Saturday, March 30, 2013

Politik: jaga lidah, jaga maruah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
30-03-2013


Musim bersembang bab politik ni memang tak pernah habis. Samada musim election atau tidak, tetap ada yang sangat suka bab politik ni samada nak sembang tanpa niat, atau memang sengaja nak kritik tanpa penghujung.

Begitulah juga cerita-cerita yang sering dibawa balik dek MyToklaki. Ada saja. Yang saya pasti, MyToklaki ni memang species “atas pagar”. Saya sendiri tak boleh nak teka tepat dia condong sebelah mana. Hampir semua pemimpin dan hasil kepimpinan ada saja yang menjadi kritikan dan juga pujian. Dia lebih melihat usaha parti bukan siapa yang jadi teraju parti.

Pernah dia menegur seorang kawan yang berdegar dan bangga diajak buat “kerja” runtuhkan/jatuhkan poster sepanduk pihak lain. Dengan upah yang agak lumayan dia sanggup cari orang-orang untuk bekerjasama.

Lalu, bila dia bercerita, MyToklaki terus tanya, “Kenapa nak busuk hati? Biar sajalah bendera sapa pun. Sepanduk ni sapa-sapa pun boleh gantung.” (ada lagi la isu dan ceritanya, tapi saya off-record)

Dalam hal ini, saya sokong pendapat MyToklaki. Kenapa tidak positif dan bersikap terbuka? Kata negara demokrasi. Agaknya, orang-orang atas tak tahu menahu pun, tapi segelintir orang bawahan yang taksub pula datang dengan idea mengarut lagi menjelikkan ini.

Tujuan, nak duit lebih? Malas nak ulas bab duit dalam politik ni.



Masa di kampung puluhan tahun dulu, inilah rupa penimbang (dacing) yang digunakan di kedai runcit kampung, untuk timbang gula, beras or tepung or padi... dalam kiraan kati.





 ~..menjengah sawah hijau yang terbentang, ada banyak cerita yang hendak disebut oleh SERI BULAN, tetapi HISYAM lebih gemar tentang ikan di palong, burung yang diacah ratusan tin susu bergayutan dan teringin menjadi budak menarik wau di permatang kemudian menjolok gajah panjang mengait ranumnya buah keriang....~




Saputangan seorang lelaki... alahai

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
30-03-2013


Tak ingat bila kali akhir saya melihat lelaki bersaputangan. Gaya bersaputangan bagi lelaki ni mungkin hanya bagi golongan korporat, orang atasan or orang-orang yang jaga imej saja... kot. Sebab jarang saya lihat lelaki yang kerja ofis, kerja driver... yang guna saputangan. Paling biasa, depa guna tuala kecik or tuala putih jenama ‘Good Morning’.

MyToklaki sendiri, masa dolu-dolu ada ler juga saputangan kain kapas tuh. Pastu bila dia dah tak  keja ‘dalam service’ style guna saputangan ni lama-lama hilang. Dok guna tuala kecik jer pun.

Saya melihat, saputangan adalah sebahagian fesyen lelaki. Apalagi bila digayakan dengan talileher dan kot yang sepadan. Ahhh kacak sekali.



Pernah ada saputangan bersulam nama sendiri? Pernah ada saputangan kain kapas yang licin dan wangi yg ada bunga di bucu... atau biku-biku keliling?

Masa saya kecik-kecik dulu, saya selalu tengok orang tua-tua ada saputangan kain kapas berbunga halus, yang sering digunakan untuk ikat duit syiling (coin) di bucunya. Maklum zaman itu, 5 sen (lima det) pun macam 5 hengget nilainya. Kemudian saputangan tu diselit di celahan dada baju kebaya atau baju kurung Kedah. Hehehehe nostalgia sungguh....!

Dan pada zaman itu, kaum lelaki yang guna saputangan kemas berlipat empat, di letak di poket samada depan atau di belakang akan kelihatan seperti lelaki yang kemas, pembersih dan nampak menarik di mata orang lain. Kemudian sekali sekala diambil, mengelap mulut secara perlahan dan penuh gaya.... membuatkan mana-mana gadis yang melihat terus tertawan. Betulll....!

Sekarang? Saputangan bukan lagi menjadi bahan utama untuk imej sangat. Sebagai fesyen bolehlah... Gadis hari ini lebih nak tengok poket yang penuh duit, bukan poket yang ada saputangan wangi atau yang bersulam nama.

Kenapa tiba-tiba saya tulis pasal saputangan lelaki? Sebab setelah bertahun lamanya, tiba-tiba semalam saya terjumpa lelaki muda (yang boleh tahan hensemnya) dalam LRT, duduk berdepan dengan saya. Selok poket, kuarkan saputangan warna brown... mengelap mulutnya. Alahai...





 ~...HISYAM sendiri ada beberapa helai saputangan bercampur kain kapas dan sutera China sehingga SERI BULAN boleh mengingat setiap helai yang mana bersulam kata dan bergaris tiada, pernah suatu ketika dulu sehelai saputangan berwarna jingga dipinjam seketika buat menyapu si airmata belum lagi dipulangkan dengan harapan HISYAM akan terus terlupa bersama kenangan yang alpa...~




Friday, March 29, 2013

“Mak kan hot...?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
28-03-2013


Saya tak sempat nak BW juga ngadap FB. Lagipun sejak setahun kebelakangan saya memang jarang update di FB. Sekadar baca... komen mana perlu.

Kalu nak aktif pun, di grup family sebelah saya atau sebelah MyToklaki juga 1,2 grup tertentu.

Jadi bila ada banyak notifications (wpun ada group yang telah di“off notificationn”nya) setelah sehari suntuk tak buka, saya spontan akan sebut, “Banyaknya notifications....”

Sorang anak akan sahut, “Mak kan hot!” Hahahaha...!



Apa la makna ‘hot’ bagi bebudak remaja nih? Ramai peminat macam Nealofa? Atau peminat nak tahu perkembangan macam artis seksi Nora Danish? Hahahaha please lah...!




 ~...sudah hampir tiga hari HISYAM merajuk tidak memijak laman Teratak Nyatuh dan bagai tidak sudi lagi untuk makan setalam di dapur bersama SERI BULAN, lalu Mak Utih akhirnya tidak dapat menahan diri lagi untuk mencari anak teruna kesayangannya lalu masak sakan-sakan untuk dititip melalui Pak Utih sehingga SERI BULAN terasa dia sendiri hendak duduk di dalam mangkuk tingkat itu sebagai bukti dia juga rindu bukan kepalang...~




Thursday, March 28, 2013

Selera Pantai Timur: saya rindu Kelantan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
28-03-2013


Semalam pagi, saya dibawa mencari sarapan pagi selera Kelantan. Kawasan gerai dalam taman perumahan, kira-kira 10 minit dari tempat kija saya.


 Kedai dah lama, tapi signboard baru. Ramai kawan sekerja saya suka singgah sini, sebab Nasi Kerabunya sedap!


Tudia... sederet macam-macam kuih ada. Tak tau mana satu nak pilih.


Lompat Tikam ada, Apam Polka-Dot pun ada, Lontong ada, Nasi Himpit (set dengan 2 cucuk sate), Laksam.. dan macam-macam lagi menu Pantai Timur dijual. Ohhh rambang mata saya!


Saya beli Laksam untuk sarapan saya. Ohh memang sedap! Sebab dah lama betul saya tak makan laksam.
Yang lain saya tak beli pun. Mana perut nak isi nanti. Hajat nak makan Nasi Kerabu, tapi saya bawa bekal, sayang la nasi saya. Next time la Nasi Kerabu tu.

*Ada lagi kisah pasal ‘pakcik renung-renung’ tu, nanti saya sambung.






 ~...belum pernah Mak Utih melihat HISYAM marah sebegitu sampai merah telinga merah pipi dan rahang bagai berlaga sakan kerana Pak Utih membawa risik-khabar ada keluarga yang sedikit berada dan perasan kaya banyak tiba-tiba berhajatkan SERI BULAN untuk dikenen-regu dengan bujang teruna mereka yang kunun paling hensem di kampung sebelah...~




Wednesday, March 27, 2013

Entri perasan: “Pakcik, jangan renung saya, boleh?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-03-2013


Di tempat keja saya, ada 2 orang staf istimewa. Kurang upaya. Sorang pompuan muda (bujang), bertongkat (kadang-kadang berkerusi roda). Sejak kecil kakinya ada masalah, tapi dia mampu memandu keta besar ke tempat keja.

Sorang lagi lelaki. Agak berumur. Berumur la, sebab dia lebih tua dari saya yang memang dah berumur nih. Dia cacat pendengaran. Pakai alat di telinga. Kadang dia dengar, kadang tidak. Saya pernah 2,3 kali berurusan dengan dia, tu pun ada kawan tolong jadi orang tengah.

Dalam soal kerja, saya yakin mereka mampu dan berjaya, sebab depa dah level senior.

Cuma... saya perasan, DIULANG, saya perasan yang pakcik tu selalu renung saya. Tak suka nyerrrr...

Kadang-kadang bila saya lintas ke pantry, dia pandang. Saya bangun jer dia jenguk dan pandang. Dia kenal saya ker? Sekali dua bila bertembung mata, saya ingat dia akan senyum. Tak jugak.

Time lunch lagi laaa... kami makan di ruang makan ramai-ramai. So pakcik ni pun ada sekali. Hati ‘jahat’ saya kadang-kadang rasa macam pakcik ni sengaja jer nak duduk mengadap saya. Sekali suap, sekali pandang saya. Uishhh... awat la pakcik nih? Dia blogger ker? Dok stalk blog saya ker? > takdak ingat lain, bajet femes sangat.

Takpa, banyak masa lagi saya nak siasat. Ehhh orang tua pun saya nak kena siasat ker? Macam takda keja lain. Kensel lahh!

Saya segan nak tegur, apalagi nak tanya. Buatnya dia kata, “Pakcik memang macam ni, suka tengok orang.” Haa? apa saya nak jawab nanti? Maluuuu....!

atau, mana tahu dia akan bagi jawapan maut:

Abang memang suka tengok pompuan lawak macam awak!” Haaa, abang!? Pengsan la saya.

Yang pasti, saya sangat-sangat segan jika situasi ni disedari orang lain. Adehhh...!

Korang jangan citer kat orang lain tau. Cissss...!


 “Kawan, jangan la tengok saya.”
*Langkawi, 2010.





 ~...HISYAM menunjuk muka cemberut yang mengkut sejak selesai kenduri di baruh tempohari kerana terjemuh SERI BULAN ditegur-sapa-mesra oleh dua tiga orang pemuda dari Persatuan Belia dan teguran berbalas dalam senda juga lalu Mak Utih dan Pak Utih jenuh pula memikir bagaimana hendak menjernihkan wajah keruh itu...~




Tuesday, March 26, 2013

Kawan saya kawan dia juga, tapi kawan dia tak jadi kawan saya pun takpa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
26-03-2013


Hampir semua kawan-kawan saya adalah juga menjadi kawan MyToklaki. Bila ada kesempatan, dia pun akan join semeja dengan kawan-kawan saya (terutama yang lelaki). Ada ketika depa punya borak lebih dari saya. So, sapa kawan sapa sekarang? Hahahaha...!

Tapi sangatlah sedikit kawan-kawan dia, menjadi kawan saya. Heh heh heh.. tentulah kan? Takkan la dia nak mengeteh di Mamak al-Sarifa 24 Jam tu, nak heret saya. Mau tersengguk saya dok dengar depa sembang pasal... hmmm politik? pasal projek (yang kadang tak jadi)?

Sekali sekala saya join (dalam istilah TERjoin) pada pagi minggu, bila kami balik Pasar Pudu dan sarapan... terjumpa sorang dua kawan dia. Biasanya saya diberitahu nama jer pastu saya buat la sibuk menjaga mulut dan perut saya jer. Mengadap ‘Tose Telor Mata Atas’ lagi best.

Dolu-dolu, pernah jugak la dia usik saya, sebut kawan-kawan dia puji. “Orang rumah lawa”. Saya? Cebik menyampah, sebab dok terfikir gak tu tipu ke bohong. Mujur saya tak bidas, “You tak takut kawan you mengorat saya?” hik hik hik! nak perasan sikit pun tak bleh.


Sorang kawan dengan sengaja dan bangga MMS gambar Sotong Telur ni ke henpon cabuk saya. Cisss... mentang-mentang saya tak reti nak masak sotong ni. Nanti dia, saya pakai bedak banyak-banyak, baru kau tauuu..! > apa kaitan ntah?






 ~...mengikut Pak Utih menjala di Sungai Menghijau Lumut dengan harapan pandai menebar udang yang sedang, HISYAM juga sebenarnya hendak menunjuk diri tidak beza dari warga Kampung Separuh Desa yang lain lalu SERI BULAN segera mengerti betapa lelaki itu sudah menetapkan hati di sini sampai terlupa mereka pernah ada Plan B untuk pergi tanpa dikesan tanpa ketahwuan dan tanpa kerasanan...~




Monday, March 25, 2013

Mulut manusia, bukan mulut guri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-03-2013


Kita sering menyangka, di kampung atau desa... atau kawasan perumahan yang ramai penduduk dan saling mengenali seluas dan sejauh... lalu setiap pergerakan menjadi perhatian. Dan tumpuan. Kemudian menjadi bahan. Bahan cakapan.

Mulut orang.

Tetapi dalam kita berada dalam keterasingan pun, kita masih tidak mampu mengekang orang bercakap pasal orang lain. Adat. Manusia memang suka bercakap pasal manusia lain. Takkan kita nak cakap pasal monyet kat hutan plak kan? lain lah kalu kita nak mengaku kita sedara monyet tuh...!

Dan tak ramai orang nak bercakap pasal benda yang tak bernyawa dan tak bergerak. Kalu boleh, setiap benda bergerak nak diperhati dan diulas. Kelemahan kita. Begitulah... Walaupun kita berada dalam bandar, di kota yang pesat membangun dan konon orang sibuk dengan hal masing-masing. Tidak.

Agaknya sudah terbiasa menjadi Lone Ranger, lalu saya sedikit kekok untuk berada dalam kelompok ‘bising-riuh-kecoh-heboh’ walaupun saya semakin belajar untuk meminimakan keberadaan saya dalam situasi itu. Saya pelan-pelan untuk mengelak dan cuba terus menjadi Lone Ranger yang difahami dan tidak disalahertikan sebagai sombong. Lebih selamat dengan mengambil pendekatan ‘buat bodo’.


Membayangkan, jalan berdua di laluan lurus itu. Ada irama beralun lembut di celahan dan rimbun daun. Seiring sambil mata sesekali menjeling or mengerling, tanpa kata then senyum dalam bahasa yang sama-sama memahami.

Kemudian, bila tiba di hujung jalan tup-tup ada soklan, “Apa yang awak senyumkan tadi?” Ahaks!





 ~...mendidik diri untuk tidak jadi melatah Bidan Piah, SERI BULAN tidak mahu melenting walau pernah diejek kerempeng bagai tidak sepadan dengan HISYAM yang gagah sasa maskulin, kerana sedar sudah lama HISYAM berpesan-tanpa-amaran walau apapun yang dikata orang, ikrar janji-jari-kelingking-berkait dulu masih teguh di talian janji dan juga kukuh di jaluran hati...~




Sunday, March 24, 2013

Belajar memasak tanpa kena desak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
24-03-2013


Ramai kita belajar masak dari pelbagai cara. Tak perlulah saya senaraikan cara. Ikut mana suka.

Sejak 2,3 minggu lepas lagi Dak AMOI sebut nak makan Nasi Lemak TOK KI yang saya pernah borong dari Gerai Mak Long di BTHO — entri tentangnya “Nasi Lemak Lima Kupang TOK KI...

Dan semalam, masa saya sebut nak buat Nasi Lemak Masak Sendiri, saya pun try masak macam resipi Tok Ki tu. Yup, bubuh halba. Daun pandan jangan lupa. Yeahhh... memang sedap! Rupanya memang sedap!

Saya pun semak di Google tentang halba ni:
KEGUNAAN Halba
  1. Diminum sebagai teh untuk - Melancarkan haid - Menghilangkan kembung,sebu dan senak - Pencuci perut - Menguatkan jantung - Menghilangkan lendir tekak - Melegakan sakit kepala/ migraine - Membuang angin - Menyembuhkan buasir - Senggugut - Merangsang rahim - Kegemukan - Kurang berat badan - Mengawal kencing manis - Radang kulit dan Bisul
  2. Teh Halba + Madu - Kurangkan ketagihan rokok dan dadah - Anemia
  3. Untuk anak-anak yang baligh - kecergasan - kekuatan badan - Tumbesaran
  4. Untuk ibu menyusu - Banyakkan air susu
  5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
*sengih baca kegunaan nomot 5.


Saya memang sentiasa ada Halba dan Halba Campur di rumah. Bila masak Kari Ikan, memang saya wajib buh Halba Campur.

****

Cerita lain.

Saya terkenang masa kecik-kecik dulu. Bila Raya or jika ada kenduri kahwin di rumah saya or rumah orang kampung lain, mesti ada hiasan riben sebegini. Yang digantung di empat penjuru siling rumah dengan ‘sebiji bintang or bulan riben’ di tengah. Berpintal-pintal, berkelip, berkilauan dan berayun-ayun ditiup angin. Cantik sesangat.

 Seperti ini — dari filem Anak Bapak.

Rasanya sekarang, orang dah hias rumah or dewan sebegini lagi dah.





 ~...ketika kopi buat sendiri masih belum menipis asapnya, Pak Utih tidak menunggu lama untuk bertanya kepada HISYAM tentang cerita orang yang berlegar dari baruh ke hulu, dari sawah hingga ke telinga kerbau pawah yang mula berkisah tentang resah anak dara Pak Imam sehingga kecoh dia mandi tidak basah, makan tidak lalu kerana tekak kembang dan SERI BULAN mula terkunci kata di belakang Mak Utih yang masih terbata-bata...~




Saturday, March 23, 2013

Saya keras hati? Memang saya keras hati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-03-2013


Hari ini my offday.

Kira-kira 24 tahun dulu. Selesai kenduri kahwin di sebuah kampung. Yang meriah sebab hampir seisi kampung dijemput. Ada khemah kain terpan. Ada balai bertiang dan berlantai kayu yang licin teguh. Cuma takda lembu tumbang.

Pengantin tidak bersanding tapi kena paksa duduk berganding ditayang di tengah laman bersimen yang panas terik.

Kemudian pengantin bersiap untuk balik semula ke KL. Dan sebaris pesanan dari si ayah buat si suami,

“Jaga *** (nama pengantin) ni. Dia ni keras hati.”

Uik...!

****

Malam tadi saya acah-acah MyToklaki: “Kalu takda, saya tak jadi masak lah.!”

“Alaaa... masaklaa. Jangan la keras hati sangat. Cer lembutkan sikit hati tu.” Saya tersengih dalam gelap (sebab dapat idea nak menulis di blog). Hahahaha...!

Punca: ada barang dia terlupa beli untuk saya nak masak Nasi Lemak pagi ini. Tapi pagi ini, tengok-tengok barang tu dah ada kat dapur.

Okehhh... saya nak masak Nasi Lemak Masak Sendiri...!!



Tayang balik gambar lama. Lebih kurang gini jer.




 ~...bila jemputan sudah dibuat, bangsal sudah didirikan dan lembu sudah mula gelisah di tambatan, SERI BULAN pula gembira dalam gementar kerana diajak menjadi pengiring mengkhatam Quran kerana anak dara Pak Imam bagai setuju tidak rela menjadi teman seiringan dan sudah tentu kelak HISYAM tidak tahu siapa yang hendak dijeling siapa yang patut dikerling...~




Thursday, March 21, 2013

PEMBERITAHUAN: Pintu kotak komen akan ditutup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
21-03-2013


Jika sehingga minggu depan pun, saya masih tidak mampu memberikan ruang waktu untuk BW apalagi nak mengomen, saya akan menutup sementara ruang komen di blog saya. Tidak la mangga terus, mungkin hanya pasang selak sementara saja.

Harap-harap ini lebih adil bagi semua orang. Seimbang dan tidak hanya sehala. Buat masa sekarang ni, saya hanya mampu reply komen di entri saya jer. Itupun beberapa peringkat. Mengikut masa dan kesempatan.

Kita tengok lah minggu depan macamana.

*******

Saya suka drama ni. Terbitan syarikat Rosham Noor (Suhan Movies), hasil karya & arahan Zulhuzaimy. Lagu tema juga dicipta oleh Zulhuzaimy. Saya suka lagu-lagu berirama lembut, mendayu dan penuh lirik ala-ala klasik dalam drama ini. Atuk Baen (lakunan Ruslan Madun) tu banyak berdendang, bergurindam, bersyair dalam drama ni. Saya suka! (selain konsep persahabatan  sejak kecil yang sentiasa memberi makna mendalam buat saya)


Sampaikan Rindu – Izzue Islam & Sharifah Sakinah

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…

(OST Bunga Merah Punya)


Slot Aurora setiap Khamis, di TV9.

Ada beberapa episod saya tertinggal. Bukan nak tengok sangat, tapi lebih nak dengar lagu gurindam  dan syair si Atuk Baen tu jer.





 ~...bila jalan denai nampak indah bersuluh bulan terang, Mak Utih dan Pak Utih sengaja melengahkan langkah untuk memberi lebih ruang waktu untuk HISYAM berbicara mudah dan sekali sekala dapat mendengar SERI BULAN ketawa rendah diusik sakat oleh kisah lalu yang penuh lucu dan sepanjang jalan pulang dari surau hingga ke laman terus berteman kerana mulut orang lebih lebar dari mulut guri...~




WW: Jawatan ‘Penjual Gadis’? — dah malam baru tingat nak buat WW...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-03-2013






*kerana mulut banyak benda boleh binasa ~ kerana mulut juga orang boleh bermusuhan ~ kerana mulut juga ramai orang boleh jatuh chenta.





 ~....apabila HISYAM menyatakan kesediaan untuk memilih tidak lagi membujang kerana menganggap itu suatu yang tidak bijak banyak pula yang gembira sambil teruja menanti gadis mana yang akan dinikahi di Kampung Separuh Desa dan SERI BULAN menanti dalam debar cincin yang pernah mereka sepakat melihat dulu adakah akan menjadi suatu pengikat atau pengiring semasa akad..~




Tuesday, March 19, 2013

Sebenarnya, saya tak perlukan info sebegitu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-03-2013



Saya rimas. Tapi saya tahan juga. Selaku orang baru, ada banyak perkara saya tidak tahu. Terutama tentang persekitaran (soal kerja, takda masalah sebab saya memang diterima kerana pengalaman yang bertahun ini).

Setiap pagi... ya setiap pagi saya mendengar pelbagai cerita dan kisah dari kawan yang saya ikut bersama ke tempat kerja. Hampir semua cerita itu tidak pernah saya tanya, tidak saya pinta malah juga tidak saya ingin dengar.

Ada saja. Si A tu kena tinggal suami lah... si B kahwin belas tahun takda anak la.. si C tu lakinya timbalan pengarah la.. si D tu kedekut nak mampus la.. si E tu sombong tak campur orang laaa. adehhh!

Walaupun kawan saya tu lebih tua dari saya, saya hormat dia tapi saya pun bukan budak sangat sampai tak reti nak nilai sedikit sebanyak.

Sebenar-benarnya, saya tak perlukan info-info sebegitu pun. Tak penting pada saya. Selama ini pun saya memang tak pot pun latarbelakang orang keliling saya. Jadi saya anggap dia tak kenal saya lagi. Dia belum kenal saya. Mereka yang lain juga belum memahami saya. Lalu saya hanya terdaya membiarkan saja keadaan berlaku secara perlahan-lahan.

Kalu kawan saya tu jumpa orang jenis mulut tempayan? Dah lama kisah tersebar dia bawa mulut mengata orang itu, mengutuk orang ini. Saya simpan semua cerita sebagai sebuah kisah sekadar mengisi masa boring sepanjang jalan setiap pagi. Tak luak lah.

Sekian ramai kawan yang saya ada pun, terlalu sedikit saya tahu pasal mereka secara mendalam. Sepertimana saya tidak mahu diri saya dikenali terlalu mendalam, begitu juga saya rasa orang lain turut rasa. Jangan la pot sangat peribadi orang lain... Tak semua orang suka pun.

Yang best di tempat kerja baru, tiada kompleks shopping@mall, tiada foodcourt (ada pun jauh sangat), tiada kawasan yang meriah (kami di industrial area), jadi setiap hari lunch ditempah dari sebuah restoren khas yang akan menghantar bila time lunch tiba. Saya tak suka, sebab tak berapa sedap. Usaha membawa bekal sangatlah menjimatkan. Dan best sangat...!

Semalam saya bawa Kari Ayam (resipi Utara, boh kerisik), lengkap dengan ikan masin dan papadom. Ramai yang ngendeng.

Hari ini Sambal Sotong + Ayam Goreng seketul + Kacang Buncis Goreng Bertelur. Air Limau Kasturi Asam Boi setiap hari sebotol. Puas makan. Langsung tak kuar duit. Wahhh... bolehlah saya simpan untuk pegi jalan-jalan nanti. Hehehehe berangan!

No gambar to tayang-tayang.





 ~...setelah beberapa purnama menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, barulah SERI BULAN menyedari HISYAM sangatlah menawan senyumannya, sangatlah berseri wajahnya terutama di pagi hari, teramatlah gagahnya setiap kali menolong Pak Utih mengangkat pagi di baruh, lalu naluri perempuannya semakin kuat berikrar untuk menjaga lelaki itu lebih dari segala yang pernah dia miliki selama ini...~




Monday, March 18, 2013

Sampai bila nak macam ni jer, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
18-03-2013


Selalu gak tertanya-tanya, sampai bila nak tulis blog? Ada ketika macam hilang mood bila letih.

Seorang kenalan lama yang dah 2,3 tahun tak berhubung, tetiba sms pagi tadi (saya memang guna no henpon yang sama dah lebih 10 tahun). Tapi saya malas nak reply. Sebab saya pernah sentap dan tersinggung kerana beberapa cakap lepasnya. Dah selalu kena. Asyik la saya jer nak jaga hati dia. Sampai bila nak macam ni jer, kan?

Seorang kawan lelaki, yang saya anggap lengkap segalanya, masih memilih untuk membujang sehingga hari ini. Sejak saya kenal dia since 2003, begitulah. Sampai bila nak macam ni jer, kan? (saya harap dia faham maksud saya, sebab dia pembaca bog saya juga)

Saya sendiri naik bosan dengan tatarias (cewahhh....) blog saya sendiri. Sampai bila nak macam ni jer, kan? Tapi dalam kepala ni yang batu besar jugak ada duduk, asyik dok ingat kasut PURPLE jer. Macam takda benda lain dijadikan header. Sampai bila nak macam ni jer, kan? alahaiii....




Melihat situasi yang lebih  luas, ada banyak perkara yang kita boleh persoalkan dengan soalan yang sama “Sampai bila nak macam ni jer, kan?”. Contoh: seorang kawan saya, sampai sekarang masih keras hati tidak mahu balik ke rumah, setelah keluar beberapa bulan lalu. Meninggalkan anak-anak yang ramai dijaga bekas suami. Saya mesti berlinang airmata bila kenangkan kisah dia.

Sebab IKA yang dah age 21 pun saya masih siapkan bekal dia. CHAK yang dah 11 tahun pun saya masih siapkan sarapan, bekal dan botol air ke sekolah, inikan pula anak dia yang masih sekolah tadika? Kalu saya, memang tak sampai hati nak biar anak-anak berdikari sebelum masanya.  Ruginya melepaskan saat-saat macam tu. Itukan tanggungjawab kita? Sedih nyaaaa...






 ~...semasa makan malam di Teratak Nyatuh semalam, Mak Utih terhenti suapan bila tiba-tiba sahaja HISYAM terlatah menyebut hendak mencari tempat bermastautin baru mengikut arahan dari pihak atasan lalu SERI BULAN sudah pasti akan diheret sama, sedangkan masanya belum tiba untuk memijak laman baru dan Pak Utih hanya sekadar melepaskan keluhan kesal dalm rela...~




Sunday, March 17, 2013

Minat anak-beranak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
17-03-2013


Sabtu semalam saya kerja separuh hari. Masih belum dapat arahan untuk kerja lebih masa, tapi beberapa grup lain kena stayback sampai petang.

Dan ada grup pula yang kena kerja hari ini, Ahad hingga ke malam. Ada projek penting yang kena ‘submission’. Moga-moga tender kali ini berjaya lagi seperti projek-projek terdahulu, sebab ada insentif menanti depa.

Hujung minggu hari melepak sambil masak makan sakan-sakan.

Dan melayan minat sendiri.



Hasil buruan Dak AMOI dan IKA di KLCC minggu lepas. Baru semalam saya dapat peluang nak baca. Yang bahasa sahaja saya punya. Selebihnya, bebudak tu la punya.



Dak AMOI memang peminat setia J.K.Rowling. Karya terbaru beliau selepas siri Harry Porter. Baru saja masuk pasaran bulan lepas. Yang ini special edition, hard cover.




CHAK dah lama nakkan buku Dear Yayah tu.

Saya dah selesai membaca novel Projek Memikat Suami tu. Terpengaruh dek beberapa promosi dan komen di FB tentang novel tu. Bagi saya, boleh lah tahan. Tak banyak beza dengan novel-novel ‘seumpama tema’ yang pernah saya baca sebelum ini. Klise. Dan, saya rasa novel ni kurang sesuai dibaca oleh bebudak bawah umur sebab ada beberapa ‘scene bilik tidur @ scene orang kahwin’ yang disebut walaupun masih menggunakan bahasa berlapik. Tiada yang bersalahan, bahasa masih terkawal dan manis. Bagi yang memahami, akan faham lah. Happy ending. Biasa la kan?




 ~...malam minggu jika menjadi malam meriah bagi mereka semasa di kota dulu, kini menjadi malam indah walau sunyi tetapi aman lagi nyaman sehingga HISYAM pernah menyebut untuk tidak lagi pergi ke mana-mana dan SERI BULAN sendiri berikrar untuk sentiasa menjadi pendamping yang setia selagi di situ ada Budu, di sana ada Tapai dan di sini ada Roti Sardin Garing...~




Saturday, March 16, 2013

Walaupun nampak macam susah, tapi saya okeh jer...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaatAAt
15-03-2013


Zon selesa saya selama 3 tahun sebenarnya sudah berakhir sebaik sahaja saya menerima kerja baru yang jauh dari tempat tinggal saya.

Selama 3 tahun, saya rasa cukup selesa sehingga ke tahap saya macam orang pencen yang pegi kerja makan gaji ‘statik’ dan kadar produktiviti saya sebenarnya berada di level yang sangat-sangat rendah.

Sedangkan bertahun sebelum itu, saya sudah melalui puluhan tahun bergelut dengan masa kerja (maklum swasta) yang tidak menentu. Pernah ada sejarah kerja non-stop sampai sebulan. Ahad kerja. Kena stayback sampai pagi Raya pun pernah.

Then, 3 tahun terbaru itu saya selesa sangat. Masuk kerja jam 9, balik jam 5 petang. Tekanan hampir tiada. Saya tak suka, tapi seolah-olah saya tiada pilihan (sebenarnya saya silap).

Kerana kebolehan saya (sekadar boleh, malu nak sebut pakar) hanyalah dalam bidang yang SATU itu, lalu saya terima kerja yang sama juga (of course la saya ada skill yang boleh digunakan) walaupun memang jauh.

Bunyi macam susah, tapi saya suka kerja ini. Bidang ini seronok. Minat itu menjadi tarikan utama saya, kerana dari MINAT akan membuka ruang yang lain pula. Bila kita minat, kita bersungguh, kena kerah pun buat juga, kena pressure pun steady saja. Kesungguhan dan kesanggupan itu akan memberikan kita imbuhan dan penghargaan pula. Segalanya berkait rapat, dan end of the day kita akan merasa happy dengan hasilnya (terutama apabila hasil produk adalah menjurus kepada mendidik generasi).



Suasana dalam LRT lengang ini adalah pemandangan biasa saya sekarang. Saya ambil LRT pertama setiap pagi (seawal 6.07 am) sehingga ke suatu stesen (jika terlepas yang pertama, saya kena berlari-lari mengejar waktu). Singgah solat Subuh di masjid yang bersebelahan dgn stesen itu, kemudian menanti rakan sekerja depan masjid. 6.30 am, kami bergerak bersama ke tempat kerja > ikut hiway.

Susah tak? Tidak. Sebab saya seronok pula walaupun seawal 5.00 pagi saya dah siap masak bekalan untuk saya dan IKA, juga untuk lunch bebudak yang akan balik sekolah.

Dah lama saya tak sibuk macam ni.

Orang yang berada dalam zon selesa, yang kerja hanya sekadar isi masa lapang, memang akan sengih saja la baca rutin saya ni.

*dapat BW sebahagian blog saja dari kumpulan di sebelah. Esok saya cuba sambung lagi. Penat sangat... Nak rest, esok adalah hari bekerja saya.




 ~...bila mendengar pinggan berlaga di subuh hari, SERI BULAN sedia tahu Mak Utih mula menanak pulut bersama gelama kering dan Pak Utih sudah berada di perigi bersama berus gigi dan jika HISYAM ada bermalam di bilik bujang di hujung serambi, dia juga akan dikejut dengan kokokan ayam yang sebelum itu tidak pernah dia dengar dan nikmati sama sekali...~




Friday, March 15, 2013

Melayu: sanggup buat apa saja bila hati cemburu & dengki?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
14-03-2013


Hari ini, seorang rakan sekerja yang lebih muda dari saya berurusan dengan saya. Bila selesai sedikit awal dari masa yang dia jangka, lalu dia berkata,

“Ini lah yang bagusnya kerja dengan orang pengalaman ni, mudah.” Samada kerana hormat, atau bodek atau memang sudah biasa dia kata-kata begitu, saya menerimanya sebagai penghargaan yang jujur. Mulanya begitu lah.

“Jangan cakap kuat-kuat, nanti orang lain dengar, marah pula.” Saya sekadar gurau tidak memaksudkan sesiapa pun.

“Betul Kak Azie. Orang Melayu kita ni, bukan boleh tengok orang lain lebih baik or lebih pandai. Ada saja dengkinya. Sanggup buat apa saja.” Lalu saya tersedar. Takkanlah?

“Huh... ada kes kah?” Sengih.

“Hmmm.. biasalah Kak Azie. Ada orang sanggup buat apa saja (dia ulang ayat ‘gerun’ tu). Sebab tu sini tak boleh tunjuk pandai.”

Sejak dulu, saya cukup KELIRU dengan istilah ‘tunjuk pandai’. Ramai sungguh yang salah faham dengan istilah tu. Saya rasa dalam keadaan tertentu, kena juga tunjuk pandai supaya orang yakin dengan kebolehan kita, kemampuan kita, dan keyakinan mereka untuk memberikan tugasan tertentu.

Di satu sudut lain pula, ‘tunjuk pandai’ selalunya makan diri. Samada kena dera @ buli kena buat kerja lebih, atau jadi bahan cemburu rakan sekerja. Lalu akan ada lah usaha jatuh-menjatuhkan. Larat ker depa nak jatuhkan saya yang berat lebih 80kg nih?

Sejarah juga turut membuktikan, hasad dengki orang Melayu ni, memang hebat lah!

Kadang-kadang, cakap-cakap biasa pun boleh dianggap dengki. Kesalahfahaman itu diburukkan lagi dengan kata emosi sebagai perencah sehingga menghukum dengan pelbagai kategori penghinaan.

Contoh satu kes: seorang penjual barang (produk) pinggan mangkuk. Bila ada pelanggan yang kata pinggan tu tak menepati citarasa dia, kenapa penjual nak marah dan kata pelanggan tu yang sengkek tak mampu beli. Kenapa tak improve produk supaya pelanggan tu akhirnya tertarik akan beli juga suatu hari nanti? Kenapa mesti nak cari kesalahan pihak pelanggan?



Satu lagi pic kiambang yang saya snap sama hari dan sama tempat (Kuala Selangor) hari itu. Ini kiambang di dalam parit tepi jalan. Sayang, sampah itu mencacatkan kehijauan.






 ~...ibarat rimbun bak serai, ibarat junjung bak sirih dan seperti akar membelit dahan begitulah dapat diumpamakan rasa percaya juga saling serasi atau mungkin juga rasa kasih antara HISYAM & SERI BULAN sepanjang berada di Kampung Separuh Desa lalu peluang untuk orang lain berada di tengah pun sukar dan anak dara Pak Imam sering bermuram durja dan Jalil sering pula ingin berbuat durjana...~




Wednesday, March 13, 2013

“Muda lagi?” Saya jatuh perasan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-03-2013


Rabu, dah tak reti nak wordless dah. Selalu terlupa pun. Maklum kita bukan muda lagi.

Sebut pasal bukan muda ni, saya terkejut masa sembang suai-kenal dengan kengkawan sekerja. Ada soklan, “umur berapa?”. Bila saya sebut, depa boleh kata, “ohhh muda lagi.”

What? Muda lagi? Anak sulong saya age 23 okeh?

Ya, sebahagian besar rakan sekerja yang sama department dengan saya, memang lebih tua dari saya. Yang umur pencen pun ada. Senior yang sudah berkhidmat lebih 10–15 tahun pun ramai. Yang dah bercucu pun ada.

Lalu saya perasan la sekejap.

Sambung perasan lagi. Terbuai sekejap sebab saya sedang baca novel Teduhan Kasih (kali ke-2). Watak lelaki utama dalam novel tu buatkan saya suka nak kaitkan dengan watak-watak dalam siri drama I MISS YOU di slot Chamsarang. Terutama Han Ju Woo...! Opss, bukan muda lagi nak teringat-teringat tu semua. Pandai sungguh penulis novel buat kita jatuh perasan, kan?



Lama saya tak tengok guri sebesar ini di mana-mana. Rumah kampung dulu ada sebiji dua. Buat isi air tepi tangga (bersama batok), buat isi air ujan yang ditadah dari cucuran atap (atau bucu zink), buat isi santan nak buat minyak (MyBonda buat minyak sendiri dulu). Jika yang kecik sedikit, digunakannya untuk isi ikan pekasam (wadik), ditutup dengan plastik, dicekup dengan tempurung. Tahan bertahun.



Kiambang kah itu? Saya tak pasti nak sebut apa. Kiambang yang kecik terkapar di paya tu, kan?  Yang sering disebut orang kiambang bertaut tu kan? Ini pokok apa?

Teratai? Telipok?







 ~...menghayun kaki di malam hari bersama cahaya bulan yang sekejap terang sekejap samar, memberikan rasa indah di hati HISYAM kerana SERI BULAN sangat berseri bercerita tentang kisah lama mereka di kota dulu, tentang berpaut tangan dalam sesak orang beratur di kaunter tiket wayang, kini hendak menyentuh hujung jari pun tidak tergamak...~




Tuesday, March 12, 2013

Cemana nak update, kalu takda benda yang hendak ditulis...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
12-03-2013


Tiada upate. Tiada cerita menarik. Tulis pasal kerja, nanti orang ingat, macam saya sorang saja yang kerja. Orang lain kerja lagi dahsyat siap ada perkataan ‘eksekutif’ kat hujung pangkat, tak kecoh pun.

Yang pasti, walaupun masa kija saya sangat sibuk dan hari-hari saya semakin padat, saya happy. Anak-anak happy. Keluarga happy. Saya harap kegumbiraan tu berpanjangan supaya saya semakin boleh melupakan yang sedih-sedih bila melibatkan kerja dan kerjaya.

Tiada cerita khusus nak merepek merapu kat sini. Nak BW pun asyik la tak sempat. Nanti saya cuba curi masa, okeh!



Kategori saya. Paling banyak ‘aktiviti luar’ yang saya dok merapu. Jadi bila tak keluar ke mana-mana, no story lah...!

Dan cerita pasal novel pun saya dah malas nak buat. Sebab asyik kena komplen saja. Berkali saya buat ‘note’ entri pasal novel adalah dari kacamata saya SEMATA, pun masih ada yang salah faham. Well... ikut suka lah.






 ~...sudah berhari-hari hujan lebat membecakkan laman, mengeruhkan sungai dan melembabkan tanah kebun tetapi SERI BULAN masih gentar digertak pacat dan HISYAM gementar dek sejuk malam tetapi belum berjodoh rupanya mereka berdua walaupun dia sayangkan SERI BULAN lebih dari dirinya sendiri...~




Cendol Durian Borhan: enak tapi sayang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-03-2013


Balik dari majlis kenduri di rumah Kak Anoy & Kang Herman Tino, kami mencari gerai cendol sebagai menunai hajat yang dipasang sejak awal waktu kami bergerak.

Mula-mula memang kami dah nampak dah Cendol Bakar yang popular giler tuh. Masa tu dah nampak beberapa keta mula masuk ke situ. Tapi kawan saya yang ikut sama dah awal-awal ‘warning’, jangan la time balik nanti kita nak singgah, kompom jem teruk area sini nanti.

Betul pun. Memang jem area Cendol Bakar tuh.

Kerana sudah mengagak jem tu, kami singgah di kedai cendol lain di kawasan yang sama. Pun dikatakan sedap juga. Cendol Durian Borhan. (dari Tg Karang, jumpa kedai ini dulu sebelum jumpa Cendol Bakar).

*sebagai memuaskan hati sendiri sebab keliru dek nama ‘cendol bakar’ ni, saya tanya sendiri dgn orang Tg Karang. Betullah, nama Cendol Bakar diambil kerana nama tokeynya adalah Bakar.



Kami tiba sekitar jam 3.30 petang, memang cuaca sangat panas. Orang pun memang nampak ramai menikmati cendol di situ.



Ada deretan barang-barang kampung ala-ala pasar tani di sebelah kedai cendol ini. Ramai yang singgah membeli sayur-sayur, ulam, kerepek dll di sini.

Surau juga disediakan di bahagian belakang, sempatlah kami singgah solat Zohor di situ.


Kedainya biasa saja. Tak lah secanggih yang kita bayangkan. Nampak bebudak pelayan pun budak-budak remaja. Terselit juga seorang pekerja asing (Pakistan kot). Yang pasti semua pekerja bersih dan kemas.


Duriannya? Janganlah mengharapkan seulas durian dalam setiap mangkuk. Jauh sekali la nak bayangkan durian jenis D24 or Musang King. Memang tak la, kan? Yang kuning itu ialah isi duriannya. Sesudu mungkin...


Selepas disatukan. Rasa, enak la juga. Cuma tak puas nak nikmati rasa durian tu. Tenggelam dek rasa cendol dan air gula. Ada juga Cendol Pulut, tapi kami tak order pun.


Cendol biasa RM1.50. Cendol Durian = RM2.00. Jadi apa yang diharapkan duriannya, jika harga cuma RM2.00? kan?



Tetapi pengunjung memang ramai. Pelbagai bangsa ada. Saya yakin, yang jauh juga ada. Macam kami yang mari dari KL.

Selain itu, juga ada Otak-Otak panas (saya makan satu saja, sebab masih dikira ‘kurang’ banding yang saya makan di Pandan Jaya sini), juga Laksa serta Mee Kari. Kami order 2 mangkuk Laksa sebagai mencuba rasa. Maklum masih kenyang makan nasi kenduri. Laksa, wajar dipuji. Sedap dan pekat.

Lalu besarlah hasrat saya nak bungkus untuk rakyat di rumah, beberapa bungkus Laksa dan juga Mee Kari tu... tapi sayang sekali. NO BUNGKUS! Siapa datang, makan/minum di situ SAHAJA. Alahai...

Terus saya kata, “Ruginya awak bisnes macam ni, kami nak bungkus banyak ni...” Sengih saja la budak pelayan tu.

Sebenarnya, depa tak rugi pun. Entah-entah sehari income jual macam tu jer, beribu RM.

Lain kali saya pergi Tg Karang, saya nak bawa bekas sendiri. Boleh la beli bawak balik, kan?



Terimakasih kepada yang terlibat dalam ini cerita, juga si penaja utama.


Saya tertarik botol comel ayaq lemonade nih. Macam zaman kecik dulu, botol lemonade memang comel-comel saja. Paling popular, Air Sarsaprilla ler. Sebenarnya, air Sarsi.

Kesimpulannya, saya masih menyimpan hasrat untuk singgah juga kedai Cendol Bakar tu suatu hari nanti. Harus nak cuba...!






 ~...sebaik tiba di laman Teratak Nyatuh, HISYAM bagai dipaku kaki di tanah kerana Mak Utih sudah menanti di ambang ambin dengan muka merah menahan marah gara-gara SERI BULAN lebih dulu membuka cerita HISYAM akan membawanya pulang ke bandar Tenggara barang sehari dua sedangkan Pak Utih belum tahu, Mak Utih belum mahu...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails