Saturday, May 15, 2010

Semakin Tua Santan Makin Pekat, Lemak tapi Bahaya...

Lately, aku banyak belajar perkara baru dari beberapa orang blogger tersohor yang menulis entri yang menarik dan yang paling best ada sesi tutorial dikongsikan. Aku belajar melalui pembacaan, dan test sendiri. Setakat ini Kak KUJIE antara yang paling rajin melayan soalan-soalan aku thru email yang aku hantar kepada dia. Thanks a lot Kak KUJIE..!

Lagi banyak aku baca, lagi banyak yang aku tak tahu, tak faham dan keliru. Sudah hampir 2 minggu begitu banyak persoalan dalam kepala aku. Kenapa begini? Apa fungsi benda ni? Kenapa mesti link dengan ini? Apa maksud istilah ini? Ada juga yang telah aku uji sendiri dan berjaya tapi itu tentu tidak cukup.

Ya, jika dulu menulis blog sekadar suka-suka, hobi semata, kerana kemaruk menulis tahap GABAN, tapi novel tak pernah pun siap-siap, kini aku melihat menulis blog sebagai suatu platform dan wadah yang lebih bermanfaat dan bernilai, untuk penulis dan pembaca. Suatu komuniti yang baik dah luas juga berjaya dijalin. Aku sudah dapat merasainya.

Uishhh kalu lah ada sesi pertemuan, sesi gathering buat tutorial or praktikal singkat secara reality, kan best? Ada banyak benda aku nak tanya. Tapi kadang-kadang nak tanya banyak2 macam mengganggu lak. Orang lain pun busy gak.

Sabarrrrr.... Nak belajar kena banyak sabarrr yer Sabariahhhhh...! Lagipun aku bukan muda lagi nak belajar banyak benda serentak. Kena pelan-pelan kayuh.

Sebulan lalu aku belajar guna Photoscape (orang lain dah expert aku baru nak kenal benda nih) itu pun gara-gara nak edit Watermark. Pastu baru tahu, dengan 1 design leh create banyak lagi design.

##ini adalah contoh sahaja.

Siang tadi aku beli lagi 1 design Watermark secara online dari EYBIZZONLINE sebab berkenan dengan pilihan design. Banyak betul tapi yang cantik-cantik semua dah sold out! Frust akuuu... Takper, pasni aku nak belajar create sendiri, sebab aku rasa tak susah pun. Yesss!! (lebihkurang sama macam Photoshop jerrr.) Cewahhh!

Ehhh! Aku belum dapat kerja lagi ler... sepatutnya itu yang aku kena fokus dulu. Arggghhh!


~...bila SEMAN mula menghidu riak tidak manis antara MASITA dan HISYAM, SERI BULAN harus bijak menjadi penyimpan rahsia di teratak PAK UTIH...~




16 comments:

  1. Selagi hidup.. banyak benda yang perlu kita pelajari. Semakin banyak kita belajar, akan kita dapati semakin banyak kekurangan kita dan kita antara semakin mengerti atau tidak.. Maka, santan itu akan cair juga di dalam periuk! (apa yang kakcik merapu di subuh hening ini.. entahlah...)

    ReplyDelete
  2. paling suka baca ayat2 last tuh. pasal hisham ler, seri bulan ler, tp x pernah paham lagi. hehehehe

    ReplyDelete
  3. KAK CIK > Sebenarnya apa yang Kak Cik sebut merapu itu sebenarnya benar belaka. Saya sangat setuju.. Tapi santan cair tetap berguna, kan?



    EELOBOR > Ada kalanya, yang kita tidak faham itulah, yang kita seronok nak baca.

    ReplyDelete
  4. azie, azie, nak tanyaaa....Hisham tu saper?

    kita pong tak berapa paham.. :D

    ReplyDelete
  5. FA > hisYam bukan hisHam... hehehehe

    dia seorang.. seseorang..

    ehhh mana leh citer. Tu kan rahshiaaa.. ahaks!
    sengihhhhhh...

    ReplyDelete
  6. Salam pagi Sabtu...

    ekkk...dah kembang macam telan mauripan!

    dah baca entri ni pagi tadi, tapi segan nak komen :D

    sebenarnya semua blog ada pengajaran, info, kita dan tauladan kalau kita boleh membaca dgn deria ke-6, cuma info tersebut kita nak guna ke tak nak

    manusia suka dgn berbagai-bagai..kalau suka dgn alat solek tentu dia akan search alat solek..mcm tu le juga blog Kak Jie

    Kisah anak beranak dari ceruk dapur saja!

    ReplyDelete
  7. jadi blogger pon bleh buat duit
    huhu
    ;)

    ReplyDelete
  8. Salam Pagi Sabtu Kak,

    Tengah mengelamun pandang skrin kat lappy, terperasan burung biru kicau Kak Jie yang suruh datang ke sini. Apa lagi, Rizal pun datang ke sini. Hehe.

    Rizal pun masih belajar. Blogging ni memang seronok sebab banyak yang boleh belajar. Yang negatif-negatif tu Rizal cepat2 je jalan buat tak nampak. hehe.

    wah ni memang macam Kak Jie ni bermadah-madah : )

    ReplyDelete
  9. alahaiiiii kalo bab belajar ni tak pernah terlambat cuma kita nak atau tak nak je... dun wori laaaa pasal blom dapat keje tu, cari keje pelan2 & jangan terburu buru nanti makan hati plak dengan keje baru

    FA> hisyam tu kan kan kan... hahahaaaa kang makkkk marah plak..!!

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Azie..

    Akak belajar sampai pandai tau, sebab lepas ni Nida pula nak bertapa dengan akak..

    ReplyDelete
  11. Salam Kak KUJIE > harap tiada yg salah faham maksud saya, saya rasa saya tulis "antara".
    Benar, lain orang lain kehendak. Ada yang berguna pada kita, lum tentu info itu digunakan oleh orang lain.

    Takper, saling memberi dan menerima. Tq.

    ReplyDelete
  12. JOEGRIMJOW > ajar ler saya cemana. Asyik dok dengar jer orang sebut gitu, ndak gak mencuba.


    INCIK RESTNRILEKS > Terimakasih. Sama-samalah kita belajar..

    ReplyDelete
  13. ICE > Kak Azie dah terlalu tua untuk merasa makan hati...

    Siapa HISYAM? Nak mengaku, apa salahnyerrr...


    NIDA > Nida kena balik sini dulu, bawak balik kiwi 3 trailer.. Hehehe!

    ReplyDelete
  14. Kak Zai nak tergelak bila azie cerita pasal nak belajar. Azie tahu masa mula2 kak Zai berblog banyak benda yang kak Zai tak tahu minta ajar dengan anak kadang2 dia pun banyak kerja sekolah dan kadang2 tu sanggup tipon anak yang kat Melaka.

    ReplyDelete
  15. Kak ZAI > Sama ler kita. Ok gak ler bila ada yg sanggup ajar, kan?

    Masing-masing sibuk. Kalu yg mengajar mintak pengeras, lagi haruuu... hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails