Monday, June 30, 2014

Ramadan #01: permulaan yang baik dengan harapan pengakhiran yang sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-06-2014


Alhamdulillah, saya yakin rata-rata hari pertama berpuasa semua orang berlangsung dengan baik dengan jaya dan penuh keberkatan.

Walaupun lain orang lain cara iftar, diharapkan, menu dan makanan bukanlah keutamaan yang harus menjadi sanjungan dan buruan semata.

Menonton hampir semua masjid dan surau dipenuhi (contoh terdekat surau taman saya), amatlah menyejukkan mata mendamaikan jiwa. Tentulah merebut keberkatan dan pahala berganda itu suatu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Secara khususnya, kami sekeluarga tidak banyak berbeza pun. Ramadan dilalui tetap penuh sederhana. Tiada program untuk iftar dengan kawan-kawan sosial setakat ini. Tiada agenda tersendiri untuk berbuka di luar setakat ini. Anak-anak semua berkumpul pada hari pertama. My2nd Son sudah balik dari PLKN. Dak AMOI pun balik dan bercuti lagi hari ini untuk berpuasa di rumah.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya tidak lagi dapat sepenuhnya berada awal di rumah pada hari bekerja. Tahun lalu setiap hari bekerja saya biasanya tiba di rumah menjelang waktu berbuka. Lalu masak sakan-sakan hanya pada hari Sabtu dan Ahad. Kerjasama rakyat seisi rumah sangat-sangat diperlukan. Sapa tak buat kerja, tak dapatlah berbuka sedap.

Kenangan Ramadan:
MyBonda akan buat sendiri segala jenis kuih. Termasuklah Roti Canai pun buat sendiri. Malam-malam dia uli tepung dan simpan dalan loyang berendam minyak. Untuk Murtabak, saya lebih gemar Murtabak Telur (ayam bela sendirik) dan dia juga buat Murtabak Pisang. Terbaikkk... ! Puluhan tahun dah saya tidak lagi merasa hasil tangan beliau.

Tayang-tayang:


Inti reka sendiri, kunun. (Mix vege + Vege Chicken Ball)



Kerana keluarga saya besar, lalu saya buat banyak. 75 pcs, digulung dan simpan dalam bekas kedap, goreng bila perlu. Tapi rasanya, 2 hari boleh langsai semua nih...!





 ~.....hajat hati ingin mengadu segala resah rindu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tiba-tiba terasa hati, atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagu yang tak ketahwuan mana korus mana coral agar suara walau sumbang bisa dibawa angin pergi hingga waktu bertukar pagi....~




Saturday, June 28, 2014

“MyToklaki meninggal?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
27-06-2014

Diceritakan semula oleh MyToklaki kepada saya:

Seorang rakan setaman kami (M), datang jumpa dia tadi petang dengan alasan lama tak jumpa. Merata dia mencari tak jumpa. Katanya, “Ada orang bagitau, kau dah seminggu meninggal.”

Wahhh terperanjat la jugak saya.

Pertama, kerana rakan kami M ni adalah bekas mata-air saya masa saya mula-mula tinggal menyewa di taman sekarang. Lama juga kami couple masa tu. Pendekata memang ramai lah yang tahu pasal saya dengan si M ni termasuk lah MyToklaki.

Tapi kerana tak berjodoh (walaupun kami sangat serius masa tu), dia kahwin dulu dari saya (kes ditunangkan oleh keluarga) dan saya kahwin dengan MyToklaki setahun selepas itu. And we live happily ever after... Ahaks!

Kerana setaman sejak dulu, hubungan kejiranan dan persahabatan tu terus berlangsung antara depa berdua. Boleh duduk lepak sama-sama lagi. Saya kagum sebab tiada langsung rasa bermusuh antara depa jauh sekali merasa dendam. Mungkin kerana saya yang terlebih dahulu tidak berdendam masa kami terpaksa break dulu. Okeh, lupakan. Kisah lama.

MyToklaki said, “Orang kata, kalu kita dikatakan meninggal maknanya panjang umur.” Hmmm... ntah la. Betul kah? Aamiin...

Sebenarnya, M hanya mimpi jer.

Tapi kemudian saya terfikir, kenapa yang bermimpi sebegitu tu, dia? Kenapa bukan orang lain? Alahai..

Tayang-tayang:



Mee Rebus Special dan Rojak Special. Tapi yang special tu ialah tambah daging. Alamak... kureng la. Tak boleh lawan Mee Rebus Special di Restoren Utara “kerusi kuning” di Kampung Baru tuh. Lunch sakan-sakan sebelum nak posa, kununnya.

Mujurlah ABC setinggi mencecah awan tu dapat menyejuk jiwa. Alhamdulillah. Rezeki yang disyukuri.





 ~...mungkin tiada siapa akan pernah percaya antara SERI BULAN dan HISYAM sendiri terukir rasa persahabatan yang utuh samada di mata atau di jiwa, malahan Mak Utih dan Pak Utih sendiri tidak dapat menyelami hati dan perasaan teruna dara kesayangan mereka tetapi apabila dicadang untuk berpasang tidak pula HISYAM gumbira tidak juga SERI BULAN merasa hati terbuka...~




Friday, June 27, 2014

Ramadan yang menghampiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumaAAt
27-06-2014


Umat Islam dijangka mula berpuasa pada Ahad ini. Pelbagai persiapan dibaca, didengar dan dilihat.

Antaranya banyak pejabat mengadakan majlis makan-makan sempena menyambut Ramadhan. Kami (Jabatan Lantai Atas Sekali) dah buat awal bulan lalu. Jabatan Lantai Dua, adakan majlis tu kelmarin. Ramai juga kawan-kawan kita pun buat majlis yang sama. Tradisi kah?

Bersedekah makan adalah paling mudah (selain senyuman) dan paling disukai ramai. Ada yang langsung tidak berkira bab makan minum ni. Laju jer dia kuar duit bayar itu ini. Bagi yang bersikap mulia begitu moga dimurahkan rezeki, sejahtera selalu dan sentiasa diberkati.

Tayang-tayang:


Rezeki hari Jumaat. Sarapan pagi ditaja oleh seorang rakan sekerja. Juga ada kuih muih tajaan kawan yang lain pula. Saya request Sambal Sotong tapi juga dapat Rendang Ayam (sebab ada yang bercuti hari ini).

Semoga Ramadan akan lebih memberikan keinsafan kepada kita semua, memberikan lebih keberkatan dan semoga puasa kita lebih baik dari sebelumnya.

Jangan asyik ingat nak Raya saja...!





 ~...SERI BULAN sentiasa ingat akan aku-janjinya kepada HISYAM bahawa walau bagaimana kuat pun godaan anak dara Pak Imam pagi petang siang malam subuh senja, cinta dan kasih atas nama sahabat SB akan terus terpahat dan SERI BULAN akan terus menyinta sehingga habis nyawa...~




Thursday, June 26, 2014

Politik tempat kerja ni buat saya rimas lah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
26-06-2014


Dulu, berada dalam kelompok warga syarikat sekitar 66 orang paling ramai tu, dah cukup buat saya memahami rentak perangai orang dari level atasan sehingga ke level Tea Lady. Cukup untuk saya memahami apa yang disebut orang sebagai politik tempat kerja.

Tapi hari ini, berada di bawah bumbung yang menempatkan seramai kira-kira 500 orang (di mana tak sampai 100 orang pun yang saya tahu nama) saya tiba-tiba menjadi diri saya yang semakin kurang peramah.

Mungkin kerana ada ramai lagi orang lain yang lebih peramah dari saya, kot. Pengalaman bertahun-tahun, buatkan saya terus berhati-hati. Sikap manusia pelbagai. Ragam yang beribu perangai. Itu semua sebenarnya saya dah tak heran, tak kisah pun.

Tetapi saya sebenarnya, cuba mengelak telinga capang saya ni mujur dilapisi tudung pula, untuk tidak terlalu banyak dengar benda yang sama, perkara yang tiada kaitan dan juga gossip yang saya tak nampak kaitan dengan kerja pun.

Yang paling saya benci, spekulasi. Adoyai.... letih makcik!

Walaupun saya belum terjebak dengan perkara aniaya, tikam belakang atau fitnah (saya rasa takda lah), tapi saya harus berhati-hati dari sekarang. Hati perut manusia, kan? Semoga tiada rasa prasangka di hati saya terhadap mereka. Memang sebahagian mereka yang saya kenali baik-baik belaka, tapi perkara 'terperangkap' dalam kemelut mungkin akan terjadi bila-bila. Arghhhh...!

Kadang-kadang perkara yang remeh bagi kita, menjadi besar bagi orang lain. Bila kita anggap suatu perkara itu kecil, tapi Bos melihat sebagai besar pula. Alahai...

Sering saya mengingatkan diri sendiri, sejak dulu, untuk "tutup telinga sebelah, tutup mata sebelah". Fokus pada kerja, improve diri dari sebarang kekurangan kerja, dan tidak rugi merendah diri. Dah banyak contoh orang bodoh-sombong yang saya tengok, tidak maju ke mana pun.

Ilmu yang paling mahal saya ada ialah pengalaman. Confident level saya yang tinggi terhadap kerja juga saya sangat membantu.

Tayang-tayang:


Teringin Kuey Teow Goreng sejak tengahari. Kebetulan semalam seluruh taman saya terputus air. So, balik kerja makan di kedai la jawabnya.


Apple Juice gelas besar. Saiz gelas 1 liter rasanya. Lihat straw ada 2. Kongsi dengan MyToklaki. Puas hati. Maklum, kan cuaca panas menyengit sekarang, kan?





 ~...ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih tiba-tiba berdehem bagai beramaran sehingga dia terkejut bukan kepalang bagai dipanah tahi burung di atas kepala!... hahahaha...~




Wednesday, June 25, 2014

WW: hadiah dari Mekah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-06-2014


Wordless Wednesday 25-06-2014

Ingatan seorang kawan lama. Balik dari umrah. Terimakasih banyak UNCLE...!




 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam kerana bagai terasa hidung dicuit dan telinga berkuit...~




Tuesday, June 24, 2014

Hai laaa budak, nak jadi menteri bukan setakat tahu laut dan loji saja...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-06-2014



Saya copy n paste dari wall MyAnakMenakan.


Saya cuba translate ya...

“Kalu aku lah jadi menteri.. aku buang jer budak-budak OKU ni dalam loji. Buat semak jer lah. At school aku pun ada gak OKU. Geli lah nak kawan... dah lah tak hensem...huduh... Kenapa lah ada OKU-OKU ni? Buang duit rakyat saja lah nak bela. Diaorang ni...baik buang kat laut ker..kat loji ker...”

Belajar tinggi-tinggi dulu dik (nama pun budak), sebelum awak nak jadi menteri. Nak jadi menteri bukan setakat nak kenal laut dan loji saja.

Sekian. K, bai!





 ~...bila HISYAM menolak untuk menginap semalam dua di Teratak Nyatuh sempena musim durian yang kian rahat, SERI BULAN tanpa sedar mengingatkan tentang, dia tidak mempunyai kawan lain selain HISYAM, dan kemudian HISYAM sendiri mengakui itulah juga yang sudah lama mahu diucapkannya, lalu bagai ingin berpelukan pula mereka mengenang nasib diri, menjadi pasangan yang terbuang di negeri orang tetapi masih dilihat asing dan cuba diasingkan...~




Monday, June 23, 2014

Saya jauh, tapi saya tetap menyokong, dan terimakasih kerana faham...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-06-2014


Semakin kalut dunia kita hari ini. Banyak yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang terdedah di depan mata kita. Baca dan selami apa yang berlaku. Baik dan buruk. Pengajaran dan teladan.

Hidup harus diteruskan walaupun kita tidak akan pernah melalui hidup yang sama dengan orang lain. Juga tidak akan pernah memuaskan hati lain orang.

Setiap tindakan, walaupun mungkin bukan persetujuan ramai, haruslah waras dan rasional. Tanpa melibatkan mudarat dan kesusahan kepada sesiapa pun. Siapa yang mahu disusahkan?

Meninjau mengintai (bukan stalk), kejayaan dan setiap kemajuan orang lain, sangat memberikan kegembiraan. Mungkin kita sendiri tidak mampu untuk buat sebegitu. Tapi bersama menyokong, adalah suatu tindakan paling minima, paling kecil dan paling murah yang boleh kita lakukan. Apa salahnya menyokong kepada perkara yang baik-baik, kan?


Simboliknya, kita tetap memerlukan orang lain atau ahli keluarga untuk menyokong kita, kan? (*thanks blogger ABAH ZINO, yang snap pic meriah ini di Cyberjaya)

Dan, walaupun saya sudah lama tidak kelihatan berada or terlibat dalam mana-mana detik kejayaan or kemajuan kawan-kawan, bukan bermakna saya tidak menyokong. Terimakasih jika memahami.

Tayang-tayang:

Sarapan cara moden, kunun.






 ~...berendam di Sungai Menghijau Lumut lebih enak dari berenang menunjuk gaya kuak lentang di kolam sendiri di rumah bertingkat separa tiga milik HISYAM yang pernah menjadi saksi SERI BULAN hampir tidak mahu timbul kerana malu kalah berlumba, dan jika diajak untuk berenang lagi SERI BULAN lebih rela jadi pemerhati sambil berangan mencantas tali yang menjadi tempat bergayut kerana ingin mendengar bunyi air dihempas kuat dan percikannya boleh membasah hingga kepala...~




Friday, June 20, 2014

Tuhan, saya tahu ini ujian...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-06-2014

Dedar sejak petang semalam. Telan 2 biji paracetamol. Saya anggap biasa, sebab dah pernah kena gini, lalu telan Paracetamol (walaupun saya tak suka amalkan), lalu ok semula.

Malam tadi saya telan lagi 2 biji.

But, sepanjang malam saya sesak nafas sampai tak boleh tidor.

Doktor panel dah syak sesuatu. Cara dia check pun lain dari biasa. Hmmm... keputusan yang saya tak pernah duga.

Redha. Banyak perubahan yang harus dilakukan (mesti kena gigih dan kuat semangat) demi sebuah nikmat dan nilai kesihatan. Saya tahu, saya kena sayang diri sendiri dulu, sebelum terasa nak minta orang simpati. Tolong jangan.


MC cuma sehari. Esok kena masuk kerja semula.

Appointment dengan doktor ada 2 tarikh untuk rawatan susulan dan keputusan lain. Bunyi macam serius, tapi insyaAllah tidak.

Tuhan, saya tahu ini ujian.




 ~......dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap dan pujian sudah tidak boleh diserap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...~




Thursday, June 19, 2014

Kerana Terpaksa... Aku Relakan: hmmmm mujur saya tak follow drama nih...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-06-2014


Semalam balik awal dari biasa. Lalu saya sempat tonton satu episod drama yang diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah ini.





Memang saya tak duga pun novel ini akan turut didramakan. Production mana, pengarah siapa, tak kuasa lak nak semak nak cari.

Saya agak memilih dalam kes sebegini. Jika drama dari novel, memang saya tak gemar nak follow kerana saya dah ‘serap’ semua kisah dari novel. Dan jika saya tonton drama, tanpa saya pernah baca novel asalnya, saya tidak akan cari novel itu lagi. Cukup hanya satu medium sahaja saya ‘menyerap’ cerita.

Dan sejak drama itu bermula, entri tentang review novel itu menjadi entri paling banyak diklik di blog saya:


LINK review drama tersebut di SINI.

Menonton hanya 1 episod mungkin tidak adil untuk saya menulis tentang drama itu. Cuma bagi saya, watak Indah Halina by Izreen Azmindar tu dalamn drama agak agresif berbanding yang saya faham dalam novel, Intan adalah lemah lembut, sopan lagi pemalu.

Dan yang paling saya rasa tak sesuai ialah watak Tajul Razin by Amar tuh. Amar nampak terlalu muda untuk watak Razin yang menjadi pengurus sebuah syarikat besar, yang berdikari, seorang abang sulung yang bertanggungjawab lagi matang. Hmmmm saya membayangkan mungkin Fahrin Ahmad?

Saya suka Syafiq Kyle dalam drama ini. Dia berjaya menjadi seorang lelaki yang tamak dan sanggup merampas.

Jangan lupa tengok kesudahan drama ini kerana bagi saya, pengakhiran kepada Zawati dan Saiful serta ibu tiri Indah itu yang lebih seronok untuk ditonton. Hukum karma itu pasti berlaku.





 ~...meski ramai tidak tahu asal-usul HISYAM dari keluarga yang disebut “mampu pakai cincin berlian”, SERI BULAN tetap menjaga kejap rahsia kerana mahu membuka ruang serta memberi peluang jika ada pihak yang kunun “hanya ada cincin tembaga” berani masuk bertanya atau mengendeng nak buat menantu selagi mereka bernaung di bawah Teratak Nyatuh di bawah pengawasan Pak Utih dan Mak Utih jangan kata orang ingin mengendeng, hendak memandang pun sudah takut jadi terteleng...~




Wednesday, June 18, 2014

WW: kim-tan-punya-pasal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
18-06-2014


Wordless Wednesday:

Sebelum.




Sekarang. Ntah berapa lama saya nak guna pic mamat nih.






 ~...sebenarnya SERI BULAN merasa sangat marah, tetapi tidak mahu menunjuk di wajah dan amarah di dalam rumah apatah lagi bila HISYAM bagai sengaja tersengih sinis sehingga jelas mata sepetnya bagai menutup semua pandangan dan mungkin juga kerana itu dia sengaja tidak melihat betapa soal anak dara Pak Imam itu sudah menjadi kisah besar dan benar namun SERI BULAN cuba menerima segala cerita bagaikan sebuah jenaka, lantaran sedar tanpa dirinya HISYAM tidak mungkin dapat ceria tidak mungkin dapat gumbira....~




Tuesday, June 17, 2014

Persediaan Raya vs persediaan puasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-06-2014


Dengan keadaan rutin kerja saya yang ‘pegi bulan balik bulan’ ni, memang takdak harapan lah nak buat Kuih Raya, apalagi bab nak jahit-jahit nih. Ingatkan makin tua makin banyak lapang, rupanya makin tua makin banyak kerja pulak. Takpa, follow the flow...

Minggu lepas, tanpa dirancang saya ‘ter’ikut rakan sekerja ke Nilai 3. Lepas kerja sekerat hari yang sebenarnya berakhir jam 2:30pm. Jalan agak sesak lalu kami tiba sekitar jam 4:00pm.

Saya tanpa tujuan, sekadar melihat-lihat. Tapi selalunya, yang melihat-lihat ni yang dok borong sakan tapi yang betul-betul nak shopping (plus agak cerewet), dah lewat petang baru dapat barang diidamkan.



Tempat pertama. Design agak ketinggalan. Ohhh tak boleh langsung. Mahal ya amat. Langsung tak masuk akal lah!


Kedai perabot jati. Bukan minat saya. Bukan taste saya.


Harimau Tuan Sadiq Sigara. Jumpa dalam kedai karpet Baryali Carpet House yang besar gedabak. Berbaloi. Permaidani dari Belgium dan Turki.  Berbaloi. Kawan saya yang beli.

Posing dalam kedai bunga camni, saya suka lah!


Puasa kami akan menjadi puasa yang tidak banyak berbeza. Semua rakyat seisi rumah memahami cara dan aturcara.

Cuma saya mengharapkan agar puasa kami, dan kita semua akan menjadi puasa yang lebih baik dari tahun sebelum dan tahun-tahun sebelumnya....






 ~...mengharap kasih berpanjangan, mengharap sayang kekal sepanjang zaman tetapi andai HISYAM mengambil tindakan untuk kekal di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN juga tidak rela ditinggal pergi atau disuruh menyendiri...~




Monday, June 16, 2014

Poligami @ kahwin lebih dari satu: “bukan sekadar nak jaga maruah”, kata Erma Fatima

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-06-2014


Umum tahu, suami aktres Erma Fatima iaitu pengarah terkenal Badarudin Azmi (Bade) berkahwin lagi seorang, dengan wanita bernama Aida. Kerana mereka ni golongan artis, sekejapan sahaja kisah ini menjadi bualan ramai.

Seorang rakan sekerja membuka cerita kepada saya yang lately agak ketinggalan. Melodi pun dah jarang tengok. Lagipun Melodi ni agak annoying kepada saya. Jika berkaitan dunia artis, saya rasa HLive (Astro) lebih menarik sebab ringkas padat dan tidak meleret sangat.

Temubual bersama Erma Fatima semalam sempat saya tengok. Kagum. Pertamanya memang saya kagum kerana Erma begitu tenang wpun soklan Michelle (biasa la wartawan Melodi) agak sinis, sarcastic dan provokatif. Erma mengakui, segalanya tentang perkahwinan itu.

Yang buat saya lebih tertarik adalah prinsip wanita (yang disebut kental) tentang kebahagiaan dan rasa cinta. Baginya, memberi izin itu bukan sahaja kerana dia rela, tetapi pengorbanan dia terhadap orang yang dia sayang. Menerima kelemahan dan kekurangan dia (yang tidak dia pinta) kerana tidak dapat melahirkan zuriat kandung untuk rumahtangga mereka, dia akui rasa cinta terhadap Bada tidak semestinya dia harus memiliki secara abadi. Dia ada rasa cemburu. Dia ada rasa sedih dan marah (tapi tidak akan menangis menunjuk kepada dunia) kerana itulah fitrahnya dia seorang perempuan.

Yang terakhirnya, beliau kata, dia harus menjaga prinsip dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Yeahh... dia tidak menyelesaikan perkara poligami ini secara kasar atau huru-hara. Dia menghormati dirinya sendiri, perasaan anak-anak dan suami juga keluarga madunya. Tiada isu serang-menyerang. Saya rasa, Aida wajar menghormati dan berterimakasih banyak kepada Erma Fatima ini. Erma tidak berterus-terang sebagai seorang artis, tetapi dia seorang isteri.

Hmmm... saya melihat poligami bukan pelik. Dalam keluarga saya dan MyToklaki, poligami sudah wujud sejak kami lahir lagi. Lalu... bila saya pernah kata tak kisah jika MyToklaki berpoligami, ianya bukanlah kerana antara kami tiada rasa kasih sayang. Tetapi, saya berpendapat, seandainya ada orang lain yang lebih baik dari saya, dapat menjaga MyToklaki jauh lebih baik dari yang pernah saya lakukan... why not? Silakan berpoligami. Sehingga hari ini, Tuhan masih memberikan saya hati yang ikhlas untuk itu. Cuma ianya tidak terjadi lagi. Belum terjadi. Tidak mengharap tetapi jika akan berlaku kepada saya, insyaAllah saya mungkin akan bersikap seperti Erma Fatima.


Bunga ‘penanggah’ yang saya dapat masa rewang di rumah jiran tempohari.






 ~...ketika Pak Utih bercerita tentang handalnya Pak Ujang mengutip madu di hutan dara sebelah baruh Kampung Separuh Desa, HISYAM teruja hendak mencuba bakat seandainya ada, sekejapan itu juga Mak Utih bagai terlompat hendak melarang dek kerana terlalu sayang, mujur juga SERI BULAN setia menjadi penyokong kerana dia sendiri teringin hendak melihat madu dibawa turun dan jika sempat teringin juga hendak beramaran agar HISYAM tahu membezakan antara madu hutan dan madu bandar...~




Friday, June 13, 2014

Projek K-Pop (lagi): bila kami spend time together...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
13-06-2014


Selamat menyambut Nisfu Syaaban. Dengan cara tersendiri. Dengan penuh keinsafan.

Cuti sekolah hampir penghujung. Yeaah... minggu depan bebudak akan ‘dihalau’ ke skulah semula. Hmmm... sementara ni, kasi depa lepak puas-puas.

Macam biasa, selaku mak-mak yang lain juga saya tidak terlepas dari agenda masak sakan-sakan kerana rakyat seisi rumah menjadi lebih kuat makan dari biasa.

Projek Keripop saya sudah lama beku. Asyik la tertangguh dek kerana kerja dan badan yang dah tak berapa muda nih. Tapi kerana cuti skulah ni, anak dara nan berdua sentiasa menjadi orang kiri-kanan saya yang boleh saya puji kerajinannya. Boleh laaa...

Lalu projek bermula:


Siapa masih ingat entri tentang MASAK INTI KARIPAP 15 min SAHAJA? (Klik entri untuk beberapa tip saya yang tak seberapa)



Saya terpaksa AMARAN diri sendiri: JANGAN masuk air. Jangan masuk air. Guna ricecooker sahaja.



Gaul mesra, then tutup dan petik. Tunggu. Sama macam kita masak nasi.



Abaikan jer yang comot semomot tuh!



2 kg tepung = berjaya menghasilkan 112 pieces keripop. Stok dalam petibeku (selepas digoreng half-cook)



Tarraaa...!


Masa DAK AMOI dan IKA sekolah lagi dulu, depa la yang menjadi geng saya untuk projek-projek sebegini. Now giliran CHAK dan ALIA plak. Rajin terlebih la depa sebab buat benda ni macam projek eksperimen.

Yeahh... memang kebetulan masa tu filem 3 ABDUL sedang ditayangkan. Wahhh Si Emak ni pun tunjuk terror la boleh ingat banyak dialog dari filem tu. Hahahahha kagum bebudak tuh! Padahal, Si Emak ni, dari kecik sampai dah bangka dok menua dengan filem-filem P.Ramlee. Itu yang dialog pun boleh hafal....!






 ~...bagi yang melihat cinta bukan keutamaan untuk menghuraikan sebuah perhubungan melebihi rasa percaya, istilah asmara atau kasih mesra hampir tidak pernah mendapat tempat bila SERI BULAN berhadapan, bersama Mak Utih yang mengiringi dan Teratak Nyatuh yang menjadi saksi, lalu HISYAM yang sering membelakangi tidak lagi mahu sekadar bayang kala terang, tetapi selepas ini akan berani mendedah diri ibarat kekasih hati yang setia dan sejati..~




Thursday, June 12, 2014

Panggilan Hangit HOTfm yang tak hangat (mujur...)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
12-06-2014


Sejak dah umur gini-gini (gini cemana?) ni, saya dah lama tukar siaran radio — yang hanya saya dengar semasa di tempat kija saja — ke siaran yang lebih slow... lembut dan tidak lagi agresif.

Saya tak ingat bila kali akhir saya dengar siaran radio HOT ni. Dah lama tinggal. So bab-bab slot depa yang dipanggil Panggilan Hangit tu saya dah hampir lupa.

Sehingga semalam saya terbaca bab ini:


KLIK SINI untuk baca lanjut.

Dan ada 2 komen saya di situ.

Dalam kita bergurau, tolong tapis dulu apa isu yang sesuai dan paling tidak sesuai. Apatah lagi bukan semua orang pandai bergurau secara spontan. Yang memang bukan dalam dunia lawak. Yang memang jenis orang serius atau mudah kecik hati.

Bagai apa yang saya komen di situ, “tak kena adik beradik depa, anak bini depa, sedap la dok bergelak...”

Untuk mencapai rating sesuatu menjadi terkenal dan berada di puncak, jangan sesekali lupa adab dan tatabicara sehingga sanggup mempersendakan sesuatu yang tidak wajar sama sekali.


********


Tayang-tayang:


Sarapan hari apa ntah. Pulut Tanak + Sambal Sotong. Terbaik, kan?






 ~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, seolah-olah bagai tidak tahu mencari jalan pulang sendiri, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan yang kadang cerah kadang kelam, namun SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA atau menunggu rembulan mengambang penuh...~




Wednesday, June 11, 2014

WW: hari untuk tidak berkata-kata, biar gambar menceritakan segala...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
11-06-2014


My WW: 11-06-2014.



Tayang-tayang:


Hasil karya puan blog sendiri.






 ~...semalam yang muram kelam pernah dirasai oleh SERI BULAN kerana HISYAM benar-benar lupa memasang lampu pelita di tiang ampaian sehingga bulan pun ikut bermuram durja lalu dia berdendam ingin menarik wayar ke tingkap dapur, menyorok rajuk di bawah atang dapur kayu, memendam kain di baldi ayan yang kemudian bisa dipijak kaki, dan jika boleh ingin mengurung diri di dalam kelambu yang memang terpasang di tiang besi katil kesayangan Mak Utih....~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails