Thursday, May 20, 2010

Mind Your Language...

Sapa masih ingat siri ini? Aku tak miss rancangan ni masa disiarkan oleh RTM suatu ketika dulu, semasa aku masih di bangku sekolah. Tak ingat tahun bila tapi siri Mind Your Languange ni mula ditayangkan di banyak negara sejak 1977.

Siri komedi tv British ini memang mendapat sambutan dan ditayang di banyak negara termasuklah negara kita.


Kisah tentang pelajar-pelajar di sebuah sekolah dewasa yang belajar Bahasa Inggeris untuk mengambil Lower Cambridge Certificate (LCE). Kira-kira macam SRP or skang ni PMR ler kan?

Siri ni memang kelakar, kerana menghimpun begitu ramai pelajar dari pelbagai bangsa dan keturunan dari pelbagai negara. Walaupun pernah di"banned" kerana kononnya menimbulkan isu perkauman, siri ini akhirnya diteruskan juga di banyak negara.

Bagi yang masih ingat, dari siri ni juga banyak dialog yang menjadi sebutan ramai, antaranya "thousand apologise", "jelly good!" dan lain-lain lagi.

Maklumlah pelbagai dialek disebut oleh pelbagai pelajar. Sampai Mr BROWN pun pening melayan karenah depa, belum masuk lagi karenah Guru Besar sekolah tu, Miss Courtney yang kelihatan amat admire pada Mr BROWN tuh. (Tapi aku pernah terdengar kisah Mr BROWN lakunan Barry Evans ni pernah heboh sebab bergambar bogel di internet.. hehehehe)

Walaupun siri ni memang komedi, tapi bagus untuk belajar bahasa Inggeris sebab Mr BROWN tu ajar yang mudah-mudah saja. Haahahahahaha...


Antara watak pelajar adalah: Italy - Giovanni Capello, Germany - Anna Schmidt, China - Chung Su-Lee, Japan - Tarō Nagazumi, India - Jamila Ranjha & Ranjeet Singh, France - Danielle Favre.

Hari tu aku tengok ASTRO pun dah tayang semula siri ini. Tak ingat hari apa. Bagi yang belum pernah tonton siri, sekali sekala elok gak layan. Memang best!

Mentang-mentang dok rumah saja, semua siri tv aku nak tengok. Malah siri ulangan yang pernah hit dulu MisTres Hermanas tu pun aku leh tengok balik tiap kali disiarkan. Parah aku nihhh.


~...bila SERI BULAN merasa sangat marah terhadap HISYAM, bahasa Inggeris lah yang ditutur supaya kelihatan manis dan indah di hadapan anak murid. Hehehehe...~




6 comments:

  1. Kakcik pun masih 'tersangatlah ingatnya' akan perkataan thousand apologise tu... :)

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Azie.
    Dah berselang ari juga kita tak bersua di Maya ya?
    Dah cuti byk hal pulak! :)
    Batuk Azie dah OK?
    "A so!" Hehe. Ajuk cakap Taro je!
    Malang juga Mr Brown sudah meninggal! :(

    ReplyDelete
  3. salam azie...
    dah lama dah tak tgk citer ni... masih sekolah menengah lagi masa citer ni 'hit' di TV...
    azie tgk dimana???

    ReplyDelete
  4. Kak Cik > hehehehe


    DR FAUZIAH > Batuk ada sikit baik.
    Saya baru tahu Mr Brown tu dah meninggal yer..

    ReplyDelete
  5. AKAK > Saya tengok di Astro 131 ker 132 ntah lupa lak. Petang hari Selasa lepas rasanya. Tak ingat, sbb banyak sangat tengok tv.

    ReplyDelete
  6. hahaha...
    kita sezaman rupa2nya...
    :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails