Tuesday, May 18, 2010

Berrrrrrrr...!!

Tak tau kenapa demam aku kali ini agak lama, sudah masuk hari ke 4 (termasuk hari Sabtu yang dedar-dedar). Tapi menurut doktor, tiada apa yang serius walaupun sebenarnya dia sendiri kata, nafas aku ada bunyi "siul" kat dalam sehingga kena duduk 15 minit sedut gas.

Takpa, abaikan citer demam. Ubat ada, wpun ubat batuk tu buat aku lalok sepanjang hari, dan malam baru aku larat nak mangkit semak email dan update blog sambil ziarah blog kengkawan.

Dalam masa yang lebih dari hari biasa yang rutin selama ini, aku juga ada lebih masa untuk baca banyak blog. Benar, kata seorang blogger tu, ada banyak jenis blog dan juga ada banyak jenis pengomen. Ada yang mengomen ikhlas ada yang bermuka-muka. Aku tak lak terfikir sejauh itu, mungkin pengalaman dia yang membuatkan dia berani berkongsi tentang isu itu.

Bagi aku, memang agak curiga jika itu berlaku, tapi rasanya aku akan mengambil pendekatan "tutup mata sebelah" jer jika ada komen-komen yang seperti itu. So far, aku tengok ok jer. Mungkin sebab blog aku ni blog yang sangat biasa, tak segah blog-blog yang menerima komen sebegitu. Kadang2 tu mungkin ada unsur cemburu. Oh pleaseeee...!

Bagi aku secara peribadi, komen-komen tu takler menjadi isu besar sangat pun. Ada tu mengomen ikut emosi. Boleh dimaafkan tu. Tarak hal lahhh!

Cuma aku tak berapa suka nak baca blog yang suka tulis guna huruf ringkas. Aku dah pernah buat entri tentang isu ejaan nih. Tulis entri guna bahasa macam sms. Oh pleaseeee..! definitely aku mesti terus keluar kalu banyak sangat guna bahasa sms. Wpun jarang jumpa, tapi tetap ada. Setakat 1,2 ok ler, tutup mata ler.

Sebab aku tak suka guna bahasa sms untuk menulis di blog. Aku berani kata. Betul tak? So, aku nasihatkan kepada kengkawan blogger yang baru (aku pun baru jugak), please, menulislah dengan bahasa yang betul (language bukan isu), ejaan pun kena betul gak (kalu tersilap sikit tu, adat) terutama penggunaan nama khas, e.g. nama tempat, nama orang. Ada orang taip nama negeri or negara pun belasah tulis huruf kecil.

Ada juga blogger menulis ikut dialek, aku pun suka gak tulis gitu, but still tak gunakan ringkasan macam sms yang "make me feel annoyed". (Salah ke bahasa aku nih?)

berrrrrrr! ingat ni iklan goyang gegar Piala Dunia kerrr? Hakhakhakhak!
**pic semasa ke Langkawi dulu, ada sesapa yang juga jumpa ini?

*Terakhir, terimakasih buat blogger BEN ASHAARI yang menyenaraikan blog aku di bawah kategori MURAI. Aku tahu ramai orang ingin berada di senarai backlink dia, dan walaupun mungkin blog aku akan tersenarai untuk seminggu saja (harap-harap lama lerrr) tapi itu sudah cukup menggembirakan aku. Thanks BEN.


~...Memang HISYAM kelihatan simpati ketika SERI BULAN dalam keadaan resah merudum lagi rusuh, tetapi simpati tidak dapat diganti dengan 2 bakul durian. Ahaks! Hikhikhikhik~




23 comments:

  1. Salam Azieazah...
    Dalam berblog...saya ketepikan perkara yang remeh temeh, jangan sampai mengganggu ketenangan, kerana blog bukan segala2nya...

    Bagaimanapun, apabila berblog perkara yang paling saya jaga adalah bahasa Melayunya...dari sudut hukum tatabahasa, morfologinya, sintaksisnya dan ejaannya...

    Siapa lagi yang patut mendulatkan bahasa kita kan...kalau bukan kita sendiri?

    :)

    ReplyDelete
  2. XIINAM > Salam Cikgu CKLAH. Setuju. Ada banyak perkara remeh yang tidak wajar dilayan. Yang penting happy.

    Ragam manusia tidak pernah sama. Ada yang simple ada yang kisah. Ikut lah rentak masing-masing.

    Bab bahasa, tidak bagus bukan bermakna tidak oleh perbaiki. Untuk menjadi sempurna memang payah, tapi berusaha untuk mengulangi salah amat disarankan.

    Tkasih. Saya sendiri tidak mampu untuk menjaga begitu banyak hukum bahasa ni, saya sendiri selalu tersilap, terlepas pandang dan terabai.

    Blog juga boleh menyumbang ke arah menulis menggunakan bahasa dengan baik, itu saya yakin.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan K.Azie, berblog menyumbang kepada bahasa yang lebih baik. Cuma kadang2 berblog juga untuk meluahkan perasaan, sebab tu adakala jadi berterabur bahasa, asal perasaan dah terhambur di situ;) Huhu. Lepas ni kena baca banyak kali la nampaknya, baru yakin publish;D Hihi. Saya antara yang cuai bab2 cek2 semula ni. Insaf2:)

    ReplyDelete
  4. slm ziarah..
    sapot JB 4.0 ben ashaari...:)
    folo memfolo...:)

    ReplyDelete
  5. RALAT: "Untuk menjadi sempurna memang payah, tapi berusaha untuk TIDAK mengulangi salah amat disarankan."

    ReplyDelete
  6. JUMA > Itu yang Kak Azie sebutkan sebagai menulis dengan emosi. Memang tidak salah. Cuma dikesalkan bahasa yang ringkas seperti sms itu dijadikan amalan dan habit. Dibimbangi menjadi ikutan kepada generasi muda pula.

    ReplyDelete
  7. SOFFYA CIK BULAN > Salam kenal. Sila masuk. Tkasih. Saya suka nama awak. Cute..

    ReplyDelete
  8. lepas ni kemungkinan naik ni traffic sebab ben buat senarai tu
    ;)

    ReplyDelete
  9. jom la kak kita berrrrrr..berrrrr dan berrr..hik hik..

    ReplyDelete
  10. JOE > thanks to him.. dan to JOE jugak.


    TUYA > tengah batuk ni, tak leh minum air yang gegar-gegar badan tuh..

    ReplyDelete
  11. azie...
    saya lah tu, selalu gak menaip nama khas huruf kecil..
    ok
    akan cuba diperbetulkan lain kali
    tapi bab perkataan sms memang tak suka juga

    ReplyDelete
  12. salam
    kadang2 terikut2 dengan cara percakapan dan taip short words. masing2 ada kelemahan.. cuba perbaiki

    ReplyDelete
  13. bahasa jiwa bangsa...

    sikit-sikit slang tu akan jadi rujukan gambaran bahasa semasa

    apa pun cintailah bahasa kita

    ReplyDelete
  14. bahasa jiwa bangsa...

    sikit-sikit slang tu akan jadi rujukan gambaran bahasa semasa

    apa pun cintailah bahasa kita

    ReplyDelete
  15. sy suka bc blg awk.
    awk mrh tk sy tls cngni.
    sj nk bg AA grm pg2 nih...
    awk dh srpn??
    dh baik dmm..jgn lupa mkn ubt yerrr..
    hehehe..
    jgn mrh uolls...

    ReplyDelete
  16. salam kak, memang betul tak berapa suka guna bahasa ringkas @ sms. sebab lebih pening dan penat nak memikirkan kekadang tuh. hehehehe, tp saya pn terlepas jgk juga kekadang menggunakan dalam berblog ni. hehehehe, buat perubahan ler...

    ReplyDelete
  17. CIKGU NORMAH > amboiiii Cikgu. Takper, sama-sama perbaiki.


    NUR > Salam kenal. Terimakasih. Sila masuk.

    ReplyDelete
  18. CEMOMOI > teringat filem di mana P.Ramlee marahkan Sudin, "Bahasa menunjukkan bangsa tau!"


    DR SINGA > Memang nak kene doktor kita nih. Kang kalu saya marah, saya tak nampak lagi dah bulu yang kembang kat leher SINGA tuhhh.... Nak kerrrr?

    ReplyDelete
  19. EELOBOR > Pernah dulu sorang blogger meradang orang komen kat blog dia guna bahasa sms. Sebab dia tak faham..

    ReplyDelete
  20. Salam,
    Dunia dan tersangat lebar dan luas walaupun hanya di skrin. Gunalah peluang untuk berbahasa nan indah dan pamerkan kepada dunia betapa indahnya bahasa Melayu kita ni. Kalau di china pun boleh ada siaran radio berbahasa Melayu yang bila kita dengar, kita pun malu dengan diri sendiri dengan kehebatan bahasa Melayu mereka...jadinya, mengapa perlu malu untuk sebarkan bahasa Melayu kita?

    Bukan patut bangga ke untuk berbahasa Melayu?

    Saya tersangat-sangat suka dan bangga dengan entri akak AA kita kali ni...tabik spring!

    ReplyDelete
  21. pnt 2lis pnjg2 ni... jgn lpe mkn obt t lmbt baik dmm tu... tu je nk ckp psl xtau nk ckp pe lg.. pis kcg pis..!! :p

    ReplyDelete
  22. ANYSS > Terimakasih. Sama-samalah kita berjuang.


    AIS > mmg nk kena bdk ni nnt aq pi spk dia..!

    ReplyDelete
  23. aku kah ini?ya aku mengaku sbb aku mmg malas menaip yg pnjg-pnjg.. ;p

    lagipun aku suka-suka ja berblog so takyah peningkan kepala ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails