Sunday, February 3, 2013

Nasi Lemak Lima Kupang TOK KI...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-02-2013


Sarapan apa pagi ini?

Paling popular tentulah Nasi Lemak.

Ini citer nasi lemak minggu lepas punya. Saya & Toklaki pegi ke BTHO (Bandar Tun Hussein Onn, Cheras), dan kami bersarapan di medan selera di sinun.

Kawan kami sering cerita pasal Nasi Lemak Tok Ki (penyanyi 90-an, ingat?) yang sedap. Saya 2,3 kali singgah di gerainya, tetapi makan menu lain.

Pagi itu kami sarapan di situ, serta bungkus untuk kawan dan juga anak-anak.

Nasi Lemak sebungkuih 5 kupang!



Nasi lemaknya ada halba. Memang sedap. Yang paling ramai orang beratur, tentulah kat sudut Nasi Lemak 5 Kupang ni. Boleh juga beli singgit, tambah lauk dll. Menu lain juga banyak. Kuih muih pun banyak. Macaroni Gorengnya sedap.! Kedai ni memang meriah. Sebelah petang ada jual Laksam dan kuih-muih.

Lokasi: medan selera di belakang McDonald BTHO. Nama gerai ‘Kedai MakLong’, berhadapan 7-Eleven.

Saya segan nak snap logo kedai, sebab orang ramai sangat.

Apa sarapan anda pagi ini?





 ~...mengajar diri sendiri untuk mahir menanak nasi di dapur kayu beratang tinggi, Mak Utih menyimpan geram sendiri bilamana SERI BULAN masih tidak tahu mana beluti mana kayu jati dan HISYAM turut disalahkan kerana mengutip kayu api tanpa tahu mana tempurung mana kayu semut sudah hurung...~




28 comments:

  1. Kira murah sngt la 5 kupang tu...
    Pgi ni bekpes roti canai je....alhamdulillah....:-)A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma dapat 3 suap saja laaa... dah rega pun 5 kupang. hehehe

      Delete
  2. daun pisang lagi tu...mmg sedap aroma nye. Sy bfast jemput bilis pg kak aziezah. Kuantan hujan since malam tadi smpai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput bilis tu pun sedap tuuuu.. cicah sambal or sos.

      Delete
  3. Azie, ada lagi kat sana nasi lemak 5 kupang? ingat di sana semua dh singgit paling murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually, yang singgit pun dah susah nak dapat. Paling biasa di sini Nasi Lemak Biasa harganya RM1.20.

      Delete
  4. masih ada lagi nasik lemak 5 kupang..? kat manjung xjumpa dah..paling murah singgit..~ menyimpan geram sendiri~ ..sbb jauh xboleh p beli =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung kadang2 masih ada. Bla saya balik Part Buntar, masih ada nasi lemak biasa yang rega RM.070.

      Delete
  5. Seringgit pun makchaq dah rasa murah... 5 kupang memang teramat murah la kan..

    Makchaq masak mee pagi ni.. Pakchaq ada rajin la sikit.. Kalau pakchaq tak dak kami teruih makan tgh hari ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak mee tu sedap tu. Saya jarang masa mee sebab cepat jemu. Bebudak lebih suka bihun.

      Delete
  6. saya sarapan cekodok bilis ngn roti canai je kak...

    nasi lemak tu bungkus dlm daun pisang kan...mesti wangi la kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa... agak berbaloi lima kupang tapi boleh dapat wangi daun pisang. Best, kan?

      Delete
  7. Kenapa pulak nak segan snap gambar kedai dia? Org ramai yg dah tahu Azie blogger tersohor.

    Murahlah kalau 5 kupang. Selain dari sambal dan timun ada tak dia bagi telur, kacang dan bilis goreng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan la saya Bang YB nak snap itu sini. Orang pandang nanti pelik pulak.
      Kalu tengok pada gambar, boleh nampak ada yang sudah dibubuh sambal ada yang sudah dibubuh timun, kacang dan telur rebus. Pendekata, semua tu lengkap!

      Delete
  8. wujud lagi yer nasi lemak 5 kupang..kampung saya pun nasi lemak dah singgit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung awak dah moden la tuuu.. Orang kampung dah kaya. Hehehe

      Delete
  9. Ado lagi nasi lemak 5 kupang kat sana? Kira murahla pasal ada timun , sambal dan ikan bilis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, nampaknya memang ini saja kedai yang masih kekal dengan rega lima kupang.

      Delete
  10. murahnya kak...mmg berbaloi lah utk saya yang makan cikit tapi banyak kali nih..hew3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak ni cuma lepas 3,4 suap saja. So orang dewasa kena makan lebih dari sebungkus. hehehe

      Delete
  11. Azie... bila terbaca pasal 5 kupang tu...teringat nasi lemak kami hari ni lauk sambal 1.5 cawan kupang he he he ehhhhh.

    ReplyDelete
  12. murah la tu 5 kupang..kat kl plak tu..

    ReplyDelete
  13. wahh..dah la murah plus ada daun pisang lagi..mmg berbaloi..;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu beratur panjang orang datang beli. Yang pasti tak kan cukup beli sebungkus. Paling sikit pun 6 bungkus!

      Delete
  14. Nanti nak carilah kedai Tok Ki tu. Nak beritahu dia, naikkan harga "slow and steady". Mula-mula jual 60...kemudian 70... dan akhir tahun 100 sen. Kalau jual murah sangat, pengguna suka, tapi yang sama-sama berniaga mungkin ada yang tak happy. Ok ke komen Bang Temuk ni, azieazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga. Tapi jika dia kekal harga gitu, dengan saiz yang saya kira munasabah, ia akan menjadi trend yang orang lain tak berani nak buat.

      Anak saya, mencongak sebenarnya TokKi masih untung menjual dengan harga tarikan sebegitu sebab rata-rata orang akan makan lebih sebungkus. Biasanya pun 2 bungkus, means masih dalam harga RM1.00.

      Delete
  15. saye nak cari la kedai ni.. boleh la try weekend.. nampak menyelerekan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails