Thursday, September 12, 2013

Pertemuan bloggers hebat terkenal popular di Lavender Heights....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
12-09-2013


Saya sempat ke Senawang; Lavender Heights memenuhi undangan walimatulurus dari seorang kenalan blogger. Majlis kahwin anak lelaki blogger Pak Ngah Hamzah @ KomenSen yang terkenal dengan entri menarik kisah pengalaman sepanjang bertugas dengan sebuah jabatan, yang membuatkan Pakngah banyak bergerak ke luar negara. Entri yang saya suka sebut sebagai “blog merendah diri” dari seorang yang lebih tua, lebih otai yang dihormati oleh sekian ramai para blogger lain.

Peluang diambil untuk kami yang hadir juga bertemu ramah bertanya khabar wpun ramai yang ditemui hanya sempat bersembang sekejap, tak sempat nak peluk kala berpisah... apa lagi nak bergambar ramai.


Blogger popular, RKA dan isteri, blogger IBU INTAN, blogger Kakcik SEROJA dan suami dan Tuan Rumah @ Ayah Pengantin.


Lagu-lagu Minang (or Boyan?) yang mengiringi sepanjang perjalanan majlis sebenarnya sangat memikat hati saya. Cuma segan nak goyang kepala. Lagu Minang klasik sentiasa menjadi tarikan di jiwa saya yang kampung ini.


Ayam Den Lapeh!


Blogger popular Abg YB dan isteri Emak Adam yang sporting dan peramah.



Kemesraan di mana-mana...! Blogger LF @ Dato’ Abdullah al-Hadi dan isteri Datin Aisyah.



Kesibukan, lalu tak sempat pun bergambar dengan Ibu Pengantin @ Makngah yang cun melecun tuh.

Saya suka Nasi Minyak yang gebu lazat dan lembut enak, wpun cuma makan sikit tapi puas. Paling best ialah Cendol yang lazat, lemak berkrim. Tapi lupa nak snap gambar makanan.

Terimakasih kepada keluarga pengantin dan tahniah kepada Pakngah Hamzah dan Makngah kerana menerima menantu perempuan pertama.
(Kisah beliau menerima menantu, di entri beliau ini > CERITA SAYA MENERIMA MENANTU PEREMPUAN PERTAMA)





 ~...petang semalam ketika hujan gerimis meleleh seperti disebut orang bagai mengundang duka, HISYAM tiba di ambin tidak berdinding dengan harapan dapat meneguk kopi enak buatan Mak Utih tetapi bila SERI BULAN yang muncul menatang Teh Tarik ala mamak khurta, dia hanya mampu terkebil memandang tidak berani memprotes demi menjaga hati sehingga tidak sampai pula mulut menyebut anak dara Pak Imam sudah berani mengundang mengajak pergi menonton wayang pacak di belakang balai raya...~




18 comments:

  1. mmg blogger blogger otai semuanya.. :)

    ReplyDelete
  2. En. YB dengan Abang Abil, like father and son la. hahah.

    ReplyDelete
  3. walau tak pernah bersua,tp wajah2 dyg terakam disini dikenali..ida,kakcik,tuan blog ni..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih terima kasih terima kasih atas entri yang sangat sedap dibaca ini. saya juga belum dapat melihat gambar2 yang diambil oleh jurugambar rasmi lagi .. nasib baik saya sempat snap beberapa keping gambar dan juga gambar yang diposkan oleh kengkawan untuk dijadikan bahan entri saya yang lalu.

    * patutlah ramai pelawat ke blog saya hari ini .. rupanya mereka datang dari sini. terima kasih.

    ReplyDelete
  5. sori lupa .. saya nak "pinjam" gambar2 tersebut boleh ?

    ReplyDelete
  6. Saya suka baca kisah2 Kak Azie. Macam baca novel sastera, tapi macam santai dan sempoi. Saya suka juga lagu Ayam Den lapeh tu

    ReplyDelete
  7. meriahnye bertemu rakan-rakan blogger. cntik baju kak azie ^_____^

    ReplyDelete
  8. bagus ada perjumpaan macam ni...seronoknya

    ReplyDelete
  9. Meriah! Uniknya muzik yg main kat kenduri tu... Haha...

    ReplyDelete
  10. perjumpaan yang hebat2 belakani... memang syiok dengar muzik atau lagu yang tak biasa kita dengar... memeriahkan majlis...

    ReplyDelete
  11. blogger otai semuanya ... suka ngna pak ngah yg cool bila kena hentam ...

    ReplyDelete
  12. seronok kan azie dapat jumpa rakan2 blogger..majlis yang meriah =)

    ReplyDelete
  13. sempat jugak bergambar dengan Abil....pasti seronok jumpa ramai bloggers otai ni. tahniah jugak untuk pasangan pengantin

    ReplyDelete
  14. Aina sedih sangat sebab terlupa tarikh tu! FB pun lama tak jengah so tak ada reminder. Ralat sangat!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails