السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
08-02-2013
Minggu depan sekolah bercuti seminggu untuk Chinese New Year, huh? Ramai dah mula plan cuti-cuti, or paling kurang pun balik kampung.
Sejak kampung asal saya semakin ‘kosong’ sudah bertahun tiada agenda balik kampung sebelah saya. Jika balik pun, menginap di rumah MyKakYang, rumah semi-D di tengah bandar Parit Buntar, yang mana tak sama seperti bermalam di rumah kelahiran or bersiar di laman kampung sendiri. Kampung yang ada banyak pokok, bendang yang luas, ada parit...
Dulu ada reban ayam, ada ‘lau’ itik, kami juga ada kebun sayur kecik MyBonda tanam jagung, cili dan macam-macam...
Kami ada serimbun pokok buluh yang selalu menjadi permintaan orang kampung untuk menebang sebatang dua untuk dijadikan batang pancing, mengail puyu di parit-parit. Bersebelahan pula dengan pokok cermai yang tinggi rimbun dan sering berbuah lebat. Hogah sedahan bentang kain batik boleh dapat cermai sampai sebakul...
Gambar lama: Raya 2008.
Sebahagian belakang kampung tu sudah kami tukar menjadi tanaman kelapa sawit.
Malas nak ingat lagi. Lain kali sambung.
Tayang-tayang:
Bungkusan Pulut Kuning untuk diagih kepada jemaah surau. Semalam kami buat tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah ahli keluarga, sebelah saya dan sebelah MyToklaki.
~...rimbun buluh kuning emas yang sering dianggap menjadi tempat si buluh perindu sering menjadi tempat menyorok si Wahab Tiga Suku mengintai menjeling SERI BULAN melintas lalu walau pernah tersilap terka Mak Utih berlenggang sama, sehingga HISYAM pernah bertekad hendak menebang setiap ruas...~
Ada lagi tak pulut kuning tu, Azie? :)
ReplyDeleteTak cukup la Kakcik. hehehe
DeleteDapat cuma 55 pack (target 50), dan sepinggan untuk Ika yg balik malam. Mak dia, dapat sesuap saja. hehehe
Nape akak suka buat tayangan amal eh....lapor sudah....!
ReplyDeleteBau bendang tu part yg best...sy klau dlu la...blik kg...msti msuk dlm bendang pnya....best...!
Beramal kan amalan mulia? hahaha sian.
DeleteKak Azie jarang masuk bendang, kami masa kecik tak digalakkan sangat pegi bendang, soh pi sekolah jer.
Kampung apa nama tu Kak...sy sekeluarga ada di sana cuti CNY ni. AA tak balik ?
ReplyDeleteKami tak balik. Tapi akan berhimpun dengan Bonda saya di Jinjang sepanjang minggu.
Deletepagi2 tngok pulut kuning..berselara ja..CNY knah balik kg =)
ReplyDeleteSelamat balik kampung Kak Nah, semoga selamat pergi dan kembali.
DeleteWah.. Tgk bendang teringat kg... Lama dh tak tgk pokok padi... Huhu...
ReplyDeleteKena pegi kampung yg ada sawah la. Sungai Besar, Tanjong Karang ada banyak bendang!
DeleteTeringat rumah kg yg pernah Azi buat N3 sayanggg...
ReplyDeletePulut kuning Azi memang mantop!!
Mula-mula ingat nak masukkan juga rumah biru tu, tapi dah selalu sangat. hehehe
Deletemacam rumah opah di kg, pakcik sewa pada orang nak balik tido dah susah kena cari rumah sedara..tuh yang jarang balik....
ReplyDeletebanyaknya pulut kuning....
Setelah bertahun-tahun sewakan pada orang, kini kami berhasrat nak ambil kembali.
DeleteKalau selalu balik ke kampung akak tu, boleh jadi terapi minda tu kak.
ReplyDeleteBetul tu. Rasa release tension. Aman damai nyaman jerrrr
Deletebila balik kampung... perabut, pinggan mangkuk, pokok bunga, halaman, bilik tidur, meja makan dan ruang dapur buatkan saya terasa begitu 'dekat' dgn arwah mak.
ReplyDeleteTu belum lagi kalu tengok baju kain dia... tilam katil dia ohhh.
DeleteSaya lahir dan membesar di kl. Namun suasana kampung juga say rindukan bila sudah dewasa. InsyaAllah akan saya dirikan sebuah rumah kecil menggantikan rumah pusaka wan sebagai tempat kami berhimpun semula.btw...kenapa pulut kuning tuh macam gugat selera saya eeehh kak azie? ^_^
ReplyDeleteJika masih ada tanah di kampung, elok juga ada sebuah rumah untuk singgah bermalam berehat sehari dua. Duk kampung ni best!
Deletemesti sayu je rasa nk imbas balik kenangan kat kampung kan?
ReplyDeleteBanyak kenangan. Kenangan mengusik jiwa gitu...
Deletelama tak makan pulut kuningla... hantar 2 pek kat bangi boleh kak? kahakhkhk
ReplyDeleteOhh awak dok Bangi yaa...
DeleteAntara kenangan di kampung tentulah pokok buah, makan buah yang segar.... dan panjat pokok buah.
ReplyDeletesalam kak azie..
ReplyDeleteindahnya suasana kampung tu.. dah lamanya tak dengar perkataan hogah tu.. terus terbayang kak azie menghogah dahan cermai he..he..
aduhai sedap betul pulut kuning tu.. terus rasa teringin..
Anak dara ganas jer yang boleh hogah dahan pokok ni. Kalu tak dipanggil tomboi pun dah kira baik dah tu. hahahah
DeleteRIndu kampung jugakkkkkkkkkkkkkkkkkk....huhuhu...
ReplyDeleteOkeh, cepat balik kampung...
Deleterindu kan kampung ye kak
ReplyDeletenak buat macam mana ..
tapi saya beruntung kerana hidup didalam suasana kampungg
kampung dan saya x dpt dipisah kan
cewahh ! ;)
Tu yang kita jeles dgn awak. Awak siap ada bela ayam kampung lagik!
Delete