Tak sangka pula hari ini aku tetiba batuk. Takder signal pun. Selama ni aku leh rasa aku nak kena batuk, tapi kali ini tetiba jer terus batuk. Dan dan mula dedar nak demam. Berjangkit dari sorang dalam rumah nih.
Antara demam, selsema dan batuk, aku tak suka batuk. Sangat ler tidak suka doowhhh..! Terpaksa ler pantang segera untuk baik cepat. No ais, no goreng-goreng. Air suam lebih dari biasa, dan terpaksa ler rajin minum Teh O Limau. Ubat batuk aku tak berapa berkenan, sebab nanti aku lalok. Heee tak sukerr! tak sukerrr!
Antara demam, selsema dan batuk, aku tak suka batuk. Sangat ler tidak suka doowhhh..! Terpaksa ler pantang segera untuk baik cepat. No ais, no goreng-goreng. Air suam lebih dari biasa, dan terpaksa ler rajin minum Teh O Limau. Ubat batuk aku tak berapa berkenan, sebab nanti aku lalok. Heee tak sukerr! tak sukerrr!
Hari ni jadi malas. Melepek jer layan tv, lagipun macam letih semacam. Waktu camnih ler bleh buat aku teringat itu teringat ini...
Sedih pun ada. Tapi kena control. Sebak jangan cakaplah, pun kena control gak.
Aku teringat Bubur Nasi yang pernah dibuat oleh arwah AYAH dengan resipi dia sendiri. Arwah memang seorang tukang masak yang handal. Memasak di majlis kahwin di kampung, memasak di masjid, memasak di kantin sekolah dan banyak lagi tempat. Memang terkenal lah. Aku suka Bubur Nasi yang dia masak sebab sangat lain dari yang lain. Ada rempah dan banyak bahan. Tak akan ada orang boleh masak macam menu dia tu. Dan aku rindu...
Antara kenangan di work station aku, pic semalam.
Walaupun ada yang menangis di saat terakhir melangkah keluar dan menyerah kad, tapi aku relax jer. Tak rasa nak nangis pun, nak ketawa pun rasa macam tak patut. Mungkin kerana aku sudah bersedia dan redha sejak awal, so...
~...HISYAM berlagak pandai konon sudah menjadi warga desa, guna parang pun tertetak kaki, sampai pengsan tengok darah sendiri, mujur SERI BULAN menjadi pendamai bila RAHMAT mengamuk ya amat...~
jaga kesihatan diri selalu kak :)
ReplyDeleteboleh geng aku makan bubur sampai tersembur -> koh koh hu hu
ReplyDeleteK.Azie, cuba try MADU + LIMAU + KICAP... ubat batuk famili saya. nak kata mujarab tu, cuba je. itu kuasa-Nya. Sebab kadang2 jalan je,tp adakala tak jugak;D. ok, diharapkan cepat sembuh:)
ReplyDeleteAZRUL > Jaga gak, tak larat dah nak jaga. Tapi dah nak kena.
ReplyDeleteCALUK > Bubur apa paling best buat sembur? heeeee.. jahat ko.
JUMA > Betul tu, pernah dah dengar dan pernah gak try. Ada kala menjadi.
ReplyDeleteTerimakasihhh...
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteHmmm, kalau batuk mmg rimas Azie ... Kak G cari benda yg menyejukkan tekak & bila di rumah makan daun sambung nyawa byk skit. Insya Allah cepat sembuh.
Makan apa pun, bila batuk mmg boleh tersembur semua kan?
saya kalu kena batuk mmg susah nak elok kak. adakala sampai sebulan. ubat batuk itu hari sampai 6 botol beli kat farmasi. pegi klinik kerjaan cuma bagi 45ml, bertahan utk sehari jer dengan 3 kali makan. Apa punya kedekut ler, igt kita nie kaki togok ubat batuk sambil layan pepsi & hisap rokok suriya ker? perghh....
ReplyDeleteSalam Kak G > batuk ni, nak tidor pun susah. Pendek kata serba tak kena. Panjang kata, memang selalu terkena. Hehehehe
ReplyDeleteEELOBOR > ahaa betul tu. Ubat kalu dah disalahgunakan, jadi racun.
ReplyDeletebatuk tu mungkin tanda2 nak demam rindukan pejabat kot. hihi... apa pun semoga cepat sembuh ye kak azie.
ReplyDeletesesuai lah tajuk post kak azie...saya pun tgh batuk giler ni..mcm nk pecah dada rasanya...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dan gembira selalu..
batuk tu,,..
ReplyDeletekalau boleh bawak pi berjalan makan angin..lega lah tu..hee
baru lagi member pesan, dia baca atrikel yang kata teh sebenarnya tak serasi dicampur dengan limau
ReplyDeleteminum le asam jowo
jangan sedih2 sgt kak
ReplyDeletejaga kesihatan tu ya...
Kak Zai kalau batuk suka minum madu , azie cubalah tapi kalau boleh yang ori.
ReplyDeleteTempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat cari rezeki yang dah bertahun2 lamanya.
Selamat mula langkah baru, Azie.
ReplyDeleteAA, I bertiga beranak batuk n selsema. Dua2 tu kalau boleh, nehi janggeli kahe..
ReplyDeleteBatuk tersangat keji bila gatal tetiba to the max melodak kat tekak (bukan aje boleh tersembur malah terkucil juga <- part nih yg tak tahan)
ubat batuk yang mujarab sapu air mata di leher..
ReplyDeleteselamat bersedih..
Lagipun masih ada +360 hari untuk senyum dan melompat..
ReplyDeleteSemoga cepat pulih dari segala yang menyakitkan. :)
ReplyDeleteSedihnye baca kisah K. azie diserang batuk... Sedih lagi pasal Arwah Ayah tu sbb Arwah Abah saya pun handal memasak - entri K. Azie ini menambah tersumbat hidung saya yg tengah selsema teruk kerana menangis...
ReplyDeleteTiba2 saya teringat & rindu pd Abah... kalu dia demam Abah akan masak BUBUR NASInya SENDIRI, mkn dgn lobak asin, lepas mkn panas2 Abah akan tarik gebar (selimut) sampai ke kepala sampai berpeluh2 baru dia buka gebar. Bila saya tanya kenapa? Katanya panas dlm badan keluar dgn peluh baru demam blh kebah, x payah mkn ubat Doktor.
Petang ni, balik drp menghantar anak perempuan di asrama saya akan singgah lagi menziarahi Arwah Abah yg kucintai di alamat terakhirnya No. D 2201 Seksyen 21, Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam.
Al-Fatihah buat Arwah Ayah Azie & Arwah Abah saya...
azie,
ReplyDeletenanti tolong bagi resepi bubur tersedap tu... rempah apa yg perlu diletakkan...
V.I.C. > rindukan pejabat? Rasanya tidak kot. Heheheh. Terimakasih VIC.
ReplyDeleteRAZIFF > Agaknya musim batuk skang ni kot..
Bang LANA > Tak larat nak pi berjalan mana-mana pun skang nih. Nak ke dapur pun rasa macam nak merangkak.
ReplyDeleteCEMOMOI > terimakasih. Air asam pun mujarab gak.
ACU > sedih sebab terpaksa pantang makan. huhuhuhu tq
ReplyDeleteKak ZAI > Betul tu, madu.
Tempat cari rezeki yang menjadi sebahagian hidup saya.
Kak NORA > Terimakasih Kak. Selamat Hari Guru.
ReplyDeleteKak SOM > betul, terpaksa pakai panty liner plak. hikhikhik!
ZEQZEQ > air mata duyung ker?
ReplyDeleteKAK CIK SEROJA > Aminnnnn... tkasih.
PN LIZA > Saya lak yg tetiba sedih baca kisah LIZA tu. Semua tu jadi kenangan kan?
ReplyDeleteTerimakasih..
AKAK > Saya tak pandai buat macam Arwah buat, yang saya ingat2 lupa, dia suka boh udang kering, jintan manis, kayu manis... Rasa macam bubur Nasi perasa sup. Hehehe
amin bin khalif
ReplyDelete?