Wednesday, August 6, 2014

Beraya di Kampung Saya #03: menu Raya ~ sapa dengar Sinarfm pagi tadi tentang Kepala Hidang...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-08-2014


Sudah menjadi tradisi kami, menu Raya biasanya diagih-agih antara adik beradik pompuan (or ipar duai pompuan). Biasanya, masing-masing akan ‘chop’ menu masakan yang depa pakar. Untuk menu utama (memu umum yang dimasak secara beramai), kutipan dibuat mengikut kadar yang tidak ditetapkan. Apapun semua faham tanpa perlu diberitahu. (Dalam kata lain, kalu kita balik sekeluarga takkan lah tidak menyumbang kepada ‘tuan rumah’ untuk makan minum kita selama berada di kampung).

Tahun ini:




MyAdik dari Penang masak Nasi Ayam yang sedap. Ayam Roasted & Ayam Goreng Madu. Perhhh.... saya dapat seketul jer. Tak cukup aarrr...!




Saya tak tahu sapa bawak yang mana, tahu-tahu penuh meja. Dan Sagun yang berbungkus belang-belang ni mengingatkan saya pada zaman kami kecik dulu. MyKakak-Kakak akan goreng tepung + kelapa parut untuk dibuat sagun ni sendiri. Wahhh berjam-jam menggoreng kering. Tapi nikmat youuu...!



Saya tak plan pun nak buat Pulut Kuning, tapi bila lemang yang dibeli tak cukup, dan MyBonda dok sebut-sebut pasal Pulut Kuning, haruslah si pakar ni nak tunjuk terer, kan? Hahahaha... pun tak cukup. Sambal Bilis tak snap pun. Menu lain tugasan saya ialah Laksa Kedah (yang dah banyak kali saya tulis entri tentangnya). Tak snap pun, sebab dah biasa sangat.



Raya zaman dulu, makanan dijamu berhidang, lengkap dengan talam dan air basuh tangan. Zaman sekarang, secara buffet lebih mudah. Malah kami lebih banyak menggunakan pinggan/gelas kertas saja. Memudahkan tetamu juga tuan rumah. Saya rasa ini pemandangan biasa.

Oh ya... sapa ada dengar radio Sinar.fm pagi tadi bersama Kak BED. Segmen throwback cara beraya dulu yang sudah tidak lagi kita lihat, tidak lagi dipraktikkan. Ada dengar pendengar sorang yang mesra-alam-terlebih (Kak Bed kata macam kengkawan pulak), bercerita tentang “Kepala Hidang” tak? Agak-agak sapa pendengar yang tetiba rajin call konti tuh? Ahaks!

Yeaaa memang zaman saya kecik dulu, “Kepala Hidang” menjadi suatu benda mesti ada di atas meja hampir semua rumah di kampung. Zaman tu laaa. Kepala Hidang tu samada Bahulu paling besar (bentuk ikan emas paling popular), Kek paling tinggi, or Pulut Kuning paling cantik berhias telur puyuh.... dijadikan hiasan atas meja sepanjang hari Raya.

dan biasanya Kepala Hidang ni memang tak berani disentuh pun oleh tetamu. Kerana tuan rumah akan “rasmikan” Kepala Hidang ni jika ada tetamu istimewa, atau dijamu anak-beranak.

MyBonda pernah citer, MyArwah Ayah pernah belah Kek Kepala Hidang di rumah seorang ipar dia dan si tuan rumah mengamuk sakan kat dapur. Hahahahah lawak betul.

Zaman sekarang orang dah tak amalkan “Kepala Hidang” ni. Sebab benda makan, memang untuk dimakan, takkan nak tengok saja, kan?

Terkenang: zaman buat kuih raya sendiri bersama kakak-kakak. Tumbuk gula, tumbuk tepung guna lesung kayu. Pukul telur itik dalam pasu dari sahur hingga time berbuka, nak buat bahulu acuan ikan emas...!




 ~...samada SERI BULAN yang meroyan atau HISYAM yang kerinduan sakan, sebaik sahaja selesai majlis di rumah Tok Ketua, mereka bagai ingin berlarian pulang segera ke Teratak Nyatuh untuk menyambung cerita yang terhenti sekian lama, sambil cuba mencari idea menyakat mengutuk mana bahagian yang ada ruangan, mengkritik mana bahagian yang boleh dijentik juga mengumpat mana ruang yang tidak mampat...~




5 comments:

  1. meriahnya raya k azie sekeluarga, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. pukul telur itik mmg sy ingat. sebab itu saja masanya boleh duduk atas meja/kabinet dapur. tumbuk gula n tepung x pernah buat, sb mak guna blender je

    ReplyDelete
  3. susah nk jumpa baulu bentuk ikan..kerang.. DLL.. arwah atok shin pakar.. tp bila dia xde.. xde sapa yak wat.. utk kenangan.. shin amek tembaga baulu tu utk wat kenangan sblm lesap ghaib begitu saja

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah dengar pasal kepala hidang
    first time dengar

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails