السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
03-10-2014
Semakin jarang saya dapat update. Dan kemudian perkara yang hendak ditulis juga semakin banyak tetapi kemudian menjadi tidak tersusun dalam kepala saya
Sudah masuk bulan Oktober. Hujung tahun yang kunun diramalkan akan panas membahang dek El-Nino, tetapi alhamdulillah hampir setiap hari sepanjang 2 minggu ini, dipenuhi air hujan yang saban petang turun dengan indah sekali.
Musim haji juga meriah dan rancangan korban mula kelihatan di sana sini. Seperti tahun-tahun dulu juga, gotong-royong membersih surau sebelum menjelang Hari Raya Korban tetap berlangsung di surau taman kami.
Semoga semua jemaah haji kita terus sejahtera dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sihat dan lancar. Saya sempat dengar satu segmen di Sinar.fm tentang kenangan Haji. Ada seorang pemanggil bercerita tentang menghantar nenek ke Mekah naik kapal laut.
Yeaa... MyBonda dan arwahAyah dulu pegi haji naik kapal, berbulan-bulan. Saya masih kecik masa tu. 4, 5 tahun kot umur saya masa tu. Ingat-ingat lupa. Yang ingat adalah naik keta sewa sempit ramai-ramai pegi jemput depa balik. Then, ingat tentang cawan-cawan kecik, gelang Mekah (plastik yang bulat-bulat kaler hitam tuh!), buah tin, kurma, inai Mekah dalam uncang plastik merah sebesar jari.... sekarang dah tak nampak uncang inai sebegitu lagi.
Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha buat semua.
Tayang-tayang:
Sudut snack depan meja saya. Ubat mengantuk. Sudut laluan ramai, jadi ramai lah yang suka singgah menyapa sambil ‘cekuh’ sebutir dua. Hahahaha I like!
Penyumbang snack: ramai dan kadang-kadang tidak diketahui pun siapa yang belanja. Pemurah ramai sangat!
~...mengharap hujan turun lebat di petang hari dengan memberi irama indah di bumbung Teratak Nyatuh ternyata lebih baik dan lebih bermakna dari mengharap HISYAM menjengah datang kerana si teruna idaman bagaikan ada banyak rumah yang hendak dia singgah, mentang-mentang ramai peminat sedangkan dia pernah berjanji untuk tidak akan terpikat mana-mana anak dara Kampung Separuh Desa tetapi SERI BULAN sedia maklum lelaki itu tidak pernah menolak ajakan, tidak pernah menidak pelawaan juga tidak pernah menafikan penantian... huh!...~

