Thursday, January 26, 2012

Mengulang kenangan orang utara di Jinjang Utara...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
26-01-2012


Nak juga masukkan beberapa gambar dan stori semasa cuti-cuti CNY hari tu. Tak ke mana sangat pun.

Kami ke Jinjang, Taman Fadason. Jengah MyBONDA. Memang termasuk dalam jadual. Walaupun aku sepatutnya pegi pada hari Ahad, tapi tunda ke hari Isnin. Dan konon nak ke Kuala Pilah hari Isnin, langsung tak jadi.


Kat rumah sendiri memang takda. Kat ofis memang tak dapat. Tapi kat sini, nahhh... makan sungguh-sungguh! MyAdikBongsu dapat banyak dari bos dia.


Kami borak-borak dari satu cerita ke satu cerita, sambil makan kacang dan macam-macam.


Kerana kami tidak plan ke mana lagi, so terus nak tidor di sini.


Jalan-jalan beli barang dapur dan stok untuk dia. Carrefour hanya 5 minit dari rumah MyAdikBongsu ni.


Dinner kami malam itu.
Aku tunjukkan kepandaian (konon!) masak Ayam Paprik. Yang macam cekodok tu sebenarnya Kopok Lekor (basah). Sedap. Ayam Goreng Tempura tu utk CHAK.


Esok paginya:

MyBONDA tak bawa periuk kukus dia. Sebelum tu, kami dah cari dalam Carrefour, tapi takda yang berkenan. Besar sangatttt...!


Pau ni aku bawa dari rumah (beli di Tesco pada malam sebelum). So aku stimkan guna rice cooker jer. Berjaya pun. MyBONDA suka sebab dia kata, “Lama tak makan pau.” Dulu dia buat sendiri jer!

Sarapan kami:

Roti canai tu of course ler beli.

Semasa tengok drama — MyBONDA dah pandai tengok Astro — dia sempat bercerita tentang kisah dulu. Antaranya: Dia menyebut, bekas suaminya.

Yeaaa... MyBONDA sudah bernikah selama 3 bulan dengan suami pertama. Seorang lelaki yang baru balik dari belajar agama selama 6 tahun di Medan dengan seorang Ustaz.

Kemudian selepas bernikah, ketika hampir hari kendurinya satu surat sampai memanggil beliau kembali ke Medan untuk mengambil sijilnya. Kebetulan memang anak dara Ustaz tersebut berkehendakkan arwah ni. Tapi bila arwah ni sudah bernikah dengan MyBONDA, tentulah anak dara Ustaz tu kecewa.

Apabila kembali semula ke kampung, arwah jatuh sakit. Demam teruk sedangkan kenduri lagi 2 minggu. Rupanya arwah ada makan nasi di rumah Ustaz. Dan menurut cerita, arwah sudah terkena santau.

Beliau sempat berwasiat kepada abangnya (yang ketika itu sudah bercerai dan ada anak sorang), supaya berkahwin dengan MyBONDA. Abangnya ketika itu hendak dijodohkan pula dengan seorang rakan sekolah mereka bernama Harisun. Tapi abangnya menolak Harisun.

Ya... jodoh la tu. Arwah suami pertama MyBONDA meninggal ketika persiapan kenduri dan baju-baju pengantin telah dibeli dan disiapkan. MyBONDA kemudian berkahwin dengan abang iparnya pula.

Sehinggalah hari ini. MYBONDA “berganti tikar” dan abang iparnya itu adalah MYArwah AYAH. Dan anak beliau dengan isteri pertama itu adalah kakak sulong kami yang kini berada di Penang; Puan Hajjah Rafeah.

Dengan MyBONDA, ada 12 orang anak: 6 lelaki, 6 perempuan tetapi yang lelaki tinggal 3 orang sahaja (3 orang abang saya sudah meninggal muda).

Aku dah dengar kisah ini disebutnya 2,3 kali, tapi tetap aku suka nak dengar dan boleh membayangkan suasana ketika itu. Ceritanya lebih detail, tapi aku tulis yang penting-penting saja.



~...setiap kali melintas laman, mana mungkin terlupa kenangan SERI BULAN jatuh di selut lalu dikendong HISYAM hingga ke tangga tetapi malang berganda bila HISYAM pula tergolek bagai digeletek kerana terlupa capal melungsur bagai ular menyusur...~








18 comments:

  1. Paling menarik tart nenas tuh, heheheheh
    Auntie nak 2 bekas. Aduhai macam maner nak amik?

    ReplyDelete
  2. macam betul2 suasana raya cina pulak..ada limau..ada kacang..takpe..1malaysia kan kak azie. beringat-ingat makan buah limau tu..sakit tekak kang..banyak ubat tahan...

    ReplyDelete
  3. layan orang tua bercerita best kan kakazie.. saya suka ..

    ReplyDelete
  4. kak azie tertinggal ayat pada setiap bawah gambar tu....

    ReplyDelete
  5. kecur pulak air liur tgk makanan tu. Yummy,yummy ;)

    ReplyDelete
  6. aarini akk malas nak masak sampingan utk rumha, sekali tu silap haribulanlah masuk sini...laparr...

    ReplyDelete
  7. Azie..
    Kenangan tak mungkin terpadam...
    lagi diulang ingat lagi mendalam...
    harus kita pun begitu suatu hari nanti...

    emm..idea kukusan yg kreatif..

    ReplyDelete
  8. Azie.. Lama x singgah.. Kehidupan kelihatan berjalan dengan baik... Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  9. ayu sangat berminat dengan cerita kisah bonda kakazie..

    sungguh......
    kalau di novelkan pasti laris..

    ayu tak tipu.. best sangat.

    teringin nak temu bonda kak azie, nak dengar dr mulutnya sendiri

    ReplyDelete
  10. UNTIE MARINA:
    Saya dah email. Dan saya boleh hantar. Jangan risau.



    CIKINTO:
    Alahai...:)



    SITI MURNI:
    Bila tiba musim perayaan, memang itu yang banyak, itu yang kita layan. Tumpangggg... hehehe

    ReplyDelete
  11. ANAA:
    Memang Kak Azie dari dulu suka duduk dengar orang tua-tua bercerita kisah dulu-dulu. Best sangat.



    EELOBOR:
    Pic tak cilok orang punya? hahahaha!



    ZENNAYA:
    Amboiiii... tu menu biasa saja tu.

    ReplyDelete
  12. KAK QUEENIE:
    Giliran saya pulak buat Akak terlior. hehehe


    KHAIRIN:
    Memang panjang. Tapi sengaja dipendekkan. Ambil part penting saja.


    KAK ROS:
    Begitulah. Kisah pun mungkin akan menjadi kenangan untuk generasi kita pula.

    ReplyDelete
  13. DERU OMBAK:
    Saya pun dah lama tak berkesempatan ke blog awak. Terimakasih.



    AYU:
    Ada ketika kita suka mendengar kisah orang lain, tapi tidak sedar kisah silam kita sendiri tetap ada istimewanya.
    Mungkin jika dinovelkan, menjadi sama pula dengan kisah orang lain di luar sana...

    ReplyDelete
  14. Hebat kisah cinta orang dulu dulu. Menarik cerita tu kak.

    ReplyDelete
  15. bestlah dengar cerita mak akak tu.. saya pun siap bayangkan kejadian2 tu..

    ReplyDelete
  16. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

    Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa “MCA GOMBAK” YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES), LOW MEI LAN(ISTERI) dan anak mereka YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES)

    Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

    Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

    Sekian dimaklumkan,

    Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
    KAMI HANTAR MESEJ INI SEBAB RAMAI ORANG KENA TIPU DAN PEMINTASAN DI KEPONG...HARAP ORANG RAMAI BERJAGA-JAGA DENGAN MEREKA TERSEBUT

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails