Monday, April 15, 2013

Korea: Itaewon — macam tak jumpa nasik setahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
15-04-2013


Keluar dari Pulau Naminara, menjelang petang. Sebenarnya masing-masing letih, jadi sepanjang 45 minit dalam tren laju menuju bandar Seoul semula, saya mengambil peluang untuk tido. Bagaikan suasana dan pemandangan di luar sudah tidak menarik perhatian lagi.

Zulaikha membawa kami ke daerah Itaewon. Daerah ini merupakan satu daerah yang popular di kalangan pelancung Muslim kerana ini adalah daerah yang paling banyak masjid dan tempat makan halal. Kawasannya agak berbukit jadi sepanjang jalan dari stesen subway, kami berjalan seperti sedikit mendaki. Cuaca dingin tidak langsung menyebabkan peluh.


Menurut Zulaikha, walaupun pekan ini merupakan paling banyak masjid, paling banyak Muslim tetapi di sini jugalah banyak bar, banyak pelacuran, dan juga pusat tumpuan para pondan. Wahhh...! Dugaan tuh!


Memang banyak kedai makan atau restoren halal terutama orang Pakistan, Turki, Arab dan Indian. Restoren Melayu langsung tak kelih. Saya jangka belum ada orang Melayu buka kedai di daerah ini.


Si mamat Turki ni menjual aiskrim kon macam kita nampak dalam supermarket di tempat kita. Aiskrim tu tak bertutup pun sebab langsung tak cair dek cuaca nan dingin macam dalam peti sejuk. Jangan terkejut jika satu aiskrim kon (dengan 2,3 skop aiskrim pelbagai rasa) berharga RM18.00...!


Kami dibawa ke restoren India, Taj Palace untuk makan malam tapi waktu petang. Sebab nak balik cepat ke bilik, taknak lewat malam kerana penat.

Restoren ini terletak di tingkat satu dengan suasana dalamnya memang cantik. Pekerjanya orang India yang ramah juga 2,3 orang wanita Korea. Cashiernya (tak pasti tokey ker pekerja), fasih berbahasa Korea. Tu dah berapa tahun punya dok duduk di Seoul nih... Bahasa sangat penting untuk memikat rakyat tempatan. (Zulaikha dan beberapa orang pelajar Malaysia sebelum ini pun begitu fasih berbahasa Korea)


Buffet dengan harga kira-kira RM50 seorang.


Apalagi, semua nak belasah nasi. Maklum tekak Melayu. Bufet kami juga dihidangkan dengan set capati. Lassi Mangga tu side order. Ohh sedap!


Macam kat Restoren Arab pulak.


Salad dan dessert. Macam puding suji. Ada badam, kismis dan kekacang. Manis.

Di restoren yang sama juga, kami bertemu dengan sekumpulan (kira-kira 40 orang) pelancung dari Malaysia. Sebenarnya dah bertembung masa di airport, same flight. Kemudian di beberapa tempat pun jumpa juga. Malahan di Nami Island pun group ni juga berkunjung sama hari dengan kami. Group sebuah jabatan kerajaan dari Putrajaya. Majoriti wanita.


Last but not least... puan blog. Tak ingat kat mana nama tempat ni. Dalam perjalanan pulang ke guest house menjelang malam. Suasana malam di bandar Seoul memang cantik, dalam ertikata ‘hidup’ sebuah bandar yang maju dan bergerak pantas.





 ~...seseorang bermulut leper macam nyiru menyampai cerita tanpa kepala kepada HISYAM tentang surat layang dan ayat merayu untuk SERI BULAN sehingga menimbulkan buah-mulut-manis lalu jajaan cerita singgah hinggap di tangga Teratak Nyatuh dan dengan rela hati HISYAM terpaksa menjadi penyelamat di hadapan Pak Utih yang kadang-kadang terlalu melindungi tersangat menyayangi...~




30 comments:

  1. Buffet dia sangat berpatutan harganya tu kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak rasa berbaloi, duduk la lama-lama sambil borak-borak. Kami duduk santai di situ kira-kira 2 jam. Berbaloi jugak la rasanya tu.

      Delete
  2. Alahai seronoknya berjalan ke tempat orang ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak seronok lagi, kena sedia duit banyak-banyak. Baru best borong barang negara orang bawak balik.

      Delete
  3. Seronok juga kakak menghayati sambil tu tengok gambar yg Azie tepek. Membayangkan kalau kakak ada sama (beranganlah ni...)

    ReplyDelete
  4. Lassi tu mesti sedap kan?

    Kalau tempat yang agak limited halal food memang kena bersedialah untuk membayar lebih ye kak azie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lassi tu sama jer macam kat tempat kita. Lebih kurang macam ice blended gak la.

      Makan buffet di situ termasuk dalam bayaran ground package kami. Jadi kami tak perlu fikir pun nak kena bayar apa-apa. Makan, jalan... makan jalan.

      Delete
  5. Replies
    1. Sejuk sesangat laaa... Bila berangin jer, lagi teruk. Menggigil sampai kebas jari tangan. Kena guna tudung nak tutup pipi yang kebas.

      Delete
  6. hai bila lah ada rezeki kesana...seronok baca pengalaman org..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sekadar nak merasa sekali. Pasni jika ada duit lebih, nak pegi tempat yang lebih murah jerrr..

      Delete
  7. salam AA

    Rasanya kat sana penuh pelancong melayu kot mcm kat london...
    cerita lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang begitulah Mama Ju. Cuma jika dibanding dgn London, tak ler seramai itu. London lebih ramai Melayu kita, sebab ada bisnes orang kita pun di sana. Di Itaewon ni, belum nampak lagi kedai orang Melayu.

      Delete
  8. Alamak selalu terpakai akaun ni..

    mamaju.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Azie

    nasi arab ada ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masuk restoren Turki or Pakistan tu, saya kira ada, Yang kami makan tu Nasi Beriani dan Nasi Putih..

      Delete
  10. seronoknya dapat rasa makanan korea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami makan makanan Korea cuma 2 kali saja. Selebihnya kami sarapan bekal sendiri. Lunch kebab 2 kali dan restoren India.

      Dapat juga la rasa makanan Korea. Apapun, sedap lagi nasi dan sambal belacan kita...!

      Delete
  11. Relaku menunggumu....
    - hahahahahaha... citer Azie ni makin menarik dan makin menarik...

    ReplyDelete
  12. Kak Azie..betul ke kat sana banyak temnpat yang ada internet percuma..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok dengar macam tu juga. Tapi kami memang dapat wifi free sepanjang di quest house, sehingga ke bilik boleh dapat.
      Yang pasti, Seoul coverage internetnya memang superb!

      Delete
  13. Rombongan kami pun lunch dua kali di Taj. Iringan lagu Hindi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Hajjah Nora. Saya ada nampak header Kak Nora berlatarbelakangkan bandar Seoul yang cantik itu...

      Delete
  14. puiiii....mahal giler reger aiskrim pelbagai rasa kat sana ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal.. Baik balik Malaysia, makan eskrim yang dalam tepawer di Tesco! hehehehe

      Delete
  15. saya suka dengan mafla akak tu, biru...

    ReplyDelete
  16. capati nampak sungguh menyelerakan....kita memang tekak melayu, mesti cari nasi lol

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails