Friday, May 21, 2010

Terimakasih sesangat...

Alhamdulillah, sesi temuduga lancar.

Dan

syarikat itu hampir menepati kehendak aku. Benarlah, naluri aku pun yakin yang aku boleh memenuhi kehendak mereka.

Yang paling best, jika dulu aku berulang alik ke ofis 7-10 minit, kali ini mungkin 5-7 minit sahaja. Hahahahaha best kan? No jem, tak perlu nak tempuh pusat bandar. Dah tua-tua ni, dah tak larat nak fikir pasal jem.

Dan

Alhamdulillah, mereka menerima aku berdasarkan beberapa kriteria yang mereka mahu dan yang mereka harapkan.

Terimakasih atas sokongan dan doa kengkawan termasuk rakan-rakan maya para blogger.

1 Jun aku akan mula mendaftarkan diri.

*Macam biasa, aku memang happy, tetapi tetap berhati-hati kerana sudah biasa mendidik diri untuk tidak terlalu awal menilai suasana.


Aku rindukan G5 akuuuu...!


~...HISYAM, kali ini tak terasa nak belanja SERI BULAN makan Ubi Rebus dengan Kopi Jantan? Ahaks!~


Thursday, May 20, 2010

Adakah Aku Terlalu Tua Untuk Itu?

Alhamdulillah demam aku sudah kebah, cuma batuk jer ada skit-skit lagi.

Esok pagi, ada temuduga untuk kerja baru. Sekali fikir, macam aku sudah terlalu tua untuk buat ni semua. Temuduga la, training la (kalu ada), sesi percubaan laa... rasa macam letih dah.

Tak ingat bila kali akhir aku pernah buat temuduga ni. Tahun 1990 rasanya. Masa tu mengandungkan si AMOI. Rezeki anak, kata orang. Pastu bertukar-tukar tempat kerja dan pengurusan saja tapi tidak memerlukan temuduga kerana kami dipindahkan secara group di bawah organisasi yang sama.

Takkan kali ini nak kena kata rezeki anak juga? Takkan nak kena mengandung juga? Hikhikhik!

Takper, insyaAllah aku sudah bersedia, walaupun modal cuma pengalaman, skill dan kemahiran "menggoreng". Yang penting kena yakin dan meyakinkan. Harap-harap berjaya sebab aku memang malas nak mengulangi sesi temuduga atau turun-naik pejabat orang nih jaja resume yang 2,3 baris jer tu.

Kalu berjaya, harap2 juga aku leh terus start minggu depan. Cukupler seminggu jadi Mem Beso Berlengkor. Mana leh lama-lama nanti jadi buntu.

Doakan aku yerrr...

Pengalaman menjadi MC untuk program MASKARA anjuran Sol-JAH dulu. Takder ker orang yang nak amik aku jadi pengacara? Hehehehehe!


~...HISYAM sanggup meninggalkan jawatan hebat di kota, semata-mata cabaran RAHMAT, tapi jauh di sudut hati, dia ingin sekali terus melihat SERI BULAN di depan mata...~



Andai Tiada Muzik di Hatimu...

Akhirnya finalist American Idol Season 9 2010, diumumkan sebentar tadi. Crystal Bowersox and Lee Dewyze. Kedua-duanya memang layak. Hebat dalam bakat tersendiri.

Aku tak follow tapi tiap kali nak dekat final, aku mesti nak tengok sebab nak tau sapa masuk final. Kebanyakan program realiti, gitulah style aku. AF8 tu pun aku tak follow, tapi sampai stage semifinal aku try tengok sebab nak tengok muka mana yang masuk final. Memang habit aku camtu.

Menurut AMOI, kemungkinan besar Lee Dewyze tu yang akan jadi Idol, tapi undian sms ni adakala unpredictable. Tengok tahun lepas, ramai dok sangka Adam Lambert, tapi dia kalah kepada Kris Allen.

Melihat sebagai suatu cabang hiburan semata, sambil melihat bagaimana persepsi barat terhadap bakat dalam bidang seni yang sangat tinggi sehingga boleh mencapai taraf jutawan dengan jualan album jutaan unit terjual. Kalu artis kita? Malas cakaplah, nanti ada yang kata aku anti artis tempatan. Oh tidak, aku minat juga muzik, selalu juga ber"lalalalala" jika ada lagu yang aku suka, tapi untuk minat (atau taksub) tidak ada sorang pun yang aku benar-benar sangat minat. Suka lagu Sudir, suka konsep lagu Ramli Sarip, suka irama melodi lagu-lagu P.Ramlee tetapi hanya setakat itu.

Ada ker manusia yang boleh dipisahkan dengan muzik?


~...SERI BULAN tidak pernah ada lagu istimewa bersama HISYAM, lalu bila terkepung di kedai SEMAN dalam menanti RAHMAT, hanya burung hantu yang berdendang...~

Mind Your Language...

Sapa masih ingat siri ini? Aku tak miss rancangan ni masa disiarkan oleh RTM suatu ketika dulu, semasa aku masih di bangku sekolah. Tak ingat tahun bila tapi siri Mind Your Languange ni mula ditayangkan di banyak negara sejak 1977.

Siri komedi tv British ini memang mendapat sambutan dan ditayang di banyak negara termasuklah negara kita.


Kisah tentang pelajar-pelajar di sebuah sekolah dewasa yang belajar Bahasa Inggeris untuk mengambil Lower Cambridge Certificate (LCE). Kira-kira macam SRP or skang ni PMR ler kan?

Siri ni memang kelakar, kerana menghimpun begitu ramai pelajar dari pelbagai bangsa dan keturunan dari pelbagai negara. Walaupun pernah di"banned" kerana kononnya menimbulkan isu perkauman, siri ini akhirnya diteruskan juga di banyak negara.

Bagi yang masih ingat, dari siri ni juga banyak dialog yang menjadi sebutan ramai, antaranya "thousand apologise", "jelly good!" dan lain-lain lagi.

Maklumlah pelbagai dialek disebut oleh pelbagai pelajar. Sampai Mr BROWN pun pening melayan karenah depa, belum masuk lagi karenah Guru Besar sekolah tu, Miss Courtney yang kelihatan amat admire pada Mr BROWN tuh. (Tapi aku pernah terdengar kisah Mr BROWN lakunan Barry Evans ni pernah heboh sebab bergambar bogel di internet.. hehehehe)

Walaupun siri ni memang komedi, tapi bagus untuk belajar bahasa Inggeris sebab Mr BROWN tu ajar yang mudah-mudah saja. Haahahahahaha...


Antara watak pelajar adalah: Italy - Giovanni Capello, Germany - Anna Schmidt, China - Chung Su-Lee, Japan - Tarō Nagazumi, India - Jamila Ranjha & Ranjeet Singh, France - Danielle Favre.

Hari tu aku tengok ASTRO pun dah tayang semula siri ini. Tak ingat hari apa. Bagi yang belum pernah tonton siri, sekali sekala elok gak layan. Memang best!

Mentang-mentang dok rumah saja, semua siri tv aku nak tengok. Malah siri ulangan yang pernah hit dulu MisTres Hermanas tu pun aku leh tengok balik tiap kali disiarkan. Parah aku nihhh.


~...bila SERI BULAN merasa sangat marah terhadap HISYAM, bahasa Inggeris lah yang ditutur supaya kelihatan manis dan indah di hadapan anak murid. Hehehehe...~




Maafkan Aku Menyebut Kisah Ini Kembali...

Kenangan ini, cerita ini, kisah ini, sudah agak lama. Aku tidak bersedia untuk bercerita, tetapi bila difikirkan, aku takut terlupa, maka aku tuliskan juga di sini. Takut terlupa, kerana aku insan biasa dan itu akan menjadikan rasa bersalah pula pada aku.

Abang NGAH, abang kedua dalam keluarga kami (ketiga jika dikira, kerana abang sulong meninggal semasa masih bayi). Aku tidak rapat dengannya, kerana sejak sekolah menengah, dia (juga abang sulong) sudah tinggal di asrama, jadi kami berjumpa waktu cuti-cuti sekolah sahaja. Tidak banyak yang dapat aku ingat, waktu bersamanya semasa kecil. Terlalu sedikit hingga aku tidak dapat mengingat apa-apa.

Menjelang aku menjejak kaki ke sekolah menengah, Abang NGAH sudah pun bekerja (Unit Pencegah Penyeludupan) ketika itu. Mula-mula sekali di Cangloon, kemudian merata tempat antaranya Grik dan lain-lain tempat yang aku sendiri tidak pasti kerana tempoh yang singkat di suatu tempat.

Semasa aku Tingkatan 6, ayah meminta aku tinggal dengan Abang NGAH, yang ketika itu menetap di Bagan Serai dan dah pun berkahwin. Di situ mereka menetap agak lama, Abang NGAH bekerja dengan LPN ketika itu. 2 tahun tinggal bersama, kami memang rapat. Abang Ngah bukan garang, dia cukup lembut, pendiam, bercakap hanya bila perlu tetapi ramai kawan.

Dan bila aku meninggalkan kampung dan menetap di KL, mereka mengambil seorang anak angkat lelaki. Kerana memang tidak dikurniakan anak. Sejak itu juga aku sering mendengar berita tentang Abang NGAH yang sering sakit itu dan ini. Bermula konon batu karang dan lain-lain yang berkaitan, pelbagai rawatan juga dan merata tempat juga pergi berubat.

Masa berlalu, begitu panjang masa, begitu juga tentang sakitnya yang datang dan pergi. Hinggalah pada tahun 2006, disahkan kanser prostat. Itulah menjadi punca kepada segala yang berlaku. Mungkin Tuhan memberi sakit dan mereka membela anak angkat. Dan Tuhan memberi sakit untuk mereka menjadi penawar kepada kehidupan yang lain. Dan episod berulang ke Hospital Besar Kuala Lumpur bermula. Aku tidak ingat bulan bila mereka berpindah ke Ipoh. Menetap di sana kerana rumah telah dibeli. Dan Hospital Ipoh menjadi rumah kedua.

2007. Pembedahan pertama dilakukan. Lancar dalam ertikata mata yang melihat. Sesungguhnya menyebut barah saja sudah tahu kesudahan sebuah kehidupan. Tetapi hidup harus diteruskan tanpa rasa putus asa. Selepas pembedahan, rawatan radioterapi dilakukan di Hospital Besar KL. Masuk pagi Isnin, petang Jumaat bertolak balik semua ke Ipoh. Untuk memandu sudah tidak berdaya lagi, kerana kesan radioterapi memberi kesan dan dia tidak dapat duduk dalam tempoh yang lama. Kebetulan masa itu bulan puasa dan syukur, tidak lama tempoh rawatan itu.

Masa berlalu lagi... Dalam mengharungi sebuah kehidupan, aku dan adik beradik yang lain, juga Abang NGAH tetapi tetap berbeza corak...

Syawal 2008. Keluarga berkumpul. Abang NGAH bengkak kaki. Dipercayai kesan pembedahan. Dan dia merayakan hari raya bersama kami di atas kerusi roda. Dengan susah payah dan sayu, kerana masalah pundi kencing (dia ke bilik air setiap jam). Dia sempat hadir Majlis Reunion sekolah lamanya pada hari raya ke 3. Kata kakak ipar, dia menangis semasa memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Syawal berlalu. Hospital menjadi rumahnya semula. Selepas Ipoh berulang pula ke Selayang. Kemuncaknya, 30 Oktober 2007. Temujanji dengan pakar di Selayang, selanjutnya harus bermastautin lagi di wad Neurologi.

Hari pertama 30 Oktober:
Aku dan Kak Yang sekeluarga menghantar dia masuk wad. Kaki masih bengkak tetapi dia sihat, ceria seperti biasa. (Ada gambar, tapi aku dah keluarkan)

Hari-hari selanjutnya, tiada tanda dia akan dilepaskan balik. Pelbagai ujian dan scan dilakukan untuk mencari punca dan mengubati.

Aku paling kerap datang menjengah kerana aku memang di sini, di KL. Berselang hari, aku ambil cuti separuh hari sebelah petang (waktu lawatan bermula 1 petang). Kadang2 kedatangan aku tidak dipedulikan pun, kerana mungkin tiada lagi cerita yang hendak dikongsi. Tetapi aku meneman kakak ipar yang tidak pernah jemu di sisi (dia menyewa asrama hospital yg dikhaskan utk kes sakit kritikal). Juga bukan banyak yang kami dapat buat, selain berbual, mengisi masa supaya tidak jemu, membacakan akhbar, menyapukan losen di kaki dan tangannya yang kering kerana jarang dapat mandi. Dan aku pulang menjelang malam. Itulah yg kulakukan, yg terdaya kulakukan, yg terlintas untuk kulakukan... Walau mungkin sampai bila-bila pun tidak akan dapat menyamai atau membalas jasanya selama aku tinggal dengannya dulu...

Hampir seluruh saudara-mara telah datang berkunjung, dari jauh dan dekat. Aku yang mengikuti perkembangan setiap hari, tidak berupaya utk bercerita apa2 melainkan meminta melihat sendiri dan ketahuilah, andai Tuhan inginkan penyakitnya sembuh, maka sembuhlah dia...

HARI KE 14 (ini saja gambar yang boleh aku tampal di sini)
8 Nov 2007, cuti Deepavali: BONDA dibawa dari kampung. Dah sudah tentu dia tidak mahu diarah untuk ke mana-mana lagi. Sepanjang masa di tepi katil hingga malam dan pulang semula ke asrama. Dan seseorang harus pula menemaninya, menguruskannya, menolak kerusi rodanya, mengangkat kerusi ke tingkat 1 asrama. Aku bergilir dgn yang lain. IKA bermalam 2 malam mengambil giliran.

Keadaan semakin kritikal. Itu yang pasti. Itu yang jelas dapat dilihat. Morfin diberi sekadar penghilang sakit. Seorang teman sepejabatnya dari Ipoh pernah bertanya, “Sakit tak?” dan dia menjawab, “Hanya Tuhan yang tahu.”

Dan benar, hanya Tuhan Yang Tahu. Semakin lemah, malah seperti tidak sedar diri. Terlalu perit untuk menyebut apalagi melihat. Sedar dan pengsan berulang kali. Kami lali dan pasrah...

HARI 17
Setelah beberapa hari tidak dibenarkan makan, kerana harus mengharungi pelbagai ujian hospital, pada hari ke-17, dia kembali segar. Sudah boleh makan pepejal dan minum sendiri. Aku melihat dia minum teh tarik dengan tangannya... (Aku dah keluarkan gambarnya)

Lalu, BONDA membuat keputusan untuk pulang ke kampung semula. Katanya, jika terjadi apa-apa, dia menanti di kampung. Bawalah balik ke kampung... Dan hasrat itu terlaksana... Oh Tuhan, selepas dia segar aku tidak pergi ke hospital kerana sibuk di hujung minggu. Niat untuk pergi di hari Isnin berikutnya juga tertunda. Hanya pada hari berikutnya, Selasa 20 Nov, aku menyambung rutinku cuti separuh hari.

Aku baru bergerak keluar dari pejabat, panggilan dari anaknya. “Mak Ndak datang la hospital cepat. Abah nazak.”

Dan tak putus-putus panggilan masuk. Akulah yang diharapkan dalam keadaan semua orang berada jauh. Abang Long yg memang tinggal di Kajang kebetulan berada di Kota Baru atas urusan kerja. Aku tiba-tiba menjadi orang penting dalam saat genting sebegitu. Perkara pertama yang harus dicari ialah waris lelaki yg paling hampir, dan sepupuku seorang Imam di Pandan Jaya diseru datang.

Dan ternyata tertulis oleh Ilahi, dalam perjalanan aku ke hospital, dia diambil pergi. Aku tiba sebaik sahaja semua wayar dicabut dan jasad sedia untuk dipindah ke bilik forensik. Tidak tergamak aku hendak mengambil gambar katilnya yang masih panas dan merah kerana darah yang pecah dari ususnya menjadi punca sesak nafas dan...

Hanya aku yg diharap dalam keadaan kakak yg bingung. Lalu tanpa sedar kekuatan itu datang padaku. Ya aku menangis tapi ternyata aku berjaya mengawal hinggakan tenang itu yang berjaya kupamerkan pd semua yang hadir.

Pengalaman pertama aku untuk berada di bilik kapan, menyiram air memandikannya, mengisi borang dan segala urusan yg berkaitan. Dan ketika itu, terlintas di fikiran, dulu aku cukup sedih di saat arwah ayah pergi, aku tidak berpeluang langsung mengadap, apalagi melihat kali akhir, kerana aku tiba di kampung ketika telah selamat dikuburkan. Dan oh Tuhan, inilah rahmat buatku, aku berpeluang melakukannya pada sebuah kematian yang lain. Betapa mahal peluang ini oh Tuhan, mencium keningnya saat akhir, al-Fatihah tidak putus buatnya dan membaca Yassin berulang kali saat aku berada di tepi kerandanya di dalam van jenazah, sepanjang lebih 5 jam kami membawanya ke kampung. Terasa berbalas segala rasa sedih dan terkilan aku yang dahulu.

Tiba di laman Rumah BONDA, hampir 9 malam, dan tidak perlu dihurai suasana yang menanti. Aku membawa diri jauh di sudut, kerana aku sudah puas bersama arwah sepanjang hari...

22 hari...
Episodnya berakhir, tetapi kenangan itu tidak pernah luput malah saat ini aku tidak pernah kering airmata bila menyebut...
Al Fatihah buat Abang NGAH.



~...SERI BULAN melihat HISYAM tidak menangis ketika MASITA meninggal dunia, tetapi HISYAM tidak lagi ceria...~




Wednesday, May 19, 2010

Lagi Tentang Bahasa: Ejaan Alaf Baru?

Salam dan selamat pagi semua.
Menulis dari rumah.
Masih demam, jika masih tidak kebah esok harus jumpa doktor hensem tu lagi. Cuma harap-harap kali ini aku tak disuruh sedut gas itu lagi. Tak sukerrrrr.

Semalam aku bercerita tentang menulis dengan bahasa sms. Mesti ada yang pernah baca di blog kawan kita ni ALID tentang dia pernah buat tawaran hebat bagi sesiapa yang dapat terjemahkan bahasa sms itu. Memang tension sebab takleh nak translate. Sampai ALID kata ini Ejaan Alaf Baru.

Klik SINI untuk mendapatkan hadiah lumayan dalam bentuk tunai RM tu. ALID masih terbuka ker cabaran tu?

Sampai ke tahap itu pun ada, memang letih melayan.

Bukan hanya isu bahasa ringkas yang harus juga kita ambil perhatian, tetapi kesilapan ejaan juga jangan diabaikan (tapi kalu dah tulis ringkas tu, maknanya salahlah ejaannya). Memang setiap penulis mesti ada tersilap taip, terutama bagi yang sudah biasa menaip dalam bahasa Inggeris, bila menaip dalam bahasa, sering terkeliru (macam aku) sebab tu kena semak dan sebab itu dalam sesebuah penerbitan, mereka wajib adakan Proof Reader yang akan menyemak bukan hanya layout tetapi yang paling penting adalah ejaan. Kerana dengan satu perkataan atau dengan hanya satu angka, akan memberikan makna yang sangat lain, dan perbezaan yang sangat besaRRRR...!

Aku pernah tegur seorang penceramah yang salah menulis nombor bagi suatu AKTA, tersilap satu digit sahaja, dan ianya membawa kepada penerangan Akta yang lain. Bahaya tu.

Pic di bawah aku rakam dah lama, di foodcourt area ofis aku (dulu).

Bukankah membawa makna yang sangat berbeza?
Adakah cuma DARA sahaja? Hikhikhik!

Terimakasih kepada blogger baru yang sudi menyinggah menyapa masuk melalui siri Jelajah Blog oleh BEN itu. Nanti aku akan cuba membalas kunjungan.


~...Terlalu lama HISYAM menanti, akhirnya tertebus juga bila RAHMAT sendiri sudah rela SERI BULAN dibawa pergi...~



Tuesday, May 18, 2010

Berrrrrrrr...!!

Tak tau kenapa demam aku kali ini agak lama, sudah masuk hari ke 4 (termasuk hari Sabtu yang dedar-dedar). Tapi menurut doktor, tiada apa yang serius walaupun sebenarnya dia sendiri kata, nafas aku ada bunyi "siul" kat dalam sehingga kena duduk 15 minit sedut gas.

Takpa, abaikan citer demam. Ubat ada, wpun ubat batuk tu buat aku lalok sepanjang hari, dan malam baru aku larat nak mangkit semak email dan update blog sambil ziarah blog kengkawan.

Dalam masa yang lebih dari hari biasa yang rutin selama ini, aku juga ada lebih masa untuk baca banyak blog. Benar, kata seorang blogger tu, ada banyak jenis blog dan juga ada banyak jenis pengomen. Ada yang mengomen ikhlas ada yang bermuka-muka. Aku tak lak terfikir sejauh itu, mungkin pengalaman dia yang membuatkan dia berani berkongsi tentang isu itu.

Bagi aku, memang agak curiga jika itu berlaku, tapi rasanya aku akan mengambil pendekatan "tutup mata sebelah" jer jika ada komen-komen yang seperti itu. So far, aku tengok ok jer. Mungkin sebab blog aku ni blog yang sangat biasa, tak segah blog-blog yang menerima komen sebegitu. Kadang2 tu mungkin ada unsur cemburu. Oh pleaseeee...!

Bagi aku secara peribadi, komen-komen tu takler menjadi isu besar sangat pun. Ada tu mengomen ikut emosi. Boleh dimaafkan tu. Tarak hal lahhh!

Cuma aku tak berapa suka nak baca blog yang suka tulis guna huruf ringkas. Aku dah pernah buat entri tentang isu ejaan nih. Tulis entri guna bahasa macam sms. Oh pleaseeee..! definitely aku mesti terus keluar kalu banyak sangat guna bahasa sms. Wpun jarang jumpa, tapi tetap ada. Setakat 1,2 ok ler, tutup mata ler.

Sebab aku tak suka guna bahasa sms untuk menulis di blog. Aku berani kata. Betul tak? So, aku nasihatkan kepada kengkawan blogger yang baru (aku pun baru jugak), please, menulislah dengan bahasa yang betul (language bukan isu), ejaan pun kena betul gak (kalu tersilap sikit tu, adat) terutama penggunaan nama khas, e.g. nama tempat, nama orang. Ada orang taip nama negeri or negara pun belasah tulis huruf kecil.

Ada juga blogger menulis ikut dialek, aku pun suka gak tulis gitu, but still tak gunakan ringkasan macam sms yang "make me feel annoyed". (Salah ke bahasa aku nih?)

berrrrrrr! ingat ni iklan goyang gegar Piala Dunia kerrr? Hakhakhakhak!
**pic semasa ke Langkawi dulu, ada sesapa yang juga jumpa ini?

*Terakhir, terimakasih buat blogger BEN ASHAARI yang menyenaraikan blog aku di bawah kategori MURAI. Aku tahu ramai orang ingin berada di senarai backlink dia, dan walaupun mungkin blog aku akan tersenarai untuk seminggu saja (harap-harap lama lerrr) tapi itu sudah cukup menggembirakan aku. Thanks BEN.


~...Memang HISYAM kelihatan simpati ketika SERI BULAN dalam keadaan resah merudum lagi rusuh, tetapi simpati tidak dapat diganti dengan 2 bakul durian. Ahaks! Hikhikhikhik~




Borak-borak Anak Dara...

Memang ler lawak gak insiden kena asingkan beras pulut dalam beras biasa tadi siang. Gitulah kalu buat kerja mata ke lain, tangan ke lain. Dah ler memang AMOI tu jarang buat kerja dapur (sejak Form 4 dah dok asrama) memang peluang untuk dia masuk dapur sangat terhad. Paling pandai pun aku rasa dia leh goreng telur jer. Buat Teh-O pun failed lagi. (Ada ker yang terbantut hasrat nak meminang tuh? Ahaks!)

Memang ler besar hasrat dia sepanjang cuti ni dia nak belajar itu ini, tolong itu ini, tapi proses pembelajaran dia banyak yang tak begitu menjadi. Takper, buat masa ni, buat yang mudah jer. Kalu nak soh masak, hmmmm.. jenoh nak tunggu. Pernah sekali dulu, dia tak kenal mana satu halia. Makkk oiiii.. sakit dada aku.

Sepanjang petang tadi kami bergotong royong buat kerja yang tak pernah dibuat orang. Mengasingkan beras pulut dalam beras biasa dek kerana nak tolong punya pasal terus jadi kerja besarrrr.. Letih sampai sakit pinggang kami dok mengerjakan. Tapi Raja Muda tak gak sampey sampey!

Sambil tu kami borak-borak ler dari satu citer ke satu citer. Tertimbul lak citer pasal zaman sekolah.

*Entri ini tiada berniat untuk mengecam atau mempersendakan sesiapa yang berkenaan itu.

IKA dengan ALONG ni memang sejak sekolah rendah bersekolah sama (semua perempuan) sbb kat taman aku masa tu lum naik sekolah lagi. So sekolah jauh skit ler dari taman. Depa sembang pasal cikgu depa. Terkeluarlah nama sorang cikgu ni, CIK A. Memang ler cikgu ni masih bujang, tapi dia sangat bagus mengajar. ALONG kata, "eeeeee memang ler dia ngajar best, tapi dia garang. Dia pernah sepak ALONG, Mak. Sakit hati ALONG." Pastu si AMOI ni gelak-gelak.

"Hah! Dia sepak ALONG? Bila? Sebab apa dia sepak?" Terkejut gak aku. Tak tau pun.

"Masa Darjah 6 lah. ALONG tak pakai baju sukan. Mak pun tak pernah sepak ALONG. 6 orang kami kena sepak." Hahahahaha!

Sorang lagi pi tambah kuah, "Ahaaa IKA pun tak suka Cikgu A tu. Garang." amboiii..

Tapi tau si MAK Dara ni jawab apa? "Kalu tak garang, korang bleh dapat UPSR 5A dulu?"

Sebab depa berdua ni dapat result gitulah layak bersekolah lak di SAB tu. Kuar lah pulak citer pasal SAB nih. (ALONG sempat sampai Form 3 jer sbb pastu dia dapat MRSM).

Lagi kelakar. Pasal Pengetua lah, pasal cikgu displin lah, pasal murid yang jadi pelakun lah (memang ramai gak celebriti remaja di SAB tuh), pasal orang tu poyo lah, orang itu gini lah...

Yang paling best adalah cerita tentang sorang guru yang popular di SAB iaitu guru Maths Tambahan; MR. TAN SAM GUAN. Memang dia seorang guru lelaki, seorang yang agak berumur, tetapi macamana dia boleh menjadi idola, guru kegemaran (jangan salah faham, adat ler kan? Murid2 memang suka buat bab cikgu paberet nih) tetapi dalam masa yang sama beliau adalah seorang Guru Displin yang sangat tegas? Hebat kan?

Aku sendiri tengok semasa Anugerah Panitia, bila Mr TAN ni naik ke pentas, beliau paling banyak mendapat sorakan dan tepukan paling gemuruh. Dan lihatlah saja di FACEBOOK beliau. Ahli untuk MR. TAN SAM GUAN FAN CLUB!!!! sahaja sudah menjangkau 1,120 orang ahli. Fuhhhh dahsyat tuh. Jarang orang nak ingat tentang seorang Guru Disiplin kecuali dia ada rekod dengan cikgu tu, kan? Hehehehehe

Terimakasih CIKGU-CIKGU semua... kerana mendidik dan mengajar anak-anak saya. Walaupun masih jauh dan masih banyak yang perlu mereka belajar, tetapi cikgu-cikgu adalah permulaan kepada apa saja kejayaan.

**Kerja mengasing beras berakhir menjelang maghrib tadi.


~...HISYAM pernah menjadi idola juga, tapi idola kepada ramai anak dara kampung sehingga akhirnya tidak mampu memilih, kerana SERI BULAN tetap di hatinya...~



Monday, May 17, 2010

Baru Sehari, Sudah Berjanggut si Musang...

Hari ini memang hari pertama aku sebagai seorang penganggur. Memang tak seronok langsung. Tak best. Pertama, ada ker orang yang sudah biasa rutinnya sebagai seorang pekerja selama lebih 20 tahun, tiba-tiba jadi penganggur? Kalu anggur yang ditanam boleh dijual atau dimakan sendiri, takper la jugak. Pastu, aku deman plak tu. Dah 2 hari antara kebah tak kebah. Melepek jerrrr.. Heeeee...

Memang ler CHAK macam seronok jer sebab balik sekolah tengok MAK dia ada kat rumah. Melompat ler konon. Tapi semua tu, sementara jerr. Aku ada plan juga. Mana leh jadi Mem Besor yang berlengkor jer kat umah. Tak bleh jadik...!

Rutin memang tidak banyak berubah, hari pertama masih dilihat seperti aku bercuti saja. Sementelah ALONG dan IKA ada sebagai tangan kiri dan tangan kanan, kebanyakan kerja aku adalah hanya kuarkan arahan saja. Mem Beso ler katakan. Cuma biasanya, bab memasak memang jawatan tetap aku. Bak kata CHAK, "Mak masak semua sedap." Ya lah tuu. Tapi kerana aku demam, TOKLAKI tolong masak. Biasanya pun memang dia selalu masak tapi kali ini memang tak leh ngelak.

Tadi TOKLAKI beli beras pulut, taktau dia nak masak apa. Harus ler nak buat Pulut Kuning untuk sarapan esok tu. Sebab aku nampak ada santan kotak dan ikan bilis (nak buat Sambal tu).

Tapi punya lah baguih aku ada anak dara dok ada... si AMOI bleh plak pi tuang beras pulut tu dalam bekas beras biasa. Ambikkkkk...!


Tak pasal-pasal kena jadi "senarai anak dara bakal isteri Raja Muda" yang kena asing rempah dari beras. Bergilir-gilir kami masuk "senarai".

Sempat lak tu, TOKLAKI teased me, " Wahhh terror U ek. Bleh kahwin dengan P.Ramlee."

"Memang ler, sebab tu P.Ramlee buat lagu AZIZAH." Selamber jer aku jawab. Memang tension buat kerja tambahan nih. Entah Musang Berjanggut mana ler yang nak datang rumah aku agaknyer. ICE? Are you the one? hikhihikkhik!




~...HISYAM makan 3 kali bertambah masa dijamu nasi beras kampung, sehingga tak sedar gerak diperhati oleh SALWA, mujur naluri disentak untuk mendongak dan mata bertentang..~


Lagi cabaran dari BEN: Jelajah Blog versi 4.0

Sebagai tanda sokongan juga sebagai seorang blogger yang inginkan lebih banyak rangkaian aku ingin menyertai program yang dinamakan JELAJAH BLOG versi 4.0 yang dianjurkan oleh blogger BEN ASHAARI.

Dengan hanya 3 syarat sesiapa sahaja boleh menyertai segmen ini:

1. Header BEN ASHAARI BLOG


2. Berikan nama samaran anda dan nama blog anda ... Ceritakan latar belakang blog anda ..
Ya.. nama aku memang sudah gunakan AZIE AZAH sejak bertahun lamanya. Aku gunakan nick ini dalam semua laman web aku. Dan itulah yang mereka juga panggil aku. Aku mula menulis blog sejak Nov 2007 kerana tertarik dengan beberapa orang rakan yang mula berjinak-jinak meulis. Kerana aku memang suka menulis dan membaca, inilah satu lagi platform dan wadah untuk aku menulis apa saja yang terlintas, perkongsian maklumat, perkongsian kenangan dan segala catatan perjalanan kehidupan sehari juga insan-insan yang hampir dengan aku.

Memang pada peringkat awal, blog aku tidak sebagus mana, tidak secanggih blog orang lain, tetapi masa memberikan aku banyak ruang untuk memperbaiki kelemahan. Bukan untuk menjadi hebat jauh sekali untuk menjadi terkenal, tetapi setiap sesuatu itu, sekiranya ada ruang untuk menjadi lebih baik, kenapa tidak kita lakukan? Pembaca blog aku pun kebanyakan hanyalah kengkawan aku saja, tetapi aku yakin, semakin lama semakin ada dari kalangan mereka yang tidak langsung aku kenali, seperti mana aku juga tidak mengenali mereka secara realiti, tetapi itu bukan menjadi penghalang untuk kita semua menjadi suatu komuniti yang mesra dan berkongsi info yang bermanfaat, kan?

Yang best, kerana setiap kali aku bepergian ke mana-mana, sudah pasti segala catatan perjalanan akan ditulis di blog seperti diari, kerana di situ kenangan indah dapat simpan dan adakala kenangan dan foto itu memberi makna dan panduan pula kepada pembaca aku.


Blog aku tidak terhad kepada apa-apa konsep atau tema, kerana blog bersifat peribadi (yang boleh dikongsi) sudah tentu apa yang disebut "blog tentang apa" itu sangat subjektif.

Di kesempatan ini, terimakasih kepada sekian ramai pembaca blog aku, termasuk yang sudi menjadi followers, sudi meninggalkan komen, sudi memberikan pendapat dan sudi menjadi kawan di alam maya. Saya hargainya.

3) Dari mana anda tau mengenai Segmen ini.
Kerana blog BEN ASHAARI berada di listing aku, sudah tentu aku tahu mengenainya terus dari blog dia. Di ENTRI INI.

Terimakasih BEN, kerana memberi peluang ini.


~...tapi buat masa ini, jangan ditanya siapa HISYAM kepada SERI BULAN...~



UNJUL Nak Jadi Orang...

Tadi aku tonton drama khas di RTM2 sempena Hari Guru. Unjul Nak Jadi Orang. Hmmm... pertama aku nak tonton drama ni adalah kerana pelakun utamanya adalah Zul Huzaimy Marzuki dan Wan Maimunah. Aku minat depa nih.


Minggu lepas, ada 3,4 kali disiarkan telemovie Salam Terakhir lakunan Zul Huzaimy, drama sedih dan aku tengok berulang kali. Aku minat Zul ni ketika dia tidak bercakap, tanpa dialog tapi ekspresi muka sudah cukup menggambarkan apa yang dia rasa dan apa yang dia hendak orang tahu. Tapi kalu dia bercakap pun, sungguh berkesan sekali sebab tu tak heran dia pernah menang anugerah Pelakun Harapan (ke Pelakun Pembantu? lupa)

Drama UNJUL ni bukan drama kelakar, tapi ada gak unsur-unsur kelakar. Yang lebih best, drama ni skripnya ditulis sendiri oleh Zul Huzaimy dan Arahan serta Lakun TV pun oleh dia. Wahhh.. maju setapak lagi dia.

Mesejnya tentang usaha dan kegigihan pasti akan membuahkan kejayaan, tetapi sokongan dari orang-orang terdekat sangat penting untuk mendorong. Unjul hilang minat belajar dan jadi pemalas kerana keputusan SPMnya begitu teruk tetapi berangan untuk berkahwin dengan sorang anak dara kepada sorang janda di kampungnya. Bersaing pula dengan seorang pemuda kampung yang sudah berjaya (ada keta Perdana cermin gelap youuuu....!) bernama JOBOT (sapa ler yang pilih nama nihh...) lakunan Zamarul Hisham. Hahahaha.. kelakar dia jadi JOBOT.


UNJUL kena halau dari rumah oleh mak dia sebab dia jahat mulut nak pegi cagar tanah tapak rumah. Mengamuk ler mak eh.. Langsung dia keluar rumah, dan nak dijadikan cerita, sorang bekas guru pencen menawarkan dia tinggal bersama dan berusaha untuk memulihkan semangat si UNJUL ni supaya dia berjaya Menjadi Orang. (Selama ni jadi orang gak.. tapi orang yang tak serupa orang lain...)


JOBOT bengang sebab EMA tolak pinangan dia kerana tunggu UNJUL, konon. So JOBOT nak pegi marah UNJUL, tapi dia kena sengat tebuan. Kan dah kata... "sarang tebuan jangan dijolok." hahahaha


Ada lak watak Mak BEN ni, seorang wanita buta yang telinganya sungguh tajam. Walau watak kecil, dialog tak banyak, tapi aku suka dengan kata-katanya, "Kita jangan jadi Katak, tapi jadilah CakCibor. Dihalau pun datang balik, tapi kalu Katak, terus dimakannya."
(Terus aku teringat my fren si CALUK The Guru Besar. Selamat Hari Guru)


Saat sedih bila ibunya meninggal. Unjul kecewa dan sangat sedih. Mujur ler dia tetap datang jugak amik peksa.

Dengan kesungguhan UNJUL berjaya dalam SPM, tapi harapan untuk memiliki si EMA tu tak berjaya juga, sebab EMA rasa macam tunggu lama sangat kot, tu yang dia terima pinangan si JOBOT. Ya tak ya jugak, lagipun JOBOT tu masuk meminang dia sampai 5 kali. Tak pernah dibuat orang. Cayalahhhh...! Mujur dapat, kalu tak ada ler orang yang terjun sungai lak.

Keseluruhan shooting diadakan di Pengkalan Hulu, Perak. Aku suka suasana kampung dan tasik yang ditunjukkan dalam drama ni.

Sesungguhnya peranan seorang guru itu tidak tamat apabila berhenti atau pencen sahaja, sebaliknya jasanya terus dikenang, dan baktinya terus dicurahkan selagi terdaya.

Keseluruhan sinopsis bleh baca kat SINI.


~...SERI BULAN panik bila JALIL dan konco-konconya pernah menyerang HISYAM semasa mereka sedang mengajar. Sungguh pelik bilamana JALIL kalah dengan hanya satu penendang...!~



Sunday, May 16, 2010

Cikgu, Esok Saya Tak Nak Pergi Skulah, Saya Demam ni...!

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar guru, cikgu atau pendidik. Tak kira guru sekolah, guru tadika waima guru sekolah memandu sekalipun. Golongan yang sangat dihormati, yang wajib dihormati, yang mengenalkan kita dengan huruf dan angka. Kalu guru memandu, yang mengajar apa itu brek, apa tu tekan minyak... dan brooooom!

Aku bersekolah rendah di kampung. Baikkkk ya amat. Sebab arwah Ayah antara orang kuat dalam PIBG. Kalu silap, gerenti ayah leh tahu dulu. Cikgu-cikgu semua kamcing dengan dia. Ehhhh aku mana berani buat tak ketahwuan.

Sekolah menengah, jauh skit, kena naik bas ulang alik ke pekan. 5 tahun di sana. Aliran Sastera. Semua cikgu best, tak pernah pun timbul isu bila cikgu rotan, kena report polis atau cikgu kena serang. Tak pernah pun masa zaman aku berlaku gitu. Aku rasa tak pernah aku ni jadi kesayangan mana-mana cikgu, sebab aku bukan pandai sangat cemerlang atau popular pun. Biasa-biasa saja. Tapi aku sangat suka dengan cikgu Sastera aku; Cikgu Ahmad Osman yang sangat best mengajar sastera dan BM. Aku score A1 utk kedua-dua subjek tu, okeyy... Terimakasih cikgu. I love U sooo much! Ahaks!

Tingkatan 6 macam zaman bulan madu jer bagi aku. Banyak main. Tapi cikgu-cikgu aku semua serius ya amat. Agaknya 2 tahun tidak cukup untuk aku bermesra rapat, selain dari belajar saja.


Persatuan Sejarah. Aku dah memulakan kerja-kerja setiausaha sejak sekolah lagi, sebab suka menulis itu ini. Sebab tu sampai skang asyik ler buat kerja tu jerrr. Aku suka aktiviti luar yang agresif, aku berani mencuba. Aku tak takut dengan persaingan dan aku memegang jawatan ketua kelas@monitor untuk 3 tahun berturut dan pernah naik pentas untuk Terbaik Bahasa Inggeris pun 3 tahun berturut-turut. Terimakasih Mr. Gordon...!


Memang macam bulan madu jerr.. Harharharhar!

Terlalu banyak kenangan zaman sekolah. Tetapi aku tidak pernah sekalipun merasakan yang pahit, jauh sekali tersenarai dalam murid bermasalah. Aku jarang ponteng, disiplin aku antara yang teratur cuma aku tidak cemerlang macam murid cemerlang lain. Yang membezakan aku dengan beberapa kawan sekolah perempuan adalah aku suka kawan dengan budak lelaki. Ada yang rapat dengan aku. Tapi semua itu berakhir bila zaman sekolah bukan lagi dunia kami....

Berbanding dulu dan sekarang, sangat besar cabaran guru-guru sekarang. Karenah bukan hanya datang dari murid, tapi dari ibubapa. Memang letih melayan. Agaknya sudah kurang orang kagum pada profesion guru? Sampai ada yang sanggup ugut dan pukul guru? Aku memang tak minat jadi cikgu tapi aku yakin kerjaya ini sangat mulia. Dalam family aku ada 4,5 orang jadi guru. Takut lak aku tengok, bebanan tugas, masa mengajar bukan hanya sekerat hari, ada tu sampai ke petang. Uishhhh kesian.

Terimakasih cikgu. Jangan lupa, mereka juga manusia biasa ada perasaan, adakala tersilap. Yang penting, tanpa guru siapalah kita pada hari ini.

**Aku menulis entri penghargaan ini dalam keadaan demam.



~...HISYAM dan SERI BULAN pernah bersama-sama mengajar anak desa di sekolah yang bertiang buluh berdinding dan berbumbung atap, sungguh jerih kerana pernah dianiaya tahi lembu penuh atas kerusi panjang anak murid...~



Saturday, May 15, 2010

Kalu Orang Batuk Makan Bubur, Bersembur tak?

Tak sangka pula hari ini aku tetiba batuk. Takder signal pun. Selama ni aku leh rasa aku nak kena batuk, tapi kali ini tetiba jer terus batuk. Dan dan mula dedar nak demam. Berjangkit dari sorang dalam rumah nih.

Antara demam, selsema dan batuk, aku tak suka batuk. Sangat ler tidak suka doowhhh..! Terpaksa ler pantang segera untuk baik cepat. No ais, no goreng-goreng. Air suam lebih dari biasa, dan terpaksa ler rajin minum Teh O Limau. Ubat batuk aku tak berapa berkenan, sebab nanti aku lalok. Heee tak sukerr! tak sukerrr!

Hari ni jadi malas. Melepek jer layan tv, lagipun macam letih semacam. Waktu camnih ler bleh buat aku teringat itu teringat ini...

Sedih pun ada. Tapi kena control. Sebak jangan cakaplah, pun kena control gak.

Aku teringat Bubur Nasi yang pernah dibuat oleh arwah AYAH dengan resipi dia sendiri. Arwah memang seorang tukang masak yang handal. Memasak di majlis kahwin di kampung, memasak di masjid, memasak di kantin sekolah dan banyak lagi tempat. Memang terkenal lah. Aku suka Bubur Nasi yang dia masak sebab sangat lain dari yang lain. Ada rempah dan banyak bahan. Tak akan ada orang boleh masak macam menu dia tu. Dan aku rindu...

Pic dari Google

Antara kenangan di work station aku, pic semalam.



Walaupun ada yang menangis di saat terakhir melangkah keluar dan menyerah kad, tapi aku relax jer. Tak rasa nak nangis pun, nak ketawa pun rasa macam tak patut. Mungkin kerana aku sudah bersedia dan redha sejak awal, so...


~...HISYAM berlagak pandai konon sudah menjadi warga desa, guna parang pun tertetak kaki, sampai pengsan tengok darah sendiri, mujur SERI BULAN menjadi pendamai bila RAHMAT mengamuk ya amat...~



Antara Rajin Tak Rajin...

Bila takda idea, semua jadi blur. Bila tukang masak garu kepala taktau nak masak apa, yang paling risau tentulah tukang makan. Hehehehe.

Antara rajin dengan tak rajin, dah lama tak masak menu ni. Ikan Bilis goreng dengan Jeruk Asin. Ekceli, makan dengan Bubur Nasi lagi sedap. Kalu tekak tengah mengada macam demam tak demam, ahaa.. menu ni sesuai.

# yang merah adalah cili kering.

Aku belajar menu ni dari sorang kawan pejabat. Sekarang ntah mana ler kakak tu, dah pencen jaga cucu-cucu agaknya.

Piala UBER final sedang berlangsung, China vs Korea. Nampaknya China mempunyai harapan yang sangat cerah. Memang China akan menjadi kuasa besar dalam area badminton sekarang ni. Adakah badminton akan menjadi seperti sukan bola sepak negara? Bukan kita tak sokong, tapi kalu asyik kalah jerrrr... rasa rugi lak beli tiket, kan? kan?


**Aku sedang batuk.


~...masa sekolah dulu, memang HISYAM antara bintang bersinar dalam arena raqbi, menjadi lambang tangkas lagi maskulin, tetapi kenapa seorang SERI BULAN pun tidak berdaya dipertahankannya?...~





Semakin Tua Santan Makin Pekat, Lemak tapi Bahaya...

Lately, aku banyak belajar perkara baru dari beberapa orang blogger tersohor yang menulis entri yang menarik dan yang paling best ada sesi tutorial dikongsikan. Aku belajar melalui pembacaan, dan test sendiri. Setakat ini Kak KUJIE antara yang paling rajin melayan soalan-soalan aku thru email yang aku hantar kepada dia. Thanks a lot Kak KUJIE..!

Lagi banyak aku baca, lagi banyak yang aku tak tahu, tak faham dan keliru. Sudah hampir 2 minggu begitu banyak persoalan dalam kepala aku. Kenapa begini? Apa fungsi benda ni? Kenapa mesti link dengan ini? Apa maksud istilah ini? Ada juga yang telah aku uji sendiri dan berjaya tapi itu tentu tidak cukup.

Ya, jika dulu menulis blog sekadar suka-suka, hobi semata, kerana kemaruk menulis tahap GABAN, tapi novel tak pernah pun siap-siap, kini aku melihat menulis blog sebagai suatu platform dan wadah yang lebih bermanfaat dan bernilai, untuk penulis dan pembaca. Suatu komuniti yang baik dah luas juga berjaya dijalin. Aku sudah dapat merasainya.

Uishhh kalu lah ada sesi pertemuan, sesi gathering buat tutorial or praktikal singkat secara reality, kan best? Ada banyak benda aku nak tanya. Tapi kadang-kadang nak tanya banyak2 macam mengganggu lak. Orang lain pun busy gak.

Sabarrrrr.... Nak belajar kena banyak sabarrr yer Sabariahhhhh...! Lagipun aku bukan muda lagi nak belajar banyak benda serentak. Kena pelan-pelan kayuh.

Sebulan lalu aku belajar guna Photoscape (orang lain dah expert aku baru nak kenal benda nih) itu pun gara-gara nak edit Watermark. Pastu baru tahu, dengan 1 design leh create banyak lagi design.

##ini adalah contoh sahaja.

Siang tadi aku beli lagi 1 design Watermark secara online dari EYBIZZONLINE sebab berkenan dengan pilihan design. Banyak betul tapi yang cantik-cantik semua dah sold out! Frust akuuu... Takper, pasni aku nak belajar create sendiri, sebab aku rasa tak susah pun. Yesss!! (lebihkurang sama macam Photoshop jerrr.) Cewahhh!

Ehhh! Aku belum dapat kerja lagi ler... sepatutnya itu yang aku kena fokus dulu. Arggghhh!


~...bila SEMAN mula menghidu riak tidak manis antara MASITA dan HISYAM, SERI BULAN harus bijak menjadi penyimpan rahsia di teratak PAK UTIH...~




Friday, May 14, 2010

Menyahut cabaran BEN lagi, sebelum tengah malam...

Lagi tugasan yang ingin aku sahut cabarannya dari blogger BEN ASHAARI. Bukan untuk menang, tapi aku ingin belajar, ingin mengetahui banyak lagi info dan ilmu dari blogger yang top dan hebat macam dia. Tak mudah sebenarnya (bagi aku) mungkin mudah bagi orang lain.


Di blog dia, memang ada disenaraikan beberapa kategori yang bermula dari HIJAU (dulu), KUNING, PINK dan MERAH@emas. Perhhh.. yang berada di kategori emas tu kira hebat tu. Aku dah baca petang tadi, tapi tak sempat nak study. Takper, tugasan mesti disiapkan sebelum jam 12 malam ini. Yang terpilih akan dimasukkan ke kategori yang BEN akan tentukan. Kategori: Tiada.

Entri 4 para dengan lebih 100 perkataan, dan mesti mengenai iklan yang dipaparkan di entrinya. SINI.


RIZI-BIZ.com adalah satu blog di mana pelbagai produk diiklan dengan cara yang sangat menarik lagi cepat. Semuanya dalam satu laman web yang padat dengan maklumat tentang produk bermula dari pakaian (aku berkenan dengan Gedung Pashmina yang menawarkan pelbagai rekaan Shawls), khidmat nasihat, Belajar Bahasa Inggeris, motivasi, khidmat runding -- nak tahu apa Phero-X & Pherolins: Kuasa Memikat Wanita/Lelaki Melalui Sains? -- sehingga kepada makanan kesihatan tambahan, vitamin, kosmetik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki! Malah peluang mencari jodoh juga terdapat di sini. Ayuhhhh.. sapa yang bujang tu...

Memang sudah menjadi trend masa kini, menjimatkan masa dan tenaga, membeli belah tanpa perlu keluar rumah. Dengan hanya melayari laman web tertentu produk, segala urusan jual beli juga dapat dilakukan dengan hanya satu KLIK! Mudah dan canggih. Barangan boleh didapati secara pos atau secara penghantaran ke rumah. Selain itu, peluang perniagaaan untuk usahawan juga terbuka luas. Ramai masyarakat hari ini lebih berminat untuk bekerja sendiri atau "work from home" dan RIZI-BIZ sentiasa menawarkan peluang untuk menjadi peniaga sendiri atau stokis bagi sekian banyak produk. Hmmm... aku pun teringin nak try.

Antara produk hebat yang terdapat di sini:
* Genius Xtra Mind & Soul by AFTL
* Detox Foot : Buang Toksin Melalui Kaki
* Dari Stokis One Drop Perfumes Egyptian Potion
* Perfume Tanpa Alkohol : Mirage, Silky Touch & Everlasting
* LumiGlow : Krim Ajaib Berteknologi Nano
* Magnetic Aura : Keajaiban Dunia Sains & Teknologi
* Aura Seri – Wajah Lebih Berseri & Bertenaga!
* Phero-X & Pherolins : Kuasa Memikat Wanita/Lelaki Melalui Sains
* Vitamin C Injection Solution : Kecantikan & Kesihatan Kulit Melalui Suntikan
* Songket Thai Silk
* Gedung Pashmina Shawls Anda !
* Baju Blaus – Bercorak Kotak & Belang
* Tudung Ekin : Gaya Muslimah Terkini
* Cocoa Collogen : Kembalikan Keremajaan Wanita!
* Minuman Aloe Vera Untuk Kesihatan
* RX-Lite : Terapi Pelansing Badan
* Shake Up Slimming Drink
* Herba Prima : Jus Diet Mate 5, DR-II, Gain 5, Doc-K, Espresso-XY, dR Betes, dRQ10
* SUCCI Magic Powder
* MIOR – The Miracle Facial Bar
* MAHER: Madu khas LELAKI Gagah Perkasa
* Dr. EYES : Rawatan Mata,Rabun,Katarak

Ada banyak produk hebat yang berkualiti dan terjamin di RIZI-BIZ SHOP yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, suatu perniagaan yang sah dan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan. Bagi yang berminat: Rizi Biz Shop (001798273-H) No. 11- 3B, Jalan 15/1D, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA E-mail: rizi2020(at)gmail.com



THOMAS Cup Semi Final: "Sini Malaysia, banggg..."

Perseorangan pertama, kalah. Takper. Hero kalah dulu.
Chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!

Biarlah gambar memberikan makna.

U masih hero Malaysia!

Alangkah best kalu aku pun ada situ sama.


Aminnnn....

Macam seksi jer gaya nih. Hehehehe.





Kena menang... Tapi tewas jua akhirnya.

Bang oii... ni Malaysia bangg...


Betul banggg... Kitaorang tak biasa tengok game orang bukak-bukak baju nih. Tolong lah.

"Saya dah cuba yang terbaik, Malaysia."

Tahniah Datuk kerana bermain begitu baik tetapi ternyata LIN DAN bermain lebih baik lagi, lebih tangkas dan begitu konsisten.

Semasa: Perseorangan kedua, kalu kalah yang ini gak, habislah.. Balik awal ler penonton malam nih.

**Gambar tak berapa cantik, sbb guna hp jer, tangan gegar sebab dah lengoh duk snap-snap sepanjang perlawanan. Hangin budak-budak nih. Hehehehehe!


### akhirnya kecundang 0-3...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails