السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
28-02-2014
Setiap pagi sepanjang jalan dari Ampang ke KayDee, kami dengar radio IKIM. Sempat la juga kadang-kadang dengar ustaz dok bagi tazkirah pendek, bersulam lagu nasyid sekali sekala layan teka-teki...
Pagi tadi sempat dengar Ustaz sebut “jangan bandingkan suami kita dengan orang lain”. Samada dengan jiran ker... dengan kawan sekerja ker... atau paling bahaya jangan dok suka bandingkan suami kita dengan ex-BoyaFren kita.
Saya rasa, nasihat itu boleh juga digunapakai oleh para suami, jangan dok suka bandingkan bini sendiri dengan orang or dengan bini orang lain.
Lately, ada banyak sangat kisah klise tentang percintaan selepas pernikahan. Banyak dalam drama. Dalam filem. Dalam novel.
Dalam kehidupan seharian? Sepatutnya begitu. Ikut macam orang zaman dulu. Tak pernah kenal muka sebelumnya, tapi aman damai saling ikhlas dan redha dengan pasangan sehingga akhir hayat.
Apapun saya suka pernyataan cinta secara tersipu yang ditunjukkan dalam sebuah drama terbitan Suhan Movies tu. Nanti saya nak tulis tentang percintaan indah itu.
Tayang-tayang:
Gelembong Buaya, makanan tradisi Kelantan. Kawan saya baru balik dari sana, dan ole-ole ini memang khas untuk saya. Terimakasih, Datin NM...!
*Gelembong Buaya ni macam candy kelapa. Manis dan rasa lemak kelapa parut.
~...ketika musim tengkujuh hampir tiba dan hujan tidak pernah berselang hari, SERI BULAN semakin bimbang atap seperti bergegar, dinding seperti dihogar dan HISYAM segera dipanggil menjadi peneman saban malam bersedia kala ribut kerana Pak Utih sering semput dan Mak Utih sering kelibut...~