Friday, October 3, 2014

Selamat... untuk segalanya. Dan segala cerita yang ada dalam kepala.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
03-10-2014


Semakin jarang saya dapat update. Dan kemudian perkara yang hendak ditulis juga semakin banyak tetapi kemudian menjadi tidak tersusun dalam kepala saya yang ada batu besar juga duduk! Lalu saya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran saja.

Sudah masuk bulan Oktober. Hujung tahun yang kunun diramalkan akan panas membahang dek El-Nino, tetapi alhamdulillah hampir setiap hari sepanjang 2 minggu ini, dipenuhi air hujan yang saban petang turun dengan indah sekali.

Musim haji juga meriah dan rancangan korban mula kelihatan di sana sini. Seperti tahun-tahun dulu juga, gotong-royong membersih surau sebelum menjelang Hari Raya Korban tetap berlangsung di surau taman kami.

Semoga semua jemaah haji kita terus sejahtera dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sihat dan lancar. Saya sempat dengar satu segmen di Sinar.fm tentang kenangan Haji. Ada seorang pemanggil bercerita tentang menghantar nenek ke Mekah naik kapal laut.

Yeaa... MyBonda dan arwahAyah dulu pegi haji naik kapal, berbulan-bulan. Saya masih kecik masa tu. 4, 5 tahun kot umur saya masa tu. Ingat-ingat lupa. Yang ingat adalah naik keta sewa sempit ramai-ramai pegi jemput depa balik. Then, ingat tentang cawan-cawan kecik, gelang Mekah (plastik yang bulat-bulat kaler hitam tuh!), buah tin, kurma, inai Mekah dalam uncang plastik merah sebesar jari.... sekarang dah tak nampak uncang inai sebegitu lagi.

Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua.

Kerana kesibukan tahap gaban, lalu cuti untuk semua staf di department kami dibekukan. Maksudnya, tiada cuti tambahan. Memadai dengan cuti umum yang sedia ada. Syukur juga Sabtu esok merupakan hari off saya (selalunya tetap kena datang kija), tapi tak perlu OT esok. Dapatlah cuti 3 hari. Nak beraya di sini saja, dan berehat puas-puas. Dah tak larat badan ni. 3 minggu kerja sampai 8 malam tanpa henti... boleh pengsan I tell you!

Tayang-tayang:



Sudut snack depan meja saya. Ubat mengantuk. Sudut laluan ramai, jadi ramai lah yang suka singgah menyapa sambil ‘cekuh’ sebutir dua. Hahahaha I like!

Penyumbang snack: ramai dan kadang-kadang tidak diketahui pun siapa yang belanja. Pemurah ramai sangat!






 ~...mengharap hujan turun lebat di petang hari dengan memberi irama indah di bumbung Teratak Nyatuh ternyata lebih baik dan lebih bermakna dari mengharap HISYAM menjengah datang kerana si teruna idaman bagaikan ada banyak rumah yang hendak dia singgah, mentang-mentang ramai peminat sedangkan dia pernah berjanji untuk tidak akan terpikat mana-mana anak dara Kampung Separuh Desa tetapi SERI BULAN sedia maklum lelaki itu tidak pernah menolak ajakan, tidak pernah menidak pelawaan juga tidak pernah menafikan penantian... huh!...~




19 comments:

  1. saya pun sama, salam Aidil Adha utk kak Azie dan Kakcik..

    ReplyDelete
  2. salam pagi jumaat k azie, moga sejahtera selalu hendaknya, salam aidil adha juga.

    ReplyDelete
  3. Oooo..ingatkah kuih raya tadi..heeehehe

    ReplyDelete
  4. marah benar seri bulan pada hisyamnya kali ini....

    kak, amplang kah itu?

    ReplyDelete
  5. Kak Azie, rehat betul2. Nanti patutnya cuti rehat, akak dah sibuk penat di tempat korban pula. Rehat yer kak.... Saya boleh bayangkan betapa lunyainya rasa kalau macam tu punya kerja...

    ReplyDelete
  6. FM lagi lama dah tak update blog..huhuu...
    salam aidil adha~

    ReplyDelete
  7. Kalau letak kat meja Aina ni separuh hari je habis!

    Ohhh...kak suami kat Mekah...sob...sob...tapi saya dapat balik raya haji dengan mak tahun ini.

    ReplyDelete
  8. Sabar menanti hadirnya Aidiladha kali ni.
    Saya juga begitu, memadai dengan cuti rehat yang ada..

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya Korban kak Azie, banyak kudapan kat opis tu... memang opis kalau opis ada pompuan memang macam tu eh? kat opis saya ni ada dua anak dara tak ada pulak mcm tu...

    ReplyDelete
  10. kak.untunglah penyumbang nya ramai, mcm kt opis sy penyumbangnya sorang mknnya ramai2..maklumlah,..opismate kebanyakannya lelaki!

    Selamat hari rya korban kak.

    ReplyDelete
  11. arwah atok saya juga pegi haji naik kapal . banyak bawa bekalan makanan utk mkn sebulan atas kapal . itu cerita dr my bonda . thn ni panjang sikit cuti raya haji . klu ada rezeki , masak daging memanjang lah kita . bila kita pemurah pada orang maka ramailah yang akan jadi pemuah pada kita .

    ReplyDelete
  12. hehehe....saya pun suka gak cekup mana-mana balang yang berisi kat pejabat

    ReplyDelete
  13. Etuza follow balik ya, tq. Sama nama dengan anak gadis Etuza yang ke dua..

    ReplyDelete
  14. Salam aidil adha buat azie sekeluarga.

    ReplyDelete
  15. kepek bantal tu menangkap ke tekak iolsss :)

    ReplyDelete
  16. salam aidiladha....sudut corner yang menarik.....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails