Monday, May 17, 2010

UNJUL Nak Jadi Orang...

Tadi aku tonton drama khas di RTM2 sempena Hari Guru. Unjul Nak Jadi Orang. Hmmm... pertama aku nak tonton drama ni adalah kerana pelakun utamanya adalah Zul Huzaimy Marzuki dan Wan Maimunah. Aku minat depa nih.


Minggu lepas, ada 3,4 kali disiarkan telemovie Salam Terakhir lakunan Zul Huzaimy, drama sedih dan aku tengok berulang kali. Aku minat Zul ni ketika dia tidak bercakap, tanpa dialog tapi ekspresi muka sudah cukup menggambarkan apa yang dia rasa dan apa yang dia hendak orang tahu. Tapi kalu dia bercakap pun, sungguh berkesan sekali sebab tu tak heran dia pernah menang anugerah Pelakun Harapan (ke Pelakun Pembantu? lupa)

Drama UNJUL ni bukan drama kelakar, tapi ada gak unsur-unsur kelakar. Yang lebih best, drama ni skripnya ditulis sendiri oleh Zul Huzaimy dan Arahan serta Lakun TV pun oleh dia. Wahhh.. maju setapak lagi dia.

Mesejnya tentang usaha dan kegigihan pasti akan membuahkan kejayaan, tetapi sokongan dari orang-orang terdekat sangat penting untuk mendorong. Unjul hilang minat belajar dan jadi pemalas kerana keputusan SPMnya begitu teruk tetapi berangan untuk berkahwin dengan sorang anak dara kepada sorang janda di kampungnya. Bersaing pula dengan seorang pemuda kampung yang sudah berjaya (ada keta Perdana cermin gelap youuuu....!) bernama JOBOT (sapa ler yang pilih nama nihh...) lakunan Zamarul Hisham. Hahahaha.. kelakar dia jadi JOBOT.


UNJUL kena halau dari rumah oleh mak dia sebab dia jahat mulut nak pegi cagar tanah tapak rumah. Mengamuk ler mak eh.. Langsung dia keluar rumah, dan nak dijadikan cerita, sorang bekas guru pencen menawarkan dia tinggal bersama dan berusaha untuk memulihkan semangat si UNJUL ni supaya dia berjaya Menjadi Orang. (Selama ni jadi orang gak.. tapi orang yang tak serupa orang lain...)


JOBOT bengang sebab EMA tolak pinangan dia kerana tunggu UNJUL, konon. So JOBOT nak pegi marah UNJUL, tapi dia kena sengat tebuan. Kan dah kata... "sarang tebuan jangan dijolok." hahahaha


Ada lak watak Mak BEN ni, seorang wanita buta yang telinganya sungguh tajam. Walau watak kecil, dialog tak banyak, tapi aku suka dengan kata-katanya, "Kita jangan jadi Katak, tapi jadilah CakCibor. Dihalau pun datang balik, tapi kalu Katak, terus dimakannya."
(Terus aku teringat my fren si CALUK The Guru Besar. Selamat Hari Guru)


Saat sedih bila ibunya meninggal. Unjul kecewa dan sangat sedih. Mujur ler dia tetap datang jugak amik peksa.

Dengan kesungguhan UNJUL berjaya dalam SPM, tapi harapan untuk memiliki si EMA tu tak berjaya juga, sebab EMA rasa macam tunggu lama sangat kot, tu yang dia terima pinangan si JOBOT. Ya tak ya jugak, lagipun JOBOT tu masuk meminang dia sampai 5 kali. Tak pernah dibuat orang. Cayalahhhh...! Mujur dapat, kalu tak ada ler orang yang terjun sungai lak.

Keseluruhan shooting diadakan di Pengkalan Hulu, Perak. Aku suka suasana kampung dan tasik yang ditunjukkan dalam drama ni.

Sesungguhnya peranan seorang guru itu tidak tamat apabila berhenti atau pencen sahaja, sebaliknya jasanya terus dikenang, dan baktinya terus dicurahkan selagi terdaya.

Keseluruhan sinopsis bleh baca kat SINI.


~...SERI BULAN panik bila JALIL dan konco-konconya pernah menyerang HISYAM semasa mereka sedang mengajar. Sungguh pelik bilamana JALIL kalah dengan hanya satu penendang...!~



13 comments:

  1. sempat gak kak azie buat ulasan yer. kitorg mlm kurang la plk layan drama, kecuali mmg dh boring tahap gaban. selalu wife menguasai remote astro, movie jer manjang. kita tumpang sekaki bila boring jer

    ReplyDelete
  2. Siang tadi depa dan control utk final Thomas Cup. Malam ikut turn ler pulok. Nanti musim World Cup, harus Kak Azie yg melopong...

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Tak tau nk komen apa pasal movie tu sbb tak tengok.. tertengok pun cite TV3 "sebelum Akhirat". Drp sinopsis cite tu mesti best kan..

    ReplyDelete
  4. Semalam tengok juga drama ni 'gitu2' je.. tapi sebab mata ngantuk. terus zzzzzzzzz... :)

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,

    Auntie tak tengok pun drama ni. kenkadang tak tahu nak tengok drama mana. Sekarang ni drama-drama kat RTM banyak yang bagus-bagus.

    Zul tu, Auntie pun minat gak, selain daripada rupa paras dia, lakonan dia memang berkesan.....
    psssttt....rumah mak-ayah dia satu taman dengan rumah mak Auntie....ayah dia Cik Gu...dah pencen tu...masa muda ayah dia memang hensem, jadi kegilaan anak murid. Mak dia pun lawa jugak.... :-)

    ReplyDelete
  6. Salam Kak SHANIZA > Sekali sekala bila dapat "tangkap" drama yg best, tidak dapat mengelak untuk saya mengulasnya. Macam dah habit plak.


    KAK CIK > Drama tu start pun dah 9.30, tu yang saya leh control remote.. Hehehe

    ReplyDelete
  7. UNTIE YAN > Wahhhh kenal dengan parents ZUL yerrr.. Patut pun ZUL tu hensem kalu udah ayah nyer pun jadi kegilaan. Hehehehehe.. Betul, memang ZUL tu hensem bangetttttt....!

    ReplyDelete
  8. siapa berlakon jadik cikgu pencen tu...harun hashim ke?

    ReplyDelete
  9. bila tengok zul huzaimy ni, teringat kawan saya. sebab member saya jadi kakak ipar dia..haha

    kahwin dengan abang sulung zul huzaimy..baru je lagi nampak dia di majlis perkahwinan 2 minggu lepas.. :D

    ReplyDelete
  10. DRSINGA > Cikgu pencen tu watak Tokey Billy dilakunkan oleh Ridzuan Hashim.


    FTN > Alaaa tak habaq awai-awai. Kalu idak, leh soh kim salam kat ZUL. Takpun minta autograf kerrr.. Ahaks!

    ReplyDelete
  11. azie..
    bestlah jln citer ni tp tak tgk...
    nanti kalau ada ulangan, sure akak tgk.... lain dari drama yg selalu depa paparkan..

    ReplyDelete
  12. AKAK > Harap-harap akan ada ulangan nanti.

    ReplyDelete
  13. acu sempat tengok sampai part baca yassin utk mak dia...pastu terpaksa tutup tv sbb hujan lebat dengan disertai guruh & kilat..huhuhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails