Sunday, September 5, 2010

Ramadhan: Dia pun ada perasaan...

Semalam petang, atas suatu urusan aku singgah ke Kampung Cheras Baru bertemu dengan seorang kawan lama, seorang sahabat yang dulu mula kami kenal di suatu ruangan chat yang pernah popular sekitar 2002-2004.

Ramai juga para sahabat yang aktif di Lantai Chat tersebut dan salah seorangnya gunakan nama SemutHalus. Beberapa tahun selepas itu, dia pernah datang berjumpa aku dan My TOKLAKI. Pertama kali jumpa masa tu, memang kami terkejut sebab dia seorang lelaki yang begitu pemalu tetapi kami bertuah kerana dia sudi berjumpa kami kerana tidak ramai kawan yang diberinya peluang untuk berjumpa.

Kemudian dia terus menjadi kawan aku. Walaupun terlalu jarang berhubung, teramat kurang ber-sms (seperti kebanyakan kawan2 yang lain juga) tetapi kami tidak terputus hubungan dan aku banyak juga tahu tentang keadaan keluarganya terutama ibunya yang sakit buah pinggang dan harus cuci darah setiap 3 kali seminggu.

Pasti ada kawan2 lama yang masih ingat akan dia ini. Sekarang agak kurang dia aktif di ruang siber kecuali sekali sekala ada di FB (Zul Helmy).

Semasa aku dan TOKLAKI sampai, emak dan kakak iparnya sedang lepak di pangkin di bawah pokok rambutan dan sempat kami berbual tentangnya.



Dia harus berulang alik ke hospital setiap bulan untuk pemeriksaan rutin. Dan dia juga menyebut tentang betapa bosannya terpaksa makan ubat selalu. Menurut ibunya, tulang belakangnya sudah berbentuk S. Dulu dia boleh berjalan sendiri, tetapi lama-kelamaan dia hanya bertongkat untuk bergerak di dalam rumah dan selebihnya perlu didukung orang.

Pernah menaruh minat pada seorang wanita tetapi sekadar dari jauh. Aku sangat memahami. Ya, dia juga ada perasaan.

Semoga hari baik bulan baik akan memberikan lebih cahaya kegembiraan buatnya sekeluarga dan semoga raya nanti menjadi raya yang lebih ceria.


****

Menu semalam, Roti Coklat (segera) yang nampak macam sedap, tapi rupanya "tawor heybior", terpaksa dimakan dengan Peanut Butter.

Dan aku juga masak Kuey Teow TomYam Seafood sebab si AMOI dah balik bercuti.

***

Kad raya seterusnya, dari TUYA. Terimakasih.




~...belum pun jauh HISYAM pergi merantau, sudah banyak yang berubah; SERI BULAN kehilangan serinya, dan selalu bermenung memeluk tiang seri rumah besar Penghulu Kampung Separuh Desa. Parah...!~


15 comments:

  1. semoga kwn kak azie tabah.....msk sedap2 yer....

    ReplyDelete
  2. Tiada apa yang boleh diucapkan.
    Mata hanya boleh melihat, hanya dia yang merasa peritnya. Semoga dia terus tabah dengan hidupnya.

    ReplyDelete
  3. Semoga semua ceria dihari lembaran nanti..

    ReplyDelete
  4. Gembira dan sedih orang tak sama.

    Hari ni nak iftar makanan Portugal kat AmCorp Mall... eheks! Jom!

    ReplyDelete
  5. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul..

    ReplyDelete
  6. azie..
    amoi dah ada kat rumah.. menu dah berubah...
    petang ni nak masak apa?.. sahur besok nak masak apa?...

    ReplyDelete
  7. insaf tengok kekurangan orang, moga dia tabah

    roti tu betul la, comey

    ReplyDelete
  8. Wah.. smlm Azie berada tidak jauh dari kakcik.. kenapa tak keloi? :)

    ReplyDelete
  9. NAA > harapnya begitulah...


    ZEZEBEL > Setuju. Kita hanya boleh mendoakan.

    ReplyDelete
  10. Bang LB > aminnnn...


    KHAYALKHAYAL > Benar, sedih gembira berbeza.
    Iftar kat luar. I sekalipun belum merasa iftar kat luar, takda orang jemput.

    ReplyDelete
  11. EN_ME >...berat lagi jiwa menanggung.


    AKAK > Menu takler berubah sangat, cuma tambah 1,2 yg berbeza. Sahur selalunya ulangsiar lauk berbuka.

    ReplyDelete
  12. KAKCIK > Maaf, tak sempat dah kot. Azie pegi selepas balik dari kerja, sekejap saja singgah. Pastu nak singgah tempat lain plak, then ke Tesco cari ikan ayam. Lain kali ler nampaknya KAKCIK.

    ReplyDelete
  13. memang betul kata2 komen di atas, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan merasa sendiri. semoga ada sinar harapan untuk kawan kak azie

    ReplyDelete
  14. BRUTALSOLO > Nak makan sedap, kenalah masak...


    EELOBOR > Aminnnnnn...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails