Kenangan ini, cerita ini, kisah ini, sudah agak lama. Aku tidak bersedia untuk bercerita, tetapi bila difikirkan, aku takut terlupa, maka aku tuliskan juga di sini. Takut terlupa, kerana aku insan biasa dan itu akan menjadikan rasa bersalah pula pada aku.
Abang NGAH, abang kedua dalam keluarga kami (ketiga jika dikira, kerana abang sulong meninggal semasa masih bayi). Aku tidak rapat dengannya, kerana sejak sekolah menengah, dia (juga abang sulong) sudah tinggal di asrama, jadi kami berjumpa waktu cuti-cuti sekolah sahaja. Tidak banyak yang dapat aku ingat, waktu bersamanya semasa kecil. Terlalu sedikit hingga aku tidak dapat mengingat apa-apa.
Abang NGAH, abang kedua dalam keluarga kami (ketiga jika dikira, kerana abang sulong meninggal semasa masih bayi). Aku tidak rapat dengannya, kerana sejak sekolah menengah, dia (juga abang sulong) sudah tinggal di asrama, jadi kami berjumpa waktu cuti-cuti sekolah sahaja. Tidak banyak yang dapat aku ingat, waktu bersamanya semasa kecil. Terlalu sedikit hingga aku tidak dapat mengingat apa-apa.
Menjelang aku menjejak kaki ke sekolah menengah, Abang NGAH sudah pun bekerja (Unit Pencegah Penyeludupan) ketika itu. Mula-mula sekali di Cangloon, kemudian merata tempat antaranya Grik dan lain-lain tempat yang aku sendiri tidak pasti kerana tempoh yang singkat di suatu tempat.
Semasa aku Tingkatan 6, ayah meminta aku tinggal dengan Abang NGAH, yang ketika itu menetap di Bagan Serai dan dah pun berkahwin. Di situ mereka menetap agak lama, Abang NGAH bekerja dengan LPN ketika itu. 2 tahun tinggal bersama, kami memang rapat. Abang Ngah bukan garang, dia cukup lembut, pendiam, bercakap hanya bila perlu tetapi ramai kawan.
Dan bila aku meninggalkan kampung dan menetap di KL, mereka mengambil seorang anak angkat lelaki. Kerana memang tidak dikurniakan anak. Sejak itu juga aku sering mendengar berita tentang Abang NGAH yang sering sakit itu dan ini. Bermula konon batu karang dan lain-lain yang berkaitan, pelbagai rawatan juga dan merata tempat juga pergi berubat.
Masa berlalu, begitu panjang masa, begitu juga tentang sakitnya yang datang dan pergi. Hinggalah pada tahun 2006, disahkan kanser prostat. Itulah menjadi punca kepada segala yang berlaku. Mungkin Tuhan memberi sakit dan mereka membela anak angkat. Dan Tuhan memberi sakit untuk mereka menjadi penawar kepada kehidupan yang lain. Dan episod berulang ke Hospital Besar Kuala Lumpur bermula. Aku tidak ingat bulan bila mereka berpindah ke Ipoh. Menetap di sana kerana rumah telah dibeli. Dan Hospital Ipoh menjadi rumah kedua.
2007. Pembedahan pertama dilakukan. Lancar dalam ertikata mata yang melihat. Sesungguhnya menyebut barah saja sudah tahu kesudahan sebuah kehidupan. Tetapi hidup harus diteruskan tanpa rasa putus asa. Selepas pembedahan, rawatan radioterapi dilakukan di Hospital Besar KL. Masuk pagi Isnin, petang Jumaat bertolak balik semua ke Ipoh. Untuk memandu sudah tidak berdaya lagi, kerana kesan radioterapi memberi kesan dan dia tidak dapat duduk dalam tempoh yang lama. Kebetulan masa itu bulan puasa dan syukur, tidak lama tempoh rawatan itu.
Masa berlalu lagi... Dalam mengharungi sebuah kehidupan, aku dan adik beradik yang lain, juga Abang NGAH tetapi tetap berbeza corak...
Syawal 2008. Keluarga berkumpul. Abang NGAH bengkak kaki. Dipercayai kesan pembedahan. Dan dia merayakan hari raya bersama kami di atas kerusi roda. Dengan susah payah dan sayu, kerana masalah pundi kencing (dia ke bilik air setiap jam). Dia sempat hadir Majlis Reunion sekolah lamanya pada hari raya ke 3. Kata kakak ipar, dia menangis semasa memberi ucapan dalam majlis tersebut.
Syawal berlalu. Hospital menjadi rumahnya semula. Selepas Ipoh berulang pula ke Selayang. Kemuncaknya, 30 Oktober 2007. Temujanji dengan pakar di Selayang, selanjutnya harus bermastautin lagi di wad Neurologi.
Hari pertama 30 Oktober:
Aku dan Kak Yang sekeluarga menghantar dia masuk wad. Kaki masih bengkak tetapi dia sihat, ceria seperti biasa. (Ada gambar, tapi aku dah keluarkan)
Hari-hari selanjutnya, tiada tanda dia akan dilepaskan balik. Pelbagai ujian dan scan dilakukan untuk mencari punca dan mengubati.
Aku paling kerap datang menjengah kerana aku memang di sini, di KL. Berselang hari, aku ambil cuti separuh hari sebelah petang (waktu lawatan bermula 1 petang). Kadang2 kedatangan aku tidak dipedulikan pun, kerana mungkin tiada lagi cerita yang hendak dikongsi. Tetapi aku meneman kakak ipar yang tidak pernah jemu di sisi (dia menyewa asrama hospital yg dikhaskan utk kes sakit kritikal). Juga bukan banyak yang kami dapat buat, selain berbual, mengisi masa supaya tidak jemu, membacakan akhbar, menyapukan losen di kaki dan tangannya yang kering kerana jarang dapat mandi. Dan aku pulang menjelang malam. Itulah yg kulakukan, yg terdaya kulakukan, yg terlintas untuk kulakukan... Walau mungkin sampai bila-bila pun tidak akan dapat menyamai atau membalas jasanya selama aku tinggal dengannya dulu...
Hampir seluruh saudara-mara telah datang berkunjung, dari jauh dan dekat. Aku yang mengikuti perkembangan setiap hari, tidak berupaya utk bercerita apa2 melainkan meminta melihat sendiri dan ketahuilah, andai Tuhan inginkan penyakitnya sembuh, maka sembuhlah dia...
HARI KE 14 (ini saja gambar yang boleh aku tampal di sini)
8 Nov 2007, cuti Deepavali: BONDA dibawa dari kampung. Dah sudah tentu dia tidak mahu diarah untuk ke mana-mana lagi. Sepanjang masa di tepi katil hingga malam dan pulang semula ke asrama. Dan seseorang harus pula menemaninya, menguruskannya, menolak kerusi rodanya, mengangkat kerusi ke tingkat 1 asrama. Aku bergilir dgn yang lain. IKA bermalam 2 malam mengambil giliran.
8 Nov 2007, cuti Deepavali: BONDA dibawa dari kampung. Dah sudah tentu dia tidak mahu diarah untuk ke mana-mana lagi. Sepanjang masa di tepi katil hingga malam dan pulang semula ke asrama. Dan seseorang harus pula menemaninya, menguruskannya, menolak kerusi rodanya, mengangkat kerusi ke tingkat 1 asrama. Aku bergilir dgn yang lain. IKA bermalam 2 malam mengambil giliran.
Keadaan semakin kritikal. Itu yang pasti. Itu yang jelas dapat dilihat. Morfin diberi sekadar penghilang sakit. Seorang teman sepejabatnya dari Ipoh pernah bertanya, “Sakit tak?” dan dia menjawab, “Hanya Tuhan yang tahu.”
Dan benar, hanya Tuhan Yang Tahu. Semakin lemah, malah seperti tidak sedar diri. Terlalu perit untuk menyebut apalagi melihat. Sedar dan pengsan berulang kali. Kami lali dan pasrah...
HARI 17
Setelah beberapa hari tidak dibenarkan makan, kerana harus mengharungi pelbagai ujian hospital, pada hari ke-17, dia kembali segar. Sudah boleh makan pepejal dan minum sendiri. Aku melihat dia minum teh tarik dengan tangannya... (Aku dah keluarkan gambarnya)
Lalu, BONDA membuat keputusan untuk pulang ke kampung semula. Katanya, jika terjadi apa-apa, dia menanti di kampung. Bawalah balik ke kampung... Dan hasrat itu terlaksana... Oh Tuhan, selepas dia segar aku tidak pergi ke hospital kerana sibuk di hujung minggu. Niat untuk pergi di hari Isnin berikutnya juga tertunda. Hanya pada hari berikutnya, Selasa 20 Nov, aku menyambung rutinku cuti separuh hari.
Aku baru bergerak keluar dari pejabat, panggilan dari anaknya. “Mak Ndak datang la hospital cepat. Abah nazak.”
Dan tak putus-putus panggilan masuk. Akulah yang diharapkan dalam keadaan semua orang berada jauh. Abang Long yg memang tinggal di Kajang kebetulan berada di Kota Baru atas urusan kerja. Aku tiba-tiba menjadi orang penting dalam saat genting sebegitu. Perkara pertama yang harus dicari ialah waris lelaki yg paling hampir, dan sepupuku seorang Imam di Pandan Jaya diseru datang.
Dan ternyata tertulis oleh Ilahi, dalam perjalanan aku ke hospital, dia diambil pergi. Aku tiba sebaik sahaja semua wayar dicabut dan jasad sedia untuk dipindah ke bilik forensik. Tidak tergamak aku hendak mengambil gambar katilnya yang masih panas dan merah kerana darah yang pecah dari ususnya menjadi punca sesak nafas dan...
Hanya aku yg diharap dalam keadaan kakak yg bingung. Lalu tanpa sedar kekuatan itu datang padaku. Ya aku menangis tapi ternyata aku berjaya mengawal hinggakan tenang itu yang berjaya kupamerkan pd semua yang hadir.
Hanya aku yg diharap dalam keadaan kakak yg bingung. Lalu tanpa sedar kekuatan itu datang padaku. Ya aku menangis tapi ternyata aku berjaya mengawal hinggakan tenang itu yang berjaya kupamerkan pd semua yang hadir.
Pengalaman pertama aku untuk berada di bilik kapan, menyiram air memandikannya, mengisi borang dan segala urusan yg berkaitan. Dan ketika itu, terlintas di fikiran, dulu aku cukup sedih di saat arwah ayah pergi, aku tidak berpeluang langsung mengadap, apalagi melihat kali akhir, kerana aku tiba di kampung ketika telah selamat dikuburkan. Dan oh Tuhan, inilah rahmat buatku, aku berpeluang melakukannya pada sebuah kematian yang lain. Betapa mahal peluang ini oh Tuhan, mencium keningnya saat akhir, al-Fatihah tidak putus buatnya dan membaca Yassin berulang kali saat aku berada di tepi kerandanya di dalam van jenazah, sepanjang lebih 5 jam kami membawanya ke kampung. Terasa berbalas segala rasa sedih dan terkilan aku yang dahulu.
Tiba di laman Rumah BONDA, hampir 9 malam, dan tidak perlu dihurai suasana yang menanti. Aku membawa diri jauh di sudut, kerana aku sudah puas bersama arwah sepanjang hari...
22 hari...
Episodnya berakhir, tetapi kenangan itu tidak pernah luput malah saat ini aku tidak pernah kering airmata bila menyebut...
~...SERI BULAN melihat HISYAM tidak menangis ketika MASITA meninggal dunia, tetapi HISYAM tidak lagi ceria...~
Al Fatihah buat Abnag Ngah Azie. semoga rohnya aman di sana dan ditempatkan bersama mereka yang diredhoi. Siapa nama penuh arwah, ya?? Rasanya Abg Mus mesti kenal..
ReplyDeletepnjgnye n3 dia... ;)
ReplyDeleteBergenang airmata vic baca. Pemergian ahli keluarga terdekat memang amat payah untuk dihadapi tapi suratan Allah tak ada siapa yang dapat menghalang. Moga Abg Ngah kak Azie ditempatkan di kalangan orang mukmin yang dikasihiNya.
ReplyDeleteKak Cik SEROJA > Aminnn...
ReplyDeletenama dia RAMLI JAAPAR
ECHAH > Aku copy dari arkib lama yang tak ramai orang leh baca tuu..
v.I.C. > aminnnnn.... tkasih.
ReplyDeleteAllahumma fir lahu war ham hu...
ReplyDeleteal-fatihah... moga rohnya dicucuri rahmat...dan moga kita semua juga dilindungi sentiasa.
ReplyDeletesalam azie,
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah abang ngah azie...
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return, alfatiha wat arwah abang ngah
ReplyDeletesalamm,
bergenang air mata bila baca n3 ni meski pun dulu pernah baca di blog akak yg lg satu tuh...
ReplyDeletebezanya kita,sy pernah menjaga seorang kakak yg sakit dari kedua belah kakinya ada sehinggalah di potong sebelahnya akibat kencing manis yg dihidapinya sejak umur 12tahun.
suka,duka,pahit dan manis menjaga seorang yang sakit memerlukan kekuatan jiwa dan mentak yang kuat.Kurang kesabaran maka sia2 lah kita membuat pengorban...
semoga yang pergi mendapat rahmat dari Ilahi...al-fatihah
Kak Azie,
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah, only the good die young, he must have been a good person, spt yg akak ceritakan. I got nothing to say , sedihh tak terucap...((hugsz)))
salam,
ReplyDeletealfatihah buat arwah abang ngah...
AlFathihah buat abang ngah azie moga2 di ditempatkan bersama orang2 yang soleh.
ReplyDeleteSedih kak Zai sebab kak Zai juga ada cerita berkaitan abang.
K.Azie,
ReplyDeleteAir mataku tumpah lagi - cerita ini membasahkan memori saya terhadap Arwah Abah yg menghidap Kanser Paru-paru tahap 3B.
Jalan cerita hampir sama - masih terbayang saat peluh didahinya saya lapkan bersilih ganti dgn ucapan Allah.. Allah... ke telinganya sehinggalah saat sakaratul maut mengambil nyawanya di kerongkong lantas membuatkan saya lembik terduduk di lantai dgn kehibaan yg tdk dpt dijelaskan...
Lelaki TERBAIK itu masih hidup di jiwa saya. Namun sesalan masih ada kerana sebulan menyalin lampin & palitan najis yg terkena di tangan tidak cukup buat membalas peluh, keringat & kasih sayangnya terhadap kami anak-anaknya. Saya juga kempunan cubitan/sepakan/libasan tali pinggang/maki-hamunnya kerana dia tdk pernah melakukannya terhadap kami - Dia lelaki dari SYURGA & telahpun kembali ke sana - saya YAKIN...
mmg saya jenis jiwa yg mudah tersentuh. bila membaca entri begini, kenangan bersama arwah ayah akan terbayang. Al-Fatihah buat arwah abang NGAH kak azie dan juga seluruh muslimin-muslimah yang telah kembali kerahmatullah.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah abang Ngah..
ReplyDeleteBaca n3 ni teringat masa arwah abah 18 hari kat HUSMKB. Dalam keadaan sihat pulang kerumah,lebihkurang 2 minggu arwah tiba - tiba jatuh tengah solat asar,habis hayatnya tanpa anak - anak disisi.
ReplyDeleteAL - Fatihah buat semua orang tersayang yang telah meninggalkan kita.
Semoga roh arwah di tempat kan di kalangan orang yg beriman..amin..
ReplyDeleteAl-Fatihah