السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-12-2014
Membiarkan blog sendiri beku dan terbiar dingin (macam bumbung rumah yang ditimpa hujan tengkujuh), bukanlah kebiasaan saya.
Tetapi sejak demam kemudian berlanjutan dengan batuk yang menyeksakan... membuatkan segalanya serba tak kena. Hidup kena diteruskan juga. Persekitaran dan peristiwa semasa juga banyak mempengaruhi. Saya rasa ini masa yang sesuai dan sangat baik untuk kita merenung diri, menginsafi dan mensyukuri setiap kejadian yang berlaku. Masa yang terbaik juga untuk berdoa dan terus berdoa agar segala yang berlaku segera berubah lebih baik. Untuk kita. Untuk semua orang.
Kepada semua mangsa banjir, teruslah tabahkan hati kuatkan semangat, redha dan ikhlas. Kepada yang membantu, menolong dan menyumbang, terimakasih banyak. Jika bukan kita, siapa lagi.
Dan hujung tahun kita terus diselubungi duka bila airbus AirAsia Indonesia QZ8501 pula dilaporkan hilang. Siasatan terus berlangsung dan kita berharap apapun jua keputusan, semua yang terlibat akan menerima dengan terbuka.
Salam takziah buat semua yang dirundung musibah. Ujian ini ada hikmahnya.
Situasi saya: tak sabar menanti cuti umum demi cuti umum. Selain cuti Tahun Baru kita juga akan bersambung dengan cuti MaulidurRasul pada Sabtu depan. Untuk minta cuti tambahan adalah tidak relevan untuk saya (yang dah bercuti sakan haritu) juga mana ramai rakan sekerja sudah merebut peluang bercuti panjang hujung tahun walaupun kerja sangat banyak..!
Tayang-tayang:
Gambar unik ini dipinjam dari wall seorang teman. Latar belakang sekitar kawasan Kota Bharu dan muzium diraja. Tidak jauh dari Muzium Jahar kalu tak silap.
Saya ada kenangan peribadi di hadapan muzium ini dulu.
...juga saya sangat suka kawasan pintu gerbang ini. Sekarang saya kira sekitaran ini dipenuhi air.
~...meskipun air Sungai Menghijau Lumut pernah melimpah dan seakan mencabar cuak gundah tetapi HISYAM sudah lama bersedia andai perlu diredah kala bah, andai perlu direnang kala air bergenang tenang, SERI BULAN tidak harus ditakutkan dengan arus deras atau gelombang yang dibimbang kerana jeram pun sudah tidak seram dan aliran bukan lagi menjadi jeran...~
Hidup perlu diteruskan walau dugaan hebat melanda.. bertabahlah buat kita semua..
ReplyDeletebetul tu, kehidupan perlu diteruskan..berdoalah semoga kehidupan seterusnya lebih bahagia dan ceria..
ReplyDeleteAssalam kak azie..selamat menyambut ambang 2015..mari kita bersangka baik moga perjalanan 2015 lebih diredhai semoga dengan sangka baik kita Allah yang Maha Baik berbelas kasihan kpd kita, mari kita menambah iman di dada juga.
ReplyDeletedugaan tak akan pernah berhenti.
ReplyDeleteSalam. Hee terjun tiruk dalam banjir kotor pun sungguh seronok mak.
ReplyDeleteSelamat tahun baru.
ReplyDeleteKak zai pun suka dengan gambar yang azie tayangkan sebab tempat tu selalu kak zai kunjungi. Lagi pulak berdekatan dengan Restoren ulam cikgu.
happy new year!
ReplyDeleteSinggah sini
ReplyDelete