Sunday, January 15, 2012

SANI EXPRESS: mabuk bas...

Assalamualaikum
Sabtuday
14-01-2012



Macam takda benda nak tulis untuk updating. Tapi kerana aku ada beberapa gambar, so tulis sedikit tentang pengalaman jalan-jalan masa Tahun Baru ritu.

Aku tempah tiket pegi balik thru fon ke kaunter Sani Express. Sehari selepas, pegi collect tiket dan tukar seat pegi. Amik tingkat atas seat nomot 1, paling depan.
*RM40 utk perjalanan KL – Kota Bharu.

Memang aku punya style dari dulu, kalu kepergian ke mana-mana dgn bas, and solo aku seboleh mungkin cari single seat. Taknak yang seat yang double tu sebab tak suka duduk dengan stranger! Pengalaman kena raba masa zaman anak dara dulu, kalu boleh cukuplah sekali!

Sani Express, rupanya antara pilihan bas yang paling popular ke Pantai Timur. Bas 2 tingkat. Aku nak tukar tiket balik untuk amik seat nomot 1 juga, tapi dah booked. So kekal nomot 41, single seat gak, tingkat bawah. So merasa lah pengalaman duk tingkat atas dan tingkat bawah.

Menunggu di Hentian Duta merupakan pengalaman pertama juga. Sempit, hingar bingar dan masih di takuk lama. Bila nak tukar jadi Duta Sentral pun ntah. Kedai pun tak banyak. Surau dan kafe di tingkat atas. Jadual aku jam 10 malam, masa tidak mendesak. Yang best, bas bergerak tepat ikut jadual. I like...!

Rupanya, Sani Express ada port rehat sendiri. Sani Restaurant & Kafe di Merapoh.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.



Berhenti kira-kira setengah jam di sini. Tak ingat jam berapa. Kul 1 lebih kot... Tak banyak pilihan menu. Nasi campur. Ikan dah kejung. Gerai burger ada 1, orang beratur berlengkau lengkau, sebab ada 5,6 bas berhenti serentak. (Hanya bas SANI EXPRESS sahaja yang ada, mungkin bas lain tak dibenarkan... kot)

Tandas kena bayar 50 sen! Air tak berapa laju, sink takda di dalam. Cuma tandas. Mujur ada 4,5 bilik berasingan. No bad la.

Aku tak beli apa pun. Turun ke tandas saja. Bila bas gerak, aku sambung tido wpun sebenarnya aku suka pandang depan tengok perjalanan. Malam tak nampak apa pun. Memang habit suka tengok depan banding tengok kiri kanan. Lagipun duduk depan, sampai dulu! hahahahaha...


Time balik, tunggu bas di pekan Ketereh berdepan masjid ini.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya.


Bas aku lewat sejam! Letihnya tunggu. Seat single di tingkat bawah. Ada skrin untuk layan movie. Dah sekerat jalan baru ada mood nak tengok. Pening lalat. Pilih citer, akhirnya pilih filem Hindi “3 Idiots”. Sempat layan tak sampai 10 minit, dah rasa loya semacam. Aku memang alah membaca or menonton ketika bas/keta bergerak. Mabuk. Sebab tu aku make sure bawa ear phone utk dengar lagu di hp saja.


Seat selesa. Leather!


“3 Idiots” baru nak start. Tingkat atas aku tak nampak pun ada skrin nih.


Rasa nak muntah terpaksa tahan. Tarik nafas, pejam mata. Takmo fokus pada pening. Bertahan kira-kira setengah jam, akhirnya tiba Merapoh. Mujur. Kerana bas hanya berhenti sekali sahaja, dan inilah portnya.

Aku orang pertama meluru turun. Muntah habis-habis! Lega. Isi perut semula dengan nasi, lauk ikan goreng + sikit sayur + Teh O panas.

Naik paling akhir, sebab nak sedut udara luar puas-puas. Macam takut dengan aircond bas plak.

Selamat sampai di Hentian Duta kira-kira jam 6 petang. Sepatutnya jam 5 petang.

Pengalaman pertama ke Pantai Timur dengan bas awam. Malu sendiri, sebab banyak benda tak tahu tapi main redah saja. Tapi kerana perasan berani dan perasan yakin, guna mulut untuk tanya, guna akal untuk fikir.

Dulu pegi Penang sensorang lagi terok. Naik feri nak beli tiket pun tak reti. Rupanya kena guna siling untuk beli token feri. Cisss... malu aku!

Pasni cadang nak ke Johor pula sensorang. Dengan niat mencari seseorang...




~...SERI BULAN memendam rasa sendirian bila HISYAM bagai tidak bersalah pun bercerita tentang surat cinta yang melayang tanpa bayang dari seseorang bernama gadis Kampung Separuh Desa yang kemaruk hendak berjumpa, dan lelaki itu bagai tak merasa berdosa pula hendak membayang macam orang kemaruk wayang...~







13 comments:

  1. Sallam Azie,

    Jalan sensorang ni seronok,
    tapi kadang2 takut juga.
    saya pun selalu jalan sensorang,
    tapi gi KL ajalah.

    ReplyDelete
  2. LIPIS LADY:
    Salam Kak.
    Saya ni tak kisah. Jalan dgn kengkawan ok, jalan sorang pun ok.
    Percutian dgn family lagi la suka. Semua tu saya kena seimbang.

    Yang pelik, saya tak berapa suka jalan2 di KL ni.

    ReplyDelete
  3. salam... tak scary ke naik bas 2 tingkat? Nampak bas mcm ni mcm tak stable. Saspen tgk bas ni kat selekoh. pssst: yg LV tu, gapo dio eh? hihi..

    ReplyDelete
  4. CIK LINA:
    Actually, I takda pengalaman so rasa macam takda pilihan pula. Beli jer tiket yang mana sempat.

    Memang ada gak ler rasa cuak, tapi highway ke Pantai Timur tak banyak yang lurus macam pegi Utara. So driver kurang pecut.

    I yakin mereka cekap dan terlatih. Yang penting selesa.

    *LV tu sebenarnya selendang saya. Usung merata sebab malas nak bawak sweater tebal.

    ReplyDelete
  5. Sesekali best jugak travel cemtu kan..sorang2 ye kak?mcm nak cuba jugak la..hehe sy teringin nak ke Penang.agak2 lepas ke pegi sorang ni ek..huhu

    ReplyDelete
  6. KALAM HATI:
    Travel sensorang ni ada masa sesuai, ada masa tidak. Kalu dlm Msia, tak takut sangat.

    Plan pun boleh buat mengejut sebab hanya melibatkan diri sendiri saja. Mudah bergerak dan bebas memilih...

    ReplyDelete
  7. azie..
    muder-muder dulu suka buat cenggini jalan sensorang...
    tapi sejak dah berumahtangga ni lebih suka jalan berduwa... tak kiralah dengan sapa.. tapi mesti berteman...

    ReplyDelete
  8. AKAK:
    Berdua lebih baik, kan Kak? Dapat gak borak borak usik mengusik. hehehe



    CKLAH:
    7 jam lebih kurang.



    PANGLIMA MUDA:
    Muntah angin jer Bang.

    ReplyDelete
  9. kalau naik bas or kereta mesti sy pastikan xtgk movie 0r baca buku cz nnti pening.........

    ReplyDelete
  10. kalau naik bas or kereta mesti sy pastikan xtgk movie 0r baca buku cz nnti pening.........

    ReplyDelete
  11. Ingat LV tu sarung kusyen sani express tu... That's why tanya... :-)

    Btw, belum ada keyakinan nk naik bas 2 tingkat ni... Nak pi langkawi nnt, sanggup je drive dr naik bas... I think I shud try one day... Short distance sajok..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails