang memang tak tulis diari
ReplyDeleteTapi pernah beli sebab masa awal belasan, terikut kawan2, beli diari cantik siap ada kunci kecik.. tapi tak tulih apa hanya tulih nama dan maklumat diri saja rasanya (pasai takdak pakwe kot tu yang tak dak apa nak tulih dalam diari)
La ni diari yang pejabat bagi pun kosong.. habis tahun recycle use paper..
Wahh saya pernah tengok diari yang ada kunci kecik tu. Comel sebab boleh kunci tak kasi orang curi baca. Macam password la kan?
Deletedulu xde blog makk kanns.., ehHHee
ReplyDeleteBetul. Itulah tempatnya kita nak meluahkan perasaan, kan Wak?
DeleteBoleh dibukukan ni ...
ReplyDeleteMemang dah buku dah pun...
Deleteassalam azie..rajin simpan diari..diari tak tau kemana..dah jadi debu agaknya
ReplyDeleteYang jadi debu tu, memang tak dapek la nak nolong.
Deletesebelum kawin.. segala mak nenek sy bakar.. hilang sudah kenangan lama.. insyaallah.. wlpun memory dlm kepala sering suka buat ulang tayang.. huhuhu
ReplyDeleteAmboiii macam merajuk pada seseorang jer. Heheheh
DeleteSalam.........., saya ada dairy yang jarang ditulis tetapi tetap ada dairy...kekadang kadang terlalu banyak dairy...
ReplyDeleteElok disedekah pada orang yang minat diari, Bang.
DeleteBila2 cek nak korek diari2 lama cek dalam lemari, tembak gambaq & buat entri jugaklah, hehee..
ReplyDeleteHaaa elok tu. Silap-silap boleh jadi 3,4 entri. Hehehe
Deletesaya suka tulis autograft masa kecik2 dulu, kawan2 tak bagi tulis tapi saya tetap tulis jugak ;)
ReplyDeleteYa, Kak Azie pun dulu selalu juga tulis-tulis autograf ni. Siap bagi alamat lagi kat kawan-kawan padahal dok sekampung jer pun. Hahahaha
Deletesungguh nostalgia la...mesti seronok bila baca balik kan!
ReplyDeleteMemang pun. Bila baca semula mula la terbayang muka kengkawan sekolah dulu. Masa tu mana ingat pasal takut pun, melompat sana sini.
Deletewah nostalgia tu....seronok kalau dpt baca blk tulisan2 dlm tu...
ReplyDelete1985 sy masih di menengah rendah......
waaahh...ada simpan lagi diari lama...
ReplyDeleteMana yang sempat disimpan tu ada la. Ada juga yang memang hilang tidak dapat dikesan di mana duduk soroknya.
DeleteTak pandai mengarang pun, tapi berblogging ligat pula ya. Mujur la ada blog, kan?
ReplyDeletezaman da berlalukan.. tapi saye rase.. di mase akan datang mesti ade balik diari ni.. nostalgia..
ReplyDeletesalam kenal dari fifi..
Diari ni sentiasa ada, cuma fungsinya mungkin sudah kurang utk hal peribadi. Maklum tulisan ni mudah saja orang baca dan salah faham.
DeleteSalam kenal, sila masuk terimakasih.