Salam dan selamat pagi semua.
Menulis dari rumah.
Masih demam, jika masih tidak kebah esok harus jumpa doktor hensem tu lagi. Cuma harap-harap kali ini aku tak disuruh sedut gas itu lagi. Tak sukerrrrr.
Menulis dari rumah.
Masih demam, jika masih tidak kebah esok harus jumpa doktor hensem tu lagi. Cuma harap-harap kali ini aku tak disuruh sedut gas itu lagi. Tak sukerrrrr.
Semalam aku bercerita tentang menulis dengan bahasa sms. Mesti ada yang pernah baca di blog kawan kita ni ALID tentang dia pernah buat tawaran hebat bagi sesiapa yang dapat terjemahkan bahasa sms itu. Memang tension sebab takleh nak translate. Sampai ALID kata ini Ejaan Alaf Baru.
Klik SINI untuk mendapatkan hadiah lumayan dalam bentuk tunai RM tu. ALID masih terbuka ker cabaran tu?
Sampai ke tahap itu pun ada, memang letih melayan.
Bukan hanya isu bahasa ringkas yang harus juga kita ambil perhatian, tetapi kesilapan ejaan juga jangan diabaikan (tapi kalu dah tulis ringkas tu, maknanya salahlah ejaannya). Memang setiap penulis mesti ada tersilap taip, terutama bagi yang sudah biasa menaip dalam bahasa Inggeris, bila menaip dalam bahasa, sering terkeliru (macam aku) sebab tu kena semak dan sebab itu dalam sesebuah penerbitan, mereka wajib adakan Proof Reader yang akan menyemak bukan hanya layout tetapi yang paling penting adalah ejaan. Kerana dengan satu perkataan atau dengan hanya satu angka, akan memberikan makna yang sangat lain, dan perbezaan yang sangat besaRRRR...!
Aku pernah tegur seorang penceramah yang salah menulis nombor bagi suatu AKTA, tersilap satu digit sahaja, dan ianya membawa kepada penerangan Akta yang lain. Bahaya tu.
Pic di bawah aku rakam dah lama, di foodcourt area ofis aku (dulu).
Adakah cuma DARA sahaja? Hikhikhik!
Terimakasih kepada blogger baru yang sudi menyinggah menyapa masuk melalui siri Jelajah Blog oleh BEN itu. Nanti aku akan cuba membalas kunjungan.
~...Terlalu lama HISYAM menanti, akhirnya tertebus juga bila RAHMAT sendiri sudah rela SERI BULAN dibawa pergi...~
Sila ambil perhatian untuk yang bukan DARA.. anda tidak dialu-alukan sama sekali di restoran tersebut. Wakakaka...
ReplyDeletehahahah...
ReplyDeletedulu food court dekat Taman Tema Dalam Genting Highland ada satu food court yang dengan bangganya meletakkan signboard besar di pintu masuk tertulis "NYUM... NYUM... BAH KUT TEH". Disebabkan ianya foodcourt dan terdapat banyak gerai dalamnya kelihatan segelintir melayu juga makan dalam kawasan tu dan orang2 yang lalu lalang memandang mereka dengan jijik. Hahahaha... baru2 ni pergi nampaknya signboard tu dah diganti lain.
alamak....
ReplyDeletekita baaaru nak belanja AA kat situ..
dua-dua tak layak dah...
dah pergi klinik lummm????
salam...
ReplyDeletehehhehhe...
baru semalam ternampak papan tanda:
dilarang penjaja dikawasan ini
penjaja ke menjaja?
errrrrrrrrrrr...
semoga cepat sembuh ya
camana demam nak kebah jumpa doktor hensem...
ReplyDeletesah le kedei tu hanya terima pelanggan anak dara je
KAk CIK > Boleh jer, tapi tak pasal-pasal kena buat pengenalan diri lak. Hehehehe
ReplyDeleteV.I.C. > Memang papan tanda sangat penting, sbb tu kena jaga ejaan.
DrSINGA > Apa lak tak layak, tapi kena mengaku MAK Dara lerr. Hehehehe..
ReplyDeleteDah pegi klinik dah, tapi kalu sampai Khamis lum baik, kena pegi lagi. Rini baru Rabu kan? kan? :)
BIRU >
ReplyDeletemenjaja = perbuatan
penjaja = orang yang menjaja
CEMOMOI > memang doktor tu hensem lerrrrr... hikhikhik
alamak sy pun kdg2 suka bahasa shortform... but xde la short sgt...hehehe
ReplyDeleteHEZRIN > buat ler selalu, nanti anak baca dia tiru, ahaa tak tahuuuu...:)
ReplyDeleteEjaan sms macam tulisan trengkas (shorthand). Masih gunakah lagi trengkas?
ReplyDeletehehehehehe kelakar sungguh.
ReplyDeleteterpaksa mengaku dara kalau nak singgah makan situ hehehe
Diana,
ReplyDeleteSaya dok Nyum ..nyum makan buah celagi jeruk betik sedappp masam manis..buah asam jawa.....ada buah jeruk kelubi fuushh...
Salam,
ReplyDeleteMacam mana tokeh tu tau orang tu masih dara atau tidak? Bukannya ada kad pengenalan diri status tu hu h uhu u
-----> moga cepat sembuh. Sebab doktor ensem kot lambat skit nak kebah, nak kena ulang banyak kali kan? kan? kan? ;)
nak tanya sikit... 'sukerrrrr' itu termasuk kategori ejaan alaf baru ke lama ke kesilapan ejaan? lalalalaaaa
ReplyDeleteMoga2 Azie cepat sembuh.
ReplyDeleteAdik kak Zai cukup marah kalau anak2 dia sms gunakan perkatan yang tak boleh faham, kata dia itulah sebabnya ramai anak melayu susah nak dapat A1 dalam Bahasa Malaysia, tak tahulah betul ke tidak.
KAK NORA > Saya tak pasti tentang trengkas, tapi kalu dalam court, ada agaknya, kan?
ReplyDeleteVIRUSPADU > jom kita sama-sama mengaku dara.. hehehe..
ZEQZEQ > pandai makan jeruk?
ReplyDeleteANYSS > tengok dahi licin dengan tak licin, agaknya.
Doktor hensem, jumpa 5,6 kali pun takper.
ICE > itu ejaan zaman purba, time tu ko blem lahir lagi. hehehehehe
ReplyDeleteKAK ZAI > Saya pun marah sbb bahasa sms susah nak faham. Boleh sakit hati dibuatnya sbb tak faham maksud.
Tak merasalah gamaknya zureen makan kat situ..he3
ReplyDeleteZUREEN > Hehehe sama ler kita.
ReplyDeleteMasa kta sedang sibuk dengan wabak selsema babi dulu, adik saya hantar sms begini;
ReplyDelete'kk bbi dlm kndg tk grk 24 hrs. nk buat camne?'
Dan saya jawab;
"Tengah malam fikirkan babi dalam kandang kenapa?"
Dia terus 'call' saya nangis....
Rupanya dia mengadu bayi dalam kandungannya tak bergerak 24 jam....masa tu dia mengandung sulung, dan ingin mengadu kepada kakaknya yang lebih berpengalaman... tapi kakaknya buta bahasa sms.
kta=kita...(he..he)
ReplyDeletelebih pandai berbahasa inggeris dari berbahasa melayu, si pmbuat papan tanda tu ya
ReplyDeletesuker giler gambar 2nd tu...
ReplyDeleteP/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:
http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944
eh..silap..gambar first...
ReplyDeleteXXINAM > Astaga... kesian.
ReplyDeleteBegitulah kan, bila telalu ringkas ada banyak terjemahan dalam fikiran kita.
Cikgu NORMAH > Inggeris dari Tanah Besar dia ler agaknya tu. Hehehehe
EYRIQAZZ > terimakasih. Nanti Kak Azie cuba ya.
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletenampaknya kita-kita ni memang tak boleh makan kat kedai tu...hehehehheeheh
AKAK > takper, kita pegi makan kat kedai yang langsung takdak papan tanda, iaitu rumah AKAK!
ReplyDeletehehehe