Monday, May 17, 2010

Baru Sehari, Sudah Berjanggut si Musang...

Hari ini memang hari pertama aku sebagai seorang penganggur. Memang tak seronok langsung. Tak best. Pertama, ada ker orang yang sudah biasa rutinnya sebagai seorang pekerja selama lebih 20 tahun, tiba-tiba jadi penganggur? Kalu anggur yang ditanam boleh dijual atau dimakan sendiri, takper la jugak. Pastu, aku deman plak tu. Dah 2 hari antara kebah tak kebah. Melepek jerrrr.. Heeeee...

Memang ler CHAK macam seronok jer sebab balik sekolah tengok MAK dia ada kat rumah. Melompat ler konon. Tapi semua tu, sementara jerr. Aku ada plan juga. Mana leh jadi Mem Besor yang berlengkor jer kat umah. Tak bleh jadik...!

Rutin memang tidak banyak berubah, hari pertama masih dilihat seperti aku bercuti saja. Sementelah ALONG dan IKA ada sebagai tangan kiri dan tangan kanan, kebanyakan kerja aku adalah hanya kuarkan arahan saja. Mem Beso ler katakan. Cuma biasanya, bab memasak memang jawatan tetap aku. Bak kata CHAK, "Mak masak semua sedap." Ya lah tuu. Tapi kerana aku demam, TOKLAKI tolong masak. Biasanya pun memang dia selalu masak tapi kali ini memang tak leh ngelak.

Tadi TOKLAKI beli beras pulut, taktau dia nak masak apa. Harus ler nak buat Pulut Kuning untuk sarapan esok tu. Sebab aku nampak ada santan kotak dan ikan bilis (nak buat Sambal tu).

Tapi punya lah baguih aku ada anak dara dok ada... si AMOI bleh plak pi tuang beras pulut tu dalam bekas beras biasa. Ambikkkkk...!


Tak pasal-pasal kena jadi "senarai anak dara bakal isteri Raja Muda" yang kena asing rempah dari beras. Bergilir-gilir kami masuk "senarai".

Sempat lak tu, TOKLAKI teased me, " Wahhh terror U ek. Bleh kahwin dengan P.Ramlee."

"Memang ler, sebab tu P.Ramlee buat lagu AZIZAH." Selamber jer aku jawab. Memang tension buat kerja tambahan nih. Entah Musang Berjanggut mana ler yang nak datang rumah aku agaknyer. ICE? Are you the one? hikhihikkhik!




~...HISYAM makan 3 kali bertambah masa dijamu nasi beras kampung, sehingga tak sedar gerak diperhati oleh SALWA, mujur naluri disentak untuk mendongak dan mata bertentang..~


17 comments:

  1. azie..
    ni yang nak buat gelak berguling-guling.. bolehker pilih beras pulut dan berasa biasa?.. bukan kecik2 punyer kerja azie dapat...
    Musang berjanggutlah jawapnya..

    ReplyDelete
  2. amoi tak boleh nak beza ya, beras pulut ngan beras biasa...
    dah habis ke mengasingnya tuan puteri??

    azie... apa rancangan duduk kat rumah? buat bisnes online la...macam rohaizad tu

    ReplyDelete
  3. sommm...cepat tolong ajar azie macam mana nak jadi tokeh anggur! hehe....

    ReplyDelete
  4. kak azie,

    buat bisnes online..pasarkan kuih tat kak azie tuh secara meluas, buat laman web kuih tart.promote secara besar-besaran...saya pun nak rasa gak kuih tart tu...
    :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha, dah siap asing ker?

    ReplyDelete
  6. Mmg cpt puaskan kak kalau kita yg dah biasa tak reti dok diam,tetiba kena jd penunggu rumah!hihihhihihi...

    ReplyDelete
  7. haha, awat amoi jadi lagu tuh..neway, terer jugak erk...

    azizah ooooo azizah....

    ReplyDelete
  8. dah siap lum, tok raja nak sentap ni...

    ReplyDelete
  9. Jenuhlah nak mengasingkan beras pulut dgn beras biasa tu..

    Agak2 kalau masak nasik campur 2 jenis beras sedap tak?(tak pernah cuba buat ni...he3)

    ReplyDelete
  10. CALUK > dah beruban dah pun...


    AKAK > Memang parah keje nya KAK oiiii... Sakit pinggang dibuatnya.

    ReplyDelete
  11. CIKGU NORMAH > Gitulah Cikgu, kalu buat kerja mata ke lain.

    Buat masa ni, rancangan ada, tapi lum boleh mula lagi.


    FA > dok mengeloi KAK SOM tu, dengar ker dia? cepat.. cepat.

    ReplyDelete
  12. CATZ > memang ada hasrat begitu. Nanti beli banyak2 ekkk.


    EELOBOR > dah siap tadi nak dekat Maghrib. Parah punya kerja.

    ReplyDelete
  13. AYU > Adehhh tak leh nak citer cemana keadaan tu.


    SHIKIN > AMOI tu buat keja dalam tangan gerak mata ke lain.

    ReplyDelete
  14. CEMOMOI > TOK RAJA makan lauk dulu laaarrr...


    ZUREEN > Memang jenuh. Pulut + beras biasa skit ok la, tapi kalu beras biasa + pulut, memang tak jadi kott..

    ReplyDelete
  15. wakakakaaaaa pandai betul si AMOI tu bagi mak dia keje... tu laaa komplen sangat jadi tokey anggur kan da dapat keje free... chilllllllllll lerrrr makkkkkk..!!! hak3

    ReplyDelete
  16. ICE > ke situ plak diaaaa... Heeeee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails