Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Contest: Teka gambar apa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
09-02-2013


Sejak akhir ni, saya suka pula join entri teka-teka gambar. Dan saya dah pernah menang sekali. Bukan hadiah yang dikejar, tetapi sebagai sokongan kepada blogger.

Yang terkini, jom teka apa gambar ini.


***Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat.

Syarat syarat wajib (Pastikan diikut)
  1. Like Facebook (https://www.facebook.com/pages/Bujangsenang/206125472759523)
  2. Follow Twitter (https://twitter.com/bujangsenangBN) Follow jika korang ada twitter
  3. Folow Blog (http://www.bujangsenang.org/) box follow/join this site dibahagian bawah blog
  4. Follow Blog Wan dan Like Page Wan
  5. Buat entri kontes dan masukkan banner kontes yang di link kan terus ke entri kontes ini.
  6. Hantar jawapan dan link entri kontes ke email aweenwan@yahoo.com .Bagi mengelak jawapan yang sama (meniru dan ditiru)
  7. Setiap orang hanya jawab satu jawapan
  8. Dah join sila tinggalkan komen.

HADIAH BAGI PEMENANG
Pertama RM300
Kedua RM200
Ketiga RM150
Empat dan Lima RM80






Thursday, January 31, 2013

Kemenangan berganda saya mengubat duka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-01-2013



Terimakasih tidak terhingga atas kata semangat moral kepada saya, dalam entri sebelum.

Petang tadi saya menerima sesuatu yang mungkin pada orang lain, hadiah kecil tapi saya sangat gembira. Kemenangan berganda.

PERTAMA:


Dari suka-suka jadi sungguhan pula. Main-main saja, tapi ada rezeki menang pula. Hehehe kelakar pun ada. Main teka-teka harga lunch yang dimakan oleh teman blogger Ida Mahmud. Saya menjadi salah seorang dari 2 orang pemenang.

KEDUA:
Peraduan teka-teka gambar di blog Blog Pakcik Lie. Kali pertama dulu, saya suka-suka teka, sebagai sokongan. Tapi salah.

Kali ini saya sokong lagi dan meneka lagi. Dah rezeki saya.




Terimakasih teman-teman.

Sokongan dan sesuatu yang kecil itu pun sudah cukup menggembirakan saya hari ini...!




 ~...HISYAM tetap merasakan kemenangan masih belum mutlak antara mendapatkan hati SERI BULAN berbanding membiar dia terumbang-ambing sendiri seolah tiada siapa peduli...~




Wednesday, February 1, 2012

Bloggers & Social Media Awards 2012: Ada pass masuk free tak....?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha petang
31-01-2012



Sebenarnya aku pun tak sedar tentang Blogger Social Media Awards yang akan berlangsung. Sungguh. Tapi ada ler yang bagitau. So, aku sign up, login dan kemudian baca. And vote.

Awards ini sempena Malaysia Social Media Week 2012.



Cuma kerana terlalu banyak kategori, tak larat la nak baca semua senarai. Yang menarik perhatian tentulah blogger yang kita kenal samada rapat atau tidak. Tetapi tulisan mereka sangat menarik untuk kita tidak ikuti. Setiap entri pasti nak pegi baca.

Mereka dicalonkan dalam kategori Most Vocal Blog. Maksudnya, lebihkurang, depa ni menulis dengan “lantang” telus dan berani demi kebenaran. Untuk memaklumkan kepada umum tentang sesuatu yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini, samada jenayah atau masalah sosial.

Aku dah undi untuk dua blogger ini. Sdr MAZIDUL yang kita kenali memang seorang wartawan/journalis yang berkaliber dan merupakan orang lama dalam bidang penyiaran. Tulisan beliau dalam blognya, ada ketika memang sinis tapi fakta. Ada gurau tapi sarkastic.

Dan sapa yang tak sempat tengok berita kat tv, baca blog dia terus dapat berita terawal.


Ini kedudukan pagi tadi.


Aku memang nak buat satu entri khas tentang pencalonan di award ini pagi lagi, tapi tak sempat.

Petang tadi tengok, kedudukan sudah berubah.

Tahniah to HAZREY! Nampaknya setakat ini kedudukan semakin baik.


Blogger ini juga digelar Bapak Gula-Gula (perasan manis..!). Tulisan dia di blog, kalu jiwa tak cukup kental memang sakit hati sakit kepala. Dan kalu usus perut tak kebal, memang putus sebab boleh terbahak gelak!

Seorang wartawan sealiran dengan Sdr Mazidul (sama organisasi) tetapi di cawangan Johor Bahru. Kadang2 menulis macam orang lurus bendul, tapi banyaknya menulis tepat macam “penembak tepat” kena batang hidung kena tengah dada!

Laporan mereka berdua sentiasa tepat (ini etika) dengan rujukan yang pasti dan menyeluruh. Analisa berfakta.

Sekali sekala menulis di luar skop kerja, mereka menjadi rakan blogger maya yang ceria dan menghiburkan (mungkin kerana kepala nak sama gila dengan aku kot!).

Ehhh... tak nak tulis pepanjang sangat. Nanti macam bodek! Tapi kalu nak anggap cenggitu pun, kita okeh jer. Asal kita dapat tempat best di malam Anugerah Awards tu nanti! Amacam, ada berani Bro?

Anda semua juga boleh mengundi. Undi sekali sahaja, sebab bila kita dah vote, warna merah akan menunjukkan kita sudah undi. So tiada undian lebih dari sekali. Yang buat aku tersenyum sebab ada juga Kategori Worst Blog of the Year. Sedih plak baca blog yang dicalon tuh.

*semua pic clok dari web tu, tapi I “snap screen” sendiri.




~...bila HISYAM tiba-tiba pandai bersiul lagu Ombak Rindu, dan SERI BULAN tetiba pandai mencari ringtone lagu yang sama, masing-masing tidak pula mahu mengakui sebuah kerinduan sehingga Mak Utih mencebik Pak Utih menyengih ‘terkenang lar tuh!’...~








Monday, October 17, 2011

Azieazah menang GA buat pertama kali...

Assalamualaikum
Senin, petang
17-10-2011


Dah lupa ntah bila aku mengomen di entri beliau. Maklum banyak sangat blog yang aku buka setiap hari dan komen.

Memang terlupa. Padahal ada nampak Kak INA KL ni update blog. Tapi tak tertengok pula masa entri pengumuman pemenang. Result keluar hari Sabtu, aku missed entri tu.

Sampai dia komen di entri aku tengahari tadi:


Agaknya sebab tunggu aku tak email details pada dia kot. Aku dah balik kerja baru buka blog kat rumah.

Sori berlori ya Kak INA, terlupa pasal GA tu.

Terimakasih Kak INA!



~...ternyata SERI BULAN tidak cukup berani untuk tidor di sekolah sendirian, bukan hanya kerana bulan di celah nipah nanti akan kelihatan seram, tetapi juga bimbang nyamuk yang akan menjadi geram...~







Wednesday, March 2, 2011

Kalu Dah Memang Lawak...

Salam
02-03-2011


Kesibukan yang tidak perlu difahami.

Mencuri sedikit waktu kija, menulis tentang ini. Terbaca lewat malam tadi, pun tak sempat nak respons.



Keputusan Contest Cerita Lawak telah lama diumumkan oleh blogger ANNYS, dan alhamdulilah, AA mendapat kemenangan lagi. Kali ini tempat pertama!


Terimakasihhhh!

Tak sangka juga, cerita spontan tentang Makan Sakan-Sakan sampai tertinggal kasut menjadi cerita paling lawak lak. Adehhh!



*Ada ramai juga blogger-blogger baru yang masuk sini dan mengomen. Terimakasih. Nanti bila ada kesempatan, pasti AA akan kembali menjengah rumah anda membalas kunjungan. InsyaAllah.


~...ketika berpergian tanpa HISYAM, SERI BULAN sentiasa ingin terbang kembali kerana risau HISYAM akan mendapat teman berbuai yang baru, tetapi rupanya buaian sudah putus talinya...~




Monday, February 7, 2011

I Like: Terimakasih MAK DARA...

Yang ditunggu sudah tiba!

Hadiah kerana AA berjaya dalam contest blogger MAK DARA TERDIVA kira-kira 2 minggu lalu. Pertama kali buat AA. Berjaya “kejar” Kaunter Laju di blog MDT no 8773 (tarikh makan nasi minyak, kah ini?) Ahaks!

Seperti lazimnya, kita semua tahu, setiap penghargaan atau hadiah wajib dihargai dan nilai bukan pertikaian. Kecil besar bukan ukuran, tetapi ingatan itu berada di tangga teratas.


Terimakasih MDT. I like...!






Thursday, February 3, 2011

Cintanya Kian Membara: DR ZILA ada “gift-to-give”...

Salam.
03-02-2911
Hari Tahun Baru Cina.



Blogger Dr RODZILA (Dr. ZILA) sudah agak lama mula menganjurkan Contest “Gift-To-Give” ini, malah aku sudah pun buat drafnya, malah sudah merangka buku apa yang akan dipertaruhkan. Tetapi kerana ada saja hal dan kesibukan, terbengkalai sekejap hasrat meneruskan contest. Sekarang baru berpeluang.

Cara menyertai : (AA copy dari blog dia)
1. anda mestilah seorang yang suka membaca (tidak semestinya follower saya)
2. emailkan/komen(kat sini)/buat entri kat blog(bg link kt sini jugak)
-->gambar buku, serta ulasan..dan sebab yang MEMAKSA saya membeli dan membaca buku tersebut!!!
3. BUKU apa yang anda suka atau berminat tapi belum memilikinya..
4.GENRE adalah BEBAS
5. Tarikh tutup : 28 Februari 2011

anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan...
pemenang dikira apabila SAYA TELAH MEMBELI BUKU YANG ANDA TELAH CADANGKAN..


HADIAH:
1.PEMENANG AKAN menerima BUKU PILIHAN ANDA ( seperti yang anda sertakan) -
2.hadiah saguhati...saya akan beri majalah atau buku yang murah sedikit...(ayat yang agak kedeks)
3.tiada sponsor ok!

SEKIRANYA PENYERTAAN MENGGALAKKAN...
KEMPEN MEMBACA INI AKAN DITERUSKAN SETIAP BULAN!!!

*******

Aku ada banyak koleksi novel — banyak mengikut perkiraan sendiri, banyak kerana almari buku sudah menjadi kecil dan tidak muat lagi.


Tapi ada orang mesti ada lebih banyak kan? Aku sendiri tidak tahu novel mana yang sepatutnya diceritakan di sini. Kerana mengikut selera, yang melekat di jiwa adalah novel-novel lama, dan yang paling melekat adalah tulisan novelis Sdr ABDUL TALIB HASSAN. Rasanya semua buku beliau aku ada.

Novel yang agak baru yang ingin dicadangkan kepada DR ZILA adalah karya DIYA ELORA. Ini adalah karya terkini (2009), tetapi aku tidak pasti yang lebih terbaru dari beliau.

Cintanya Kian Membara dengan ketebalan 644 pages (memang agak tebal bagi yang tidak suka novel tebal), tetapi ceritanya memang menyentuh perasaan. Kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya Yang Mulia Engku Rajhan. Nataliya merupakan gadis kesayangan kepada Engku Sofiah, ibunda Engku Rajhan (kiranya depa ni kahwin sepupu laaarrr).

Kerana budi pekerti Nataliya, Engku Sofiah sangat ingin mengambilnya menjadi menantu, dan menjodohkannya dengan Engku Rajhan (yang ketika itu belajar di luar negeri). Dan perkahwinan terlaksana juga. Nataliya, dengan sifatnya yang merendah diri dan baik budi, menerima dengan hati terbuka kerana tidak mahu melawan (dengan didorong oleh ibunya pula), juga kerana dia sendiri amat menyukai Engku Rajhan sejak mereka kecil lagi. Walaupun Engku Rajhan tidak pernah mengetahuinya tetapi dia berharap Engku Rajhan akan menerimanya sebagai isteri dengan ikhlas.

Malangnya selesai sahaja hari pernikahan, malam pertama Engku Rajhan membuat perjanjian akan menerimanya Nataliya dengan berpura-pura di hadapan keluarga, dan mereka bercerai dengan persetujuan bersama walaupun Nataliya sangat kecewa, tidak rela dan tidak jelas akan sebab perceraian tersebut. Dan berlakunlah mereka (seksa tuuuu).

Masa yang begitu panjang berlalu sungguh membuatkan Nataliya akhirnya menyimpan dendam terhadap suaminya sendiri. Apatah lagi terpaksa bekerja di bawah suatu bumbung dengan Engku Rajhan, menjadi orang suruhan suami sendiri, malah melihat pula suami berpoya-poya dengan perempuan lain.

Kekuatan hati dan kesabaran sahajalah yang menjadi tunjang kepada seorang wanita bernama Nataliya ini.

Sehinggalah pada suatu saat, beliau dikhabarkan Engku Rajhan sudah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Dan beliau meminta Nataliya melupakannya.

Namun ada seseorang yang menyimpan kuat sebuah rahsia, dan ketika melihat Nataliya yang merindui suaminya sehingga menutup hati kepada lelaki lain, sesuatu harus dilakukan untuk kebahagiaan wanita itu walaupun pengakhirannya adalah juga sebuah derita.

Apakah yang tersembunyi? Kenapakah Engku Rajhan begitu membenci Nataliya sehingga sanggup menceraikan isterinya di malam pertama?

Sedangkan semasa dia berada di luar negara, hanya Nataliya sahaja yang mengisi ruang ingatan, malah hanya gadis itu yang sangat dia impikan?

Kenapakah tetap ada perkahwinan kali kedua antara mereka?



Biasanya, kami para petugas (part time promoter) memang dihadiahkan satu novel oleh novelis yang keluarkan novel baru. Tetapi kerana ketika novel Cintanya Kian Membara ini berada di Pesta Buku, tiada berbaki malah naskhah contoh (yang tidak berbalut plastik) pun dibeli orang wpun dilarang. Malah pernah terjadi, beberapa orang pembaca (peminat novel) yang biasa dgn aku, sanggup tunggu beberapa jam kerana lori yang membawa stok novel tersebut lewat sampai. Sanggup booking dan bila kotak sampai terus habis dalam masa yang tak sampai 10 minit! Memang ini pengalaman AA sendiri yang sungguh menyeronokkan. Sebab itulah DIYA ELORA senyum sepanjang pesta.

Kerana AA tidak berjaya mendapat buku ini, seorang kenalan yang datang membeli 2 naskhah sekali dan satu diberikan kepada AA sebagai hadiah. Terimakasih Z.


......aku harap DR ZILA akan membeli novel ini, dan pasti akan menangis juga seperti mana Kak Azie pernah menangis 2,3 kali sepanjang menghayati novel ini.

...bersama novelis DIYA ELORA semasa bertugas di Pesta Buku 2009, PWTC 17-26 April 2009 booth CESB.

Buat teman-teman blogger yang lain, jika berminat dengan novel, juga boleh membuat suatu entri tentang suatu novel yang paling berkesan di hati, moga-moga penganjur contest ini terbuka hati membeli, dan anda menang hadiahhh....!

*Buku pilihan Kak AA (jika menang): novel terkini novelis Ramlee Awang Murshid. cewaahhhhh







Saturday, January 29, 2011

Sabtu yang Tidak Cute...

Sabtu punya story.
Tak ler cute mana pun story nyer.

Nak gelak pun ada > takper bior AA gelak sensorang.

Kan ritu dah janji takmo beli apa-apa di gerai mamak (yang separuh pekak itu).

So, kengkonon nak boikot ler. Pagi tadi beli air kat kedai lain (Sebenornya jarang beli air luar, sebab buat sendirik kat tempat kerja. Minggu ni, stock Nescafe dah habis lupa nak beli).

AA jalan kaki beli kat gerai lain, harus juga melintasi gerai mamak tersebut. Kekdahnyer (ini word memang tiru dari blogger SOM/FA*ATIP/AKAK), bior ler mamak tu tengok betapa pelanggan dia yang seorang ini, yang selalu beli air dengan dia, tetiba tapau air dari gerai lain, dan lalu depan dia dengan penuh lemah gemalai.... siap sedut-sedut air tu bila sampai depan dia. Hahahahaha! macam bebudak ler pulak!

Dan ehhh.. betullah, mamak tu nampak. Sayu jer pandangan mata dia. Sedih ler tuh? Sorrrrryyyy...! Biorkan dia rindu pada pelanggan dia sorang ni.

Btw, dia tak rugi mana pun setakat sebungkus Nescafe Ais! Silap-silap dia akan kata, “mau majuk ka, mau lari ka.. saya tarak rugi jugak!”

Takper, AA saja seronok nak sakat mamak tu. Ehhh majuk pada yang sayang, kan?

Adakah aku sayang mamak itu? Ohhhh tidaaaaakkkk! Lariiiiiiii kuat-kuat!


Kenapa lah aku tak bleh berhenti “menagih” Nescafe?
Yang pelik tu, cuma sekali jer sehari, tak bleh lebey...
*nampak Bintang Palace kat belakang?



*UPDATED: Kerana entri ini dikata sebagai LAWAK, so AA nak hantar sebagai penyertaan “Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia.” anjuran blogger ANYSS. Belum tutup lagi kan? Sebenarnya memang takda idea, tapi tiba-tiba jer terfikir entri ini boleh juga dibuat bahan bertanding. Sebagai sokongan, menang tempat pertama pun jaaaadiii laaarrr...! Hahahahaha!




~...setiap kali SERI BULAN menjamah Air Jernih warisan Banjar, HISYAM sentiasa tidak berganjak dengan Air Tarik kemahiran Mamak Kaya, bila tersilap pelayan Myanmar ditarik telinga...~







Tuesday, January 25, 2011

Membeli Pantun LITTLE DIARY...

Salam.

Blogger LITTLE DIARY mencabar kita membeli pantun yang dijual di laman rumahnya.
Haaa... apa lagi? Takkan takut kot?

Okeh, untuk menunjukkan keberanian serta ketidaktakutan itu, biar jer AA yang beli dulu. Cewahhh.... cepat tepuk!


Kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bistari
sapakah dia si little diary??

Ke pekan sari tak cukup sehari,
Kerana bukan saja kari yang hendak dibeli,
Memang saya agak bijak walau kurang bestari,
Little Diary tentulah blogger bukannya diari.

*Mula berblogging pada Wednesday, September 29, 2010

****************************

kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

Memang cantik songket bunga bersilang,
Jangan disimpul benang seurat saja,
Rindu nak dengar orang bilang sayang,
Jangan terkenang sampai tak mandi pula.




*****************************

pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi di uji
apakah beza cinta dan sayang??

Penat sungguh ke hulu berjalan kaki
Memang dah tak jumpa si pohon mayang,
Cinta sejati bersatu sampai mati,
Mengasihi hingga akhir hayat itulah sayang.

*Macam takda beza pun, kan? (^_^)



~... mengasihi dan mencintai memang sangat berbeza bagi HISYAM—SERI BULAN, bila yang berada di tengah-tengah adalah “platonik” dan kerana itu JALIL tidak lagi berani menceroboh ikut jendela...~









Friday, January 21, 2011

Penghargaan: “Hari Ini Hari Bertuah Saya, Encikkkkk...!”

Ntah kerana semalam tidor awal dan pagi ni segar bak Santan Segar, atau memang kerana nasib baik seorang makcik bernama Azie Azah, yang merupakan blogger sekecil Semut Merah, aku menang contest lagi.

Memang tak duga langsung sehinggalah terbaca komen si FATT di entri tentang menang contest Mak Dara Terdiva.

Ohh menang contest lagi.

Kali ini memang tak duga langsung, sebab komen di blog dia untuk membalas kunjungan dia. Entri dia ada soh translatekan bahasa alien. Ada clue pun. Kerana setiap komen di“moderate” terlebih dahulu, jadi takleh nak agak sapa yang translate paling pantas. Peluang utk semua orang menang terbuka luas kerana ada clue dan semua orang leh jer guna Google Translator. Itulah yang aku buat pun.


Takda idea nak komen, sebab baru kenal, so saja-saja ler translatekan. Dah menang pulakkkk... Terimakasih FATT. Seorang blogger yang baru jer kenal, tapi best jer jadi Geng Bas Sekolah dia...!



Juga terimakasih dan setinggi penghargaan buat blogger SINAR RAUDAH yang buat review tentang blog Kak Azie ni. Kiter sukerrrrr....! > sengih dengan penuh eksyen nyer.


Seperti kata KAK KUJIE, seronoknya komuniti blog, memang tak penat merempit bila jumpa ramai kengkawan blogger yang mesra alam!

Terimakasih semuaaa...!


“Hari ni hari bijak saya, encikkkk....!”



~...memenangi hati seorang lelaki yang paling nakal sekali tapi pemurah seperti HISYAM adalah setinggi-tinggi kemenangan, tapi bila SERI BULAN yang dipilih menjadi orang kepercayaannya itu adalah sebesar-besar kejayaan...!~






Berbaloi Berjenoh Mengejar Kaunter yang Laju itu...

AA menjadi pemenang Contest Kaunter Laju di blog Blogger MAK DARA TERDIVA! hehehehe...

Ini merupakan kali pertama AA menang contest di blog-blog. Sebelum ini bukan tak pernah try kejar Kaunter Laju ni, tahun 2008 dulu pernah try sekali di blog TEDI (kalu tak silap). Tapi masa tu no yang ditarget tu sangat hampir dan bergerak pantas, di waktu siang, waktu pejabat. Memang susah nak tangkap tepat sebab persaingan sengit. Berjaya dapat tapi ada orang lain email lebih pantas dari AA. Gagal.

Kaunter Laju MAK DARA TERDIVA tu target no 8773 (rasanya no besday dia), dan pada hari Rabu tu nombor kaunter tu masih jauh juga la. Lagi 4,5 ratus nak sampai. Tapi bila waktu malam tu AA tengok macam lagi 2,3 ratus jer, dan kebetulan malam tu tak ngantuk awal (takda appointment yang harus dipenuhi pun.. heh heh heh!) AA spend time berblogging merempit banyak blog sambil klik dan klik blog MDT tu.

Kerana hari sudah malam (or guna ayat malam hari?), saingan boleh dikatakan sangat kurang dan hampir tiada langsung! Tak best lak ek, tapi dah rezeki. Akhirnya dapat juga AA cekup dan tangkap no tu. Bila MDT sahkan AA jadi pemenang, seronoklah. Mana bleh tak seronok, menang hadiah misteri youuuu...! Jangan dia poskan katak ijau sebesar teady bear udahlah. Mak melatah youuuu....! > Sengih sambey gigil-gigil bahu. Konon!


Bukti: ni MDT upload semula di entri dia.
Siap guna tajuk entri guna nama aku, tapi macam ada huruf tertinggal ler. Takpa... Takpa.

Terimakasih MAK DARA TERDIVA. Pos hadiah cepat skit ek? Tak sabar nih. Hahahahaha! Macam bebudak. Ehh... tapi memang aku dah bagitau bebudak kat rumah yang aku menang contest, so akan dapat hadiah. So sapa yang teruja lebih sekarang? Hmmm... > urut dagu jap.


*Contest di blog KAKCIK SEROJA masih berlangsung. Sila...! sila...! Inilah contest yang takda syarat mesti wajib jadi follower.



~...HISYAM...! SERI BULAN berjaya menyiapkan tugasan menyapu lantai, berus bilik air budak-budak termasuk tandas guru sekali (guru 2 orang jer pun...) dan juga berjaya memaku dinding yang tertangal sekeping papannya. Hadiah makan tengahari di kedai Pak Seman pun jadilah...~






Sunday, January 9, 2011

Contest : Siapa juara AJL 25?

Jom. Nak try...

Blogger JOEGRIMJOW anjurkan contest ini...

Contest : Siapa juara AJL 25?

Tekaan AA:
1. Hanyut - Faizal Tahir
2. Selamat Malam - Faizal Tahir
3. Cinta Sempurna - Yuna

Nampak sangat macam aku peminat Faizal Tahir, kan? Tidak juga. Sebab aku jarang dengar.

YUNA? Hampir seluruh rakyat seisi rumah aku kata, “Please janganlah Yuna menang lagi... Tak minat langsung!”

tapi lagu dia rasanya (rasa jerrr.. berdasarkan mulut orang), macam best.

Sekian.


Sebagai panduan senarai ada sini:
1. Sofea Jane - Black
2. Pelita - A.P.I
3. Cinta Sempurna - Yuna
4. Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali
5. Ku Ada Kamu - Adira
6. Hanyut - Faizal Tahir
7. Jahat - Stacy
8. Kebahagian Dalam Perpisahan - Shahir
9. Mencari Konklusi - Hujan
10. Selamat Malam - Faizal Tahir
11. Drama King - Meet Uncle Hussain
12. Extravaganza - Bunkface
13. Noktah Cinta - Hafiz
14. Berlari - Tomok

Hadiah?
SEORANG yang paling tepat/paling awal akan menang RM 50.

Siapa boleh join?
Sesiapa sahaja. Pengomen tegar, pembaca tegar, silent reader, encik/cik anon, tersinggah blog ini

Tarikh Contest?
Bermula sekarang sehinggalah 9hb Januari pukul 9 Malam (AJL 25 start)

Penaja?
Joegrimjow hasil duit meniaga Herbalife.


Thursday, December 30, 2010

TAQ: Contest Aku dan Kaca Mata...

Kena taq by AYU CITARASA RINDUAN yang ditag oleh SHAFIQ.

Mujur pun ada gak ler pic perasan aku yang berkacamata hitam. Sendiri punya, belum pinjam lagi > sengih perasannnnn....

Syarat-syaratnya:
1. Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin — Hmmm... ramai betul followers dia! Dah lebih 1000 followers walaupun dia berhasrat dapat 500 sebelum tahun baru. Tapi sungguh di luar dugaan. Hebat kerana dia baru berblogging sejak Julai tahun ini sahaja. Sungguh progressive betul pelajar yang seorang ini. Harap-harap dalam pelajaran pun malatop juga yaaaa...!

2. Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original – Gambar semasa ke Langkawi dulu.

3. Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar – Selesai, tapi bila tengok komen di entri beliau, lebih dari 350 orang sudah meninggalkan komen hanya di entri itu sahaja! fuhhhh...!

4. Tag 2 orang rakan anda – EJAESCOBART dan BEN ASHAARI (Sengaja nak test samada BEN nak join ke tak....)

So, kerana terlalu ramai yang sudah sertai contest beliau, tetapi hadiah hanya utk 3 orang pemenang, aku tidak nampak harapan untuk aku menang, tapi sekadar menyokong blogger... aku menjadi peserta yang ke 388.

“Sapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger.”


Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Mesti Gagak, Tidak Helang atau sekadar Burung Layang-Layang?

Nahas bas di Cameron Highlands yang membabitkan bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi kelmarin kini meningkat kepada 28 orang. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. -BH

Kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands–Simpang Pulai pukul 11.40 pagi kelmarin. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini (lapuran awal).


Bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Dalam akhbar Metro semalam, ada menyebut tentang kisah sekumpulan (besar dari kebiasaan) gagak yang membuat bising di atas hotel yang dinginap oleh kumpulan pelancung ini. Ramai juga yang membuat andaian (menurut pekerja hotel) tentang petanda buruk yang dibawa apabila gagak hitam membuat bising seperti itu. Wallahualam...

Apapun kita bersimpati..

Berita kemalangan itu dapat kita lihat dan baca di mana-mana.


Di sini AA juga hendak tumpang promotekan PELUANG HADIAH bagi yang minat menulis tentang kemalangan.

Blogger ONDSCENE bermurah hati menawarkan hadiah yang sangat menarik melalui CONTEST ini yang sangat lain dari yang lain.



Friday, December 10, 2010

Bawal Bukan Sebarang Bawal....

Ramai suka makan ikan bawal, kan?
Akupun suka, biasanya Masak Sweet Sour. Tapi biasanya tak pernah pun Sweet, Sourrrrr jer manjang. :)

Ikan ni semakin popular sekarang ni, dan baru sebentar tadi, rakan blogger yang tidak asing lagi, BRO MAZIDUL AKMAL SIDIK, anjurkan satu contest simple lagi unik. Bergambar dgn Ikan Bawal pilihan anda, dan emailkan kepada dia. Gambar terbaik akan dapat voucher (leh bawa famili) makan di Restoren Bawal Power. Kat mana restoren tuh?

ahaaa.. Klik SINI.

Sapa yang bakal menang tu, jangan lupa war-warkan di blog anda, so boleh kami pi skodeng dan join > berangan ler aku ni. Ehh aku makan tak ler banyak mana, setakat 5 ekor Bawal tu, kira ok lah kan? kan? BRO MAZIDUL jangan gelak aaarrrr...!




Aku cadang nak bergambar dengan sorang kawan sahabat aku yang guna nick BAWAL sejak dulu kala, sejak 2004 lagi dah kenal dia dan isterinya yang cantik jelita itu. Depa ni memang tokey Bawal Collections dan tudung memang banyak diimport dari luar negara esp. Indonesia dan Vietnam (sulam “handmade” yang halus lagi eksklusif). Sudah lama bertapak di Jalan TAR, KL. Berminat, sila KLIK SINI untuk map dan maklumat.

Hmmm rindu nak jumpa Puteri Batrisha.



Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Sekadar suatu sokongan antara sesama blogger. Sapa lagi nak sokong blogger jika bukan blogger?

Segmen terkini dari BRO BEN. I like statement: “Sama sama untung sama sama rugi... OK la kan?”

CARA:
Buat satu entri;
* Tulis tajuk REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI , kemudian linkkan ke entri ini agar mereka yang nak join nanti tau mana nak cari .. — DONE

* Sila redah blog BEN ASHAARI dan cari 5 ENTRI yang korang rasa korang sukakannya dan tulis kesemua entri tu termasuk linknya sekali:
1: Kenapa kau ni tak cantik eh ?
2: Kepayahan mengajar erti kedewasaan
3: Aku buat kerja giler
4: Aku kata camni.. dia jawab gitu.. kiamat la baru abis ..
5: REDAH AKU DAN KAU PUNYA !


*Kemudian , sila beri 5 entri milik blog korang sendiri yang korang rasa berbaloi dibaca oleh pengunjung blog korang nanti ... Caranya pon sama gak .. Tulis tajuk dan linkkan sekali:–

1: Rumah PENA: “Memerdekakan Sejarah”, NATRAHlah yang Membangkitkan Beribu Kita...
2: LUNA Bercerita: “Aku Memang Orang Kampung”, Cemburu Biar Berbaloi...
3: UNJUL Nak Jadi Orang...
4: KLBIF 2010: Bukan Pesta Aku, Bukan Juga Milik Aku kerana Aku Bukan Siapa-siapa...
5: Gathering Blogger: Edisi Penuh...

Tinggalkan url entri ini di entri BEN.

Terima kasih.


Monday, September 6, 2010

Jelajah Blog Aidilfitri Bersama "Yang Ingin Kukongsi..."

Siri jelajah blog kembali lagi...!

Macam biasa blogger tersohor BEN ASHAARI buat jelajah lagi. Sesiapa yang belum tahu tentang siri jelajah insan blogger seorang ini, sila klik blognya kerana dia ini memang rajin buat siri jelajah tanpa mengira samada blogger lama, blogger tegar atau blogger yang baru.

Dan kesannya? Sendiri sertai akan tahu apa kesannya.

Siri jelajah kali ini bertajuk Jelajah Blog Aidilfitri Bersama...
dengan syarat yang simple tanpa sebarang bayaran. hehehehe

1. Header blog Ben Ashaari >



2. Tajuk - JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA...

3. Kad raya online berserta ucapan raya ..Boleh buat sendiri kad .. lagi kreatif lagi bagus..



4. Biskut raya untuk hidangan tetamu ke blog anda ( sila google dan jgn lupa beri kredit pada pemilik gambar tersebut )

*Pic Tart Nenas Tersohor ini tidak diambil dari Google, ini hak milik sendiri. Tart Nenas yang mendapat sambutan hebat sepanjang tahun terutama musim raya ini, sampai ada yang order lagi tapi dah tutup. Kena tunggu lepas raya baru boleh order semula.

Terimakasih kepada blogger BEN ASHAARI...


Friday, May 21, 2010

Taq (bukan Tek) dari AYU lagi...

Terimakasih AYU kerana sudi taq Kak Azie lagi.

The Rules :-

1) Go to your photo files, select the 8th photo folder.

2) Select the 8th photo in the folder.

3) Post the photo with the story behind it.
Sebenornya, gambar-gambar dalam folder aku tak konsisten, sebab aku selalu upload pic dari masa ke semasa pastu buang mana yang tak berkenaan.

Ini jer yang ada, pic ni aku curi-curi snap masa di Padang Besar ritu. Jenoh aku fikir apa sebenarnya yang diiklankan, plat kah? atau nikah tu kah? Hahahahaha menikah dalam masa 10 minit?

4) Then challange 8 blogging friend to do the same.
Mari kita cari cabaran yang lain pula yaa...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails